You are on page 1of 1

Pada 10 oktober 2017, kami telah menyediakan menu berasaskan sup.

Sup merupakan

cecair rebusan daripada tulang, daging, ayam dan sayuran. Sup di hidangkan bagi hidangan

sebelum hidangan utama iaitu selepas hidangan pembuka selera.Antara menu yang telah kami

sediakan ialah mushroom soup dan French onion soup yang dihidang bersama garlic bread,

cheese stick dan crouton. Kami telah mengambil masa selam 2 jam 15 minit untuk

menyiapkan hidangan ini.

Semasa kami menyediakan hidangan ini, kami telah mengetahui beberapa jenis sup

iaitu sup pekat dan sup jernih. Sup jernih berwarna jernih dan tiada bahan pemekat manakala

sup pekat berwarna seakan-akan susu atau krim dan dipekatkan dengan menggunakan agen

pemekat seperti Roux, buerre manie, tepung jagung dan slurry. Selain itu, kami juga dapat

mengetahui ciri-ciri sup yang baik. Sup yang baik ialah sup yang tidak berminyak dan tidak

terlalu pekat. Selain itu sup yang baik juga tidak terlalu keruh dan mempunyai warna yang

seiring dengan pengunaan bahan utama bagi sesuatu sup. Di samping itu, kami juga dapat

mengetahui cara-cara dan teknik yang betul untuk memasak dan menyediakan sup sepanjang

amali memasak ini.

You might also like