You are on page 1of 30

Wednesday, 13 March 2013

Nota Tingkatan 2: BAB 1: ORGAN-ORGAN DERIA

Organ-organ Deria
Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.
Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di
sekeliling kita.
Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai
deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.
Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh
menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.
Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan
kimia, bunyi dan cahaya.
Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.
Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu
hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Organ deria Jenis deria Ransangan dikesan


Kulit Sentuhan Sentuh, tekanan,
sakit, sejuk & panas
Hidung Bau Bahan-bahan kimia
Lidah Rasa Kimia
Telinga Pendengaran & Bunyi
keseimbangan
Mata Penglihatan Cahaya
Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan
sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.

Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).

Struktur kulit manusia:

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).

Dermis:
 Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
 Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien,
oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
 Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh
(sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
 Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk,
panas, sentuhan dan tekanan.
 Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh
mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Jenis-jenis reseptor.

Epidermis:
 Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada
permukaan.
 Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
 Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan
tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit

Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap
bahagian yang berlainan pada badan.

Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh,
lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor


 Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
 Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia


 Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor
yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.

 Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada
rangsangan sejuk dan panas.

 Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana
ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:


 Tempat suntikan pada badan.
Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian
kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila
disuntik.
 Membaca 'Braille'.
Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini
adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang
sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.
Deria Bau
Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli)
yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).

Struktur hidung manusia:


 Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium
tissue).
 Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali
sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
 Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang
dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
 Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang
mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.
Struktur dan fungsi hidung manusia.

Proses mengesan bau oleh hidung:


1. Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung
(rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
2. Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls (impulse)
adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.
3. Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls
tersebut sebagai bau.
4. Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk
(foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang
diangkut melalui udara kedalam hidung.

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-


faktor berikut:
 Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang
lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih
lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.
 Kehadiran mukus dalam hidung.
Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan
kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga
hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-
sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema
mempunyai kecekapan hidung yang kurang.
Deria Rasa
Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang
dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).

Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia /
bahan berperisa.

Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

Kawasan rasa lidah manusia.


 Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam
(sour) dan pahit (bitter).
 Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini
menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).
 Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu
bahan.
 Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.
 Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing
sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.
 Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan
masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit, manakala bahagian sisi
lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:


 Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk
cecair (liquid form).
 Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk
melarutkan makanan.
 Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk
mencetuskan impuls.
 Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai
rasa.
 Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa
(tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
 Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau
adalah saling berkaitan.
 Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana
hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).
 Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan.
Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.
Deria Pendengaran
Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi
yang dihasilkan oleh objek bergetar.

Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan


(equilibrium) apabila badan bergerak.

Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.

Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

Struktur telinga manusia:

Struktur dan fungsi telinga manusia.

 Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga
dalam.
 Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam
dipenuhi dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:

Bahagian Struktur / Ciri-ciri Fungsi


Telinga luar: Berbentuk corong dan terdiri Mengumpul dan
Cuping telinga daripada tulang rawan. mengarahkan gelombang
(Pinna) bunyi ke dalam telinga.
Salur telinga Tiub sempit yang menghala Menghantar gelombang bunyi
(Ear canal) ke arah gegendang telinga. ke gegendang telinga.
Gegendang telinga Membran nipis yang Bergetar dan menghantar
(Eardrum) memisahkan bahagian telinga gelombang bunyi ke osikel.
luar daripada telinga tengah.
Telinga tengah: Terdiri daripada tiga tulang Mempertingkatkan getaran
kecil: gelombang bunyi sebanyak
Osikel 22 kali sebelum menghantar
(Ossicles) Tukul (Hammer): ke tingkap bujur.
Menyentuh gegendang
telinga.

Andas (Anvil):
Menyambungkan tulang tukul
kepada tulang rakap.

Rakap (Stirrup): Melekat


pada tingkap bujur.

