You are on page 1of 9

PENGENALAN SISTEM KAWALAN BERANGKA

Sistem kawalan berangka ditakrifkan sebagai satu kaedah pengawalan pergerakan mesin dan fungsi-fungsi mesin
secara automatik (Programmable automation) melalui gabungan nombor , huruf dan symbol bagi membentuk
aturcara arahan (program) untuk melakukan sesuatu jenis kerja atau dengan kata lain; Ia adalah satu proses
kendalian mesin dengan cara memasukkan kod arahan berangka melalui satu sistem kawalan elekronik.

Sistem kawalan yang menggunakan system komputer mesti mempunyai komponen asas berikut:-

a) Unit Masukan / (Data Input

Terdiri dari panel kawalan(control panel), papan kekunci(softkey) dan kotak mengajar(teach pendent). Ia berfungsi
untuk menyimpan maklumat berangka di dalam pembaca pita atau ingatan Komputer

b) Unit Kawalan Mesin (MCU) / (Data Process)

Terdiri dari unit pemproses (Central Processing Unit, CPU) dan storan. Ia membaca serta memahami dan seterusnya
menukar daripada maklumat kawalan berangka kepada arahan tindakan mekanikal.

c) Unit Peralatan Mesin (Machine Tool/ Data Output)

Unit ini mengandungi elemen motor, penderia, stopper, stepper motor, power skrew dan sebagainya yang berfungsi
melakukan kerja selepas menerima arahan tindakan kepada motor servo di mana ia akan menggerakan mejakerja
mesin ke kedudukan koordinat tertentu secara pergerakan linear(Lurus) atau berputar

Unit Masukan /
(Data Input

Pada masa ini kebanyakan mesin menggunakan komputer

Unit Peralatan Mesin


(Machine Tool/ Data Output)
sebagai alat kawalan. Di antara contoh mesin kawalan berangka ialah ; Milling machine center, Turning, Electrical
Discharge Machine(EDM), EDM wire cut, Laser cutting machine dan lain-lain. Jenis-jenis kerja; Memesin,
menggerudi(drilling), mengisar(milling), mencanai(grinding), melarik(turning), kerja kepingan logam(sheet metal
press working), kimpalan(welding), pemasangan ribet(riveting assembling), Melukis(drafting),
pemeriksaan(inspection), memotong logam(metal cutting), kerja tekan(press work), pemotong nyalaan(flame metal
cutting).

Terdapat tiga jenis mesin system kawalan berangka iaitu;  Mesin kawalan berangka(NC), Mesin kawalan berangka
berkomputer(CNC) dan Mesin kawalan berangka terus (DNC).

MESIN KAWALAN BERANGKA (NC)

Takrifan NC :

   Satu bentuk sistem yang prosesnya dikawal oleh nombor, huruf dan simbol-simbol yang membentuk satu aturcara
suruhan yang dirancang khas bagi mengendalikan proses memesin satu komponen tertentu atau kerja tertentu.

Konsep NC:-

Mempunyai unit kawalan mesin (MCU) ‘hard-wired’ di mana semua fungsi mesin akan dikawal oleh elemen
elektronik secara fizikal (physical electronic elements). Iaitu maklumat tertentu boleh dihubungkan dari storan
kepada panel kawalan alat mesin. Aturcara bagi sesuatu komponen dimasukkan ke dalam MCU setiap kali hendak
mula memesin bendakerja,

walaupun bentuk kerja yang serupa atau bendakerja berkelompok dibuat. Teknologi NC merupakan teknik asas
untuk berkomunikasi dengan mesin kawalan. Ia boleh meningkatkan kecekapan operasi   pengeluaran. Sebenarnya
sistem NC telah digunakan dalam jangka masa yang lama sejak program ini diperkenalkan.

