You are on page 1of 18

ALAT PENGIKAT DAN

PENGUNCI

13.1 PENGENALAN
Alat pengikat dan pengunci merupakan alat yang digunakan untuk
mencantumkan dua atau lebih bahagian atau kepingan logam bagi
membolehkan ia berfungsi, umpamanya bahagian-bahagian enjin
dan mesin (Rajah 13.1).

Nat---;~-...

Penyendal

Rajah 13.1 Pengikat dan pengunci digunakan untuk mencantumkan


bahaqian-bahaqian mesin.

249
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengikat dan pengunci. Bagai-


manapun unit ini akan menghuraikan jenis-jenis yang lazim di-
gunakan sahaja. Selain digunakan untuk mencantum, alat pengikat
juga berfungsi sebagai penetap, penjajar dan pembendung.
Kebanyakan alat pengikat dan pengunci mempunyai ulir skru.
Untuk memudahkan penggunaannya di dalam industri, alat-alat
pengikat dan pengunci ini dibuat mengikut piawai tertentu. Dengan
itu ia boleh ditukar ganti. Alat pengikat yang termasuk di dalam
kumpulan ini ialah bolt, nat, skru dan stad.
Benang yang digunakan dalam alat pengikat dan pengunci ter-
diri daripada benang metrik, benang British, benang Amerika dan
benang yang disatukan. Semua jenis benang, kecuali benang metrik,
mempunyai siri benang kasar dan benang halus bagi setiap saiz
(Jadual 13.1). Benang halus bermakna benang itu mempunyai lebih
banyak bilangan ulirnya pada satu inci berbanding dengan benang
kasar.
Jadual {3.t

Beoang Amerika National N.C National N.F National N.E.F


Coarse Fine Extra Fine
Benang Britislt British B.S.W British B.S.F British B.A
Standard Standard Association
Whitworth Fine
Beoang yang Disatukan Unified U.N.C Unified U.N.F Unified V.N.E.F
National National National
Coarse fine Extra Fine

Benang kasar mempunyai ulir yang dalam dan lebar (Rajah


I3.2(a)). Ia biasanya digunakan pada logam lembut atau logam
rapuh seperti aluminium dan besi tuang. Benang kasar juga mem-
punyai beberapa keistimewaan:
1. Dasar ulir yang lebar menyebabkan ia tidak mudah haus.
2. Boleh diskru serta ditanggalkan dengan cepat.
3. Mudah diskru.
4. Dapat mengelakkan daripada melucut apabila diskru pada
bahan lembut.

250
ALAT PENGIKAT DAN PENGUNCI

Benang halus pula mempunyai ulir yang rapat dan dangkal


(Rajah 13.2(b)). Kedangkatan ulir itu membantu mempertahankan
kekuatan bolt. Ia mempunyai beberapa kelebihan, iaitu:
I. Ikatan yang kuat.
2. Tidak mudah longgar apabila kena getaran atau gegaran.
3. Sesuai untuk mengikat kepingan yang nipis. (a) Benang kasar
4. Senang masuk pada logam kerana ulirnya halus.
5. Senang digunakan pada mana-mana ikatan yang memerlukan
anjakan halus.
Kebanyakan benang yang digunakan untuk alat pengikat dan
pengunci ialah daripada jenis benang menganan. Bagi benang
menganan, bolt menganan mestilah dipusing mengikut arab. pusing-
an jarum jam (dilihat dari kepala bolt) supaya ia dapat diskru ke (b) Benang halus
dalam lubang berulir. Sebaliknya pula, bagi benang mengiri, nat
yang benangnya menganan dipusing mengikut arah pusingan jarum Rajah 13.2
jam (dilihat dari hujung benang bolt) supaya dapat diskrukan pada
bolt (lihat Rajah 13.3 dan 13.4).

Rajah 13.3 Bolt dipusing mengikut arah pusinqan jarum jam.

Rajah 13.4 Nat dipusing mengikut arah pusingan jarum jam.

