You are on page 1of 5

SOALAN 7:

a) Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen


( 5 Markah)
Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen ialah Dewan
Negara mengandungi 69 orang Ahli yang dikenali sebagai Senator. Ini mewujudkan pelbagai
politik perkauman yang didominasikan oleh golongan elit tertentu. Di samping itu, system
pendidikan rendah diasingkan berasaskan kaum. Media massa sering meracuni pemikiran rakyat
menyebabkan hubungan antara kaum sering dipermainkan.
Selain itu, pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di Negara ini menghadapi cabaran
disebabkan rakyat Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum dan bahasa. Rakyat juga
mempunyai latar belakang ekonomi yang berbeza. Hal ini membawa kepada kewujudan fahaman
politik yang berbeza dan pelbagai parti politik dalam Negara. Ini juga menjelaskan tahap
kematangan rakyat berpolitik dan membuat pilihan yang masih rendah. Di samping itu, system
politik yang diamalkan ialah parti berbanding system politik dual party.

b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 markah)


Langkah-langkah menghadapi cabaran tersebut ialah mengambil kira suara rakyat dalam
pilihan raya. Dasar ekonomi yang sama rata antara kaum. Seterusnya, agihan kekayaan tanpa
mengira negeri dan politik. Selain itu, cabaran ini juga dapat dapat diatasi dengan menggunakan
bahasa yang sama dalam semua aspek. Di samping itu, mewujudkan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.

SOALAN 7
a) Apakah cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen. (5 markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ialah kemunculan golongan radikal. Selain itu, masalah perpaduan dalam
kepelbagaian kaum di Malaysia yang boleh mengugat keharmonian negara. Hal ini kerana, latar
belakang ekonomi yang berbeza menyebabkan tahap kematangan rakyat berpolitik dan membuat
pilihan masih rendah.
Seterusnya, masalah gejala sosial yang semakin berleluasa pada masa kini seperti
peningkatan kadar perlakuan jenayah. Di samping itu, cabaran lain adalah kebanjiran pendatang
asing menyebabkan peluangpekerjaan dalam kalangan warga tempatan menjadi terhad. Masalah
kemiskinan turut menjadi cabaran dalam pelaksanaan demokrasi berparlimen kerana
mewujudkan jurang ekonomi yang berbeza antara kaum.
Era globalisasi kini mendedahkan masyarakat kepada keadaan politik semasa di seluruh
dunia . Kemunculan politik perkauman di Malaysia menyebabakan hubungan antara kaum sering
dipermainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, media massa sering
meracuni pemikiran rakyat kerana fahaman politik masyarakat Malaysia yang berbeza dan
didominasi oleh golongan elit tertentu.

b) Apakah langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam pelaksanaan sistem


pemerintahan Demokrasi Berparlimen. (5 markah)
Langkah-langkah dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah
penguatkuasaan undang-undang dengan mengambil tindakan tegas terhadap golongan radikal
yang boleh mengancam keamanan dan kemakmuran negara. Selain itu, perpaduan dapat
diperkukuhkan melalui pengamalan Rukun Negara, penggunaan bahasa kebangsaan dan dasar
kebudayaan kebangsaandalam semua aspek serta mewujudkan sistem pendidikan yang sama.

Seterusnya, gejala sosial dapat ditangani dengan penerapan nilai agama dan pengamalan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Kebanjiran pendatang asing dapat dikawal dengan
memperketatkan kawalan di sempadan negara. Dasar ekonomi yang sama rata antara kaum serta
agihan kekayaan tanpa mengira negeri dan politik merupakan langkah yang boleh diambil untuk
mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara. Suruhanjaya Komunikasi Malaysia harus tegas
menyekat dan menapis unsur-unsur negatif yang disebarkan di media massa dalam arus
globalisasi ini.

