You are on page 1of 17

Kerja, Kayu, Logam, dan Paip |1

UNIT 7
Penyambungan Bahan-Bahan Kerja Logam

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap akan dapat:

1. Membezakan antara kaedah penyambungan kekal dan sementara yang


digunakan dala kerja logam
2. Menyenaraikan kaedah-kaedah penyambungan serta kegunaannnya
3. Memilih kaedah penyambungan yang bersesuaian dengan bahan logam yang
digunakan serta kerja yang dilakukan.

7.1 PENGENALAN

S
eperti yang telah dipelajari dalam bab penyambungan bahan kerja kayu, penyambungan bahan kerja
logam juga mempunyai fungsi yang sama iaitu menggabungkan secara mekanikal beberapa bahan-
bahan kerja logam untuk dijadikan produk siap. Terdapat beberapa jenis kaedah penyambungan
yang boleh diaplikasikan pada bahan kerja logam, walaubagaimanapun pemilihan terhadap kaedah
penyambungan yang bersesuaian adalah berdasarkan beberapa faktor-faktor seperti kekuatan, kestabilan,
jenis bahan kerja yang digunakan, ciri-ciri bahan kerja, serta keperluan untuk membuka membuka dan
memasang kembali sambungan pada masa akan datang.

Terdapat dua kumpulan utama kaedah penyambungan yang digunakan pada bahan logam iaitu
kaedah penyambungan sementara dan kaedah penyambungan kekal. Rajah 7.1 di bawah menyenaraikan
kedua-dua jenis kaedah penyambungan tersebut. Pada akhir bab ini anda diharapkan akan dapat
membezakan diantara kedua-dua jenis sambungan tersebut serta dapat mengaplikasikannya dalam projek
kerja logam yang dilakukan.

Rajah 7.1: Kaedah-kaedah penyambungan logam.


Kerja, Kayu, Logam, dan Paip |2

7.2 PENYAMBUNGAN SEMENTARA


Kaedah penyambungan sementara diperlukan pada bahan kerja logam yang mempunyai keperluan untuk
membuka dan memasang kembali sambungan pada masa akan datang. Ini adalah kerana kaedah ini
membenarkan penyambungan pada bahan logam diketatkan atau dibuka berulang kali bagi tujuan
penyelenggaraan, pengubahsuaian atau pencantuman bahan kerja pasang siap. Contoh bahan kerja yang
memerlukan kaedah penyambungan sementara adalah seperti bahagian kenderaan (enjin, sistem
penyejukan, roda dan lain-lain), kanopi atau dewan pasang siap, serta mesin-mesin seperti mesin
pemotong mesin gerudi dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis kaedah penyambungan sementara yang
selalu digunakan, antaranya ialah:

rangka kanopi sistem enjin mesin

Rajah 7.2: Contoh alatan-alatan dan bahan yang memerlukan kaedah penyambungan sementara.

I. Bolt dan Nat


Kedua-dua bolt dan nat digunakan berpasangan untuk mengikat atau menyambungkan bahan logam
dengan logam atau bahan kerja kayu dengan logam secara penyambungan sementara. Kaedah
penyambungan menggunakan bolt dan nat ini adalah lebih kukuh berbanding penggunaan skru biasa.
Bagi tujuan menyambungkan bahan kerja, bahan-bahan tersebut perlulah dilubangkanterlebih dahulu
untuk menempatkan bolt iaitu shaft berbenang sebelum diketatkan dengan menggunakan nat seperti
pada rajah 7.3. Saiz bolt adalah ditentukan berdasarkan panjang dan diameter shaft.

bolt
bahan kerja yang
perlu dilubangkan
nat

Rajah 7.3: Cara penyambungan bolt dan nat.


Kerja, Kayu, Logam, dan Paip |3

Terdapat beberapa jenis bolt serta kegunaannya yang berbeza seperti:


a. Carriage bolt
Digunakan untuk mencantumkan bahan kayu dan logam. Kepalanya yang berbentuk separuh
bulat menjadikan permukaan bahan yang disambung nampak lebih kemas. Bolt jenis ini hanya
dibenangkan pada separuh bahagian shaftnya sahaja.

