You are on page 1of 33

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN

VOKASIONAL
JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
VEF 3013 PENYEDIAAN MAKANAN
LAPORAN AMALI 3
SET MAKAN TENGAHARI (TIMUR)

DISEDIAKAN OLEH:
BIL

NAMA

NO MATRIK

NOOR SHAHADATUL L AIL BINTI ABDUL HALIM

D20131063615

NURHANA FATIN BT ABD JALIL

D20131063629

NURUL ASHIKAH BINTI NOR ANNUAR

D20131063634

FAIRUZ FAZLIANA BINTI ZOLKIPLI

D20131063617

DISEMAK OLEH: ENCIK MOHD NAZRI BIN ABDUL RAJI


TARIKH PENGHANTARAN TUGAS : 26 APRIL 2016
0

Isi kandungan
Bil.

Isi kandungan

Muka surat

1.0

Pengenalan

2.0

Penerangan Menu

3.0

Resepi

4.0

Pembahagian Tugas Sebelum, Semasa dan Selepas

12

5.0

Borang Perancangan Kerja

13

5.1 Borang A: pilihan Masakan

13

5.2 Borang B : Senarai Bahan Basah dan kering

15

5.3 Borang C: susunan kerja

20

5.4 Borang D: Susun Atur dan Peranggu Meja Hidangan

24

6.0

Kelebihan, Kelemahan dan Cara Mengatasi.

25

7.0

kesimpulan

26

Lampiran

33

1.0 PENGENALAN
Pada tarikh 5 April 2016, kami ditugaskan untuk menyediakan set makanan tengahari
masakan timur.
Menu masakan timur yang kami sediakan ialah nasi minyak, ayam masak merah, daging
masak kurma, dan acar timun. Nasi minyak lazimnya dimakan sewaktu majlis perkahwinan
atau di majlis majlis formal.
Dalam menyediakan nasi minyak bahan yang paling penting ialah menggunakan beras
basmathi dan penggunaan empat sekawan iaitu terdiri daripada bunga lawang, bunga
cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga. Empat sekawan ini juga turut menjadi bahan
yang penting dalam masakan ayam masak merah dan daging masak kurma. Ini kerana empat
sekawan merupakan elemen yang perlu ada dalam setiap masakan timur.

2.0 PENERANGAN MENU

Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan set hidangan masakan ala timur
iaitu sepinggan hidangan lengkap nasi minyak, beserta ayam masak merah, daging masak
kurma, dan acar timun.
Hidangan pertama ialah nasi minyak. Beras basmathi dibersihkan, dan direndam selama
30 minit supaya menjadi kembang. Apabila ingin masukkan ke dalam periuk, beras perlu
ditoskan terlebih dahulu. Cairkan minyak sapi dan saut empat sekawan. Apabila naik bau,
masukkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan
tomato dan kacau sehingga masak. Daun pandan dimasukkan beserta sup bunjut. Seterusnya
masukkan air dengan menggunakan sukatan cup yang sama dengan beras dan biar sehingga
sup mendidih. Tujuannya adalah untuk mengelakkan air lebih atau kurang sehingga
3

menjadikan beras menjadi lembik atau tidak masak. Apabila sudah mendidih, masukkan
sedikit garam secukup rasa. Setelah itu, masukkan beras dan tutup pot gunakan api sederhana
dan tunggu sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, perlahankan api dan masukkan air
mawar, taburkan kismis, gajus dan daun ketumbar.
Hidangan kedua yang kami sediakan ialah ayam masak merah. Ayam tersebut terlebih
dahulu diperap dengan menggunakan kunyit dan garam. Selepas itu, toskan ayam tersebut
tujuannya bagi mengelakkan minyak merecik ketika proses menggoreng. Kemudian ayam
digoreng. Dalam menyediakan masak merah dimulakan dengan saut empat sekawan
sehingga naik bau. Setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar yang terdiri daripada
bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis sehingga naik bau dan pecah
minyak. Seterusnya masukkan sos cili dan sos tomato dan dikacau sebati dan masukkan
sekali hirisan bawang Holland. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Akhir sekali,
masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.
Hidangan ketiga yang kami sediakan ialah daging masak kurma. Daging dipotong
lawan ira dan bersihkan serta rebus daging sehingga empuk selama 30 minit. Air daging
tersebut dijadikan stok bagi masakan daging masak kurma ini.

