You are on page 1of 37

KESELAMATAN &

KESIHATAN PEKERJAAN

KESEDARAN KESELAMATAN
Disampaikan oleh:
Mohd Husaini Abu Bakar
KANDUNGAN
 Renungan - Tragedi-tragedi Kemalangan di Industri
 Sejarah
 Pengenalan Awal Penyakit Pekerjaan
 Kemunculan Kemalangan Industri
 Kemunculan Peraturan/Undang-undang Keselamatan
Industri.
 Kemunculan Pengurusan Keselamatan.

 Perundangan Peraturan Kendiri (Self-Regulation)


 Pendekatan Pengurusan Kualiti terhadap
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
PERISTIWA/TRAGEDI

Industri Kimia
 September 21, 1921:
Letupan, Oppau di
Jerman. Berlaku
apabila menara
penyimpanan silo
4500 tan yang
mengandungi
campuran ammonium
sulfat dan ammonium
nitrat. 500-600 orang
terbunuh dan lebih
2000 orang cedera.
PERISTIWA/TRAGEDI (SAMBUNGAN)
 1932-1968 : Minamata
Bencana. Minamata telah
disebabkan oleh lambakan
raksa (mercury) yang
tercampur dalam Minamata
Bay, Jepun. Chisso
Corporation, iaitu syarikat
baja dan petrokimia,
kemudiannya, telah
didapati bertanggungjawab
mencemarkan kawasan
teluk selama 37 tahun.
Dianggarkan seramai 3000
orang telah terkena dan
menderita akibat kecacatan
dan mati, yang berpunca
dari keracunan raksa.
PERISTIWA/TRAGEDI (SAMBUNGAN)

 10 Julai 1976: Bencana


Seveso. Bencana Seveso
berlaku di Seveso Itali,
dalam satu kilang
pembuatan kimia kecil
ICMESA. Kerana
pembebasan dioksina ke
persekitaran dan tersebar
ke satu bahagian besar,
Lombard Plain, 3,000
peliharaan dan ternakan
mati dan, kemudian, 70,000
ekor haiwan telah
disembelih untuk mencegah
daripada dioksinamemasuki
rantaian makanan. 193
orang dalam kawasan
terjejas itu, menderita
daripada chloracne dan
gejala-gejala lain.
PERISTIWA/TRAGEDI (SAMBUNGAN)

 3 Disember 1984: Bencana Bhopal di India


adalah bencana terbesar di industri yang pernah
dicatatkan. Sebuah tangki rosak mengandungi
racun metil isosianat bocor di plant Union
Carbide, dan menyebabkan hampir 4,000 orang
mati pada malam pertama, dan sekurang-
kurangnya 15,000 orang kemudian daripadanya
mendapat penyakit-penyakit berkaitan. Bencana
itu menyebabkan manusia kawasan serantau
menghadapi masalah kesihatan teruk.
PERISTIWA/TRAGEDI (SAMBUNGAN)
Industri Pembinaan
 27 April 1978: Bencana Kepulauan
Willow. Menara Penyejuk bagi
Power Plant yang dalam
pembinaan telah runtuh di
Kepulauan Willow, West Virginia.
Kejadian telah menyebabkan
seramai 51 orang terbunuh. Ianya
merupakan kemalangan terbesar
dalam sejarah sektor pembinaan
Amerika Syarikat.
PERISTIWA/TRAGEDI (SAMBUNGAN)
Industri Pertahanan
 17 Julai 1944: Bencana
Pelabuhan Chicago. Satu
letupan senjata api yang
membunuh 320 orang di
California.
PERISTIWA/TRAGEDI (SAMBUNGAN)
Industri Tenaga
 06 Julai 1988: Bencana Piper Alpha.
Satu letupan dan kebakaran telah
berlaku di pelantar North Sea Oil,
mengakibatkan 167 orang terbunuh.
Ianya merupakan kejadian terburuk
di pelantar minyak.
PERISTIWA/TRAGEDI (SAMBUNGAN)
Industri Pemakanan
 03 September 1991:
kebakaran di plant
pemprosesan ayam Hamlet,
yang mana pekerja-pekerja
terperangkap di plant
pemprosesan disebabkan
pintu-pintu yang terkunci.
Seramai 25 orang mati.
PERISTIWA/TRAGEDI DI MALAYSIA

