You are on page 1of 4

NASI MINYAK

Bahan-bahan:
• Bahan-bahan nasi minyak:
o 3 cwn beras basmathi
o 3 1/2 cwn air
o 1 cwn susu cair
o 3 sb minyak sapi
o 2 sb minyak masak
o 1/2 biji bawang besar
o 3 ulas bawang putih
o 2 biji bawang merah
o 2 inci halia
o 1 helai daun pandan
o Rempah 4 sekawan
o 1/4 cwn kismis
o 1 sk gula
o Garam secukup rasa
o Pewarna kuning/oren
o Bawang goreng
o Gajus
o Daun ketumbar
• Bahan-bahan rempah 4 sekawan:
o 1 batang kayu manis
o 4 biji buah pelaga
o 4 kuntum bunga cengkih
o 1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:
1. Cara-cara untuk nasi minyak:
1. Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris
tebal dan ketuk kasar.
2. Daun pandan carik dan simpul.
3. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih
4. Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
5. Panaskan minyak sapi dan minyak masak
6. Tumis rempah 4 sekawan.
7. Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang
besar. Kacau sampai bawang besar layu.
8. Masukkan kismis dan kacau sekejap.
9. Masukkan beras dan goreng sekejap.
10. Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
11. Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
12. Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk
pewarna oren dan biarkan 10 minit.
13. Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
14. Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
15. Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.

Tip:
• Gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair.
• Untuk dapatkan nasi yang tak melekat dan sebiji-sebiji berderai, Che Nom
goreng dulu beras masa menumis, beras akan bersalut rata dengan minyak
sebelum kita masukkan air.
AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:
• Bahan-bahan A:
o 2 biji bawang besar
o 5 ulas bawang putih
o 2 inci halia
o 1 inci lengkuas
o 1 batang serai
o 20-25 biji cili kering
• Bahan-bahan B:
o 1 ekor ayam
o 2 sk garam
o 2 sk serbuk kunyit
o 1 biji bawang besar
o 1 batang kulit kayu manis
o 2 kuntum bunga lawang
o 1-2 helai daun pandan
o 2-3 sb gula melaka
o 2 biji tomato
o 2 sb sos tiram
o 4 sb puri tomato
o 1 biji bawang besar/holland
o Serbuk seasoning, jika suka
o Daun sup
o 1/3 cwn susu cair

Cara Penyediaan:
1. Cara-cara untuk ayam masak merah:
1. Potong kasar bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Serai
nipis (supaya halus elok bila masak nanti).
2. Cili kering rebus sehingga lembut, toskan air dan buang biji.
3. Kisar halus bahan potong, cili kering dan air (air anggaran separuh
tenggelam bahan).
4. Hiris nipis bawang besar dan daun sup, potong kasar tomato dan
potong membulat bawang holland.
5. Perap ayam dengan garam dan kunyit.
6. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan
ketepikan.
7. Tumis rempah 2 sekawan (kulit kayu manis dan bunga lawang),
bawang besar dan daun pandan. Tumis sampai bawang lembut.
8. Masukkan bahan kisar halus dan air. Masak sampai sambal kering dan
pecah minyak.
9. Masukkan gula melaka dan hirisan tomato. Kacau sebati.
10. Masukkan ayam goreng dan tomato puri. Masak sampai ayam
meresap kuah sambal.
11. Tambah garam, sos tiram, serbuk seasoning (pilihan) dan susu cair.
12. Tabur daun sup dan hirisan bawang holland. Kacau sekejap kemudian
terus tutup api.

Tip:
• Kalau kuali kecil, goreng ayam sikit-sikit. Penuh sangat nanti lambat pulak
nak masak sebab suhu minyak dah drop jadi sejuk.
• Che Nom tak masukkan air asam jawa untuk resepi ni sebab tomato dan
tomato puri dah cukup masam

You might also like