Kaedah masakan daging

masak kurma dimulakan dengan saut empat sekawan sehingga wangi. Kemudian masukkan
bahan yang telah di mayang halus iaitu bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan
- bahan tersebut sehingga naik bau. Kemudiaan masukkan rempah kurma dan sedikit air
sehingga rempah masak. Setelah itu masukkan daging beserta air rebusannya dan masak
sehingga empuk. Masukkan kentang dan biarkan menjadi empuk. Seterusnya api ditutup
dan santan dimasukkan. Akhir sekali kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula
secukupnya. Hidangan siap untuk dihidang.

Hidangan keempat ialah acar timun. Timun dipotong secara batonnet. Lobak merah
dipotong julienne. Seterusnya cili merah dan bawang merah dipotong slice. Semua bahan
digaul sebati dan diperasakan dengan garam, gula dan cuka.
3.0 RESEPI
Set makan tengah hari (timur)
3.1 NASI MINYAK
KUANTITI
2 cawan
3 cawan
2 helai
2 tbsp
4 biji
2 ulas
2 inci
1 biji

BAHAN-BAHAN
Beras basmathi
Air
Daun pandan
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Tomato

ARAHAN PENYEDIAAN

ALATAN YANG

Bersih dan tos kan

DIGUNAKAN
Bowl
Chef knife

Potong fine slice


Potong fine slice
Potong fine julienne
Buang biji dan potong

Paring knife
strainer
Stock pot
Wooden spoon
Measuring cup

small dice
1 batang
4 biji
3 biji
2 biji
1 paket
Secukup rasa
3 btg

Kulit kayu manis


Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
Sup bunjut
Garam
Daun ketumbar

4 sekawan
Basuh dahulu
sebelum tumis
Hiasan

Cara penyediaan
1. Cairkan minyak sapi, tumis empat sekawan.
5

2. Apabila naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Biar bahan
tumis sehingga naik bau lagi (biarkan selama lebih kurang 4 minit). Sehingga bawang
3.
4.
5.
6.
7.
8.

keperangan.
Masukkan tomato dan biarkan sehingga masak. Masukkan daun pandan.
Masukkan sup bunjut.
Masukkan air, gunakan sukatan cup yang sama unttuk beras
Biarkan sup mendidih selama 5 minit.
Masukkan beras. Tutup dan biarkan sehingga nasi masak.
Setelah masak, biarkan kering. Hiaskan dengan daun ketumbar.

3.2 AYAM MASAK MERAH


KUANTITI
ekor

BAHAN-BAHAN
Ayam

bahagian
(dipotong 4)
1 batang
3 biji
3 biji
2 biji

ARAHAN PENYEDIAAN

ALATAN YANG

Dipotong, digaul bersama

DIGUNAKAN
Bowl

kunyit dan garam serta


digoreng
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih

4 sekawan

Chef knife
Chopping board
Blender
Paring knife
6

4 biji
2 ulas
15 tangkai
1/2 biji
2 ulas
1 inci
3 tbsp
3 tbsp
Secukup
rasa
biji
2 helai

Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Bawang Holland
Bawang putih
Halia
Sos tomato
Sos cili
Garam
Gula
Bawang besar/Holland
Daun ketumbar

Potong slice dan digunakan


untuk menumis
Rebus dan kisar
Dikisar halus

strainer
Tongs
Stock pot
Wooden spoon
Wok

Sedia tepi
Dihiris bulat
Hiasan

Cara penyediaan
1. Goreng ayam terlebih dahulu.
2. Tumis empat sekawan sehingga naik bau dengan menggunakan minyak gorengan
ayam.
3. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak (sehingga
cili masak).
4. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau dan masukkan hirisan bawang Holland.
Tumis sehingga bahan mesra
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Masukkan sedikit air jika dapati sambal
kering.
6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.

3.3 DAGING MASAK KURMA


KUANTITI
500 gm

BAHAN-BAHAN
Daging

ARAHAN PENYEDIAAN

ALATAN YANG

Bersihkan dan potong

DIGUNAKAN
Bowl

medium dice
4 biji
2 ulas
1 inci
1 batang
3 biji
2 biji
2 biji
2 tbsp
1 biji

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Rempah kurma
Ubi kentang

Dimayang halus
4 sekawan
Kacau bersama air
Buang kulit dan potong

Chef knife
Chopping board
Blender
Paring knife
strainer
Measuring cups
Stock pot
Wooden spoon