Bagi benang mengiri, arab putaran belt dan nat semasa me-
ngetatkan dan melonggarkan adalab berlawanan arab daripada
benang menganan. Hala benang perlu diketahui kerana untuk me-

251
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

ngetatkan atau melonggarkan bolt ataupun nat ia mestilah diputar


mengikut arah yang betul. Jika tidak, benangnya akan rosak.
Benang bolt boleh patah dan benang nat pula boleh menjadi licin,
Benang juga akan menjadi rosak akibat daripada meneampur-
adukkan pemasangan bolt dan nat yang berlainan siri benangnya,
umpamanya benang kasar dieampurkan dengan benang halus. Cara
yang mudah untuk mengenal benang ialah dengan menguji sesuatu
------ benang itu dengan menggunakan tolok pic ulir (Rajah 13.5).
Rajah 13.5 Tolok pic ulir.
13.2 JENIS ALAT PENGIKAT DAN PENGUNCI
Jenis-jenis alat pengikat dan pengunei ialah:
1. Alat pengikat dan pengunci berbenang
(a) Bolt
(b) Nat
(c) Skru
(d) Stad
2. Sesendal
3. Klip
4. Kekunei
5. Gelugur
6. Rivet.
13.2.1 Pengikat dan Pengunci Berbenang
Bolt
Bolt ialah pengikat asas, mempunyai benang di bahagian luarnya
dan diikatkan kepada nat. Kepala bolt berbentuk segiempat atau-
pun segienam. Bolt terdapat dalam berbagai-bagai saiz. Panjang
sesuatu bolt diukur dari bahu hingga ke hujung (Rajah 13.6).

Panjang bolt

Rajah 13.6 Panjang bolt diukur dari bahu hingga ke hujung.

Saiz bolt
(a) Siri angka, iaitu #0 - #14. Nombor mewakili ukuran garis
pusat. Cara mengiranya ialah dengan eara mendarabkan tiap-
tiap pertambahan angka dengan 0.013 inei kemudian dieampur
dengan 0.06.

252
ALAT PENGIKAT DAN PENGUNCI

Contoh: Kira garis pusat skru #5.


(5 x 0.013) + 0.06
= 0.065 + 0.060
= 0.125 inci.
*
(b) Pecahan, misalnya inci, 5.16, i' 176, ! dan lain-lain.
(c) Metrik, misalnya M 8 x 1.25 6A
dengan M = Simbol benang metrik
8 = Garis pusat bolt dalam milimeter
1.25 = Pic ulir dalam milimeter
6A = Gegas ulir
Bolt diperbuat daripada keluli lembut atau keluli yang mem-
punyai berbagai-bagai tingkat kekuatan tegangan iaitu bergantung
pada tegasan dan terikan yang akan ditanggung oleh bolt itu. Ter-
dapat dua piawai yang digunakan di Amerika untuk menggredkan
kekuatan tegangan bolt, iaitu:
(a) ASTM (American Society for Testing Metal)
(b) SAE (Society of Automobile Engineering)
Mengikut piawai ini, kepala bolt ditandakan. Lebih banyak
bilangan tanda yang terdapat pada kepala lebih tinggilah .kekuatan
bolt itu (Rajah 13.7). Bagi bolt yang tidak ditandakan, bermakna
bolt itu diperbuat daripada keluli lembut dan digunakan untuk
kerja-kerja am ..

Gred 2 Gred 5 Gred 8


Kekuatan rendah Kekuatan sederhana Kekuatan tinggi

Rajah 13.7 Kepala bolt ditandakan dengan gred tertentu.

Peraturan mengikat menggunakan pengikat berbenang seperti


bolt ini ialah pengikat itu mestilah diskrukan sekurang-kurangnya
1t daripada garis pusat skru itu (Rajah 13.8). Ini bertujuan untuk
menghasilkan ikatan yang maksimum supaya dapat mengelakkan
daripada terlucut.

253
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Tudung skru

//
!J8fah 13.8 Pengikat hendaklah diskrukan sekurang-kurangnya!
//daripada garis pusat skru.
//

Nat
Nat digunakan sebagai pasangan bolt. Benang dalarn nat rnestilah
sepadan dengan benang luar bolt. Biasanya, nat sarna ada berbentuk
segiernpat ataupun segienarn (Rajah 13.9).

