You are on page 1of 7

AKTA KESELAMATAN DAN

KESIHATAN PEKERJA 1994

Pengenalan:
Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang
bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja.
Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam
sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab
majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994
Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan
para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini
dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari
Kementerian Sumber Manusia.
Prinsip:
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka
berdasarkan enam prinsip iaitu:
Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek
penting pengurusan dan kemahiran yang baik
Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam
memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang
kemalangan
Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam
memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah
dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan
disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan
keselamatan pekerjaan
Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan
dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
1994.
Aliran Sebelum Era Keselamatan Pekerja 1994:

1913
Menguatkuasa “machinery enactmen of 1913” di negeri-negeri
bersekutu dan diperluaskan pada negeri-negeri lain selepas
tahun 1914. Ia adalah bertujuan untuk mengawal keselamatan
penggunaan dandang stim serta jentera-jentera.

1953
Sehingga tahun 1953, aspek kesihatan pekerja mula ditekankan
apabila “Ordinan Kejenteraan 1953” diperkenalkan. Dimana
ordinan telah dimansuhkan “Machinery Enactmen Of 1913”
yang terpakai sebelum ini.

1967
“Ordina Kejenteraan 1953” telah ditukar kepada “Akta Kilang
Dan Jentera 1967” yang dikuatkuasa oleh Jabatan Kilang dan
Jentera di bawah Kementerian Buruh pada masa itu.

1994
Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja di bawah Kementerian
Sumber Manusia telah melaksanakan “Akta Keselamatan Dan
kesihatan Pekerja 1994”. Akta berikut pelengkap kepada “Akta
Kilang Dan Jentera 1967” dan telah diguna pakai sehingga kini.
Dasar keselamatan dan kesihatan 1994:
Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat
dan sihat untuk semua pekerjanya.Pihak pengurusan dan pekerja
akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan
objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
Khususnya, dasar Jabatan ialah:

 Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan


sistem kerja yang selamat dan sihat; 
 Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi
maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara
untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko
kepada kesihatan; 
 Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan
dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah
untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak
berulang lagi; 
 Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan
mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang
ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan-
tataamalan yang diluluskan; 
 Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi
semua pekerja; dan
 Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.   
Untuk mempastikan pelaksanaan dasar ini, seorang pegawai
keselamatan dan kesihatan dilantik di setiap pejabat untuk
menyelaraskan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan
seperti yang telah dirancang. 
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (Dosh) merupakan sebuah
jabatan di bawah Jabatan Sumber Manusia. Jabatan ini
bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan
dan kesejahteraan rakyat di tempat kerja serta melindungi orang
lain dari bahaya keselamatan dan kesihatan yang timbul dari
sektor kegiatan yang meliputi:

 Kilang
 Perlombongan dan Penggalian
 Pembinaan
 Hotel dan Restoran
 Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
 Pengangkutan, Pergudangan dan Komunikasi
 Perkhidmatan Awam dan wajib Otoritas
 Gas, Listrik, Air dan Sanitasi Jasa
 Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Jasa Syarikat
 Grosir dan Eceran Perdagangan
Sebagai instansi pemerintah, jabatan bertanggung jawab atas
pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan yang berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan negara itu, dengan visi untuk
menjadi sebuah organisasi yang memimpin bangsa dalam
mencipta budaya kerja yang selamat dan sihat yang memberi
sumbangan terhadap peningkatan kehidupan kerja.
Contoh-contoh Kemalangan Di Tempat Kerja:

You might also like