Tiub Eustachia Tiub sempit yang Mengimbangi tekanan udara


(Eustachian tube) menyambungkan bahagian di kedua-dua belah
telinga tengah ke tekak. gegendang telinga.
Tingkap bujur Membran nipis yang Menghantar getaran bunyi
(Oval window) berbentuk bujur antara dari bahagian telinga tengah
telinga tengah dan telinga ke telinga dalam.
dalam.
Telinga dalam: Tiub bergelung yang penuh Mengubah getaran bunyi
dengan cecair. Dinding kepada impuls.
Koklea dalamnya mempunyai hujung
(Cochlea) saraf yang sensitif terhadap
getaran gelombang bunyi.
Salur separuh bulat Tiga saluran yang terletak Mengimbangi kedudukan
(Semicircular canals) pada sudut kanan di antara badan.
satu sama lain. Mempunyai
kantung kecil yang dipenuhi
dengan cecair dan hujung
saraf yang sensitif terhadap
keseimbangan fizikal badan.
Saraf auditori Sekumpulan saraf yang Menghantar impuls dari
(Auditory nerves) menyambungkan sel-sel deria koklea ke otak untuk
ke otak. ditafsirkan sebagai bunyi.

Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat
dalam pendengaran.

Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.

Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).


 Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang
dipanggil 'endolymph'.
 Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
 Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
 Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah
pergerakan kepala.

Mekanisme pendengaran telinga


1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang
(waves).
2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus
kepada salur telinga.
3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.
4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
5. Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan
(intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel.
6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui
tingkap bujur.
7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar
dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan
sebagai bunyi.

Deria Penglihatan

Struktur dan fungsi mata manusia.


Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).

Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.

Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).

Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.


Kedudukan mata dalam soket tengkorak.

Struktur mata manusia.


Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar),
koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).

Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan
sendirinya.

Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Keratan rentas mata manusia.

Pandangan hadapan mata.


Fungsi setiap bahagian mata.
Bahagian Struktur/Ciri-ciri Fungsi
Sklera (sclera) Lapisan putih yang kuat.  Memegang bentuk
mata.

 Melindungi mata.
Kornea (cornea) Membran lut cahaya  Membenarkan
(translucent) sklera, pada cahaya masuk ke dalam
bahagian depan mata. mata.

 Memfokus cahaya
pada retina.
Koroid (choroid) Lapisan gelap yang  Membekal oksigen
mempunyai banyak dan makanan kepada
kapilari darah mata.

 Menyerap dan
mengelakkan pantulan
cahaya di dalam mata.
Konjunktiva (conjunctiva) Lapisan epitelium pada Melindungi kornea.
depan mata.
Iris Lapisan berbentuk cakera  Menentukan warna
(disc-shaped) pada depan mata.
mata.

 Mengawal saiz pupil


dan jumlah cahaya yang
memasuki mata.
Anak mata (pupil) Bukaan kecil pada depan Membenarkan cahaya
mata. memasuki mata.
Kanta mata (lens) Kanta cembung yang lut Membias dan menfokus
sinar dan elastik. cahaya pada retina.
Otot silia (ciliary muscle) Otot yang membentang Mengubah ketebalan kanta
dari koroid. apabila jarak fokus kanta
berubah.
Ligamen gantung Satu struktur yang Menyokong dan
(supportive ligament) terbentuk daripada memegang kanta pada
gentian kolagen. tempatnya.
Gelemaca (vitreous Bahan seperti jeli yang  Mengekalkan
humour) mengisi ruang di dalam bentuk mata.
biji mata.

 Menyerakkan dan
memfokus imej pada
retina.

 Bertindak sebagai
penyerap getaran pada
mata.
Gelemair (aqueous Cecair tidak berwarna Membias dan menfokus
humour) yang mengisi ruang di cahaya yang memasuki
bahagian hadapan kanta mata.
mata.
Retina Lapisan sel yang peka  Mengesan
kepada cahaya. rangsangan cahaya dan
menukarkannya kepada
impuls.

 Kawasan mata
Titik bertentangan dengan yang paling peka terhadap
(a) Bintik kuning pupil dan kaya dengan cahaya.
(yellow spot) reseptor peka cahaya.  Imej objek yang
dilihat difokus disini.

 Kawasan mata
Titik melalui saraf optik, yang tidak peka terhadap
yang keluar dari retina, cahaya.
dan tidak mempunyai sel  Imej objek yang
(b) Bintik buta yang peka kepada cahaya. terbentuk di sini tidak
(blind spot) dapat dikesan.
Saraf optik (optic nerve) Sekumpulan saraf yang Menghantar impuls dari
menghubungkan retina ke retina ke otak untuk
otak. ditafsirkan.
Mekanisme Penglihatan

Pembentukan imej pada retina.

Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta cembung yang lutsinar
(transparent convex lens).

Cahaya yang datang daripada objek akan melalui kanta seterusnya dibengkokkan
(bent) dan difokuskan kepada retina.

Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia (ciliary muscles).

Otot silia (relaxation and contraction of ciliary muscles) bertindak


untukmengawal ketebalan kanta mata (thickness of the eye lens).

Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk melihat objek
dekat dan jauh.

Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang berbeza dikenali
sebagai akomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan oleh otot silia yang
mengubah ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah jarak fokusnya.

Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek dari jarak 25cm
hingga infiniti. Jarak 25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi penglihatan jelas.

Akomodasi -> Melihat objek yang Melihat objek yang


dekat jauh
Otot silia(ciliary
muscle) Mengecut (contract) Dalam keadaan
rehat/mengendur (relax)
Keadaan ligamen
gantung(supportive Dalam keadaan Mengecut (contract)
ligament) rehat/mengendur (relax)
Ketebalan kanta
mata Menebal (become thick) Menipis (become thin)

Illustrasi
Mekanisme Penglihatan

Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah.

Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki mata.

Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta


mata (lens) dan gelemaca (vitreous humour).

Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya
mencetuskan impuls saraf.

Pembentukan imej pada retina.

Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan. Imej
ditafsirkan sebagai tegak.

Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh kanta
cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.

Posted by siti ruzlina bt che balian at 03:31 12 comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Nota Tingkatan 1: BAB 7: HABA

Haba Sebagai Suatu Bentuk Tenaga


Haba (heat) adalah suatu bentuk tenaga (energy) yang mengalir dari (flows from) kawasan suhu
tinggi (high temperature) ke kawasan lain yang manasuhunya adalah lebih rendah (low
temperature).

Haba boleh bergerak melalui pepejal (solid), cecair (liquid), gas, dan juga vakum (vacuum).

Unit SI bagi haba adalah Joule (J).

Matahari (sun) adalah sumber utama (main source) tenaga haba.

Pembakaran bahan api dan makanan membebaskan sejumlah besar haba.

Elektrik (electricity) juga menjadi tenaga haba dengan penggunaan peralatan (appliances) seperti
seterika elektrik, pemanas pembakar dan ketuhar.

Beberapa tindak balas kimia juga mengeluarkan banyak haba.

Haba dan Suhu


Suhu adalah kuantiti fizikal (physical quantity) yang merujuk kepada darjah kepanasan atau
kesejukan sesuatu jirim (matter).

Unit SI untuk suhu adalah darjah Celsius (simbol: °C). Alatan yang digunakan untuk mengukur
suhu adalah termometer/jangkasuhu (thermometer).

Semakin panas badan seseorang, maka semakin tinggi suhunya. Manakala semakin sejuk badan
seseorang, semakin rendah suhunya.

Suhu dan haba adalah dua perkara yang berbeza. Walau bagaimanapun, kedua-duanya
adalah saling berkaitan (interrelated).

Haba adalah suatu bentuk tenaga (energy). Apabila suatu objek dipanaskan, tenaga haba dalam
objek tesebut menyebabkan suhu meningkat (temperature to rise).
Jumlah tenaga yang dibekalkan akan mempengaruhi kenaikan suhu objek tersebut.

Semakin banyak tenaga yang terkandung di dalam sesuatu objek, semakin tinggi suhu objek tersebut.

Muatan/kapasiti haba (heat capacity) adalah kuantiti tenaga haba yang terkandung dalam sesuatu
jirim. Sifat-sifatnya adalah:
 bergantung kepada jenis isipadu, jisim isipadu dan suhu jirim.
 pada suhu yang sama, suatu jirim yang besar mempunyai lebih banyak kandungan haba.
 dengan jumlah isipadu yang sama, jirim yang lebih panas mempunyai kandungan haba yang
lebih tinggi.

Pengembangan dan Pengecutan Jirim


>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Jirim (matter) menyerap (absorbs) haba apabila dipanaskan dan menyingkirkan(expels)
haba apabila disejukkan.

Isipadu (volume) jirim berubah apabila ianya dipanaskan (heated) atau disejukkan (cooled).