(a) Nat segiempat (b) Nat segienam

Rajah; 3.9 Nat biasa,

Terdapat juga beberapa jenis nat khas, iaitu:


1. Nat segienarn beralur
2. Nat kota
3. Nat pernati diri
4. Nat pengunci
5. Nat kepak.

1. Nat Segienam Beralur


Nat ini digunakan bersarna-sarna cernat belah (Rajah 13.11) supaya
nat itu tidak longgar. Cernat belah juga digunakan bersama-sarna
bolt dan stad dan juga aci berlubang (Rajah 13.12) pada benang di
Rajah 13.10 Nat segienam beralur. bahagian hujung di sebelah luar bolt itu.

254
1
/1
I

ALAT PENGIKAT DAN PENGUNCI

Cemat belah

Hujung-hujung eemat
belah mestilah dibengkokkan

Nat segienam beralur

Rajah 13.11 Rajah menunjukkan eemat belah dan bagaimana eemat belah di-
gunakan bersama-sama dengan nat segieoam beralur.

Rajah 13.12 Cemat belah digunakan bersama-sama dengan acl,

255
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

2. Nat Kota
Nat kota juga digunakan bersama-sama dengan cemat belah, sarna
seperti nat segienam beralur.
'3. Nat Pemati Diri
Nat pemati diri digunakan untuk mengapit ulir-ulir bolt supaya
tidak longgar. Ia terdapat dalam berbagai-bagai jenis. Di antaranya
Rajah 13.13 Nat kota ialah jenis terganggu yang mempunyai relang gentian pada ulirnya
yang paling atas. Relang ini akan mengapit ulir-ulir bolt apabila
ia melaluinya, ini akan memastikannya tidak longgar. Satu lagi
ialah jenis beralur keliling, garis pusatnya lebih kecil daripada bolt,
ini menyebabkan nat ini mengapit ulir bolt yang melaluinya.

(a) Nat terganggu (b) Nat beralur keliling


Rajah 13.14 Nat pemati diri.
4. Nat Pengunci
Nat pengunci merupakan nat biasa tetapi menggunakan dua nat.
Nat kedua diketatkan pada nat pertarna. Ini akan rnemberi tekanan
yang lebih kuat pada benang.
Rajah 13.15 Nat pengunci.
5. N"at Kepak
Nat ini mempunyai kepak yang nipis. Kepak ini digunakan untuk
mernusingkan nat tersebut dengan tangan.
Skru
Skru tidak digunakan bersarna-sama nat. Ia diskrukan ke dalarn
lubang berulir (Rajah 13.17). Bentuknya hampir sarna dengan bolt
kecuali kepalanya sahaja yang berbeza iaitu berbentuk bulat. Ter-
Rajah 13.16 Nat kepak dapat lima bentuk kepala skru yang lazim digunakan iaitu kepala
bulat, rata, filister, bujur dan kepala segienam (Rajah 13.18).

ClDClDClDClDO .. ,.

Rajah 13.17 Nat diskrukan ke dalam


lubang, berulir.
Kepala
bulat
iKepala
rata
Kepala
filister
Kepala
bujur
Kepala
segienam
Rajah 13.18 Bentuk kepala skru yang lazim digunakan.

256
ALAT PENGIKAT DAN PENGUNCI

Skru jenis lain yang sering digunakan ialah skru grab. Skru ini
merupakan sejenis sesendal kerana ia selalunya digunakan bersama-
sama kekunci bagi menahan takal daripada mengesot pada sebatang
aci. Ia juga dikenali sebagai skru set. Skru set mempunyai tiga ben-
tuk kepala yang lazim (Rajah 13.19), iaitu:
I. Skru kepala persegi
2. Skru kepala Allen
3. Skru tak berkepala.

(a) Kepala persegi (b) Kepala Allen (c) Tak berkepala


Rajah 13.19 Bentuk kepala skru yang digunakan.

1. Skru Kepala Persegi


Kepala jenis ini timbul di atas permukaan bahan yang diskru. Jika
tidak berhati-hati ia boleh menyebabkan tangan at au pakaian ter-
sangkut (Rajah 13.19(a) dan 13.20). Rajah 13.20 Skru kepala per-
segi timbul di atas permukaan
2. Skru Kepala Allen (Skru Allen) bahan yang diskru.
Skru ini lebih selamat digunakan kerana ia tidak timbul di atas per-
mukaan bah an yang diskru. Ia mempunyai lubang segienam supaya
perengkuh Allen boleh digunakan apabila hendak mengetatkan
atau melonggarkan skru Allen (Rajah 13.19(b) dan 13.21).

