You are on page 1of 25

Panduan berpantang by Hajah Kintan Mohd Nor

Di waktu pagi

(Hari 1 -3) : Minum sesudu air ibu kunyit

Caranya: tumbuk ibu kunyit dan perah. Minum hanya sesudu di waktu pagi selama 3 hari sahaja.

Khasiat: Membantu peranakan pulih.

Mandian pagi

(Setiap hari sehingga habis pantang) : Mandian perlulah menggunakan air separa panas – suam panas.

Caranya: masak air dan campurkan dengan air sejuk. Mandian suam-suam panas di waktu pagi sangat
bagus dalam proses berpantang. Selang 3-4 hari, air mandian juga boleh ditambah dengan serai,
ketumbar, daun kunyit dalam air mandian.

Khasiat: Badan akan segar dan bertenaga.

Selesai mandi

1. Memakai pakaian yang selesa diikuti dengan bengkung dan stokin.


2. Pilis harus diletakkan di dahi. Cara buat pilis: basahkan kayu manis dan gesek di bawah pasu
atau lesung, hasilkan serbuk kayu manis dan campur sedikit air. Pilis di dahi serta diikat dengan
kain (ikatan dahi seperti samurai).
3. Rambut diikat sanggul dengan ketat setiap masa. Bagi mengelakkan sakit kepala dikemudian
hari.
4. Bawang putih diletakkan di telinga – seulas (saiz sedang) di lubang telinga. Bertujuan untuk
elakkan angin masuk dan boleh menyebabkan telinga berdesing dan kurang dengar di kemudian
hari.
5. Makan nasi di waktu pagi.

Di cadangkan: Urut, Tungku, Bengkung, Param, Pilis, Mandi Herba, Lulur, Tangas, Urut Bengkak
Susu, Urut Kepala Buang Angin

PEMAKANAN

Tips:

1. Jika nak mudah, boleh beli serunding halia, serunding ikan bilis.
2. Berpantang mesti utamakan bahan seperti halia, bawang putih dan lada hitam untuk keluarkan
angin dalam badan.
3. Pemakanan seimbang
JENIS IKAN, LAUK DAN MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG

Dipetik dari: https://pantangplus.com/makanan-yang-boleh-dimakan-semasa-pantang/

Yang boleh

 Ikan haruan, ikan selar, ikan merah, ikan salmon, ikan gelama, ikan jenahak, ikan bilis, ikan
senangin, ikan Yu, ikan tenggiri, ikan bawal putih.

Yang tak boleh

 Ikan keli, bawal hitam, terubuk, kembung, cencaru, sembilang, ikan masin dan ikan keli.

Nota tambahan – Makanan laut seperti ketam, sotong, kerang dan udang adalah PALING TAK BOLEH
MAKAN!
AYAM DAN DAGING; JENIS LAUK DAN MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG

Yang boleh

 Ayam biasa, ayam kampung, ayam selasih, burung puyuh, merpati, ayam didik.
 Daging kambing, daging batang pinang dan daging yang kurang bahagian lemak.

Yang tak boleh


 Elakkan mengambil ayam dan daging di bahagian yang mempunyai lemak.

AIR YANG BOLEH DIMINUM KETIKA PANTANG

Yang boleh
 Air suam, air halia, air kunyit, air coklat, madu dan jus pegaga.

Yang tak boleh


 Air yang bergas, ais sejuk, kelapa muda, tebu, cincau, jus buahan dan cuka buah.
SAYUR-SAYURAN YANG BOLEH DIMAKAN KETIKA BERPANTANG
Apakah antara sayuran atau makanan yang boleh dimakan semasa pantang?

Yang boleh

 Sawi, lobak putih, lobak merah, brokoli, ubi kentang dan bayam.

Yang tak boleh


 Kubis, kacang panjang, kacang botol, petai, kangkung, terung, pucuk paku, jering, ubi kayu,
timun, tomato, labu dan sayur keladi.

ULAM-ULAMAN; MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG

Boleh dikatakan kesemua jenis ulam tidak ‘berbahaya’ dan boleh dijadikan hidangan makanan dalam
pantang seharian. Sama ada dibuat makan atau dijadikan minuman, terserah kepada selera para ibu.