 07 Mei1991: Tragedi
letupan kilang mercun di
Sungai Buloh kira-kira
jam 03.45 ptg. Seramai
26 mangsa maut dan 83
orang tercedera.
PERISTIWA/TRAGEDI DI MALAYSIA
(SAMBUNGAN)

 27 Mei 2009:
Bangunan Jaya
Supermaket di
Petaling Jaya telah
runtuh ketika kerja-
kerja pembaikan. 2
orang mati dan 5
orang tertimbus.
PERISTIWA/TRAGEDI DI MALAYSIA
(SAMBUNGAN)

 04 Disember 1977: Pesawat


MAS MH653 (Boeing 737)
terhempas di Hutan paya
bakau di Tanjung Kupang,
Johor kira-kira jam 08.45
malam. Pesawat berkenaan
berlepas dari Pulau Pinang
menuju ke Singapura.
Seramai 100 orang telah
terkorban (93 penumpang
dan 7 krew penerbangan).

http://yakuzafortress.blog.friendster.com/2008/02/4th-dec-1977-mas-mh653/
PERISTIWA/TRAGEDI DI MALAYSIA
(SAMBUNGAN)

 27 April 2006: Dua tangki minyak


dan sebuah tangki gas asli milik
Petronas Dagangan Berhad di
Pasir Gudang meletup, dipercayai
akibat panahan petir ketika
hujan lebat, lalu menyebabkan
kebakaran besar di depot minyak
berkenaan. Tiada pekerja yang
tercedera. Seorang pegawai
Bomba tercedera ketika kerja-
kerja memadam dilakukan.
PERISTIWA/TRAGEDI DI MALAYSIA
(SAMBUNGAN)
 02 Jun 2009: Keruntuhan
berlaku di Stadium Sultan
Mizan. Tiada yang
tercedera.
PERISTIWA/TRAGEDI DI MALAYSIA
(SAMBUNGAN)
 15 Mac 2011. Tangan
tersepit di mesin tebu.
Mangsa berusia 15 tahun.
Kejadian berlaku apabila
tudung pelajar tingkatan
tiga itu tiba-tiba tersangkut
pada gigi mesin berkenaan
yang sedang ligat berputar.
mangsa gagal menarik
keluar tudungnya yang
tersangkut ketika mesin
berputar.
PERISTIWA/TRAGEDI DI MALAYSIA
(SAMBUNGAN)
 26 November 2010. Mangsa,
umur 22 tahun, sedang
mengait buah kelapa sawit,
yang mana pelepah pokok
berkenaan terkena kabel
elektrik voltan tinggi.
Kebetulan malam sebelum
kejadian hujan turun dan
membasahi pokok berkenaan.
Mangsa melecur 35 peratus
akibat terkena renjatan.
Kedua-dua tangan dan kaki
kiri terpaksa dipotong akibat
kecederaan yang teruk dan
terkena jangkitan kuman.
PENGENALAN AWAL PENYAKIT
PEKERJAAN
 Pada 1473, Ahli Fizik Jerman, Ellenborg telah
mengeluarkan phamplet tentang penyakit
pekerjaan yang berkaitan perlombongan emas.
 Pada 1556 seorang sarjana Jerman, Agricola,
telah menggambarkan penyakit-penyakit
pelombong-pelombong.
 Pada 1713, Ramazzini, dianggap sebagai bapa
perubatan pekerjaan, telah mencadangkan
doktor-doktor yang melakukan diagnosis perlu
tanya pesakit tentang pekerjaan mereka.
KEMUNCULAN KEMALANGAN DI
INDUSTRI
 Kemalangan-kemalangan industri wujud semasa
sistem kilang ketika revolusi industri pada abad
ke-18 (1700 an).
 Wanita-wanita dan kanak-kanak telah bekerja
dalam keadaan tidak selamat dan tidak sihat di
tempat kerja.
KEMUNCULAN
PERATURAN/UNDANG-UNDANG
KESELAMATAN INDUSTRI
 Pada 1833, English Factory Act telah digubal –
undang-undang keselamatan industri efektif
yang pertama.
 Ianya dikeluarkan untuk ganti-rugi kemalangan
berbanding mengawal punca-punca kemalangan.
 Syarikat-syarikat insurans telah memeriksa tempat
kerja dan mencadangkan kaedah pencegahan di
tempat kerja.
 Masalah: Keselamatan menjadi berorentasikan
kemalangan dan insurans.
KEMUNCULAN PENGURUSAN
KESELAMATAN
 Peranan Herbert W. Heinrich (1930an)
 Membangunkan Teori Domino dan mengsyorkan
kawalan terhadap tabiat pekerja.
 Masalah: Hanya fokuskan kepada tabiat pekerja dan
bukan pengurusan.
 Menyebabkan manusia berfikir bahawa keselamatan
adalah tentang mempolisi pekerja.
 Frank Bird (1970)
 Telah membangunkan Loss Control Theory.
 Telah mencadangkan dasar punca-punca
kemalangan adalah disebabkan kurangnya kawalan
pengurusan dan keputusan pengurusan yang lemah.
 Masalah: Tidak popular kerana hanya menuduh
pengurusan (Tanggungjawab dan kawalan).
KEMUNCULAN PENGURUSAN
KESELAMATAN
 Pada 1980 an, Behavioural Based Safety telah
diperkenalkan.
 Berdasarkan teori Heinrich
 Kerja melalui pengiktirafan tabiat kerja selamat dan
menawarkan ganjaran dan denda.
 Masalah:
 Hanya memfokus terhadap pekerja-pekerja dan bukan pada
bahaya (hazad) atau pengurusan.
 Sistem ganjaran dan denda mempunyai kecacatan.