Kelebihan NC ( Secara am )

1. Fleksibel
2. Boleh menghasilkan bentuk yang kompleks dengan ketepatan yang baik secara berulang kali,
kurang serpihan, kadar pengeluaran yang lebih tinggi dan kualiti produk yang lebih baik
 
                Keburukan NC
1. Kos pelaburan adalah lebih tinggi.
2.   Kos penyelenggaraan adalah tinggi.
3. Sukar untuk mendapatkan kakitangan yang mahir mengendalikan mesin.
4. Kos peralatan rendah
5. Perubahan pada mesin boleh dibuat dengan mudah
6. Mengurangkan keperluan ruang lantai untuk menempat mesin pengeluaran
7. Program boleh disediakan dengan cepat dan dapat dipanggil pada bila-bila masa
8. Prototype juga boleh dihasilkan dengan mudah dan cepat

2.3.2  MESIN KAWALAN BERANGKA BERKOMPUTER (CNC)

Takrifan  CNC

Satu bentuk sistem yang prosesnya dikawal oleh nombor, huruf dan simbol-simbol yang
membentuk satu aturcara suruhan yang dijana oleh system komputer bagi mengendalikan proses
memesin satu komponen tertentu atau kerja tertentu. Sistem kawalan pergerakan komponen
mesin/peralatan dilakukan oleh mikrokomputer atau mikropemproses yang berada dalam panel
kawalan

Konsep CNC:-

Mempunyai unit kawalan mesin (MCU) ‘soft wired’, iaitu semua fungsi bagi mesin adalah diencodekan dalam
mini komputer atau mikropemproses. Aturcara komponen boleh disediakan ditempat lain oleh pengaturcara
(programmer). Aturcara dan fungsinya tidak akan hilang walaupun mesin diberhentikan operasinya. Semua data
program selamat disimpan di dalam ROM (Read Only Memory).

JENIS – JENIS MESIN CNC :

1. CNC Milling ( Mesin Kisar )


2. CNC Turning ( Mesin Larik )
3. CNC Electro Discharge Machine (Sinking)
4. CNC Electro Discharge Machine (Wire Cut)

Kelebihan CNC

1. Pita aturcara boleh disunting dalam bengkel yang mana mesin ditempatkan.
2. Kawalan berangka komputer berupaya menukarkan unit kepada sistem matrik.
3. Boleh meningkatkan produktiviti kerana kerja yang dilakukan mesin CNC adalah cepat
dan jitu.
4. Kos tenaga kerja boleh dikurangkan kerana hanya seorang pekerja boleh mengawal
beberapa buah mesin CNC.

Kelebihan CNC berbanding NC

1. Lebih fleksibel
2. Lebih tepat
3. Mudah dikendalikan, tidak memerlukan operator yang berkemahiran tinggi
4. Mempunyai memori-program boleh disimpan dan mudah digunakan semula apabila
diperlukan
5. Lebih serba guna

   Perbezaan NC dan CNC

a) NC : Aturcara bagi sesuatu komponen dimasukkan ke dalam sistem kawalan


a. mesin pada setiap kali hendak mula memesin benda kerja,walaupun bentuk  

b. benda kerja itu serupa.


b) CNC :  Aturcara suruhan dibaca sekali sahaja, iaitu sebelum memulakan kerja 

a. memesin beberapa komponen dalam dalam satu kelompok.

     M-CODE

         Sistem kod M dikenali sebagai kod pelbagai  yang mengawal keseluruhan system sokongan
permesinan, menyebabkan ia berhenti,bermula, memasang pendingin (coolant), dan sebagainya.

         Alatan mesin yang berbeza boleh menggunakan kod yang sama untuk melaksanakan fungsi
yang berbeza, walaupun mesin yang mengunakan pengawal CNC yang sama.
         Contoh arahan menggunakan kod M :-Arahan membuka pelincir,  Arahan pergerakan
pusingan ikut jam atau lawan jam bagi alat pemotong, arahan menukar mata alat, mula memesin
dan berhenti memesin.

