You are on page 1of 12

Bab 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Perakaunan dan Simpan Kira

Perakaunan

1. Perakaunan didefinisikan sebagai satu proses menyediakan maklumat mengenai


kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan.
2. Tujuannya adalah untuk membantu pengguna dalaman dan pengguna luaran untuk
membuat keputusan.
3. Proses perakaunan meibatkan aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan,
merekodkan, mentafsir, menganalisis, melaporkan, merancang, menilai, dan merumus
maklumat kewangan untuk mengawal kegiatan perniagaan.

Simpan Kira

1. Simpan kira pula didefinisikan sebagai satu sistem merekodkan urus niaga perniagaan
secara sistematik berdasarkan sistem catatan bergu
2. Simpan kira merupakan sebahagian daripada proses perakaunan, iaitu mengumpul,
menyusun, menyimpan, dan merekodkan urus niaga

Perbandingan antara perakaunan dengan simpan kira

Perakaunan Simpan Kira


Meliputi skop yang lebih luas Meliputi skop yang lebih kecil
Melibatkan banyak proses seperti Melibatkan proses yang lebih sedikit, iaitu
mengumpul,merekodkan,melaporkan, melibatkan aktiviti mengumpul, menyusun,
menganalisis,merancang, dan merumus menyimpan dan merekodkan urus niaga
maklumat kewangan dalam nilai wang
Bertujuan membolehkan pihak tertentu Bertujuan membolehkan akauntan
membuat keputusan, perbandingan, dan melaksanakan proses perakaunan yang
perancangan perniagaan seterusnya

Kitaran Perakaunan

Peringkat dalam kitaran Perakaunan

1. Kitaran Perakaunan merupakan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh
perakaunan.
2. Peringkat-peringkat dalam kitaran ini dilakukan mengukut turutan dan sistematik
3. Satu tempoh perakaunan mungkin mengambil masa setahun, setengah tahun, iaitu suku
tahun.
4. Proses kitaran perakaunan boleh dibahagikan kepada lapan peringkat seperti
Dokumen Sumber, Buku Catatan Pertama, Lejar, Imbangan Duga, Pelarasan, Imbangan
Duga Terlaras, Catatan Penutupan, dan Penyata Kewangan.
Subbidang Perakaunan
1. Perakaunan Kewangan

a) Proses perakaunan yang berkaitan dengan keputusan perniagaan dalam suatu


tempoh perakaunan, kedudukan kewangan serta aliran masuk dan aliran keluar
tunai yang berkaitan dengan operasi perniagaan.
b) Objektifnya adalah untuk menyediakan maklumat perakaunan dalam bentuk
penyata kewangan kepada pengguna luaran.
2. Perakaunan Pengurusan

a) Melibatkan proses perancangan, kawalan, pembuatan keputusan dan pegurusan


syarikat secara keseluruhannya.
b) Menyediakan maklumat kepada pengguna dalaman yang berkaitan dengan
berkesanan dan penambahbaikan system kawalan dalaman perniagaan.
3. Pengauditan

a) Melibakan aktiviti pemeriksaan dokumen perniagaan bagi mengesahkan bahawa


urus niaga yang direkodkan benar-benar berlaku.
b) Tujuannya adalah untuk memastikan rekod perakaunan yang disediakan adalah
mengikut piawaian dan peraturan perakaunan yang diterima umum.
4. Percukaian

a) Berkaitan dengan skop kerja membuat taksiran cukai perniagaan berpandukan


penyata kewangan yang telah diaudit.
b) Meliputi penasihat percukaian, peracangan cukai, dan penyediaan penyata
cukai.

Kerjaya dan Badan Profesional

Kerjaya Profesion Perakaunan yang boleh diceburi

1. Profesional bermaksud orang yang mengamalkan sesuatu bidang profesion kerana


pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya.
2. Antara kerjaya dalam profesion perakaunan yang boleh diceburi ialah juruadit, akauntan,
perancangan kewangan, dan penasihat kewangan.