Rajah 7.5: Carriage bolt serta kegunaannya.

b. Machine bolt
Mempunyai kepala berbentuk heksagon atau segi empat dan mempunyai bebenang disebahagian
shaft. Bolt jenis ini digunakan untuk penyambungan yang tepat dan ketat terutamanya pada
rangka dan struktur bangunan serta mesin-mesin.

Rajah 7.6: Machine bolt serta contoh kegunaannya.

c. Tap bolt
Sama dari segi kepala & fungsi seperti machine bolt tetapi mempunyai bebenang disepanjang
shaft. Kegunaan utamanya adalah untuk mengikat dua bahan logam yang nipis dengan lebih
ketat.

Rajah 7.7: Tap bolt


Kerja, Kayu, Logam, dan Paip |4

d. Stove bolt
Mempunyai kepala berbentuk separuh bulat atau rata dan mempunyai bebenang disepanjang
shaft. Digunakan apabila cantuman atau ikatan tidak memerlukan ketepatan & kekuatan yang
tinggi seperti dalam kerja pemasangan perabot. Oleh itu boleh dipasang dengan hanya
menggunakan pemutar skru.

Rajah 7.8: Stove bolt.

e. Stud
Tidak mempunyai kepala, tetapi berbenang dikedua-dua hujung shaft. Digunakan bersama
sepasang nat untuk kerja mengikat logam. Kerja-kerja melonggarkan sambungan boleh dilakukan
pada salah satu daripada dua nat tersebut.

nat

stud

nat

Rajah 7.9: Stud dan contoh penggunaannya.

Nat pula adalah pengikat yang dimasukkan pada bebenang shaft bolt atau stud bertujuan untuk
mengikat penyambungan. Saiz nat adalah berpandukan kepada diameter lubang yang berbenang.
Jenis-jenis nat yang selalu digunakan adalah seperti berikut:
a. Machine screw nut
Berbentuk segi empat atau heksagon. Boleh digunakan dengan mana-mana jenis bolt dan stud.

jenis heksagon jenis segi empat


Rajah 7.10: Machine screw nut jenis heksagon dan segi empat.
Kerja, Kayu, Logam, dan Paip |5

b. Nat pengunci (jam nut)


Nat jenis ini lebih nipis berbanding nat biasa. Digunakan bersama dengan nat dari jenis yang lain
bertujuan untuk menghalang ikatan nat yang lain daripada longgar. Banyak digunakan pada
mesin-mesin dan alatan yang bergetar semasa beroperasi.

bolt

nat
nat pengunci
nat pengunci
bahagian luar bahagian dalam

Rajah 7.11: Nat pegunci dan contoh kegunaannya.

c. Nat kota (castle nut)


Nat yang Mempunyai kepala yang dipotong berbentuk seperti kota istana. Digunakan bersama pin
pengunci bertujuan untuk mengelakkannya daripada longgar. Juga banyak digunakan pada
mesin-mesin dan alatan yang bergetar semasa beroperasi.

Rajah 7.12: Nat kota dan contoh kegunaannya.

d. Nat kepak (wing nut)


Mempunyai sepasang kepak yang membolehkannya diketat atau dilonggar dengan menggunakan
jari. Khusus untuk penyambungan pada bahan atau alatan yang kurang mementingkan kekuatan
& ketepatan.

Rajah 7.13: Nat kepak dan contoh kegunaannya.


Kerja, Kayu, Logam, dan Paip |6

II. Washer
Untuk mengukuhkan lagi sambungan yang menggunakan bolt dan nat, bahan yang dikenali sebagai
washer digunakan. Washer diletakkan di bawah nat atau kepala bolt untuk menambah kepadatan
sambungan. Selain daripada itu washer juga dapat melindungi permukaan bolt dan nat dengan cara
menyebarkan beban secara sama rata pada permukaan bolt dan nat.

nat

washer

bolt

Rajah 7.14: Washer dan contoh kegunaannya.

7.2 PENYAMBUNGAN KEKAL


Kaedah penyambungan kekal digunakan apabila bahan-bahan yang ingin dicantumkan tiada keperluan
untuk dibuka atau dilakukan pengubahsuaian pada masa akan datang. Contoh-contoh kaedah
penyambungan tetap yang selalu digunakan untuk mencantumkan bahan-bahan logam adalah seperti
berikut:
I. Rivet
Kaedah merivet digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka projek
secara kekal. Ianya diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau loyang.
Rivet erbentuk seperti bolt tetapi tidak berbenang. Saiz rivet ditentukan oleh panjang dan garis pusat
batangnya. Bagi kerja-kerja menyambungkan kepingan logam, rivet yang digunakan biasanya
diperbuat daripada aluminium.

