You are on page 1of 8

Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia Malaysia (SUHAKAM)


Eddie Ngai
6R ICT
Pengenalan kepada SUHAKAM
• Ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
1999 (Akta 597).

• Logo Suhakam:
1. Warna utama- Melambangkan gabungan sejarah,
budaya/kaum dan agama.
2. Warna latar belakang- Melambang ketelusan
SUHAKAM.
3. Segi tiga sama sisi- Melambangkan integriti,
kestabilan dan kesaksamaan.
Keanggotaan SUHAKAM terdiri daripada seorang Pengerusi dan
tidak melebihi 20 orang anggota panel.

Presiden SUHAKAM 2016-2019:


• Tan Sri Razali Ismail
• Dilahirkan pada 14 April 1939 di Alor Star, Kedah.
• disanjung rakyat Malaysia kerana menjadi
anak Malaysia yang pertama memegang jawatan
yang tertinggi dalam PBB.
Faktor Penubuhan SUHAKAM
• Penglibatan Malaysia yang aktif di dalam UNCHR (United Nations
Commission for Human Rights-UNCHR)
• Perhatian antarabangsa terhadap isu-isu hak asasi manusia akibat
daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi
Manusia pada tahun 1993 di Vienna.
• Kerajaan-kerajaan yang menyertai UNCHR termasuk Malaysia
menyedari peri pentingnya mewujudkan badan-badan hak asasi
manusia di peringkat negara masing-masing.
Peranan SUHAKAM
• Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung
hak asasi manusia.
• Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan
dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah
yang perlu diambil.
• Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan
atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam
bidang hak asasi manusia.
• Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Bidang Kuasa SUHAKAM
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:

• Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengakujanji mengadakan
penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan
mengedarkan hasil penyelidikan itu.
• Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak
berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang
hendaklah diambil.
• Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta
ini.
• Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang
berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu.
• Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu.
• Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang
berkuakuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.
Kesimpulan
Penubuhan SUHAKAM pada tahun 1999 telah banyak membantu rakyat tanpa
mengira kaum, agama dan bangsa mereka. SUHAKAM memainkan peranan
penting sebagai medium perantaraan di antara rakyat dengan kerajaan. Pertubuhan
ini telah memudahkan prosedur pengaduan yang melibatkan kerajaan. Rakyat
Malaysia yang ditindas atau tidak mendapat hak yang sepatutnya sebagai individu
di Malaysia boleh mengadu kepada SUHAKAM untuk campurtangan dan
seterusnya membantu mereka meyelesaikan masalah yang dialami oleh pengadu.
Thankies!

You might also like