Ciri akauntan sebagai pemimpin

1. Akauntabiliti – bertanggujawab melaksanakan segala tugas kerja yang diamanahkan.


2. Integriti ( jujur ) – bersikap jujur dalam semua hubungan profesiona dengan pihak luar.
3. Kredibiliti ( adil dan objektif ) – boleh berkomunikasi tentang maklumat perakaunan
secara adil dan objektif kepada semua pihak yang berkepentingan.
Kod Etika Profesion Perakaunan

1. Kompetensi
– akauntan perlu professional, berkemahiran tinggi, dan berkeupayaan untuk
menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

2. Profesionalisme
– akauntan bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesiona pada setiap masa
dan mengekalkan standard professional yang tinggi semasa bertugas.

3. Kerahsiaan
– akuntan tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh daripada kerja yang
dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan melainkan ada keperluan
perundangan.

4. Integriti
– akauntan perlu amanah, jujur, dan telus dalam hubungan profesional dengan pihak
lain agar tidak berlaku ketidaksahihan dan pemalsuan kenyataan.

5. Objektiviti
– akauntan tidak boleh berkompromi, bersikap berat sebelah serta tidak boleh
dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan semasa menjalankan tugas.

Kerjaya dan Badan Profesional

Badan Perakaunan di Malaysia

1. Badan kawa selia

– Mengawal Profesion perakaunan


MIA

2. Badan Penggubal Piawaian

– Memperkembangkan dan menerbitkan piawaian laporan perakaunan dan kewangan


( bagi memastikan kualiti dan penguatkuasaan standard perakaunan)
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia ( MASB )

3. Badan Profesional

- memajukan profesion perakaunan


Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia ( MICPA )
The Associations of Charted Certifed Accounts ( ACCA )
Chartered Institute Management Accountants ( CIMA )
Penyata Kewangan

1. Penyata kewangan terdiri daripada:


a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
b) Penyata Kedudukan Kewangan

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

1. Akaun Perdagangan dan Untung rugi merupakan penyata yang menunjukkan ukuran
prestasi perniagaan bagi sesuatu tempoh perakaunan.
2. Tujuan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi disediakan adalah untuk menunjukkan
prestasi perniagaan sama ada memperoleh untung atau rugi.
3. Tajuk bagi Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir ……
4. Komponen Akaun Perdagangan Untung Rugi terdiri daripada jualan bersih, kos juaan,
hasil dan belanja

Penyata Kedudukan Kewangan

1. Penyata Kedudukan Kewangan merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan


kewangan sesebuah perniagaan
2. Tujuan Penyata Kedudukan Kewangan disediakan adalah untuk mengetahui kedudukan
kewangan perniagaan seperti jumlah aset, hutang, dan modal bagi suatu tempoh
tertentu.
3. Tajuk bagi Penyata Kedudukan Kewangan ialah ‘ Penyata Kedudukan Pada ….’
4. Komponen Penyata Kedudukan Kewangan terdiri daripada aset, liability dan ekuiti
pemilik.

Ciri Kualitatif Penyata Kewangan

1. Ciri kualitatif penyata kewangan terdiri daripada:


a) Ciri kualitatif asas
b) Ciri kualitatif tetingkat

Ciri Kualitatif asas

1. Kerelevaanan
- Maklumat dalam penyata kewangan berupaya mempengaruhi keputusan yang
dilakukan oleh pengguna penyata kewangan.
- Berguna untuk menilai keputusan yang diambil, yang sedang diambil, serta
memperbetulkan keputusan tersebut.

2. Perwakilan benar
- Penyata kewangan mestilah bebas daripada sebarang kesalahan nyata, fakta
didedahkan dengan bukti, dan tidak bersifat berat sebelah
Ciri Kualitatif tetingkat

1. Kebolehfahaman
- Maklumat dalam penyata kewangan mestilah boleh difahami oleh pengguna penyata
kewangan.

2. Kebolehbandingan
- Penyata kewangan mestilah boleh dibandingkan mengikut jangka masa dan
dibandingkan dengan penyata kewangan syarikat lain untuk mengenal pasti
kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat.

