You are on page 1of 11

MADRASAH TARBIAH

ISLAMIAH
PN NOOR AZURA BINTI AB RAHMAN
BAB 2: TREND SEMASA
DALAM PERNIAGAAN
2.1.3 Peranan Kerajaan Dari Aspek Guna Tenaga
Maksud Guna Tenaga
Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan
ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai


pekerjaan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara


produktif dalam mengeluarkan output negara.
Pengangguran
Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja
tetapi masih belum mendapat pekerjaan.

Pengangguran geseran
Berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan tetapi
tidak mendapat pekerjaan dengan serta merta dan ketika itu mereka
dikira sebagai penganggur
Jenis Pengangguran
Pengangguran bermusim
Berlaku apabila seseorang pekerja bekerja dalam jangka masa pendek
pada setiap tahun.Apabila pekerjaan telah tamat ,pekerja terpaksa
mencari pekerjaan lain

Pengangguran kitaran
Keadaan ekonomi yang meleset menyebabkan perniagaan kehilangan
sebahagian pendapatan dan tidak mampu membayar gaji kepada
pekerja.Hal ini menyebabkan majikan terpaksa mengurangkan
bilangan pekerja
Pengangguran teknologi
Pengangguran teknologi boleh berlaku disebabkan oleh sektor
perniagaan mengutamakan penggunaan teknologi menggantikan
pekerja.Hal ini menyebabkan pekerja yang sedia ada kehilangan
pekerjaan sementara pekerja baharu tidak memperoleh pekerjaan

Pengangguran struktur
Berlaku ekoran perubahan dalam industri secara keseluruhan yang
tidak memerlukan kemahiran pekerja
Soalan Esei (m/s 114)
2. Jelaskan jenis penganggguran yang sedang dihadapi oleh negara
pada masa ini. ( 16 markah)

Jawapan :
Terdapat empat jenis pengangguran iaitu pengangguran
bermusim,pengangguran kitaran,pengangguran struktur dan
pengangguran teknologi.
Pengangguran bermusim berlaku apabila seseorang pekerja
bekerja dalam jangka masa pendek pada setiap tahun.Apabila
pekerjaan telah tamat ,pekerja terpaksa mencari pekerjaan
lain.Contohnya pekerja kontrak.Apabila kontrak telah temat,khidmat
pekerja tidak diperlukan lagi
Pengangguran kitaran ialah keadaan ekonomi yang meleset
menyebabkan perniagaan kehilangan sebahagian pendapatan dan tidak
mampu membayar gaji kepada pekerja.Hal ini menyebabkan majikan
terpaksa mengurangkan bilangan pekerja.Contohnya sesebuah syarikat
yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membayar gaji
pekerja,seperti yang dihadapi oleh Syarikat MAS.
Pengangguran teknologi ialah pengangguran teknologi boleh
berlaku disebabkan oleh sektor perniagaan mengutamakan
penggunaan teknologi menggantikan pekerja.Hal ini menyebabkan
pekerja yang sedia ada kehilangan pekerjaan sementara pekerja baharu
tidak memperoleh pekerjaan.Contohnya dalam industri pembuatan
batik,tidak lagi menggunakan cara tradisional sebaliknya menggunakan
mesin
Pengangguran struktur ialah berlaku ekoran perubahan dalam
industri secara keseluruhan yang tidak memerlukan kemahiran
pekerja.Contohnya penggunaan mesin peruncitan automatik yang
tidak memerlukan pekerja.
SHAH ALAM: Kadar pengangguran di Malaysia adalah terkawal dan dijangka tidak melebihi 3.5 peratus tahun ini disebabkan oleh kegawatan ekonomi global, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

Katanya, Malaysia sentiasa menjadi antara negara yang memiliki kadar pengangguran terendah pada 3.1 peratus.

"Menurut penanda aras Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), apa-apa yang kurang daripada empat peratus masih dianggap sebagai gunatenaga penuh.

"Kerajaan telah menggariskan agenda ekonomi yang dijangka dapat menghasilkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2020 di bawah Rancangan Malaysia ke-11," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberikan pengiktirafan ke atas pusat sehenti untuk program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada Proton Holdings Bhd (Proton) di sini hari ini.

Kementerian tersebut, bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran, telah menganugerahkan Proton akreditasi bagi latihan kemahiran automotif.

Riot berkata Malaysia masih boleh dianggap sebagai sebuah negara yang memiliki gunatenaga penuh.

"Saya percaya jika kadar purata pengangguran purata sebanyak 3.1 peratus ini naik, ia tidak akan melebihi 3.5 peratus.

"Selain itu, memang kerajaan mempunyai agenda untuk menghasilkan lebih banyak kerja-kerja baru dan pekerja-pekerja mahir, malahan, perusahaan kecil dan sederhana sekarang ini masih menggaji ramai orang.

"Saya percaya melalui projek-projek seperti Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas dan Taman Perindustrian Samalaju di Sarawak, kadar pengangguran di Malaysia tidak akan melebihi 3.5 peratus," katanya.

Perangkaan utama terkini bagi tenaga buruh di Malaysia menunjukkan kadar pengangguran pada November 2016 adalah sebanyak 3.4 peratus. Tenaga buruh meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada 14.83 juta berbanding dalam bulan
sebelumnya.

-- BERNAMA

Tag: Datuk Seri Richard Riot, OECD, SLDN, Proton

You might also like