You are on page 1of 16

Personal & Enviroment Safety

Maintain Work Area Tidyness


Mengekalkan Kebersihan kawasan kerja

Pelatih-pelatih mesti boleh :-

1. Jelaskan apa tujuan mengekalkan kebersihan


kawasan kerja.
2. Kenalpasti bagaimana harus mengekalkan
kebersihan kawasan kerja.
3. Terangkan arahan serta peraturan-peraturan
pembersihan kawasan kerja.
4. Tahu kegunaan dan mengapa perlu
mengemaskini buku servis atau laporan
kebersihan.
Tujuan :-
• kawasan kerja atau makmal komputer
memerlukan persekitaran yang bersih dan
selamat bagi menjamin keselamatan
pengguna dan peralatan di dalamnya.

• Sekiranya tempat kerja kotor dan tidak teratur


ianya akan menimbulkan perasaan yang
kurang selesa ketika melakukan kerja.
Kesannya kepada kerja:-
• Antara kesan yang mungkin timbul akibat keadaan yang
tidak kemas dan teratur ialah :

1. Perasaan tidak selesa ketika berada di tempat kerja.


2. Malas dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja
menjurus kepada kemerosotan disiplin dan kualiti
kerja.
3. Risiko kemalangan adalah tinggi di samping risiko
kesan sampingan seperti sakit kepala dan sebagainya.
4. Risiko kerosakan barangan dan peralatan yang boleh
merugikan syarikat juga tinggi.
Mengekalkan kebersihan kawasan
kerja :-
• Mengamalkan sikap dan sistem kerja yang baik
iaitu sistem kerja yang diamalkan oleh orang
Jepun yang lebih dikenali sebagai sistem 5S.
SENTIASA AMAL (Disiplin)

SISIH (Asing)
5S STANDARD (Seragam)

SUSUN SAPU
1) SISIH (Asing) :-
• bermaksud mengasingkan barangan
mengikut keperluan.
• Dimana barangan yang masih baik serta
boleh digunakan diasingkan dengan
barangan yang sudah rosak.
• Ini memudahkan kita memilih barangan
yang dapat digunakan dengan cepat
apabila kita memerlukannya.
2) SUSUN :-
• bermaksud kita menyusun barangan dan
peralatan yang elok mengikut standard
yang sepatutnya.
• Sebagai contoh ialah peralatan kerja
hendaklah disusun mengikut jenis
penggunaannya, saiz serta kepentingan.
• Barangan yang baru hendaklah diletakkan
berasingan dengan barangan yang lama.
3) SAPU :-
• Selepas kerja penyusunan barangan
selesai dan juga selepas setiap kali
melakukan kerja.
• Kawasan kerja hendaklah disapu bagi
memastikan ianya sentiasa bersih dan
kemas.
4) STANDARD (Seragam) :-
• Bermaksud segala barangan dan
keperluan perlulah dikembalikan ke
tempat asalnya selepas digunakan.
• Ini bagi memastikan peralatan berkenaan
sentiasa tersusun, mudah dicari dan
sebarangan kehilangan dapat dikesan
dengan cepat.
5) SENTIASA AMAL (Disiplin)
• Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap
kerja 5S bagi memastikan segala
perancangan dan penyeliaan kebersihan
serta kekemasan kawasan kerja akan
sentiasa berjalan dengan lancar dan
teratur.
Mengekalkan kebersihan kawasan
kerja (samb…) :-
• Kita memerlukan satu pelan lantai bagi
menguruskannya dan membuat perancangan
bagi membersihkan kawasan tersebut.

• Mewujudkan atau mengubal peraturan dan


arahan bagi memantau permasalahan serta
sebagai panduan untuk mengekalkan kebersihan
kawasan kerja kita.

• Membuat jadual pembahagian tugas setiap hari.


