You are on page 1of 1

Sajian ayam masak merah sangat sesuai jika dihidangkan bersama nasi putih ataupun nasi tomato.

Ia merupakan sajian wajib bagi masyarakat Malaysia dalam apa juga perayaan atau sambutan. Ia
mudah dan ringkas disediakan pada bila-bila masa.

Rahsia kelazatan sajian ini adalah memastikan sambal yang disediakan masak sepenuhnya. Hal
ini demikian kerana sambal yang masak dapat mengelakkan sajian ini daripada menjadi rosak dan
basi dengan cepat. Anda tahu tak pasal tip ini?

Kalau anda nak resepi ayam masak merah yang dapat disediakan dengan pantas, cuba resepi di
bawah. Jika anda mahu yang lebih rumit, cubalah resepi versi Butterkicap. ini.

Bahan-Bahan:
 1/2 ekor ayam, dipotong lapan
 2 sudu besar sos tomato
 2 sudu besar sos cili
 1 sudu besar sos tiram
 Minyak masak secukupnya
 250g Cili kering, dididih dan dikisar
 Air secukupnya
 1 biji besar Bawang besar, dimayang
 2 cili merah, dimayang
 Garam secukup rasa

Bahan Kisar
 1 biji bawang besar
 5 ulas bawang putih
 1/2 inci halia

Cara-Cara:
1. Gorengkan ayam dalam kuali sehingga separuh masak.
2. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang telah dikisar (bawang
merah, bawang putih, halia) sehingga naik bau. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan
sehingga mendidih. Jangan bagi hangit. Kacau perlahan.
3. Masukkan air sekiranya terlalu kering. Tambahkan sos tiram, sos cili dan sos tomato serta garam
secukup rasa.
4. Kemudian, masukkan ayam dan bawang besar serta cili yang telah dimayang. Gaulkan sehingga
sebati. Apabila ayam sudah masak sepenuhnya.
5. Tutup api dan ia siap untuk dihidangkan.

You might also like