Jadi, apakah antara ulam-ulaman atau makanan yang boleh dimakan semasa pantang?

 Ulam raja, pegaga, bunga kantan, halia muda, kunyit, lengkuas, daun kesum, daun pudina, ubi
cekur, jantung pisang, mengkudu dan daun kaduk.
BUAH-BUAHAN YANG BOLEH DIMAKAN DALAM BERPANTANG
Bagi yang tidak tahu, berikut ialah buah-buahan dan makanan yang boleh dimakan semasa pantang.

Yang boleh
 Kurma, kismis, longan cina, peach, prune, epal merah, buah anggur, oren dan blueberry.

Yang tak boleh


 Nenas, betik, durian, tembikai, pisang, kuinin, sengkuang, cempedak, nangka, langsat,
belimbing, ciku, manggis, jambu dan pear.

MAKANAN LAIN
Berikut ialah antara makan lain yang boleh dimakan semasa pantang.

Yang boleh
 Roti, biskut, oat, nestum dan menu yang dimasak secara bakar, panggang, rebus dan kukus.

Yang tak boleh

 Laksa, tempe, makanan yang terlalu berminyak dan daging yang diproses.
 Kekacang – ada bayi yang alah dengan makanan berasaskan kekacang. Pastikan si ibu makan
dalam kuantiti yang kecil dahulu dan perhatikan tanda atau gejala seperti bintik merah, ruam
atau bengkak.
 Jamu dan herba – Rata-rata para ibu turut mengambil jamu dan herba selain mengamalkan
makanan dalam pantang dengan betul. Adakalanya pengambilan jamu dan herba akan
menyebabkan bayi mengalami demam kuning. Jika demikian, hentikan pemakanan dan
amalkan pemakaian pilis dan param buat sementara waktu.
LAUK PANTANG UNTUK ORANG BERPANTANG 44 HARI
1. Ikan tenggiri masak singgang

Bahan-bahan :
1-2 ulas bawang putih

½ cm kunyit hidup

½ cm lengkuas muda

1 keping isi ikan tenggiri

1 sudu besar air asam jawa atau 1 keping asam gelugur

1 batang serai

Penyediaan :
Mayang halus bawang putih, halia dan lengkuas muda.

Ketuk serai.

Di dalam periuk, panaskan 1 cawan air dan masukkan kesemua bahan.

Setelah mendidih, masukkan isi ikan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
2. Ikan tenggiri masak asam

Bahan-bahan :
3 biji bawang merah

½ inci halia

3 keping isi ikan tenggiri

½ cawan air asam jawa

500ml air

Penyediaan :

Mayang halus halia dan bawang merah.

Masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan ikan dan masak sehingga kuah pekat.

Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Nota kaki : Lauk pantang ini membantu melawaskan pembuangan air kecil dan membekalkan sumber
protein.
3. Sup lobak putih

Bahan-bahan :

½ ekor ayam

1 batang lobak putih

2-3 ulas bawang putih

2-3 ulas bawang merah

½ inci halia

1 paket perencah sup sayur

1 kiub pati ayam

Penyediaan :

Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak.

Isi 3 cawan air, isi ayam dan perencah sup.

Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.

Masukkan lobak putih yang dihiris bulat.

Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup untuk dihidang,

Nota kaki :
Lobak putih sesuai dihidang sebagai menu berpantang kerana membantu menambahkan kuantiti susu
badan. Ia juga mampu merawat masalah penghadaman, kencing tidak lawas dan darah tinggi.
4. IKAN TENGGIRI GRILL

Bahan-bahan :
1 keping isi ikan tenggiri

½ inci kunyit hidup

1 sudu kecil lada hitam

Sedikit garam

Penyediaan :
Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam.

Lumur pada isi ikan. Perap selama 1-2 jam.

Grill isi ikan sehingga masak.

Nota kaki :
Ibu-ibu amat digalakkan untuk mencampurkan lada hitam dalam penyediaan lauk pantang mereka
untuk memanas dan menyegarkan badan. Malah ia juga membantu mengelakkan kembung perut
pada bayi.
5. IKAN MERAH TUMIS BAWANG
Bahan-bahan :
1 keping isi ikan merah

1 cm halia muda

1-2 ulas bawang putih

Serbuk lada hitam

Penyediaan :
Gaul garam dan serbuk lada hitam pada isi ikan dan diperapkan seketika.

