You are on page 1of 4

BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

SOALAN 9 : RUMUSAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai satu daripada destinasi pelancongan
utama dunia, dengan kedudukan antara 10 negara teratas dari segi ketibaan pelancong.
Sektor pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang
maju di Malaysia. Oleh itu, faktor-faktor yang dapat membangunkan industri tersebut
haruslah diberi penekanan yang serius oleh semua pihak.

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik


tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.
Sebagai contoh, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu
sejuk, seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands di Pahang. Keadaan iklim semula
jadi negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun juga sudah pasti menggamit hati
para pelancong. Jangan kita lupa bahawa Malaysia memiliki sejarah pembentukan negara
bangsa yang sangat unik. Kepelbagaian budaya dan etnik, sama ada di Semenanjung
ataupun di Malaysia Timur, menjadi modal yang sangat berharga kepada sektor
pelancongan. Di Sabah dan Sarawak, kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum
Kadazan dan Iban telah mendapat tempat dalam hati para pelancong. Di samping itu, udara
yang segar dan nyaman tanpa pencemaran di negara ini menjadi nilai tambah yang menjadi
lambang kehidupan yang tenang dan bersahaja. Pelancong antarabangsa khususnya dari
negara maju beranggapan bahawa Malaysia merupakan destinasi percutian yang murah dan
kompetitif kerana kadar tukaran asing yang menarik.

Pakar runding pelabur asing dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di
negara ini juga tertarik oleh kemajuan ekonomi negara yang pesat sehingga Lembah Klang
menjadi tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan
syarikat teknologi tinggi. Hal ini ditambahkan pula dengan usaha kerajaan Malaysia
memajukan sektor pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan dan perubatannya
melalui promosi yang agresif. Penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan
antarabangsa juga meletakkan Malaysia di peta pelancongan sukan dan forum. Begitu juga
dengan pembinaan pusat konvensyen, seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLCC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, (PICC), dan Dewan
Persidangan Hotel bertaraf lima bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar
menyertai perbincangan pada peringkat tinggi serta acara korporat antarabangsa.
Jelaslah perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau
segmen di luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi ini memberikan kelebihan
kepada Malaysia untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing.
Sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan negara akan terus meningkat.
Kedudukan ekonomi yang maju, politik yang stabil, sosial yang harmoni dan keselamatan
yang baik menjadi resipi utama bagi menarik lebih banyak pelancong asing. Kedatangan
hampir 30 juta orang asing saban tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa
depan yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pelancongan Menyuntik


Pendapatan Negara’ oleh Danilah Kamarul, Dewan Masyarakat,
2018.

Bahan 2 – Peta Minda

You might also like