Rajah 13.21 Perengkuh Allen


digunakan untuk mengetat atau
melonggarkan skru kepala Allen.

3. Skru Tak Berkepala


Sebagaimana skru Allen, skru ini juga tidak timbul di atas per-
mukaan bahan yang diskru. Terdapat lurah di bahagian atasnya,
.,."
tujuannya ialah supaya skru ini boleh diketatkan ataupun dilong-
garkan dengan pemutar skru (Rajah 13.19(c) dan 13.22). Rajah 13.22 Skru tak berkepala
Stad tidak timbul di atas permukaan
bahan yang diskru.
Stad merupakan bolt tanpa kepala yang mempunyai ulir di kedua-
dua hujungnya (Rajah 13.23). Bahagian hujung stad yang pendek
diskrukan ke dalam lubang berulir (komponen) semen tara hujung
yang panjang dipasangkan nat (Rajah 13.24).

257
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Stad

Nat

Kepala
enjin

Blok

m-- . .
enjin

Rajah 13.23 Stad


Rajah 13.24

c~~ , i
13.2.2 Sesendal
Sesendal berbentuk seperti piring nipis dan berlubang di bahagian
Rajah 13.25 Sesendal biasa. tengahnya. Garis pusatnya lebih besar daripada garis pusat bolt
ataupun skru. Fungsi sesendal ialah:
1. Sebagai permukaan galas kepada bolt, nat dan skru.
2. Mengagihkan beban yang dikenakan kepada kawasan yang
lebih luas.
3. Melindungi permukaan bahan daripada rosak.
4. Mengelakkan bahagian-bahagian daripada bergerak.
Sesendal biasa (Rajah 13.25) diperbuat daripada keluli lembut.
Terdapat juga sesendal yang diperbuat daripada keluli jenis anjal.
(a) Sesendal belah
Sesendal tersebut ialah:
Bolt 1. Sesendal pemati atau sesendal belah
2. Sesendal bintang.

1. Sesendal Pemati atau Sesendal Belah


Oleh sebab sesendal ini terbelah (Rajah 13.26 (a)), maka hujungnya
(b) Sesendal belah diketatkan berfungsi sebagai ofset. Apabila nat diketatkan, banyak tekanan
dengan nat. yang diperlukan untuk meratakan hujung sesendal yang ofset itu,
Rajah 13.26 Sesendal pemati atau jadi ikatannya lebih kejap dan bolt tidak boleh bergerak (Rajah
sesendal belah. 13.26 (b)).

'-"-- . ---._. ----- -----_.. __ ._-~---_._- ------_ .. _--- -- - --- --------


ALAT PENGIKAT DAN PENGUNCI

2. Sesendal Bintang
Sesendal ini diperbuat daripada keluli anjal. Mata sesendal adalah
bengkok ke atas (Rajah 13.27), jadi ia memerlukan tekanan yang
kuat untuk menindihnya. Tekanan ini akan menahan bolt daripada
longgar (Rajah 13.28).

Luar Dalam Luar-dalam Jenis tugas berat Jenis benam


Rajah 13.27 Beberapa jenis sesendal bintang.

Rajah 13.28 Tekanan yang kuat diperlukan untuk menahan bolt daripada longgar.

13.2.3 Klip
Klip digolongkan sebagai pengikat bendungan. Ia diperbuat dari-
pada keluli anjal. Klip terdapat dalam d~ asas, iaitu:
1. Klip lengkung luar
2. Klip lengkung dalam.
Kedua-dua klip ini dipasang pada alur di bahagian luar aci atau
alur bahagian dalam lubang. Klip ini boleh melekap dengan elok
pad a alur kerana terdapatnya tindakan menguncup bagi klip leng-
kung luar dan tindakan mengembang bagi klip lengkung dalam
(Rajah 13.29,13.30 dan 13.31). Untuk mernasang klip, sejenis playar t

khas digunakan (Rajah 13.32).