wedges
Secukup
rasa
1 cawan
2 cawan

Garam
Gula
Santan
Air rebusan daging

Sedia tepi

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan empat sekawan dan tumis sehingga wangi.
3. Kemudian, masukkan pula bahan yang telah dimayang halus dan tumiskan sehingga
naik bau.
4. Masukkan pula rempah kurma dan sedikit air. Kacau rata. Masak sehingga rempah
masak.
5. Setelah itu, masukkan daging dan air rebusan daging. Masukkan kentang danmasak
sehingga daging empuk.
6. Api ditutup dan masukkan santan. Tambah sedikit air rebusan daging jika dapati air
kurang. Kacau rata dan hidupkan api.
7. Perasakan dengan sedikit garam dan gula dan siap untuk dihidang.

3.4 ACAR TIMUN


KUANTITI
1 biji
1 biji
1 biji
3 biji
Secukup
rasa

BAHAN-BAHAN
Timun
Lobak merah
Cili merah
Bawang merah
Garam
Gula
Cuka

ARAHAN PENYEDIAAN
Di potong batonnet
Di potong julienne
Di potong slice
Bahan perasa dan
sedia tepi

ALATAN YANG
DIGUNAKAN
Bowl
Table spoon
Chopping board
Chef knife
Paring knife
strainer

Cara penyediaan
1.
2.
3.
4.

Hiriskan timun, lobak merah, cili merah dan bawang merah.


Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk.
Masukkan bahan perasa dan gaul sehingga sebati. Sedia untuk di hidang.
Masukkan ke dalam chiller.

10

4.0 PEMBAHAGIAN TUGAS SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

Waktu

Tugas-tugas

Sebelum

Fairuz

- Mengambil bahan - bahan yang diperlukan seperti yang telah

disenaraikan di dalam resepi tersebut.


Ashikah - Memastikan ruang kerja kemas.
- Membahagikan bahan kering dan bahan basah kepada setiap
kumpulan.
Shahadatul - Mengambil, mencuci serta mengelap peralatan.
- Memastikan alatan tersebut mencukupi dan bersesuaian untuk
digunakan.

Semasa

Ashikah -Menyediakan acar timun.


Shahadatul - Memasak nasi minyak.
Fairuz -Menggoreng ayam yang telah diperap.
- Menyediakan ayam masak masak merah.
Hana - Melakukan mise en place bagi semua menu.
- Merebus daging yang telah dihirs medium dice.
- Memasak daging kurma
.

Selepas

Ashikah - Membersihkan di seluruh kawasan meja kerja.


- Membuang sampah.
Shahadatul - Menyediakan susun atur dan peranggu meja.
Hana - Membasuh peralatan yang tidak digunakan dan menyimpan di tempat
asal.

11

5.0 BORANG PERANCANGAN KERJA


5.1 BORANG A : PILIHAN MASAKAN
MENU : Nasi minyak, ayam masak merah, daging masak kurma dan acar timun.
Tarikh : 8 April 2016
Masa : 2.30pm 5.30 pm ( Selasa)
Bil

Menu

1.

Nasi
minyak

2.

Ayam

Ramuan utama

2 cawan beras basmathi


3 cawan air
2 helai daun pandan
2 tbsp minyak sapi
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji tomato
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 paket sup bunjut
Garam
2 batang daun ketumbar
ekor bahagian ayam Deep

(dipotong 4)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
4 biji bawang merah

masak
merah

Kaedah
memasak
Menanak

Alatan
Alatan memasak:
Stock pot
Wooden spoon
Alatan dapur:
Bowl
Chef knife
Chopping board
Blender
Paring knife
Strainer
Measuring cup
Alatan memasak:

frying

Stock pot

Saute

Wok
Wooden spoon
Tongs

12

3.

Daging
masak
kurma

4.

Acar timun

2 ulas bawang putih


15 tangkai cili kering
1 inci halia
3 tbsp sos tomato
2 tbsp sos cili
Garam
Gula
biji bawang holland

500 gm daging
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 tbsp rempah kurma
1 biji ubi kentang
Garam
Gula
Santan
Air

1 biji timun
1 biji lobak merah
1 biji cili merah
3 biji bawang merah
Garam
Gula
Cuka

Alatan dapur:
Bowl
Chef knife
Chopping board
Blender
Paring knife
Strainer

Merebus

Alatan memasak:

Saute

Stock pot
Wooden spoon
Alatan dapur:
Bowl
Chef knife
Paring knife
Chopping board
Blender
Strainer
Measuring cups
Alatan dapur:
Paring knife
Chef knife
Bowl
Table spoon
Chopping board
Strainer

5.2 BORANG B : SENARAI BAHAN BASAH DAN KERING

MENU

: SET MAKAN TENGAHARI(TIMUR) NASI MINYAK


13

TARIKH

: 8 April 2016

MASA

: 2.30pm 5.30pm

NASI MINYAK
Bil

Bahan kering

Kuantiti

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Beras basmathi
2 cawan
Daun pandan
2 helai
Minyak sapi
2tbsp
Bawang merah
4 biji
Bawang putih
2 ulas
Halia
1 inci
Kulit kayu manis 1 batang
Bunga lawang
3 biji
Buah pelaga
2 biji
Bunga cengkih
2 biji
Sup bunjut
1 peket
Garam
5 gm
Jumlah

Kos seunit (RM) Kos bahan


(RM)
3.00/kg
1.50
0.30/sehelai
0.60
4.20/kg
0.40
5.00/kg
0.15
6.80/kg
0.15
6.70/kg
0.20
1.00/pack
0.20
1.00/pack
0.20
1.00/pack
0.20
1.00/pack
0.20
0.80/pack
0.80
0.50/300 gm
0.05
RM 4.65

Bil

Bahan basah

kuantiti

Kos seunit(RM)

Tomato

`1 biji

3.00/kg

Jumlah

Kos bahan
(RM)
0.40
RM 0.40

KOS PENGELUARAN NASI MINYAK


Kos bahan

= Kos bahan basah + kos bahan kering


= RM 0.40 + RM 4.65
14

= RM 5.05

Kos upah

= Kadar upah x masa x bilangan pekerja


= RM 3.00 x 2 jam x 2 orang
= RM 12.00

Kos overhead

= Gas + air + elektrik


= RM 0.40 + RM 0.30 + RM 0.15
= RM 0.85

Kos sajian pengeluaran

= Kos bahan + kos upah + kos overhead


= RM 4.65 + RM 12.00 + RM 0.85
= RM 17.50

AYAM MASAK MERAH

Bil

Bahan kering

Kuantiti

Kayu manis

1 btg

Kos seunit (RM) Kos bahan


(RM)
1.00/pack
0.20
15

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Bunga lawang
3 biji
Buah pelaga
3 biji
Bunga cengkih
2 biji
Bawang merah
4 biji
Bawang putih
2 ulas
Cili kering
15 tangkai
Halia
1 inci
Sos tomato
3 tbsp
Sos cili
2 tbsp
Garam
5 gm
Bawang Holland 1 biji
Jumlah

1.00/pack
1.00/pack
1.00/pack
5.00/kg
6.80/kg
1.50/100 gm
6.50/kg
3.70/pack
3.50/pack
0.50/300 gm
4.20/kg

Bil

Bahan basah

kuantiti

Ayam

1/2 ekor

Kos seunit (RM) Kos bahan


(RM)
7.50/kg
5.80
RM 5.80

Jumlah

0.20
0.20
0.20
0.20
0.15
0.30
0.20
0.45
0.30
0.05
0.45
RM 3.00

KOS PENGELUARAN AYAM MASAK MERAH


Kos bahan

= Kos bahan basah + kos bahan kering


= RM 5.80 + RM 3.00
= RM 8.80

Kos upah

= Kadar upah x masa x bilangan pekerja


= RM 3.00 x 2 jam x 2 orang
= RM 12.00

Kos overhead

= Gas + air + elektrik


= RM 0.40 + RM 0.30 + RM 0.15
= RM 0.85

Kos sajian pengeluaran

= Kos bahan + kos upah + kos overhead


= RM 8.80 + RM 12.00 + RM 0.85
= RM 21.65

DAGING MASAK KURMA

Bil

Bahan kering

kuantiti

Bawang merah

4 biji

Kos seunit (RM) Kos bahan


(RM)
5.00/kg
0.30
16

2
3
4
5
6
7
8
9
11

Bawang butih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Bunga pelaga
Rempah kurma
Ubi kentang
Garam
Jumlah

2 ulas
1 inci
1 batang
3 biji
2 biji
2 biji
2 tbsp
1 biji
5 gm

6.80/kg
6.70/kg
1.00/pack
1.00/pack
1.00/pack
1.00/pack
3.40/pack
2.00/kg
0.50/300 gm

