You are on page 1of 7

TOPIK 1: PRINSIP ASAS SIMPAN KIRA

DAN PERAKAUNAN

1.1 Takrif dan tujuan Simpan Kira dan Perakaunan

1.1.1 Takrif Simpan Kira dan Perakaunan

Simpan Kira Perakaunan


Proses mengelaskan dan merekodkan Proses mengelas, merekod, mentafsir dan
urus niaga secara sistematik berdasarkan menganalisis maklumat kewangan untuk
sistem catatatn bergu. membuat perbandingan, keputusan,
perancangan dan pengawalan secara
sistematik. Proses ini bertujuan
menghasilkan rekod kewangan bagi
kegunaan pengguna dalaman dan pengguna
luaran.

1.1.2 Tujuan Simpan Kira dan Perakaunan

1. Maklumat perakaunan sangat berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat


keputusan dan perancangan perniagaan.
2. Simpan kira berfungsi sebagai bukti bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku.
3. Semua urus niaga akan diklasifikasikan dan direkodkan dengan tepat.
4. Simpan kira menyediakan maklumat tentang aset, liabiliti, hasil dan belanja perniagaan.
Seterusnya, penyata kewangan dapat disediakan.
5. Antara fungsi perakaunan termasuklah:
a. Untuk mengukur prestasi kewangan sesebuah perniagaan
b. Membuat perbandingan antara beberapa tempoh perakaunan
c. Membuat perbandingan dengan perniagaan lain
6. Maklumat perakaunan bukan sahaja penting kepada pihak pengurusan tetapi juga
berguna kepada pengguna lain seperti pemegang saham, pemiutang, bank dan pihak
kerajaan.

1
1.1.3 Perbezaan Simpan Kira dan Perakaunan

Aspek Perbezaan Simpan Kira Perakaunan

Skop Mempunyai skop yang lebih kecil Mempunyai skop yang lebih
iaitu hanya melibatkan peringkat luas daripada simpan kira
awal dalam proses perakaunan
Proses Melibatkan proses yang lebih Melibatkan banyak proses
sedikit iaitu mengelas dan seperti mengelas, merekod,
merekodkan urus niaga dalam nilai mentafsir, menganalisis dan
wang melaporkan maklumat
kewangan
Tujuan Menyediakan maklumat kewangan Menyediakan maklumat
untuk membolehkan akauntan kewangan untuk membolehkan
melaksanakan proses perakaunan pihak tertentu membuat
yang seterusnya keputusan, perbandingan dan
perancangan perniagaan

1.2 Prinsip dan Konsep Perakaunan

Jadual di bawah menerangkan tentang prinsip dan konsep Perakaunan.

Prinsip dan konsep Penerangan dan contoh


perakauan
1 Entiti berasingan Sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit
yang tersendiri dan terpisah daripada pemiliknya dari
segi perakaunan.
2 Berterusan Perniagaan diandaikan wujud untuk jangka masa
yang panjang.
3 Wang sebagai ukuran Urus niaga direkodkan dalam nilai mata wang.
Contohnya, nilai wang Malaysia ialah Ringgit
Malaysia (RM).
4 Tempoh perakaunan Tempoh perakaunan merujuk kepada tempoh yang
meliputi satu kitaran perakaunan. Peniaga Ali
menentukan tempoh perakaunan perniagaannya
seperti berikut:
1 Januari hingga 31 Disember 2018 – 1 tahun
1 Mac hingga 31 Ogos 2018 – 6 bulan
Penyata kewangan akan dihasilkan pada akhir

2
tempoh perakaunan.
5 Pemadanan Semua belanja bagi satu tempoh perakaunan akan
dipadankan dengan hasil dalam tempoh perakaunan
yang sama.
6 Kos sejarah Aset bukan semasa akan direkodkan pada nilai kos
belian. Peniaga Ali membeli kenderaan pada 1 April
2018 dengan harga RM 50,000. Jumlah RM 50,000
akan direkodkan dalam Akaun Kenderaan walaupun
nilai kenderaan berkenaan telah berkurangan pada
tahun-tahun berikutnya.
7 Prinsip catatan bergu Setiap urus niaga direkodkan di sebelah debit dan
kredit dengan jumlah dan tarikh yang sama di dalam
sekurang-kurangnya dua akaun.
8 Materialiti Kematerialan nilai dan maklumat urus niaga
bergantung kepada saiz perniagaan. Suatu catatan
perakaunan dianggap material sekiranya keciciran
butiran tersebut memberikan kesan terhadap penyata
kewangan. Contoh, Syarikat Motor Mewah
menganggap bahawa belanja alat tulis RM20 tidak
akan memberi kesan kepada perniagaan.
9 Ketekalan Kaedah perakaunan yang sama digunakan secara
berterusan untuk setiap tempoh perakaunan.

3
1.3 Klasifikasi akaun

1. Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira disediakan untuk membekalkan maklumat


kewangan sesebuah perniagaan kepada pengguna dalaman dan luaran.
2. Komponen dalam Penyata Pendapatan adalah Hasil dan Belanja.
3. Komponen dalam Kunci Kira-kira pula adalah Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik.