3. Kebolehsahan
- Penyata kewangan mestilah boleh disahkan dan hal ini memberi jaminan kepada
pengguna bahawa maklumat dalam penyata tersebut boleh dipercayai.

4. Pemasaan ( timeliness )
- Maklumat boleh diperoleh pada masa maklumat tersebut diperlukan.

Pengguna Penyata kewangan

1. Pengguna Penyata Kewangan terdiri daripada:


a) Pengguna dalaman- pimilik perniagaan, pihak pengurusan
b) Pengguna luaran- pihak bank, pemegang saham, kerajaan , pembekal
5. Kepentingan penyata kewangan kepada penggunaannya adalah :

Pengguna dalaman
i) Pemilik perniagaan untuk mengetahui prestasi perniagaan.
ii) Pihak pengurusan untuk merancangn dan membuatnkeputusan perniagaan

Pengguna luaran

i) Pembekal dan pihak bank menilai kemampuan perniagaan untuk membayar


hutang.
ii) Kerajaan untuk mentaksir cukai
iii) Bakal pelabur bagi membuat keputusan pelaburan.
Andaian Perakaunan

1. Andaian perakaunan terdiri daripada


a) Entiti berasingan
b) Tempoh perakaunan
c) Wanga sebagai ukuran
d) Usaha berterusan

Entiti Berasingan

1. Konsep entity berasingan mengandaikan bahawa perniagaan adalah entity yang


berasingan daripada pemiliknya.
2. Sebarang urus niaga antara perniagaan dengan pemiliknya dianggap sebagai urusan
antara dua pihak yang berasingan.
3. Hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan direkodkan dalam buku
perakaunan perniagaan.

Tempoh perakaunan

1. Sesebuah perniagaan perlu membahagikan hayat perniagaan kepada tempoh


perakaunan yang sama kerana hayat perniagaan diandaikan berterusan.
2. Tempoh perakaunan adalah tetap bagi sebuah perniagaan, bergantung pada saiz dan
jenis perniagaan.

Wang sebagai Ukuran

1. Hanya item yang boleh dinilaikan dalam bentuk wang direkodkan dalam buku akaun.

Usaha berterusan

1. Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan untuk jangka masa yang tidak
terbatas dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek.

Prinsip Perakaunan

1. Ketekalan
a) Item perakaunan yang serupa direkodkan dengan kaedah yang sama ( konsisten )
pada setiap tempoh perakaunan.
2. Prinsip kos
a) Prinsip kos merujuk kepada kos sebenar yang dibayar semasa sesuatu urus niaga
itu berlaku.
b) Setiap aset yang dibeli dan perbelanjaan yang ditanggung hendaklah direkod
mengikut harga atau kos asal aset tersebut.
3. Pengiktirafan hasil dan belanja
a) Prinsip ini menyatakan bahawa untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu
perniagaan, jumlah belanja yang terlibat untuk memperoleh hasil bagi tempoh
berkenaan mestilah ditolak daripada hasil yang dilaporkan bagi tempoh itu.
b) Keuntungan atau kerugian bagi sesuatu tempoh perakaunan tidak dapat ditentukan
pada masa yang diterima atau dibayar.

Batasan Perakaunan

1. Batasan perakaunan merujuk kepada kos manfaat daripada penyediaan penyata


kewangan.
2. Kos manfaat bermaksud kos penyediaan maklumat mestilah tidak melebihi nilai
maklumat tersebut kepada pengguna penyata kewangan.
3. Keadaan ini bertujuan untuk memastikan pendapatan yang optimum dan kos yang
minimum bagi menjana untung bersih yang lebih tinggi.

