You are on page 1of 3

Apam Beras

200 g tepung beras


75 g tepung kek SRF
330 g air
130 g gula
3 sdt double action baking powder
warna pilihan

Steps:
Campurkan semua bahan sehingga sebati dan gula hancur.
Masukkan perwarna dan kacau rata
Tuangkan adunan kedalam acuan 90% penuh.
Kukus selama 25 minit.
Keluar dari acuan dan sejukkan.

Bahan-bahan ( 4 orang )
5 sudu besar minyak masak
2 batang serai, dititik
½ biji nenas, dihiris nipis sederhana besar
500 ml santan
15 ekor udang harimau bersihkan udang tanpa membuang kulitnya
250 ml pati santan
2 sudu teh garam
4 sudu besar pes kari udang
8 biji cili merah (digiling lumat)
15 biji bawang merah (digiling lumat)
5 cm lengkuas (digiling lumat)
3 cm kunyit hidup (digiling lumat)
3 biji buah keras (digiling lumat)
1 inci belacan (digiling lumat)
Cara-cara
Panaskan minyak masak didalam periuk. Masukkan serai dan tumis bahan giling & pes kari hingga ia terbit bau dan terbit minyak.
Masukkan nenas, kemudian tuangkan santan. Biar ia mendidih perlahan-lahan di atas api sederhana, selama 5minit.
Masukkan udang, tuang pati santan bersama garam. Kacau hingga semua bahan masak.Adjust jika masih kurang masin.
*** ada juga yang masukkan kacang panjang dalam kari udang

Bahan-bahan (5-6 orang)

400 gm sotong
1 ulas bawang besar – dimayang
1 biji tomato – dipotong dadu
1 biji lada merah
3 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
4 tangkai daun kesum
5 sudu besar sos ikan
6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara
1. Celur sotong seketika dengan air panas dan kemudian toskan. Hiris nipis-nipis.

2. Bahan-bahan kerabu dihiris nipis-nipis.

3. Masukkan sotong yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk. Gaul hingga sekata.

2 1/4 cawan tepung gandum


1/2 cawan susu tepung
3/4 cawan gula (saya guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
1 paket yis mauripan
1 1/2 cawan air suam
pewarna ikut suka (akak guna pewarna hijau)

mula mula ayakkan tepung gandum bersama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun x pe)

satukan bahan ayak bersama dengan gula ke dalam mangkuk. gaul rata.

selepas itu buat lubang kat tengah tengah bahan tadi dan masukkan yis mauripan.

masukkan air suam di tengah tengah bahan tadi dan kacau kacau yis bersama dengan air. kalau yis tu
elok.. dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau kacau rata bersama dengan bahan bahan lain
sehingga sebati. (jangan ada ketul tepung)

akhir sekali letakkan pewarna dan kacau kacau rata. tutup mangkuk dengan penutup dan biarkan selama
1/2 jam. resepi ni tak boleh peram lama lama sebab kita pakai yis sepeket.. nanti dia rasa masam.

panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.


Bahan-bahan (5-6 orang)

Ayam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.

2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.

3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan
asam keping.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

You might also like