Dengan sedikit minyak, goreng ikan sehingga masak. Ketepikan.

Tumis bawang putih dan halia yang dihiris nipis dan masukkan isi ikan tadi.

Tabur dengan sedikit daun bawang.


6. SUP IKAN

Bahan-bahan :

Isi ikan (jenahak/merah/siakap/tenggiri)

2 biji bawang putih

2 biji bawang merah

1 cm halia

Kayu manis, bunga lawang dan pelaga

Sup bunjut ikan

Lada hitam

500 ml air

Lobak merah/lobak putih/sawi/bunga kubis)

Penyediaan :

Lumur isi ikan dengan garam. Boleh goreng ikan terlebih dahulu jika suka.

Kisar bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis sebentar dengan sedikit minyak.

Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Kemudian masukkan air dan sup bunjut ikan.

Masukkan isi ikan dan sayur.

Perasakan dengan garam dan letak sedikit lada hitam serta daun sup.
7. KERABU PEGAGA

Bahan-bahan :
1 mangkuk ulam pegaga – dihiris nipis

2 biji bawang merah – dihiris nipis

1 ekor ikan – rebus dan diambil isinya

1 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu kecil kerisik

1 biji limau kasturi – ambil jusnya

Penyediaan :
Gaul kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan gula.
8. DAGING REBUS ASAM

Bahan-bahan :

1 mangkuk daging yang dipotong

½ inci halia

½ inci lengkuas

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Sekeping asam keping

1 sudu kecil ketumbar – ditumbuk kasar

Sedikit serbuk lada hitam

2 mangkuk air

Penyediaan :

Halia, lengkuas, bawang merah dan bawang putih ditumbuk sehingga lumat.

Di dalam periuk, isi air dan rebus daging bersama bahan-bahan yang ditumbuk.

Masukkan ketumbar dan asam keping.

Masak sehingga daging empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Nota kaki : Penggunaan asam keping dalam menu berpantang membantu melancarkan sistem
penghadaman si ibu dan mengempiskan perut selepas melahirkan.
9. KARI IKAN TANPA SANTAN

Bahan-bahan :

2 keping isi ikan merah/jenahak

2 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

½ inci halia

Kayu manis, bunga lawang dan pelaga

2 sudu besar serbuk kari ikan

Air asam jawa

Halba

Daun kari

Air

Penyediaan :

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat. Tumiskan bersama kayu manis, bunga
lawang dan pelaga, halba dan daun kari.

Masukkan serbuk kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan air, isi ikan dan air asam jawa.

Perasakan dengan garam.


10. SERUNDING HALIA

Bahan-bahan :
Halia

Lada hitam – ditumbuk halus

Ikan bilis segenggam – digoreng

Bawang putih – digoreng

Garam

Penyediaan :
Halia disagat halus, diperah dan ditapis airnya.

Goreng halia dengan api sederhana sehingga garing. Toskan minyak.

Setelah itu, gaul sekali dengan ikan bilis goreng, bawang goreng, lada hitam dan perasakan dengan
garam.

Serunding halia boleh dihasilkan dengan banyak dan disimpan dalam bekas kedap udara.
11. DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahan :
1 mangkuk daging

½ inci kunyit

2 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

Lada hitam

Air

Penyediaan :
Tumbuk kunyit dan lada hitam. Gaul bersama daging dan perasakan sedikit dengan garam. Perap selama
10-15 minit.

Masukkan daging ke dalam kuali. Letak sedikit air.

Masak daging sehingga air kering dan empuk.

Setelah daging masak, masukkan bawang putih dan bawanh besar,


12. SUP SAWI BERTAUHU
Bahan-bahan :
2 ikat sayur sawi

2 biji bawang merah

1 biji bawang putih

2 cawan air

2 ketul tauhu

Penyediaan :
Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak.

Masukkan air dan tauhu. Masak sehingga mendidih.

