You are on page 1of 8

PENGENALAN

   Sistem automasi pada hari ini perlu dinamik dan fleksibel mengikut perkembangan industri pada
hari ini. Pengguna hari ini mudah bosan dengan produk yang ada, oleh itu, mereka sentiasa
menginginkan sesuatu yang baru dan terkini. Oleh itu, industri hari ini perlu sentiasa berubah
mengikut kehendak pelanggan. PLC merupakan salah satu sistem kawalan yang boleh
merealisasikan perkara ini. La merupakan kawalan jujukan logik yang mudah diubah suai dan boleh
diaturcara semula. Ia juga tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan industri yang semakin kompotitif.

2.    DEFINASI SISTEM PLC


   PLC di definasikan oleh National Electrical Manufacturers Association Of Amerika
(NEMA) sebagai satu sistem elektronik/ apparatus operasi digital yang digunakan di dalam
persekitaran industri, yang mana menggunakan ingatan yang boleh diatur cara untuk menyimpan
arahan-arahan yang digunakan untuk melakkukan sesuatu fungsi seperti logik, jujukan, pemasa,
pengiraan, dan arithmetik untuk mengawal sesuatu proses atau mesin berdasarkan input dan output
yang disambung kepada modul sama ada digital atau analog.
   Dalam erti kata lainnya ia merupakan satu komputer digital yang direka khusus untuk kawalan
untuk mengawal sesebuah alat atau mesin atau proses dan banyak digunakan didalam industri.

3.    LATAR BELAKANG PLC


   Sistem kawalan dahulu adalah sukar untuk diubah suai. Setiap kali produk baru ingin dikeluarkan,
sistem kawalannya perlu diubah suai dengan banyak. Di antara faktor awal yang membawa kepada
rekaan dan pembangunan sistem kawalan yang boleh di aturcarakan adalah seperti berikut:
·         Keperluan kos yang rendah
·         Penggunaan secara pintar
·         Pengawal yang mudah dikawal
   PLC yang pertama telah direka oleh sekumpulan jurutera di Syarikat General Motor (GM), Amerika
Syarikat dalam tahun 1968 apabila syarikat tersebut mencari kaedah lain untuk menggantikan
sistem kawalan geganti yang rumit. Mereka juga telah menetapkan bahawa spesifikasi sistem
kawalan yang baru ini mestilah memenuhi keperluan berikut:
·         Mudah diaturcarakan
·         Tidak perlu pendawaian semula keatas sistem kawalan jika berlaku perubahan ke atas aturcara
·         Lebih kecil, murah dan keboleharapan yang tinggi
·         Binaannya ringkas dan penyelenggaraanya murah
·         Kos yang kompetitif
·         Fleksibel

4.    JENIS-JENIS BINAAN PLC


   Terdapat beberapa jenis binaan PLC yang ada pada hari ini. Antara pengeluar PLC utama adalah
OMRON, Allen Bradley, Mitsubishi, NAIS, Siemens, Toshiba,  dan sebagainya. Berikut adalah jenis-
jenis PLC yang biasanya digunakan di industri.
                     i.        Compact PLC
                    ii.        Modular PLC
                  iii.        PLC Plug-in Card

Rajah 1: Jenis-jenis PLC

   Compact PLC bermaksud IO nya tidak lagi boleh ditambah. Modular PLC bermaksud, PLC


tersebut terdiri daripada unit-unit atau komponen-komponen berbeza dan boleh ditambah. PLC
plug-in cards terdiri daripada kad-kad yang boleh ditambah atau dikeluarkan. Pada dasarnya, PLC
terdiri daripada beberapa komponen penting yang di tunjukkan dalam rajah di bawah.

Rajah 2: Komponen-komponen PLC

Gambarajah di bawah menunjukkan binaan sebuah PLC keluaran Panasonic. PLC di bawah
menunjukkan sebuah Compact PLC. Ini bermakna ia tidak boleh di tambah lagi.
Rajah 3: Compact PLC

a.    Unit Pemprosesan Pusat


      Unit ini merupakan unit yang terpenting di dalam binaan sesebuah PLC. Di dalam unit ini
terletaknya satu cip litar terkamil iaitu cip mikropemproses yang mengawal keseluruhan proses
operasi kawalan PLC. Ia melakukan atau  menjalankan arahan yang telah diprogramkan di dalam
memorinya. Mikropemproses mengandungi unit arithmatik , unit kawalan dan beberapa bilangan unit
ingatan yang dikenali sebagai pendaftar. Ia mempunyai sistem komunikasi dalam (BUS SYSTEM)
yang membawa maklumat dari CPU ke IO ke Memori dan sebaliknya seperti yang ditunjukkan
dalam rajah.

