You are on page 1of 26

 Sistem kawalan dahulu adalah sukar untuk diubah suai.

Setiap kali produk baru

ingin dikeluarkan, sistem kawalannya perlu diubah suai dengan banyak. Di antara
faktor awal yang membawa kepada rekaan dan pembangunan sistem kawalan
yang boleh di aturcarakan adalah seperti berikut:

• Keperluan kos yang rendah


• Penggunaan secara pintar
• Pengawal yang mudah dikawa
 PLC yang pertama telah direka oleh sekumpulan jurutera di Syarikat General Motor (GM),

Amerika Syarikat dalam tahun 1968 apabila syarikat tersebut mencari kaedah lain untuk
menggantikan sistem kawalan geganti yang rumit. Mereka juga telah menetapkan bahawa
spesifikasi sistem kawalan yang baru ini mestilah memenuhi keperluan berikut:

 Mudah diaturcarakan
 Tidak perlu pendawaian semula keatas sistem kawalan jika berlaku perubahan ke atas aturcara
 Lebih kecil, murah dan keboleharapan yang tinggi
 Binaannya ringkas dan penyelenggaraanya murah
 Kos yang kompetitif
 Fleksibe
 Terdapat beberapa jenis binaan PLC yang ada pada hari ini. Antara pengeluar PLC

utama adalah OMRON, Allen Bradley, Mitsubishi, NAIS, Siemens, Toshiba, dan
sebagainya. Berikut adalah jenis-jenis PLC yang biasanya digunakan di industri.

 Compact PLC

 Modular PLC

 PLC Plug-in Card


 Compact PLC bermaksud IO nya tidak lagi boleh ditambah. Modular PLC

bermaksud, PLC tersebut terdiri daripada unit-unit atau komponen-komponen


berbeza dan boleh ditambah. PLC plug-in cards terdiri daripada kad-kad yang
boleh ditambah atau dikeluarkan. Pada dasarnya, PLC terdiri daripada beberapa
komponen
 Unit memori berfungsi untuk menyimpan aturcara. Program dan keadaan IO
disimpan di dalam memori tersebut.
 Ia menyimpan semua program utama dan program sokongan untuk melakukan
sesuatu arahan.
 Memori ini terbahagi kepada dua iaitu RAM dan ROM.
 RAM adalah ingatan jenis baca / tulis dan mudah diaturcarakan dan diperbaiki.

Semua aturcara pengguna disimpan di dalam ingatan ini. Aturcara ini pula akan
hilang apabila bekalan kuasa diputuskan kepadanya.
 ROM adalah ingatan jenis baca sahaja. Aturcara sistem disimpan di dalam ingatan

ini. Aturcara ini tidak akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan kepadanya.
Peralatan khas digunakan untuk memadam aturcara yang terdapat di dalamnya.
 Komponen seterusnya ialah Unit IO. Ia menghubungkan PLC ke dunia luar. Ia

digunakan untuk penyambungan pelbagai signal input dan output untuk kawalan.
Ia mengubah isyarat yang diterima agar ia boleh difahami oleh CPU PLC
menggunakan AD converter. Selain itu, ia juga boleh mengubah Isyarat CPU PLC
agar boleh memacu komponen-komponen output seperti motor.
 Unit Input adalah unit dimana peranti masukan ( suis , penderia ) disambungkan

kepadanya. Manakala Unit Output pula adalah merupakan unit untuk peranti
keluaran (lampu , motor ) disambungkan kepadanya.
 Unit ini membekalkan kuasa kepada unit pemprosesan pusat, unit input dan unit
output. Kuasa yang di bekalkan mestilah mencukupi dan dan stabil bagi
memastikan operasi PLC tidak digangggu.
 Unit paparan dan penunjuk merujuk kepada paparan status geganti dalaman PLC.
Ini dapat dilihat pada Konsol Pengaturcaraan jika pengguna menggunakan kaedah
pengaturcaraan kod mnemonik dan Skrin Komputer jika pengguna menggunakan
kaedah pengaturcaraan perisian.
Unit pengaturcaraan sesuatu PLC terdiri daripada dua peranti iaitu:

 Konsol Pengaturcaraan
 Komputer
 Rajah Tangga (Ladder Diagram)
 Senarai Arahan (Instruction List)
 Teks Struktur (Structured Text)
 Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)
 Fungsi Rajah Blok (Function Block Diagram)
 Rajah tangga merupakan bahasa pengaturcaraan jenis grafik yang ditukar dari
rajah litar pendawaian kawalan geganti. Rajah tangga mengandungi landasan
sesentuh dari kiri ke kanan rajah seperti dalam rajah di bawah. Sesentuh landasan
ini disambung kepada elemen suis (contact) yang boleh jadi sedia terbuka
(normally open – NO) atau sedia tutup (normally closed – NC ). Rajah
tangga juga menunjukkan litar kawalan dan memaparkan fungsi serta kombinasi
operasi turutan bagi setiap cabang pada baris mendatar secara berasingan.
 Merupakan bahasa jenis berteks. Ia merupakan bahasa pangaturcaraan tahap
rendah yang menyerupai assembly language. Ianya dibina dari suruhan kawalan
yang mengandungi pengendali (operator) dan kendalian (operand). Berikut
adalah contoh aturcara yang menggunakan bahasa senarai arahan.

LD A

AND B

ST C
 Merupakan bahasa jenis berteks yang mengandungi ungkapan dan suruhan.Ia
merupakan bahasa pengaturcaraan tahap tinggi. Contoh penggunaan bahasa ini
adalah seperti berikut :
 Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemennya terdiri daripada langkah,
peralihan, pilihan dan cabang selari. Setiap langkah menunjukkan status proses
aturcara kawalan yang aktif atau tidak aktif. Satu langkah mengandungi tindakan
yang berdasarkan kepada peralihan. Tindakan pula mengandungi struktur
turutannya sendiri.
 Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemen yang terdapat di dalam rajah
fungsi ini digambarkan secara grafik fungsi dan blok fungsi. Elemen-elemen
ini disambungkan dengan garisan aliran isyarat dan dihubungkan secara terus ke
dalam rangkaian.

You might also like