Rajah 7.15: Rivet dan contoh kegunaannya.

Rivet terbahagi kepada jenis iaitu solid semi tubular dan blind rivet (tubular). Ketiga-tiga jenis tersebut
mempunyai kepala yang pelbagai seperti pada rajah 7.16 dan 7.17. Bagi kerja-kerja mencantumkan
logam, saiz rivet yang digunakan perlulah bersesuaian dengan ketebalan logam tersebut. Kepingan
logam yang nipis perlulah dicantumkan dengan batang rivet yang lebih kecil. Alat yang digunakan
untuk untuk memasang rivet pula dikenali sebagai riveter.
Kerja, Kayu, Logam, dan Paip |7

round head flat head truss head countersunk head universal head
jenis solid

oval head truss head flat head countersunk head chamfered


countersunk head
jenis semi-tubular

dome head large flange closed-end high strength structural countersunk head
Jenis blind / tubular

Rajah 7.16: Jenis-jenis rivet.

jenis solid jenis semi-tubular Jenis blind / tubular

Rajah 7.17: Jenis-jenis rivet dan cara penyambungannya.

Cara penggunaan riveter untuk merivet bahan-bahan logam pula (rivet jenis tubular) adalah seperti
pada rajah-rajah berikut:
Kerja, Kayu, Logam, dan Paip |8

a. pilih saiz rivet yang bersesuaian dengan b.lubangkan benda kerja mengikut diameter
ketebaan benda kerja batang rivet

c. masukkan dawai rivet ke dalam muncung d. masukkan batang rivet ke dalam benda
riveter kerja

e. tarik hulu rivet sehingga dawai rivet teputus. Kepala rivet akan terbentuk dan
hujung batang rivet akan mengembang sepenuhnya setelah dawai rivet terputus.

Hasil kerja merivet menggunakan rivet jenis tubular. .


Kerja, Kayu, Logam, dan Paip |9

II. Pateri (soldering)


Kaedah panyambungan pateri terbahagi kepada dua jenis iaitu soft soldering dan hard soldering.
Kaedah soft soldering dilakukan dengan menggunakan besi pemateri yang dipanaskan menggunakan
tenaga elektrik. Kaedah ini banyak diaplikasikan dalam bidang elektronik untuk mencantumkan kaki-
kaki komponen dengan papan litar. Bahan pateri (timah pateri) ialah bahan yang akan dileburkan oleh
besi pematri untuk mencantumkan kaki komponen dengan papan litar. Bahan pateri ini dihasilkan
daripada gabungan unsur timah dan plumbum. (60% timah dan 40% plumbum).

besi pemateri timah pateri kaedah memtari

Rajah 7.18: Rajah besi pemateri, timah pateri dan kaedah memateri.

Kaedah penyambungan hard soldering pula menggunakan bahan pateri yang mempunyai takat lebur
yang lebih tinggi. Ia menghasilkan sambungan yang lebih kukuh dan digunakan untuk
menyambungkan bahan-bahan logam seperti emas, perak, tembaga, dan lain-lain. Bahan pateri yang
digunakan dalam kaedah hard soldering ini selalunya ialah perak atau tembaga (brazing). Bagi tujuan
meleburkan bahan pateri, Torch digunakan untuk membakar bahan pateri sehingga melebur pada
benda kerja.

bahan kerja

bahan pateri

torch

Rajah 7.19: Kaedah hard soldering dan contoh penggunannya.


K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p | 10

III. Perekat Logam (Adhessive)


Terdapat dua jenis perekat yang boleh digunakan untuk mencantumkan logam secara kekal iaitu
Cyanoacrylates (superglue) dan juga epoksi. Cyanoacrylates ialah sejenis perekat yang tahan
perubahan suhu and masa serta boleh digunakan untuk mencantumkan pelbagai bahan lain seperti
logam, getah, dan plastic. Bahan perekat ini cepat kering dan juga menghasilkan cantuman yang kuat.