Masukkan sawi dan perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada hitam.
13. JUS PEGAGA DAN MADU

Bahan-bahan :
2 ikat ulam pegaga

2 sudu madu

3 cawan air

Penyediaan :
Kesemua bahan direbus.

Apabila mendidih, tapis bahan-bahan tadi dan diambil airnya.

Boleh diletakkan sedikit madu.

Sesuai diminum sama ada sejuk atau panas.


14. SUSU KACANG BADAM

Bahan-bahan :
Segelas susu segar

7 biji kacang badam (disangai terlebih dahulu)

21 biji kismis

1 biji kurma

Penyediaan :
Kesemua bahan dikisar dan ditapis untuk diambil airnya.

Nota kaki :
Menu berpantang ini sesuai untuk membantu memperbanyakkan air susu ibu.
15. LEMPENG OAT BEBAS GULA

Bahan-bahan :
1 cawan oat yang dikisar halus

1 cawan tepung gandum

Air

Penyediaan :
Campurkan oat dan tepung gandum serta sebatikan dengan air sedikit demi sedikit.

Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.

Panaskan non-stick pan dan letak sedikit butter.

Sendukkan adunan ke dalam non-stick pan dan masak sehingga kekuningan.

Boleh dimakan bersama madu dan buah-buahan seperti strawberi atau epal.
16. IKAN KUKUS DENGAN HALIA

Bahan-bahan :

1 ekor ikan (siakap/merah/selar/jenahak) – disiang dan dibersihkan

5 biji bawang putih

2 inci halia

3 biji limau nipis – ambil jusnya

3 biji cili api

Air

Daun sup/ketumbar

Penyediaan :
Sediakan pengukus dan panaskan airnya.

Ikan diletak di dalam bekas tahan panas dan dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam sedikit.

Hiris halus bawang putih dan halia. Taburkan pada ikan dan kukus sehinga separuh masak.

Masukkan sedikit air, cili api yang diketuk dan jus limau nipis.

Apabila masak taburkan dengan daun sup atau ketumbar.


17. CENCARU BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan :
1 ekor ikan cencaru

2 biji bawang putih

2 biji bawang merah

½ inci halia

½ inci kunyit

2 sudu besar serbuk kari

Penyediaan :
Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit.

Campurkan kesemua bahan yang ditumbuk bersama serbuk kari dan lumurkan pada ikan.

Bakan ikan sehingga masak.


18. AIR HALIA MADU PANAS

Bahan-bahan :
50gm halia – buang kulit dan potong kecil

3 sudu besar madu

3 cawan air

Penyediaan :
Kisar halus halia bersama air.

Tapis bahan yang dikisar dan ambil airnya sahaja.

Kemudian masak di dalam periuk kecil sehingga air mendidih.

Untuk diminum, letakkan 3 sudu madu.

Nota kaki :
Air halia elok diminum ketika panas. Lauk pantang ini berkesan untuk membuang angin di dalam
badan.
19. IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM
Bahan-bahan :
1 ekor ikan haruan – bersihkan dengan air asam jawa dan dipotong kepingan.

3 biji bawang merah – dihiris nipis

2 biji bawang putih – diketuk

1 inci halia – dihiris nipis

1 keping asam keping

1 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar

2 cawan air

Penyediaan :
Di dalam periuk, masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.

Masukkan ikan dan masak dengan api perlahan.

Perasakan dengan garam.

Nota kaki :
Ikan haruan dalam mana-mana lauk pantang amat baik untuk ibu kerana ia mempunyai asid lemak
dan asid amino yang membantu menyembuhkan luka luar dan dalaman. Ia amat digalakkan diambil
ketika tempoh awal bersalin.
20. AYAM KAMPUNG MASAK STIM

Bahan-bahan :
¼ ekor ayam kampung

½ batang lobak merah

½ batang lobak putih

2 biji bawang putih

1 sudu besar minyak bijan

Daun bawang

Daun sup

Penyediaan :
Bawang putih dihiris nipis dan dicampur bersama serbuk lada hitam. Bahan ini diletakkan pada ayam
dan distim bersama lobak merah dan lobak putih.

Apabila ayam masak, perasakan dengan garam dan letakkan minyak bijan, daun bawang dan daun sup.

You might also like