Rajah 4 : Sistem komunikasi PLC

b.    Unit Memori
      Unit memori berfungsi untuk menyimpan aturcara. Program dan keadaan IO  disimpan di dalam
memori tersebut. Ia menyimpan semua program utama dan program sokongan untuk melakukan
sesuatu arahan. Mempunyai peta memori(memory Map) yang mengawal selia dan mengorganisasi
semua memori di dalam sistem. Memori ini terbahagi kepada dua iaitu RAM dan ROM.
·         RAM (Random Access Memory)
RAM adalah ingatan jenis baca / tulis dan mudah diaturcarakan dan diperbaiki. Semua aturcara
pengguna disimpan di dalam ingatan ini. Aturcara ini pula akan hilang apabila bekalan kuasa
diputuskan kepadanya.
·         ROM (Read Only  Memory)
ROM adalah ingatan jenis baca  sahaja. Aturcara sistem disimpan di dalam ingatan ini. Aturcara ini
tidak akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan kepadanya. Peralatan khas digunakan untuk
memadam aturcara yang terdapat di dalamnya.

c.    Unit  Input Dan Output


      Komponen seterusnya ialah Unit IO. Ia  menghubungkan PLC ke dunia  luar. Ia digunakan
untuk  penyambungan pelbagai signal input dan output untuk kawalan. Ia  mengubah isyarat yang
diterima agar ia boleh difahami oleh CPU PLC menggunakan AD converter. Selain itu, ia juga boleh
mengubah Isyarat CPU PLC agar boleh memacu komponen-komponen output seperti motor.
      Unit Input adalah unit dimana peranti masukan ( suis , penderia ) disambungkan kepadanya.
Manakala Unit Output pula adalah merupakan unit untuk peranti keluaran (lampu , motor )
disambungkan kepadanya.

Jadual 1 : Komponen I/O

d.    Unit Bekalan Kuasa


      Unit ini membekalkan kuasa kepada unit pemprosesan pusat, unit input dan unit output. Kuasa
yang di bekalkan mestilah mencukupi dan dan stabil bagi memastikan operasi PLC tidak digangggu.

e.    Unit  Paparan Dan Penunjuk


      Unit paparan dan penunjuk merujuk kepada paparan status geganti dalaman PLC. Ini dapat
dilihat pada Konsol Pengaturcaraan jika pengguna menggunakan kaedah pengaturcaraan kod
mnemonik dan Skrin Komputer jika pengguna  menggunakan kaedah pengaturcaraan perisian.

f.     Unit Pengaturcaraan
      Unit pengaturcaraan sesuatu PLC terdiri daripada dua peranti iaitu:
·         Konsol Pengaturcaraan

·         Komputer

5.    BAHASA-BAHASA PENGATURCARAAN
Terdapat LIMA bahasa pengaturcaraan yang dikenali di peringkat antarabangsa iaitu:
                       i.    Rajah Tangga (Ladder Diagram)
                      ii.    Senarai Arahan (Instruction List)
                     iii.    Teks Struktur (Structured Text)

                    iv.    Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)


                     v.    Fungsi Rajah Blok (Function Block Diagram)

a.    Rajah Tangga (Ladder Diagram)


      Rajah tangga merupakan bahasa pengaturcaraan jenis grafik yang ditukar dari rajah litar
pendawaian kawalan geganti. Rajah tangga mengandungi landasan sesentuh dari kiri ke kanan
rajah seperti dalam rajah di bawah.  Sesentuh landasan ini disambung kepada elemen suis (contact)
yang boleh jadi sedia terbuka   (normally open – NO)   atau sedia   tutup    (normally   closed   –   NC
). Rajah tangga juga menunjukkan litar kawalan dan memaparkan fungsi serta kombinasi operasi
turutan bagi setiap cabang pada baris mendatar secara berasingan.

Rajah 4: Rajah Tangga (Ladder Diagram)

Rajah 5: Simbol IO PLC

b.    Senarai Arahan (Instruction List)


            Merupakan bahasa jenis berteks. Ia merupakan bahasa pangaturcaraan tahap rendah yang
menyerupai assembly language.  Ianya dibina dari suruhan kawalan yang mengandungi pengendali
(operator) dan kendalian (operand). Berikut adalah contoh aturcara yang menggunakan bahasa
senarai arahan.
                                    LD                   A

                                    AND               B

                                    ST                   C


c.    Teks Struktur  (Structured Text)
      Merupakan bahasa jenis berteks yang mengandungi ungkapan dan suruhan.Ia merupakan
bahasa pengaturcaraan tahap tinggi. Contoh penggunaan bahasa ini adalah seperti berikut :

Rajah 6: Teks Struktur (Structured Text)

d.    Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)


         Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemennya terdiri daripada langkah, peralihan, pilihan
dan cabang selari. Setiap langkah menunjukkan status proses aturcara kawalan yang aktif atau
tidak aktif. Satu langkah mengandungi tindakan yang berdasarkan kepada peralihan. Tindakan pula
mengandungi struktur turutannya sendiri.

Rajah 7: Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)


e.    Rajah Fungsi Blok (Function Block Diagram)
Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemen yang terdapat di dalam rajah   fungsi   ini  
digambarkan   secara   grafik fungsi dan blok fungsi. Elemen-elemen ini disambungkan dengan
garisan aliran isyarat dan dihubungkan secara terus ke dalam rangkaian.

Rajah 8: Rajah Fungsi Blok (Function Block Diagram)

You might also like