Rajah 7.20: Contoh Cyanoacrylates (superglue).

Epoksi pula adalah perekat sintetik gabungan cecair resin dan logam yang boleh menghasilkan
cantuman yang kuat bagi logam, getah, dan plastik. Ia banyak digunakan dalam bidang automotif dan
mesin. Perekat jenis ini mempunyai daya rintangan yang baik terhadap persekitaran dan bahan kimia.

Rajah 7.21: Epoksi dan contoh penggunaannya.

IV. Kimpalan
Kimpalan merupakan proses untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam yang melibatkan
pencairan dan peleburan logam. Kimpalan menghasilkan sambungan yang kuat, sukar untuk
dipecahkan, kukuh, dan tahan lama. Antara bidang yang banyak mengaplikasikan kerja kimpalan
adalah seperti pembinaan, industri perkapalan, cari gali petroleum dan sebagainya. Terdapat
beberapa kaedah kimpalan yang selalu digunakan untuk kerja-kerja mencantumkan logam. Salah satu
jenis yang paling banyak digunakan ialah kimpalan arka logam berperisai.
K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p | 11

Kimpalan arka logam berperisai melibatkan peleburan dan pencairan logam dengan menggunakan arka
elektrik. Kimpalan arka terhasil daripada perbezaan voltan di antara elektrod dan logam asas (bahan logam
yang dikimpal). Proses kimpalan jenis ini akan menghasilkan haba yang tinggi untuk mencairkan logam asas
dan elektrod bagi menghasilkan kolam leburan. Suhu yang digunakan adalah tinggi hingga mencapai 3900C.
Kaedah kimpalan arka logam berperisai ini dilakukan dengan menggunakan mesin kimpalan arka.

Rajah 7.22: Mesin kimpalan arka elektrik.

Prinsip kerja penyambungan menggunakan kimpalan arka berperisai adalah seperti berikut:
Pancaran arka terjadi apabila arus elektrik yang dialirkan melalui elektrod menyentuh atau
menggores permukaan logam
Ini akan menghasilkan haba yang tinggi sehingga ia boleh mencairkan hujung elektrod dan
permukaan logam. Peleburan pada hujung elektrod akan menghasilkan kawah lebur dan
peleburan dua logam akan membentuk kumai.
Pemilihan elektrod mestilah betul bagi menghasilkan hasil kerja yang baik. Bahan asas dalam
elektrod perlu sama dengan bahan logam yang mahu dikimpal.
Elektrod akan membentuk asap untuk melindungi kawah cair dari udara luar yang boleh
menyebabkan kecacatan kimpalan.
Salutan elektrod juga akan membentuk jeremang ataupun slag yang perlu dibuang setelah
kerja mengimpal siap dilakukan.

teras elektrod

gas pelindung
salutan flux
arka
Cairan logam asas
dan elektrod
kolam leburan
jeremang / sanga

hasil kimpalan (kumai)

Rajah 7.23: Prinsip kimpalan arka logam berperisai.


K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p | 12

Rajah 7.24: Contoh hasil kerja kimpalan arka logam berperisai.

Penyambungan bahan logam menggunakan kaedah kimpalan mengaplikasikan beberapa jenis cara
sambungan iaitu:

a) sambungan temu d) sambungan lekap

b) sambungan pepenjuru
e) sambungan Tee

c) sambungan J

Rajah 7.25: Jenis-jenis sambungan kimpalan.

Penyambungan Logam Menggunakan Skru


Terdapat dua jenis skru yang selalunya digunakan untuk penyambungan logam iaitu sheet metal skru
dan lag skru.
a. Sheet metal skru
Berbentuk pendek dan tebal, mempunyai batang yang berbenang tirus supaya dapat menembusi
logam bagi menyambung kepingan logam yang lembut dan nipis Skru jenis ini mempunyai kepala
yang berbagai bentuk untuk fungsi yang pelbagai seperti pada rajah 7.26.
K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p | 13

Rajah 7.26: Sheet metal skru dan contoh kegunaannya.

b. Lag skru
Mempunyai kepala berbentuk segi empat atau heksagon. Digunakan untuk penyambungan yang
menanggung bebanan tinggi. Skru jenis ini mempunyai bebenang pada sebahagian batangnya
sahaja.