259
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

00 (a) Klip lengkung luar (b) Klip lengkung dalam

Rajah 13.29 Klip.

Kliplengkung
dalam

Rajah 13.30 Menggunakan klip lengkung luar. Rajah 13.31 Menggunakan klip
lengklJng dalam.

Rajah 13.32 Playar digunakan untuk memasangkan klip.

13.2.4 Kekunci
Terdapat dua jenis kekunci yang Iazim digunakan, iaitu:
1. Kekunci persegi atau kekunci bulu
2. Kekunci Woodruff.

260
ALAT PENGIKAT DAN PENGUNCI

1. Kekunci Persegi atau Kekunci Bulu


Kekunci ini digunakan untuk gear atau takal berkesot daripada
acinya. Kekunci dimasukkan ke dalam alur kunci yang terdapat
pada takal gear dan acinya (Rajah 13.33).

Alur kekunci

Kekunci

j;,
Aci

Rajah 13.33 Kekunci persegi.

2. Kekunci Woodruff
Kegunaan kekunci Woodruff adalah sama sebagaimana kekunci
persegi (Rajah 13.34).

Alur kekunci
Kekunci
Woodruff

~~

Rajah 13.34 Kekunci Woodruff.

13.2.5 Gelugur
Gelugur membolehkan dua batang aci berputar sebagai satu batang
(Rajah 13.35).

261
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Rajah 13.35 Gelugur.

13.2.6 Rivet
Merivet ialah satu kaedah mencantumkan kepingan keluli. Rivet
diperbuat daripada keluli lembut, aluminium dan kuprum loyang.
Rivet diberi nama mengikut bentuk kepalanya iaitu kepala bulat,
kepala rata, kepala leper, kepala kon dan kepala benam (Rajah
13.36).

Kepala ~_--.... Kepala Kepala Kepala


---rata leper kon benam
"'-w--.......... - --- -
~ paJang
batang
H
_U
Kepala Batang (badan)
---1 l-- Garis
batang
PUS:- - - -

Rajah 13.36 Jenis-jenis rivet.

Saiz rivet ditentukan oleh garis pusat dan panjang batangnya.


Alat-alat yang digunakan untuk merivet ialah tukul bongkol bulat,
alat merivet dan pembulat rivet. Langkah-langkah merivet adalah
seperti berikut:
1. Menggerudi lubang pada kepingan logam yang hendak di-
cantumkan (Rajah 13.37).
2. Merapatkan kepingan logam (Rajah 13.38). Untuk tujuan ini
gunakan set rivet. Pembulat rivet digunakan untuk membulatkan
hujung batang rivet,
3. Membentuk rivet (Rajah 13.39). Mula-mula ketuk bahagian
tengah batang rivet kemudian bulatkan bibirnya.
4. Membuat kepala rivet (Rajah 13.40). Ini boleh dilakukan de-
ngan menggunakan set rivet.

262
ALAT PENGIKAT DAN PENGUNCI

Rajah 13.37 Menggerudi lubang. Rajah 13.38 Merapatkan kepingan logam.

Blok
perivet

Rajah 13.39 Membentuk kepala rivet.

Rajah 13.40 Membuat kepala rivet.

Panjang batang yang perlu untuk dirivet ialah 1t garis pusat bagi
rivet kepala bulat dan! garis pusat bagi rivet kepala benam (Rajah
13.41).

263
TEKNOLOCI BENGKEL MESIN

(a) Rivet kepala bulat (b) Rivet kepala benam

Rajah 13.41

Rivet boleh ditanggalkan dengan cara memotong kepalanya


dengan menggunakan pahat (Rajah 13.42).

Tukul
Benda kerja

Rajah 13.42 Menanggalkan kepala rivet.

13.3 RAGUM
Kegunaan utama ragum ialah untuk memegang benda kerja dengan
teguh ketika kerja dijalankan. Ragum yang khas digunakan untuk
kerja-kerja di meja dinamakan ragum meja semen tara ragum yang
digunakan untuk memegang benda kerja yang dimes in dinamakan
ragum mesin. Terdapat sejenis lagi ragum yang digunakan untuk
memegang benda kerja yang kecil yang hanya perlu menggunakan
tangan.