Entiti Perniagaan

Milikan tunggal

1. Ciri-ciri
a) Pemiikan oleh seorang pemilik
b) Modal disumbangkan oleh pemilik
c) Liability perniagaan adalah tidak terhad
d) Hayat perniagaan adalah tidak berterusan
e) Penubuhan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
2. Contoh, Kedai runcit Amin dan Kedai Elektrik Jaya

Perkongsian

1. Ciri-ciri
a) Pemilikan oleh 2-20, perkongsian biasa,2-50 perkongsian professional
b) Modal disumbangkan oleh para pekongsi.
c) Liability perniagaan adalah tidak terhad
d) Hayat perniagaan adalah tidak berterusan.
e) Penubuhan di bawah Akta Perkongsian 1961.
2. Contoh, Klinik Dr. Afiq dan Eira, Restoran Ram dan Rakan-rakan.
Koperasi

1. Ciri-ciri
a) Pemilikan minimum oleh 50 orang dan tiada had maksimum
b) Modal disumbangkan oleh anggota koperasi melalui penjualan saham
c) Liability perniagaan adalah terhad
d) Hayat perniagaan adalah berterusan
e) Penubuhan di bawah Akta Koperasi 1993.
2. Contoh, koperasi Guru-guru Tamil Negeri Kedah.

Syarikat Berhad

1. Ciri-ciri
a) Pemilikan oleh 2 orang hingga 20 bagi syarikat Sendirian Berhad dan 2 orang hingga
tiada had bagi syarikat awam berhad
b) Modal disumbangkan oleh pemegang syer melalui penjualan syer
c) Liability perniagaan terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan
d) Hayat perniagaan adalah berterusan
e) Penubuhan di bawah Akta Syarikat 2016.
2. Contoh:
Syarikat Awam Berhad, - Telekom Malaysia Berhad
Syarikat sendirian berhad – Syarikat Mesra Sdn. Bhd.
Bab 2: Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan

Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

1. Akaun Perdagangan dan Untung Rugi disediakan bertujuan untuk menentukan untung
kasar dan untung bersih perniagaan.
2. Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi terdiri daripada:
a) Komponen jualan bersih
i) Jualan
ii) Pulangan jualan . pulangan masuk
b) Komponen kos jualan
i) Inventori awal
ii) Belian
iii) Pulangan belian / pulangan keluar
iv) Belanja jualan – angkutan masuk, upah belian, insurans belian, duti belian
v) Inventori akhir
c) Komponen hasil
i) Faedah diterima
ii) Komisen diterima
iii) Diskaun diterima
d) Komponen belanja
i) Gaji
ii) Insurans
iii) Kadar bayaran
iv) Belanja am
v) Promosi

Komponen Penyata Kedudukan Kewangan

1. Penyata Kedudukan Kewangan merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan


kewangan sesebuah perniagaan
2. Komponen Penyata Kedudukan Kewangan terdiri daripada
a) Komponen aset bukan semasa
i) Premis,
ii) Kenderaan
b) Komponen aset semasa
i) Akaun belum terima
ii) Inventori akhir
iii) Bank
c) Komponen liabiliti bukan semasa
i) Pinjaman
ii) Gadai janji
d) Komponen liabiliti semasa
i) Akaun belum bayar
ii) Overdraf bank
e) Komponen ekuiti pemilik
i) Modal
ii) Ambilan
iii) Untung bersih

Item setiap komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

Hasil

1. Hasil merupakan pendapatan perniagaan berbentuk wang yang diterima atau yang akan
diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh yang akan datang.
i) Hasil Operasi – jualan barang niaga, hasil perkhidmatan
ii) Hasil bukan operasi – faedah atas simpanan, komisen diterima, sewa diterima

Belanja

1. Belanja ialah kos barangan atau perkhidmatan yang digunakan dalam proses
memperoleh hasil sama ada yang dibayar atau yang akan dibayar.
2. Belanja dikelaskan kepada dua jenis
i) Belanja operasi – sewa, gaji, kadar bayaran
ii) Belanja bukan operasi – susutniali abs, hutang lapuk

Item Setiap Komponen Penyata Kedudukan Kewangan

Aset

1. Aset merupakan harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk
menjalankan perniagaan.
2. Aset perniagaan boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu;
i) Aset semasa – harta yang boleh ditukarkan ke bentuk tunai dalam jangka
pendek ( kurang tahun )
ii) Aset bukan semasa – harta yang tahan lama yang dibeli untuk membantu
menjalankan perniagaan.