Rajah 7.27: Lag skru.

Pada pendapat anda penyambungan menggunakan skru dikategorikan sebagai kaedah penyambungan
sementara atau kekal?
K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p | 14

RUMUSAN
1. Terdapat dua kumpulan utama kaedah penyambungan yang digunakan pada bahan logam iaitu
kaedah penyambungan sementara dan kaedah penyambungan kekal.
2. Kaedah penyambungan sementara diperlukan pada bahan kerja logam yang mempunyai
keperluan untuk membuka dan memasang kembali sambungan pada masa akan datang.
3. Kedua-dua bolt dan nat digunakan berpasangan untuk mengikat atau menyambungkan bahan
logam dengan logam atau bahan kerja kayu dengan logam secara penyambungan sementara.
4. Nat pula adalah pengikat yang dimasukkan pada bebenang shaft bolt atau stud bertujuan untuk
mengikat penyambungan.
5. Kaedah penyambungan kekal digunakan apabila bahan-bahan yang ingin dicantumkan tiada
keperluan untuk dibuka atau dilakukan pengubahsuaian pada masa akan datang.
6. Kaedah merivet digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka
projek secara kekal. Ianya diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau
loyang.
7. Kaedah panyambungan pateri terbahagi kepada dua jenis iaitu soft soldering dan hard soldering.
Kaedah soft soldering dilakukan dengan menggunakan besi pematri yang dipanaskan
menggunakan tenaga elektrik. Kaedah penyambungan hard soldering pula digunakan untuk
menyambungkan bahan-bahan logam seperti emas, perak, tembaga, dan lain-lain. Bahan pateri
yang digunakan dalam kaedah hard soldering ini selalunya ialah perak atau tembaga (brazing).
8. Terdapat dua jenis perekat yang boleh digunakan untuk mencantumkan logam secara kekal iaitu
Cyanoacrylates (superglue) dan juga epoksi.
9. Kimpalan merupakan proses untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam yang
melibatkan pencairan dan peleburan logam. Kimpalan menghasilkan sambungan yang kuat, sukar
untuk dipecahkan, kukuh, dan tahan lama.
10. Terdapat dua jenis skru yang selalunya digunakan untuk penyambungan logam iaitu sheet metal
skru dan lag skru.
KERANGKA KONSEP

PENYAMBUNGAN BAHAN-BAHAN KERJA LOGAM

Penyambungan Sementara Penyambungan Kekal

Bolt dan Nat Rivet Pateri Perekat logam Kimpalan Skru

Bolt Nat - solid - Sheet metal


- soft soldering - super glue - kimpalan arka
- carriage bolt - machine screw nut - semi-tubular screw
- hard soldering - epoksi logam berperisai
- machine bolt - nat pengunci - tubular Lag screw
- tap bolt - nat kota
- stove bolt - nat kepak
- stud - washer
K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p | 15
K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p | 16

LATIHAN KENDIRI

i. Huraikan tiga perbezaan diantara penyambungan sementara dan penyambungan kekal bagi kerja
logam.
a. ___________________________________________________________________________
b. ___________________________________________________________________________
c. ___________________________________________________________________________

ii. Pernyataan di bawah yang manakah betul berkaitan rivet.

A. Diperbuat daripada logam seperti kuprum dan timah.


B. Boleh digunakan untuk mencantum papan lapis dan perspek.
C. Digunakan untuk melakukan penyambungan pada plastik dan kepingan logam nipis.
D. Dipasang pada kepingan logam dengan menggunakan tukul warrington dan playar
gabung.

Rajah 7.27.

iii. Hasil kimpalan seperti pada rajah 7.27 di atas dikenali sebagai sambungan __________

A. Tee.
B. kambi.
C. serenjang.
D. bertindih.

Nat B

Nat A

Rajah 7.28.

iv. Nyatakan dua persamaan diantara nat yang berlabel A dan B pada rajah 7.28 di atas.
a. ___________________________________________________________________________
b. ___________________________________________________________________________
K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p | 17

v. Nyatakan tiga kelebihan penggunaan bolt dan nat berbanding penggunaan skru sebagai bahan
pencantum kerja logam.
a. ___________________________________________________________________________
b. ___________________________________________________________________________
c. ___________________________________________________________________________

You might also like