1.3.1 Menyatakan maksud Aset, Liabiliti, Hasil, Belanja dan Ekuti Pemilik.

A. Aset

1. Aset ialah harta yang dimiliki oleh perniagaan untuk menjana pendapatan.
2. Aset boleh berbentuk fizikal seperti kelengkapan dan perabot, dan tidak berbentuk
fizikal seperti hak cipta dan paten.
3. Aset dikategorikan kepada 2 iaitu; Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa.
4. Aset Semasa – Aset yang boleh ditukar menjadi tunai dalam tempoh setahun
kewangan dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi. Contohnya, penghutang (Akaun
Belum Terima), tunai di tangan, tunai di bank dan stok barang niaga.
5. Aset Bukan Semasa – Aset yang boleh tahan lama dalam perniagaan dan digunakan
untuk menjalankan perniagaan. Contohnya, premis, tanah, kenderaan, mesin, jentera,
lengkapan pejabat dan perabot.

B. Liabiliti

1. Liabiliti ialah hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan.
2. Liabiliti dikategorikan kepada 2 ; Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa.
3. Liabiliti Semasa – hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dalam tempoh setahun
kewangan. Contohnya; overdraf bank dan pemiutang (Akaun Belum Bayar).
4. Liabiliti Bukan Semasa – hutang perniagaan yang dijelaskan dalam tempoh lebih
daripada satu tahun kewangan. Contohnya, pinjaman dari bank dan gadai janji.

C. Hasil

1. Hasil ialah pendapatan perniagaan yang dijana melalui operasi perniagaan atau
bukan operasi perniagaan dalam suatu tempoh perniagaan.
2. Hasil ialah pendapatan atau wang yang sudah diterima dan akan diterima oleh
perniagaan pada masa akan datang.
3. Hasil dapat dikategorikan kepada hasil operasi dan hasil bukan operasi.

4
4. Hasil operasi – pendapatan yang dijana daripada aktiviti utama dan aktiviti harian
perniagaan seperti jualan barang dan perkhidmatan.
5. Hasil bukan operasi – pendapatan yang dijana bukan daripada aktiviti utama
perniagaan dan diterima secara tidak langsung seperti dividen daripada pelaburan,
faedah simpanan bank, komisen diterima, sewa diterima dan keuntungan pelupusan
aset bukan semasa.
6. Contoh hasil yang melibatkan penerimaan wang; jualan dan sewa diterima.
7. Contoh hasil yang tidak melibatkan wang; untung atas pelupusan aset.

D. Belanja

1. Belanja ialah perbelanjaan yang dibayar untuk operasi perniagaan atau bukan operasi
perniagaan dalam suatu tempoh perakaunan.
2. Belanja termasuk perbelanjaan yang sudah bayar dan akan bayar pada masa akan
datang.
3. Belanja terdiri daripadi Belanja Operasi dan Belanja Bukan Operasi.
4. Belanja Operasi – perbelanjaan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti utama
perniagaan seperti belian barang niaga, gaji pekerja, insurans, sewa premis, belanja
am, belanja pengangkutan, promosi dan kadar bayaran, susut nilai, hutang lapuk
5. Belanja Bukan Operasi – perbelanjaan yang tidak terlibat secara langsung dalam
aktiviti utama perniagaan seperti faedah atas pinjaman bank dan faedah atas overdraf.
6. Contoh belanja yang melibatkan pembayaran wang; gaji, belian
7. Contoh belanja yang tidak melibatkan pembayaran wang; susut nilai aset

E. Ekuiti Pemilik

1. Ekuiti pemilik ialah hutang perniagaan kepada pemilik atau tuntutan pemilik
terhadap aset perniagaan.
2. Komponen dalam ekuiti pemilik adalah Modal, Untung dan Ambilan.
3. Modal – sumbangan pelaburan yang dimasukkan dalam perniagaan. Modal akan
menambahkan ekuiti pemilik.
4. Untung – merupakan untung yang didapati daripada aktiviti perniagaan. Untung bersih
akan menambahkan ekuiti pemilik manakala rugi bersih akan mengurangkan ekuiti
pemilik.
5. Ambilan – merupakan keluaran aset daripada perniagaan oleh pemiliknya untuk
kegunaan sendiri. Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
6. Ekuiti pemilik boleh diringkaskan seperti berikut:

Ekuiti Pemilik = Modal Awal + Untung Bersih – Ambilan

Ekuiti Pemilik = Modal Awal – Rugi Bersih5 – Ambilan


1.4 Persamaan Perakaunan

1.4.1 Rumus persamaan Perakaunan tanpa Hasil dan Belanja

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

 Persamaan di atas bermakna Aset perniagaan dibiayai oleh sumber dalaman ( Ekuiti
Pemilik) dan sumber luaran (Liabiliti).

1.4.2 Rumus persamaan Perakaunan dengan Hasil dan Belanja

 Dengan mengambil kira hasil dan belanja, persamaan perakaunan boleh


diperluaskan lagi seperti di bawah:

Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih /(Rugi bersih)

atau

Aset = Liabiliti + Modal + Hasil - Belanja

Contoh kesan urus niaga terhadap Persamaan Perakaunan

No Transaksi ASET LIABILITI EKUITI


PEMILIK
1 Membeli van sebanyak RM + 55,000 + 55,000
55,000 secara kredit daripada
Syarikat Suka Motors.
2 Membeli alatan pejabat RM 700 + 700
-700
secara tunai.
3 Membayar Akaun Belum Bayar -900
+900
sebanyak RM 900 dengan
pinjaman dari bank.
4 Pemilik membawa masuk tunai +2,000 +2,000
sebanyak RM 2,000 sebagai
modal tambahan
5 Pemilik mengambil wang tunai -150 -150
dari pejabat sebanyak RM 150
untuk kegunaan anak
6 Membayar penuh RM 55,000 -55,000 -55,000
kepada Syarikat Suka Motors
dengan menggunakan cek

6
7

You might also like