 Pembangunan semasa tentang sistem pengurusan


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dipandu
melalui dua gerakan selari:
 Undang-undang Peraturan kendiri di UK (1974).
 Pergerakan Pengurusan Kualiti.
PERUNDANGAN PERATURAN KENDIRI
(SELF-REGULATION)

 Lord Robens, Pengerusi Royal Safety


Commission Report telah menulis:
 Terdapat banyak perundangan OSH.
 Undang-undang semasa terlalu banyak pecahan.
 Liputan terhad (bahaya dan tempat kerja spesifik).
 Undang pada ketika itu ketinggalan zaman dan
sukar dikemaskini.
 Tidak fleksibel.
 Manusia telah beranggapan keselamatan adalah
gerakan pemeriksa kerajaan.
PERUNDANGAN PERATURAN KENDIRI
(SELF-REGULATION)

 Lord Roben telah mengsyorkan:


 Peraturan kendiri (Self Regulation).

 Hasil laporan berkenaan – Health and Safety of


Workers At Work Act di UK telah diwujudkan
pada tahun 1974 (HASAWA).
 Undang-undang yang hampir serupa telah
digubal di Australia pada 1984.
 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(OSHA) telah digubal di Malaysia pada 1994
selepas peristiwa letupan kilang mercun di
Sungai Buloh.
PERUNDANGAN PERATURAN KENDIRI
(SELF-REGULATION)
 Ciri-ciri perundangan “Roben Style”:
 Kewajipan penjagaan umum:
 Majikan, pekerja, pengeluar, pereka, pembekal.
 Tugas majikan memastikan tempat kerja selamat.

 Perundingan dengan pekerja melalui Jawatankuasa


Keselamatan dan Kesihatan.
 Pegawai Keselamatan dan Kesihatan adalah sebagai
penasihat dan koordinator.
 Notis penambahbaikan dan larangan.
PERUNDANGAN PERATURAN
KENDIRI
(SELF-REGULATION)
 Perundangan mengikut kemalangan major dan
keperluan pengukuhan untuk sistem pengurusan.