Contah pelan lantai (work area plan/layout)
Contoh arahan & peraturan
PERATURAN KHUSUS PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER

• Setiap ketua kumpulan bertanggungjawab ke atas setiap


bahan/peralatan latihan yang digunakan.
• Setiap ketua kelas dan penolong pula bertanggungjawab
terhadap setiap ketua kumpulan.
• Jika berlaku sebarang kerosakan, sila laporkan kepada pengajar
secepat mungkin.
• Sebarang kehilangan peralatan latihan adalah menjadi
tanggungjawab kepada ketua kelas/penolong/ketua kumpulan
(jika ada) dan pelajar-pelajar sendiri.
• Jika berlaku kehilangan barang, kerosakan yang disebabkan
oleh kecuaian pelajar (kerana tidak mengikut arahan), semua
pelajar yang menggunakan makmal tersebut dalam semester
pengajian dikehendaki dengan apa cara sekalipun mengganti
kembali barang/bahan/peralatan yang sama atau yang sepadan
dengannya dalam semester/sessi pengajaran tersebut.
Contoh arahan & peraturan (samb…)
PERATURAN KHUSUS PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER

• Pelajar-pelajar hendaklah meninggalkan makmal/kelas


apabila waktu slot untuk subjek tersebut telah tamat.
• Diketuai oleh ketua kelas/penolong, pelajar-pelajar
hendaklah memastikan:
1. Semua komputer telah di’OFF’kan mengikut SOP
yang telah ditetapkan.
2. Semua bekalan kuasa elektrik ke PC di’OFF’kan.
3. Semua tingkap hendaklah ditutup.
4. Penghawa dingin di’OFF’kan, untuk bilik/makmal
yang mempunyai penghawa dingin jenis ‘split unit’.
5. Ketua kelas/penolong atau pengguna terakhir
hendaklah memastikan pintu dikunci, lampu
di’OFF’kan setelah tiada lagi pengajar / pelajar /
pengguna terakhir di dalam makmal.
• Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali memegang atau
menggunakan kunci makmal-makmal/bilik-bilik.
Contoh arahan & peraturan (samb…)
PERATURAN KHUSUS PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER

• Dalam keadaan tertentu, jika notis telah diberi oleh pengajar


lebih awal, sila berjumpa dengan penjaga tempat letak kunci.
Penjaga tempat letak kunci hendaklah memastikan pengajar
slot/subjek tersebut tiada/tidak hadir atau sebagainya.
• Jika ketua kelas mendapati tiada pengajar untuk kelas/subjek
berkenaan, datang sila periksa dalam bilik pengajar dan
pastikan samaada pengajar-pengajar tersebut akan
mengendalikan kelas atau tidak pada slot tersebut.
• Pengajar untuk slot/subjek yang berkenaan hendaklah
memastikan kelas/makmal dibuka pada waktu/slot yang
berkenaan.
• Pengajar awal pagi perlu meletakkan kunci untuk hari tersebut
ke dalam ‘flout box’, pengajar slot terakhir untuk setiap hari pula
hendaklah meletakkan kembali di tempat kunci dan tempat
kunci hendaklah dikunci.
Contoh jadual tugas
HARI KUMPULAN TUGASAN CATATAN

ISNIN 1 -Membersihkan lantai dan cermin tingkap Perlukan baldi, 2 batang mop,
-Membetulkan kerusi dan meja 5 kain pengelap
-Membersihkan komputer
-Membuang sampah
SELASA 2 Membersihkan lantai dan cermin tingkap Perlukan baldi, 2 batang mop,
-Membetulkan kerusi dan meja 5 kain pengelap
-Membersihkan komputer
-Membuang sampah
RABU 3 Membersihkan lantai dan cermin tingkap Perlukan baldi, 2 batang mop,
-Membetulkan kerusi dan meja 5 kain pengelap
-Membersihkan komputer
-Membuang sampah
KHAMIS 4 Membersihkan lantai dan cermin tingkap Perlukan baldi, 2 batang mop,
-Membetulkan kerusi dan meja 5 kain pengelap
-Membersihkan komputer
-Membuang sampah
JUMAAT 5 Membersihkan lantai dan cermin tingkap Perlukan baldi, 2 batang mop,
-Membetulkan kerusi dan meja 5 kain pengelap
-Membersihkan komputer
-Membuang sampah

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 5


Mohd Sani Shahrul Yusri Meor Nasir
Fathiyah Badri Bazri Asrul Hassan
Mohd Zaini Badrul Hamid Halim Hisham
Aiza Azmudin Sariyah Aishah Nurul
Saleh Rashidi Midah Sarimah Anizah
Buku servis / Laporan kebersihan
• Digunakan sebagai bukti bahawa kerja-kerja
pembersihan telah dilakukan.

• Juga sebagai rujukan sekiranya terjadi sebarang


kehilangan barang dan kecederaan kepada
pengguna.

• Selain itu ia juga dapat memastikan bahawa


semua petugas melaksanakan tanggungjawab
seperti yang berada di dalam jadual tugas.

You might also like