Apabila dipanaskan:
 Zarah (particles) jirim menyerap tenaga haba (heat energy) untuk menukarkannya
kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik (kinetic energy) menyebabkan zarah bergetar
(vibrate) dengan lebih cepat.
 Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Dengan sebab itu, saiz dan isipadu jirim akan meningkat.

Apabila disejukkan:
 Zarah jirim kurang bergetar dan kelajuannya juga berkurangan.
 Jarak antara zarah-zarah adalah mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan isipadu
jirim juga turut berkurangan.
Posted by siti ruzlina bt che balian at 01:29 14 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Nota Tingkatan 1: BAB 6:TENAGA

Tenaga

Tenaga (energy) didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja(ability to do work).

Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok, menyalakan mentol, menunggang
basikal, dan mendayung sampan.

Semua hidupan (living things) memerlukan tenaga bagi melakukan aktiviti harian mereka.

Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada makanan yang diperolehi daripada tumbuh-
tumbuhan atau haiwan-haiwan lain.

Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada makanan yang dihasilkan semasa proses fotosintesis
(photosynthesis).

Tenaga diukur dalam unit Joule (J).


Tenaga didapati dalam pelbagai bentuk:
1. Tenaga kinetik (kinetic energy).
2. Tenaga keupayaan (potential energy).
3. Tenaga Haba (heat energy).
4. Tenaga cahaya (light energy).
5. Tenaga bunyi (sound energy).
6. Tenaga kimia (chemical energy).
7. Tenaga elektrik (electrical energy).
8. Tenaga nuklear (nuclear energy).
9. Tenaga mekanikal (mechanical energy).

Tenaga Kinetik

Tenaga kinetik (kinetic ebergy) adalah tenaga yang dimiliki (possessed) oleh jasad yang bergerak
(moving body).

Tenaga kinetik sesuatu objek adalah bergantung kepada jisim (mass) danhalaju (velocity).

Tenaga kinetik akan meningkat (increase) jika:


1. Jisim sesuatu objek itu bertambah.
2. Halaju sesuatu objek itu meningkat

Tenaga kinetik bagi sesuatu objek pegun (stationary) adalah sifar (zero).

Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:


 Sistem aliran.
 Gerakan jarum jam.
 Angin.
 Guli yang bergolek.
 Kipas yang berputar.
 Kenderaan yang bergerak.

Kegunaan tenaga kinetik


1. Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah kincir angin
(windmill).
2. Air yang mengalir boleh digunakan untuk mengangkut kayu balak (timber logs) di
dalam industri pembalakan (timber industry).
3. Jarum jam yang bergerak dengan setiap tandaan (saat/minit/jam) membolehkan kita
untuk mengetahui masa/waktu pada bila-bila masa sahaja.
4. Air sungai yang mengalir deras (swift flowing) boleh digunakan untuk menjana kuasa
elektrik (generate electrical power).
Berlari - Salah satu contoh tenaga kinetik.

Tenaga Keupayaan

Tenaga keupayaan (potential energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam badan/jasad kerana
kedudukannya (tenaga keupayaan graviti) atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan elastik).

Tenaga keupayaan sesuatu objek bergantung kepada:


1. Jisim (mass) objek.
2. Jarak (distance) objek dari permukaan bumi.
3. Kuasa tarikan graviti (power of the gravitational) ke atas objek itu.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek meningkat jika:


 Jisim objek bertambah.
 Semakin tinggi jarak objek dari permukaan tanah.
 Daya tarikan graviti pada objek bertambah.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek yang berada betul-betul di atas permukaan
Bumi adalah sifar (zero).

Sesuatu objek yang sedang jatuh boleh mendapat tenaga kinetik (kinetic energy) dan kehilangan
tenaga keupayaan.

Sebaliknya, sesuatu objek yang dilemparkan ke atas boleh mendapat tenaga keupayaan dan
kehilangan tenaga kinetik.

Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan graviti:


 Buah kelapa yang tergantung di atas pokok.
 Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan anjal.
 Buku-buku yang terletal di atas rak dinding.
 Kipas yang tergantung pada siling (ceiling).
Kegunaan tenaga keupayaan graviti (gravitational potential energy):
 Seorang penyelam/penerjun boleh terjun menjunam ke dalam air dari papan menyelam/anjal.
 Kanak-kanak boleh meluncur dengan mudah menuruni papan gelongsor.
 Air di empangan boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di stesen hidroelektrik.