Kemalangan Peraturan/Program
Flixborough (1974) CIMAH Regulation 1996

Bhopal (1984) Proses Keselamatan /


“Tanggungjawab Menjaga”

Piper Alpha (1988) Penilaian Risiko /


Sistem Pengurusan
PENDEKATAN PENGURUSAN KUALITI
TERHADAP PENGURUSAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN

 Terdapat isu yang sama dalam pengurusan


keselamatan dan pengurusan kualiti
 Contoh:
 Produktiviti
 Penglibatan pekerja
 Pendekatan proaktif
 Pendekatan Saintifik
 Hak-hak pelanggan dan manusia.
PENDEKATAN PENGURUSAN KUALITI
TERHADAP PENGURUSAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN

 Standard sistem pengurusan:


 ISO 9000 QMS telah terbukti berjaya dan ISO 14000
EMS telah diperkenalkan pada 1996.
 UK telah mengeluarkan BS 8800 dan Australia
AS8401 Sistem pengurusan OSH pada 1996.
 OSHAS 18001 sistem pengurusan OSH telah
dikeluarkan pada 1999.
 ILO (International Labour Office) telah meluluskan
sistem pengurusan OSH untuk kerajaan pada 2000.
PERSEPSI MANUSIA TERHADAP
KEMALANGAN
 Sikap mementingkan diri
 Ambil berat jika kemalangan ada berkaitan dengan
diri.
 Salah dan betul.
 Anggapan sekiranya kesilapan itu dilakukan oleh
dirinya, dan kemalangan berlaku ke atas dirinya
memang patut berlaku, dan boleh diterima.
 Fokus yang silap.
 Jika kemalangan berlaku, fokus lebih kepada siapa
yang buat silap dan bukan kepada sebab musabab
berlaku.
 Orang ramai mengatasi individu.
 Masyarakat lebih mengambil berat kepada
kemalangan yang melibatkan orang ramai
berbanding melibatkan beberapa individu sahaja.
PERSEPSI MANUSIA TERHADAP
KEMALANGAN
 Kemalangan Nyaris
 Kemalangan nyaris selalu dianggap remeh dan tidak
diendahkan kerana tiada kecederaan atau kerosakan
harta benda.
 Mementingkan tugas dan mengabaikan
tanggungjawab.
 Bagi sesetengah pengurusan atasan menganggap
menguruskan keselamatan dan kesihatan dianggap
sebagai membebankan sumber dan meningkatkan
kos. Melaksanakan seminimum mungkin sebagai
memenuhi undang-undang.
 Tidak memahami maksud sebenar keselamatan.
 Terdapat sebilangan majikan dan juga pekerja,
keselamatan adalah sesuatu yang tidak mutlak dan
risiko sifar tidak wujud.
PERSEPSI MANUSIA TERHADAP
KEMALANGAN
 Tidak tahu mana hendak mula
 Oleh kerana terlalu banyak hazad di tempat kerja yang
ingin diuruskan, majikan dan pekerja tidak tahu di mana
hendak memulakan pengurusan.
 Tidak tahu siapa yang melakukan apa.
 Ibarat cerita ‘Bangau oh bangau’. Mencari siapa yang
melakukan apa.
TAKRIF KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
 Bebas dari sebarang bahaya atau risiko yang
boleh mendatangkan kehilangan nyawa,
kecederaan, kerosakan harta benda atau
kemudaratan kesihatan di tempat kerja.
SOALAN

 Apakah perspektif manusia terhadap


kemalangan? Terangkan dengan ringkas.
 English Factory Act merupakan undang-undang
pertama yang digubal bagi menjaga keselamatan
dan kesihatan pekerjaa. Terangkan Secara
ringkas.
 Nyatakan ciri-ciri perundangan Roben Style.

 Terangkan dengan ringkas tentang:


 Teori Domino
 Loss Control Theory.

You might also like