SOALAN 7.
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memantapkan kesetabilan politik dan langkah
mengatasi cabaran berkenaan. (10 Markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia adalah nilai mata wang yang sering turun dan naik. Ia
memberikan kesan yang langsung kepada kestabilan politik dalam pemerintahan Malaysia.
Selain itu, Negara juga masih bergantung dengan kepada teknologi dari luar untuk memajukan
Malaysia. Teknologi Malaysia yang rendah menjadi satu cabaran yang getir dalam menstabilkan
politik Negara. Negara juga menghadapi masalah dalam menarik pelabur asing untuk. Ia secara
tidak langsung member tamparan yang hebat untuk menjadikan Negara sebuah Negara yang
lrbih berdaya saing.
Dengan kenaikan harga barangan samada keperluan atau kehendak juga adalah cabaran
yang perlu ditempuhi dalam menstabilkan politik Negara. Ia menjadi sukar untuk bersaing
dengan Negara maju dalam menjayakan misi Negara maju pada masa yang akan datang. Peluang
untuk menembusi pasaran antarabangsa juga adalah cabaran yang perlu ditempuhi dimana
Negara memerlukan pasaran yang lebih untuk memperkembangkan perdagangan. Ia sukar jika
tidak dapat memberikan keseimbangan kepada ekonomi neraga.
Seterusnya masalah gejala social yang meningkat adalah cabaran sukar ditangani secara
menyeluruh. Setiap Negara memerlukan pelapis dalam pembaharuan system politik Negara.
Oleh itu, jenayah yang tinggi terutama yang melibatkan remaja amat membimbangkan semua
pohak. Ia sangat perlu untuk ditangani supaya Malaysia akan kekal berdaya saing dan lebih maju
dari semasa ke semasa.
Oleh kerana cabaran yang diperolehi Negara amat dahsyat dan membimbangkan, maka
sudah tentu langkah-langkah nya juga perlu lebih agresif. Langkah yang pertama yang boleh
diambil adalah meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai aspek
untuk meneguhkan system politik Negara. R&D yang baik memberikan hasil yang
memberansangkan. Untuk memantapkan system ekonomi Negara, kitaboleh menggunakan dinar

emas sebagai mata wang untuk menggantikan mata wang sediaada. Ia lebih stabil dan kukuh
berbanding dengan wang kertas.
Syarikat atau individu yang berkenaan juga boleh mendapatkan hak paten dalam setiap
ciptaan supaya ia lebih terjamin ciptaan nya dan boleh diketengahkan kepada peringkat
antarabangsa. Sistem perbankan islam juga yang menggunakan konsep yang lebih adil boleh
digunakan secara meluas untuk memantapkan system kewangan Negara kita.
Selain itu, langkah yang boleh diambil juga adalah meluaskan penggunaan atau kempen
E-dagang dan E-ekonomi untuk memantapkan aktiviti ekonomi masyarakat dari industri kecil
hingga ke industri yang berat. Masyarakat juga perlu didedahkan kepada konsep ini untuk
memberikan kelebihan dalam menjalankan perniagaan untuk meningkatkan jualan dan hasil
pendapatan dan bergerak seiring dengan perkembangan global.
Masyarakat dalam Negara juga perlu ditekankan supaya menguasai pelbagai teknologi
terkini supaya dalam berkembang kea rah yang lebih progresif. Ia akan memantapkan system
politik secara tidak langsung apabila Negara mempunyai ramai tenaga mahir untuk membangun
Negara. Seterusnya Negara perlu melahirkan modal insan yang berfikiran positif dengan
menekankan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan. Oleh itu sistem pendidikan juga perlu
memperhalusi perkara ini supaya ia dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Ia juga dapat
menjadikan sesebuah masyarakat lebih berjiwa besar dan bersedia untuk maju dalam apa jua
bidang yang dicebui. Langkah-langkah ini akan berjaya jika ia dapat dilakukan dengan seiring
antara pihak kerajaan dan masyarakat dalam sesebuah Negara.

You might also like