Tenaga keupayaan elastik (elastic potential energy) hanya wujud dalam bahan-bahan yang
kenyal sahaja, seperti spring atau getah.

Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan elastik:


 Segulung spring kereta mainan.
 Gelang/gelung getah yang diregangkan.
 Spring yang dimampatkan.

Kegunaan tenaga keupayaan elastik:


 Tenaga keupayaan yang tersimpan di dalam spring sebuah kereta mainan boleh membuatkan
kereta tersebut bergerak.
 Spring digunakan untuk menggoncang/menghayun buaian (cradle). Spring yang diregangkan
dan dimampatkan boleh menghasilkan pergerakan yang berterusan (continous).
 Gelung getah (rubber band) yang diregangkan boleh mengikat barangan dengan ketat.
 Tali getah lastik (catapult) boleh melontarkan batu apabila ditarik dan dilepaskan.
 Anak panah bergerak ke arah sasarannya apabila dilepaskan dari busur pemanah (the archer's
bow).
Contoh tenaga keupayaan elastik yang terdapat di dalam spring kereta.

Tenaga Haba

Tenaga haba (heat energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam objek panas (hot object).

Tenaga haba sesuatu badan/jasad adalah bergantung kepada suhu (temperature) dan isipadu
(volume) badan/jasad tersebut.

Tenaga haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh konduksi (conduction), perolakan
(convection) dan sinaran/radiasi (radiation).

Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas (hot sensory receptor).

Contoh-contoh sumber tenaga haba:


 Api.
 Matahari.
 Kolam air panas.
 Air yang mendidih.
 Pemanas elektrik.
 Badan manusia dan haiwan.

Kegunaan tenaga haba:


 Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk menukarkan air (water) kepada stim
(steam). Stim tersebut kemudiannya digunakan untuk mengendalikan (operate) enjin stim.
 Untuk memanaskan air dan memasak makanan.
 Untuk membuat unggun api (bonfire) bagi memanaskan badan.
 Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan (evaporation) air laut di bawah
matahari.
 Untuk mengeringkan pakaian yang basah.

Tenaga Cahaya
Tenaga cahaya (light energy) adalah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan
cahaya.

Tenaga cahaya boleh dikesan oleh mata (eye). Tanpa cahaya, mata tidak dapat melihat
objek sekeliling.

Tenaga cahaya boleh bergerak didalam vakum (vacuum) dan didalam satu garis lurus
dalam bentuk gelombang (in the form of waves).

Objek bercahaya (luminous object) merupakan suatu objek yang mengeluarkan tenaga
cahayanya tersendiri (gives out its own light energy). Contohnya, bintang dan matahari.

Objek tidak bercahaya (non-luminous object) merupakan suatu objek yang tidak dapat
menghasilkan tenaga cahaya sendiri tetapi ia hanya boleh memantulkan (reflect) cahaya.
Contohnya, cermin (mirror) dan logam (metal).

Sumber-sumber tenaga cahaya:


 Matahari.
 Api.
 Kilat.
 Lampu / mentol.

Kegunaan tenaga cahaya:


 Membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap (dark).
 Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses fotosintesis
(photosynthesis).
 Membekalkan tenaga kepada sel-sel solar.
 Menayangkan filem.
Tenaga Bunyi
Tenaga bunyi (sound energy) tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar(vibrating
object).

Sesuatu objek yang bergetar menghasilkan pergerakan yang berulang(recurring


movement).

Apabila sesuatu objek bergetar, udara disekelilingnya juga turut bergetar.

Udara yang bergetar membentuk gelombang bunyi (sound waves).

Gelombang bunyi akan didengar oleh telinga manusia sebagai bunyi.

Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti udara, air, dan pepejal. Ia tidak
boleh dipindahkan/bergerak (travel) di dalam vakum (vacuum).

Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:


 Wisel (whistle) yang ditiup.
 Dram/gendang (drum) yang dipukul.
 Gitar yang dipetik talinya (guitar string).
 Tali biola (violin string) yang digesek (scraped).
 Loceng (bell) yang dibunyikan.
 Siren kereta polis.
Tenaga Kimia
Tenaga kimia (chemical energy) adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-
bahan kimia.

Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia (chemical reaction), tenaga
kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan ditukarkan kepada bentuk tenaga.

Tenaga kimia didapati pada bahan api (fuels) seperti petroleum, gas metana, lilin,
arang batu dan kayu; makanan (food) seperti beras, daging, buah-buahan dan
jagung; sel-sel elektrokimia (electrochemical cells) seperti bateri sel kering dan
akumulator.

Semasa pembakaran (combustion), tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan


api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan cahaya (heat and light).

Dalam pengoksidaan makanan (oxidation of food), tenaga kimia yang tersimpan di


dalam makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan.

Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga
cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain.

Kegunaan tenaga kimia:


 Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan
dan mendidihkan air.
 Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan
motor/enjin.
 Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga
haba untuk memanaskan badan serta mengawal suhu badan.
 Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.
Tenaga Elektrik
>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Tenaga elektrik (electrical energy) ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran
cas elektrik (flow of electric charges).

Tenaga elektrik dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik, yang kemudiannya


ditukar kepada bentuk tenaga yang lain untuk melaksanakan kerja.

Contoh-contoh tenaga elektrik:


 Dinamo (dynamo).
 Bateri/sel kering.
 Sel solar.
 Penjana-kuasa elektrik.

Kegunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian:


 Untuk menyalakan lampu.
 Untuk membolehkan kita menggunakan perkakas elektrik seperti
periuk nasi, cerek elektrik, dan pengekstrak jus.
 Untuk memisah/mengasingkan air kepada hidrogen dan oksigen dalam
proses elektrolisis air.
 Untuk mengendalikan motor dan enjin elektrik.
Tenaga Nuklear

Tenaga nuklear (nuclear energy) adalah tenaga yang tersimpan


dalam nukleus atom (nucleus of an atom).

Tenaga nuklear juga dikenali sebagai tenaga atom (atomic energy).

Contoh-contoh tindak-balas (reactions) yang menghasilkan tenaga


nuklear:
1. Pembelahan nuklear (nuclear fission)
Satu proses di mana atom yang besar dipecahkan kepada dua
atau lebih atom yang lebih kecil dan ringan, yang mana tenaga
juga dibebaskan.
2. Pelakuran nuklear (nuclear fusion)
Satu proses di mana unsur-unsur (element) yang lebih kecil
dan ringan bergabung dengan satu sama lain untuk
membentuk elemen baru dan lebih besar. Tenaga juga
dibebaskan semasa proses tersebut.

Kegunaan tenaga nuklear dalam kehidupan seharian:


 Untuk menjana tenaga bagi mengendalikan mesin dan kapal
selam (submarines).
 Untuk menjana tenaga elektrik, seperti di stesen-stesen kuasa
nuklear (nuclear power stations).
 Untuk menghasilkan senjata seperti bom atom (atomic bomb).
Tenaga Mekanikal

Tenaga mekanikal (mechanical energy) dihasilkan apabila


sesuatu mesin atau objek berubah kedudukannya.

Tenaga mekanikal juga dikenali sebagai tenaga gerakan (energy of


motion).

Tenaga mekanikal terdiri daripada tenaga kinetik (kinetic energy)


dan tenaga keupayaan (potential energy).

Contoh-contoh tenaga mekanikal:


 Sebiji bola yang dilontar ke udara/atas.
 Ayunan bandul ringkas (simple pendulum swinging)
 Pergerakan gergaji yang sedang digunakan.
 Menunggang basikal.

Kegunaan tenaga mekanikal:


 Menunggang basikal.
 Permainan yo yo.
 Permainan buaian.
Tenaga Solar

Tenaga solar (solar energy) adalah tenaga yang dihasilkan


semasa prosespelakuran nuklear (nuclear fusion) di dalam
teras matahari (sun's core).

Hampir kesemua tenaga yang wujud adalah berasal daripada


matahari.

Kegunaan tenaga solar:


 Untuk membolehkan sel-sel solar menjana tenaga elektrik.
 Untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau
menjalankan proses fotosintesis (photosynthesis).
 Untuk membolehkan air menyejat (evaporate) dan
kemudiannya membentuk awan.
 Untuk mengeringkan pakaian.

You might also like