You are on page 1of 4

MASAKAN 1

RESEPI NASI LEMAK

Bahan-bahan:

 4 cawan beras (dicuci dan direndam)


 1 kotak santan
 1 inci halia (dihiris)
 1 biji bawang besar, dibelah 4
 3 ulas bawang putih (diketuk)
 Garam secukup rasa
 1 helai daun pandan

Cara memasak
 Bersihkan dan toskan beras. Kemudian, masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan bawang putih, halia, daun pandan dan santan. MAsukkan garam 3/4
camca teh atau secukup rasa.

 Kacau rata dan masak seperti biasa. Bila nasi lemak cukup tanak, gemburkan dan
tutupkan rice cooker untuk mengelakkan nasi berkerak.
RESIPI SAMBAL IKAN BILIS

Bahan – bahan:

 1 ulas bawang besar (dihiris)


 3 ulas bawang merah (dikisar)
 1 ulas bawang putih (dikisar)
 4 sudu besar cili giling
 1 inci halia (diketuk)
 Sedikit asam jawa
 Sedikit gula dan garam
 Minyak untuk menumis
 Ikan bilis yang telah digoreng

Cara memasak

 Tumiskan bahan kisar sehingga berbau wangi


 Selepas itu, masukkan cili giling, halia, dan asam jawa
 Tumiskan sehingga pecah minyak.
 Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit
gula dan garam.
 Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
 Masukkan bilis goreng ke dalam sambal
 Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur

RESIPI TELUR DADAR


Bahan – bahan:

 2 biji telur
 ½ bawang besar
 Secubit garam
 Sebatang cili merah
 Minyak untuk menumis

Cara memasak

 Panaskan minyak.
 Gaulkan telur bersama bawang, cili merah yang telah dipotong dan masukkan garam
secukup rasa.
 Goreng telur sehingga keemasan

RESIPI TAUHU SUMBAT


Bahan – bahan:
 2 keping tauhu
 ½ batang timun
 1 batang lobak merah
 1 batang cili merah
 Minyak untuk menggoreng

Cara memasak
 Goreng tauhu.

 Potong lobak merah, timun dan cili merah


 Potong tauhu kepada dua bahagian dan belah bahagian tengahnya
 Masukkan atau sumbatkan sayuran yang telah dipotong tadi ke dalam tauhu.
RESIPI TEH SUSU PANAS
Bahan – bahan:
 1 uncang teh
 Susu pekat

Cara memasak
 Tuangkan air panas ke dalam teko teh, kemudian masukkan uncang teh dan susu
pekat.
 Kacaukan dan hidangkan.

Hidangan yang telah siap.

You might also like