1. Ragum Meja
Ragum meja biasanya diperbuat daripada besi tuang. Ia terdiri dari-
pada jenis biasa dan jenis gerak cepat. Rajah 13.43 menunjukkan
bentuk ragum meja manakala Rajah 13.44 menunjukkan bahagian-
bahagianragum meja dengan lebih jelas. Bahagian-bahagian ter-
sebut ialah:
(a) Pengapittetap.
(b) Pengapitberkesot (bergerak).
(c) Slav penggerak. Skru ini mempunyai benang persegi atau benang
acme bagi ragum jenis biasa dan benang buttress bagi ragum
gerak cepat. Satu nat terdapat di dalam badan skru ini,

264
ALAT PENGIKAT DAN PENGUNCI

Rajah 13.43 Ragum meja

Pengapit
lembut

Pengapit
berkesot - _.. f

Skru

Cemat belah Nat

Rajah 13.44 Bahagian-bahagian ragum meja.

(d) Gelangsar. Gelangsar ini dimesin supaya masuk ke dalam badan


ragum.
(e) Kepala skm. Bentuknya seperti tombol dan melaluinya di-
pasang pemegang. Kepala skru diputar mengikut arah pusingan
jarum jam untuk menutup pengapit berkesot dan sebaliknya di-
putar melawan arah pusingan jarum jam untuk membuka
pengapit tersebut.
(f) Bilah pengapit. Ia diperbuat daripada keluli keras dan diskru-
kan pad a kedua-dua pengapit ragum. Permukaannya bergigi-
gigi bagi mendapatkan cengkaman yang lebih baik.
(g) Pengapitlembut. Pengapit ini diperbuat daripada logam lembut
seperti aluminium. Kegunaannya ialah bagi mengelakkan kero-
sakan pada permukaan benda kerja.

Langkah-langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Ragum Meja


(a) Skrunya hendaklah tidak terlalu ketat kerana ini boleh menye-
babkan pengapit ataupun skru itu sendiri mudah rosak.

265
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

(b) Benda kerja hendaklah diapit di bahagian tengah pengapit


supaya ikatannya seimbang.
(c) Elakkan mengetuk atau menukul ragum dengan tukul besar
seperti tukul godam.
(d) Elakkan mengapit benda kerja panas kerana kepanasan akan
melembutkan pengapitnya.
(e) Seelok-eloknya rapatkan kedua-dua pengapit (tutup) sekira-
nya ragum tidak digunakan.
2. Ragum Mesin
Ragum mesin biasanya digunakan untuk kerja-kerja jitu di mesin
pengisar (lihat Bahagian 20.1.3, muka surat 397 pembentuk, mesin
pencanai dan mesin gerudi. Ia diperbuat daripada besi tuang dari
gred yang baik. Ragum mesin terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
(a) Ragum biasa.
(b) Ragum berkilas.
(c) Ragum universal.
3. Ragum Tangan
Ragum tangan (Rajah 13.45) diperbuat daripada keluli berkarbon
yang ditempa. Ia mempunyai dua bahagian yang disangga di satu
hujung, sementara pengapitnya terdapat pada hujung yang satu
lagi. Ragum tangan. digunakan untuk memegang benda kerja yang
kecil yang dipegang dengan tangan.
13.4 SOAlAN
I. Nyatakan DVA tujuan menggunakan sesendal spring dalam
sistem kunci bolt dan nat.
Rajah 13.46 Ragum tangan.
2. Namakan pengikat-pengikat yang berikut:

---- o

(a) (b)

3. Lakarkan dan nyatakan kegunaan alat pengikat yang berikut:


(a) Ragum mesin
(b) Ragum tangan
4. Mengapakah komponen-komponen mesin dicantumkan dengan
cara merivet dan tidak menggunakan bolt dan nat. Berikan
EMPAT contoh penggunaan rivet yang anda tahu.
5. (a) Apakah bahan yang selalu digunakan untuk membuat rivet.
(b) Sebutkan EMPAT jenis kepala rivet yang biasa digunakan di
bengkel.

266

You might also like