Contoh :

Liabiliti

1. Liabiliti merupakan tanggungan atau hutang pihak perniagaan kepada pihak luar yang
perlu dijelaskan.
2. Tanggungan perniagaan wujud kerana:
a) Pihak perniagaan membeli inventori barang niaga daripada pembekal.
b) Membeli aset bukan semasa
c) Memperoleh pinjaman dari pihak luar seperti bank.

Pengelasan liabiliti

1. Liabiliti perniagaan boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu:


a) Liabilit semasa
b) Liabiliti bukan semasa
2. Contoh:

Ekuiti Pemilik

1. Ekuiti pemilik merupakan hutang perniagaan kepada pemiliknya


2. Ekuiti pemilik boleh diperoleh dengan menolak jumah liability perniagaan daripada
jumlah aset perniagaan.
3. Jika pemilik tidak berhutang kepada sesiapa, maka ekuiti pemilik bersamaan dengan
jumlah aset perniagaan.
4. Rumus ekuiti pemilik adalah seperti yang berikut,
Ekuiti Pemilik = Modak awal + untung bersih – Ambilan

Komponen ekuiti pemilik

1. Ekuiti pemilik bagi sesebuah perniagaan terdiri daripada:


a) Modal – disumbangkan oleh pemilik ke dalam perniagaan sama ada dalam bentuk
pelaburan permulaan atau pelaburan tambahan.
b) Untung bersih atau rugi bersih – untung bersih yang diperoleh oleh perniagaan akan
ditambahkan dengan modal awal dan rugi bersih akan ditolak daripada modal awal.
c) Ambilan – akan ditolak daripada modal awal.
Persamaan Perakaunan

Persamaan perakaunan tanpa mengambil kira hasil dan belanja

1. Persamaan perakaunan menunjukkan perhubungan antara aset, liability, dan ekuiti


pemilik pada tarikh yang tertentu.
2. Jumlah aset sesuatu perniagaan mestilah sama dengan jumlah liability dan ekuiti
pemiliknya.
3. Persamaan perakaunan juga dikenal sebagai persamaan Penyata Kedudukan
Kewangan.
4. Persamaan perakaunan boleh dinyatakan seperti rumus yang berikut.
Aset = Liabiliti + ekuiti Pemilik

Persamaan Perakaunan dengan mengambil kira hasil dan belanja

1. Sesebuah organisasi perniagaan akan memperoleh keuntungan jika jumlah hasil


melebihi jumlah belanja dan akan mengalami kerugian jika jumlah belanja melebihi
jumlah hasil.
2. Hasil akan menambahkan ekuiti pemilik manakala belanja akan mengurangkan ekuiti
pemilik
3. Oleh itu, persamaan perakaunan adalah seperti yang berikut:
Aset = Liabiliti + Modal + Untung bersih
Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja

Catatan Kontra

Catatan kontra

1. Catatan kontra ialah catatan yang mengurangkan baki akaun yang berkaitannya
2. Contoh catatan kontra dan akaun berkaitan

Catatan Kontra Akaun Berkaitan


Akaun Pulangan Jualan Akaun Jualan
Akaun Pulangan Belian Akaun Belian
Akaun Susut nilai terkumpul Akaun Aset Bukan Semasa
Akaun Peruntukan Hutang Ragu Akaun Belum Terima
Akaun Ambilan Akaun Modal

You might also like