  Contoh M Code

  G-CODE

         G-code dikenal sebagai arahan persediaan kerja (pergerakan mesin), ia digunakan bagi bahasa
pengaturcaraan yang mengawal mesin dan memberitahu peralatan mesin jenis kerja yang perlu
dilakukan, contohnya :
o Pergerakan yang cepat
o Satu siri pergerakan suapan
o Mengawal pergerakan suapan dalam garis lurus atau lengkungan
o Mengatur peralatan maklumat seperti penimbang.
         Contoh G Code
    Contoh Kod yang lain

MESIN KAWALAN BERANGKA TERUS  (DNC)



                    Takrifan DNC
                           Sistem DNC boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem pengeluaran yang memiliki sejumlah
bilangan mesin dikawal oleh satu komputer menggunakan sambungan terus dalam masa sebenar.
Penggunakan pita pembaca diubah kepada alat yang menghantar aturcara secara terus kepada
peralatan mesin  dari memori komputer. Ini memudahkan sistem mengesan kelemahan dengan
meminimakan komponen yang kurang cekap.

                Konsep DNC


               Di dalam system ini beberapa mesin kawalan berangka (NC) dikawal secara langsung oleh keluaran komputer pusat

utama secara terus. Semua operasi proses pembuatan boleh dipantau dan diperiksa oleh komputer pusat . Secara

prinsipnya, satu komputer boleh digunakan untuk mengawal lebih daripada 100 mesin yang
berasingan merujuk kepada kadar jarak yang tertentu.

             Objektif sistem DNC :


   Untuk melupuskan proses pita pembaca dan digantikan dengan penghantaran program secara terus
dari komputer ke alatan mesin
            iv.            Gambarajah Sistem DNC

Kebaikan DNC
a) Penjimatan masa kerana seorang operator oleh mengawal banyak mesin dalam satu masa.

b) Keupayaan berkomputer lebih besar


c) Menjimatkan kos kerana hanya satu komputer mengawal beberapa mesin, tidak perlu setiap mesin

mempunyai sebuah komputer untuk mengawalnya jadi ini telah mengurangkan kos pembelian dan
pelenggaraan computer.
Keburukan DNC
a. Jika berlaku sebarang kerosakan pada komputer pusat yang mengakibatkan computer

tersebut  gagal berfungsi, semua mesin yang beada di bawah kawalannya tidak akan
dapat digunakan.

Perbezaan CNC dan DNC


i. DNC : Komputer mengagihkan dan menerima arahan data dari satu jumlah bilangan besar
mesin.
      CNC : Komputer hanya mengawal satu mesin atau satu jumlah bilangan kecil.
ii. DNC : Komputer boleh mengawal lokasi yang biasanya terpencil dari mesin yang berada di
bawah kawalannya.
                 CNC : Komputer terletak sangat berdekatan dengan peralatan mesin.
iii. DNC : Perisian DNC dibangunkan bukan hanya untuk mengawal bahagian tertentu  pada
teknologi pengeluaran tetapi juga untuk bekerja sebagai sebahagian dari sistem pengurusan
maklumat dalam firma sektor pembuatan.
               CNC : Perisian CNC dibangunkan untuk menambah kebolehan pada peralatan mesin
yang tertentu.
iv.   Jika digital komputer tidak digunakan, mesin CNC adalah sama dengan mesin NC dan
aturcara dimasukkan dengan cara yang sama sama seperti mesin NC. Pita penebuk masih
peralatan yang digunakan untuk memasukkan aturcara ke dalam sistem.
               Perbezaan NC,CNC dan DNC
               NC : Aturcara bagi sesuatu komponen dimasukkan ke dalam sistem kawalan mesin  pada setiap kali
hendak mula memesin benda kerja,walaupun bentuk benda kerja itu serupa.
               CNC : Aturcara suruhan dibaca sekali sahaja, iaitu sebelum memulakan kerja memesin beberapa
komponen dalam dalam satu kelompok. Aturcara akan kekal  tersimpan sehingga dipinda atau
bekalan ke komputer diputuskan.
               DNC : Beberapa mesin boleh dikawal dengan hanya menggunkan sebuah komputer melalui
sambingan terus. Sistem DNC tidak memerlukan pita pembaca.

You might also like