You are on page 1of 3

Kepentingan Rakyat Menghayati Rukun Negara Berikutan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, dengan rasminya tertubuhlah Majlis Perundingan

Negara oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Mesyuarat pertamanya pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato Hussein telah merumuskan agar satu ideologi negara yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum dibentuk. Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-Empat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Lima prinsip Rukun Negara, iaitu, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undangundang serta Kesopanan dan Kesusilaan seharusnya dijunjung oleh rakyat Malaysia pada setiap masa. Terdapat pelbagai kepentingan rakyat menghayati Rukun Negara. Prinsip Rukun Negara yang pertama; Kepercayaan kepada Tuhan; menjadi asas kepada pembentukan identiti Malaysia. Hal ini demikian kerana pengwujudan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu bermula dengan kepercayaan terhadap Tuhan. Malah, sahsiah diri setiap insan dapat dibentuk hanya jika individu tersebut mempercayai kewujudan Tuhan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ajaran setiap agama di Malaysia berbeza dan mempunyai keistimewaan yang berlainan. Namun begitu, jika diteliti, ternyata ajaran setiap agama menjurus kepada pembentukan manusia yang sempurna, terutamanya dari segi rohani dan sahsiah diri. Maka, sekiranya hendak melahirkan masyarakat Malaysia yang bersahsiah unggul, kita harus mengamalkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Seterusnya, prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara. Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan. Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia. Situasi ini membuktikan betapa pentingnya penghayatan terhadap prinsip kedua Rukun Negara. Prinsip Rukun Negara yang ketiga berbunyi Keluhuran Perlembagaan. Prinsip ini penting kerana perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa. Walaupun perlembagaan Malaysia meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama-agama lain masih boleh dianuti oleh

penduduk di Malaysia. Begitu juga dengan pelbagai aspek lain seperti bahasa rasmi negara serta ketuanan masyarakat Melayu. Kebebasan setiap aspek tersebut masih terpelihara dan disebut dengan jelas dalam perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kemurniaan perlembagaan Malaysia sememangnya penting dan bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Prinsip Rukun Negara yang keempat dan kelima pula ialah Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Ketamadunan sesebuah masyarakat tidak harus diukur berdasarkan pencapaian lahiriah sematamata, tetapi harus disertai dengan pencapaian rohaniah dan kesusilaan yang tinggi. Oleh itu, wujudlah prinsip Rukun Negara yang keempat dan kelima. Pada masa yang sama, keharmonian dan perpaduan masyarakat di Malaysia hanya dapat dipelihara jika setiap rakyat di negara ini bersopan-santun, berbudi bahasa dan bertoleransi. Maka, suasana harmoni di negara kita dapat dikekalkan sekiranya kita mengamalkan undang-undang dan etika-etika yang positif. Keadaan ini sesungguhnya membuktikan kepentingan kedua-dua Prinsip Rukun Negara yang terakhir.

Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan masyarakat yang dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaun dan sebagainya. Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaumkaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan rasional dan secara ilmiah. Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni. Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang masa. Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO). Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan sekiranya rakyat tidak bersatu dan bekerjasama. Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk perpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan. Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan dikagumi oleh negara luar. Semangat kerjasama semua pihak penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam kemakmuran, keamanan, kesejahteraan masyarakat dan negara kita.

You might also like