You are on page 1of 9

INSTITUT HOSPITALITI YAYASAN PELAJARAN JOHOR MALAYSIAN CUISINE TOPIC : DAUN KARI BY: HELMEE BIN HAMDZAH C1322-24-0510

920904-01-6075

Sejarah Daun Kari


Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Kari ialah nama untuk berbagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain diAsia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa masing-masing di sana. Istilah "curry" dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan bahasa Tamil yang merujuk kepada mana-mana satu hidangan sampingan yang dimakan bersama-sama dengan nasi. Selain itu, daun kari yang dikenali dalam bahasa Tamil sebagai 'karuvapillai' (secara harfiahnya bermaksud "daun hitam") digunakan dalam berbagai-bagai hidangan umum di India Selatan yang diperbuat daripada sayur-sayuran atau daging dan biasanya, dimakan dengan nasi.

Istilah curry wujud dalam bahasa inggeris sebelum ketibaan pedagang-pedagang British ke subbenua India, dan mungkin dipergunakan oleh mereka untuk merujuk kepada sebarang hidangan yang dianggap mereka seolah-olah rendidih. Istilah ini kini digunakan dengan lebih longgar, khususnya di dunia barat untuk merujuk kepada hampir semua hidangan berasaskan sos dan rempah yang dimasak dengan berbagai-bagai gaya Asia selatan dan Asia Tenggara. Di Kerala, walaupun setiap kari mempunyai nama yang khusus, namun setiap hidangan sampingan masih dirujuk sebagai "kari" secara kelaziman sejarah. Bukannya semua kari diperbuat daripada serbuk kari. Di India, perkataan "kari" sering digunakan bahasa-bahasa India Selatan seperti bahasa tamil, tetapi istilah ini jarang digunakan di India Utara. Di bahagian-bahagian utara India, kebanyakan hidangan yang merangkumi lentil dipanggil dal, atau dirujuk dengan nama yang berkait dengan rempah yang dipergunakan untuk menyediakannya. Serupa juga, daging atau sayur diberikan nama-nama yang khusus yang menunjukkan cara memasaknya atau rempah-rempah yang digunakan. Terdapat satu hidangan masakan india utara dan Pakistan yang diberikan nama "kari" atau khadi yang menggunakan yogurt,minyak sapi , dan besan. Secara ironi, hidangan ini tidak dikenali secara meluas di luar Pakistan dan India

Khasiat Daun Kari


Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:

66.3% kelembapan 6.1% protein 1.0% lemak 16.0% karbohidrat 6.4% fiber

Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan

memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Resepi
Kari Kepala Ikan Nyonya

BAHAN-BAHAN : 1 Potong kepala ikan merah ( dibelah dua ) 50 Gram rempah kari ikan 1 Tangkai daun kari 4 Sudu makan air asam jawa 1 Liter air 1/4 Liter santan Garam Minyak 1 Biji terung ( dipotong kecil ) 4 Biji bendi 2 Biji tomato ( dipotong kecil ) PES : 30 mm Lengkuas 30 mm Kunyit 200 g Bawang merah 100 g Bawang putih 25 mm Belacan 100 g Cili merah 3 Batang Serai CARA MEMASAK : Tumis pes bersama daun kari sehingga naik bau Masukkan rempah kari ikan dan kacau hingga wangi Masukkan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih. Perlahankan api kemudian masukkan ikan dan santan. Apabila ikan setengah masak masukan bendi, terung dan tomato dan biarkan selama 5 minit.

Kari Ayam

Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam saiz sederhana - potong kecil 1 cawan santan pekat 3 biji ubi kentang - potong 4 3 sudu besar rempah kari bancuh dengan 1/2 cawan air - jadikan paste 2 sudu besar cili kisar atau serbuk cili 2 sudu besar kerisik 1 tangkai daun kari garam dan gula secukup rasa minyak untuk menumis bahan2 penumis: 4 biji buah pelaga 3cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang bahan2 kisar: 5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia cara:

panaskan minyak tumiskan bahan2 penumis, bahan2 kisar dan daun kari sehingga wangi masukkan rempah kari, cili kisar dan kacaukan rata sehingga pecah minyak kemudian masukkan ayam, air dan biarkan ayam separuh empuk lebih kurang 15 min selepas itu masukkan ubi kentang dan biarkan ianya empuk lebih kurang 10 min masukkan santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa kacaukan rata setelah ayam dan ubi kentang empuk padamkan api dan hidangkan bersama nasi putih atau roti jala atau roti canai

Sambal udang kari

Bahan-bahan: 1kg udang 1 labu bawang besar - dihiris bulat 2 tangkai cili merah - dihiris 4 sudu besar rempah kari - dibancuh dengan sedikit air 1 biji buah tomato - dipotong berbaji 2 keping asam keping 1 pelepah daun kari 1 pokok daun bawang - dipotong 1 inci sedikit air sedikit serbuk kunyit, garam dan gula minyak bahan2 kisar: 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia cara:

gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam kemudian gorengkan sebentar dan angkat ketepikan panaskan sedikit minyak tumiskan daun kari kemudian masukkan bahan2 kisar dan serbuk kari tumis sehingga garing dan pecah minyak masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa setelah itu masukkan udang goreng tadi, buah tomato, cili merah dan kacaukan rata apabila sudah sebati semuanya bolehlah dipadamkan api angkat dan hidangkan dengan nasi putih

Gambar-gambar

You might also like