Bil

Bahan basah

kuantiti

1
2

Daging
Santan

500gm
1 cawan

Kos seunit (RM) Kos bahan


(RM)
18.00/kg
9.00
7.50/ liter
1.80
RM 10.80

Jumlah

0.15
0.20
0.20
0.20
0.20
0.20
0.40
0.30
0.05
RM 2.20

KOS PENGELUARAN DAGING MASAK KURMA


Kos bahan

= Kos bahan basah + kos bahan kering


= RM 10.80 + RM 2.20
= RM 13.00

Kos upah

= Kadar upah x masa x bilangan pekerja


= RM 3.00 x 2 jam x 2 orang
= RM 12.00

Kos overhead

= Gas + air + elektrik


= RM 0.40 + RmM 0.30 + RM 0.15
= RM 0.85

Kos sajian pengeluaran

= Kos bahan + kos upah + kos overhead


= RM 13.00 + RM 12.00 + RM 0.85
= RM 25.85

ACAR TIMUN

Bil

Bahan kering

kuantiti

Bawang merah

3 biji

Kos seunit (RM) Kos bahan


(RM)
6.00/kg
0.30
17

Garam

5 gm

0.50/300 gm

Jumlah

0.05
RM 0.35

Bil

Bahan basah

kuantiti

1
2
3

Timun
Lobak merah
Cili merah
Jumlah

1 biji
1 biji
1 biji

Kos seunit (RM) Kos bahan


(RM)
0.50/batang
0.50
0.40/batang
0.45
1.50/kg
0.15
RM 1.10

KOS PENGELUARAN ACAR TIMUN


Kos bahan

= Kos bahan basah + kos bahan kering


= RM 1.10 + RM 0.35
= RM 1.45

Kos upah

= Kadar upah x masa x bilangan pekerja


= RM 3 x 1 jam x 1
= RM 3.00

Kos sajian pengeluaran

= Kos bahan + kos upah


= RM 1.35 + RM 3
= RM 4.35

5.3 BORANG C : SUSUNAN KERJA


MENU

: SET MAKAN TENGAHARI(TIMUR) NASI MINYAK

18

TARIKH

: 8 April 2016

MASA

: 2.30pm 5.30pm

MASA
2.30 pm- 2.45pm

SUSUNAN KERJA
CATATAN
Menyediakan bahan-bahan dan peralatan memasak (pra Pelajar

( 15 minit )

persediaan memasak)

mendengar dan

i. Chef of the Day (COD) Station 3 memberi penerangan

mencatat

tentang menu yang akan dimasak oleh setiap kumpulan pada

maklumat yang

hari ini.

disampaikan.

2.45pm-3.15am

ii. Membahagikan bahan masakan kepada setiap kumpulan.


Mise-En Place

-Pastikan keadaan

(30 minit)

Nasi Minyak

meja kerja bersih,

- Mencuci dan merendam beras yang hendak digunakan.

kemas, dan bahan

Ayam Masak Merah

- Membersihkan ayam.

peralatan

dalam

- Memotong ayam kepada bahagian yang kecil.

keadaan

yang

- Potong slice bawang merah dan putih.

teratur.

bahan

-Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.


Daging Masak Kurma
-Daging dibersihkan dan.dipotong menjadi hirisan bahagian
lebih kecil.
- Merebus daging sehingga empuk.
-Potong tomato dan ubi kentang (wedges).
-Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
-Rempah kurma dicampur sedikit air.
Acar Timun

19

serta

-Bersihkan dan potong timun, lobak merah & cili.

3.15pm- 4.30am
(1 Jam 15 minit)

a) Nasi Minyak
1. Cairkan minyak sapi, tumis empat sekawan.
2. Apabila naik bau, masukkan bawang merah, bawang
putih dan halia. Biar bahan tumis sehingga naik bau
lagi (biarkan selama lebih kurang 4 minit). Sehingga
bawang keperangan.
3. Masukkan tomato dan biarkan sehingga masak.
Masukkan daun pandan.
4. Masukkan sup bunjut.
5. Masukkan air, gunakan sukatan cup yang sama unttuk
beras
6. Biarkan sup mendidih selama 5 minit.
7. Masukkan beras. Tutup dan biarkan sehingga nasi
masak.
8. Setelah masak, biarkan kering. Hiaskan dengan daun
ketumbar.
b) Ayam Masak Merah
1. Goreng ayam terlebih dahulu.
2. Tumis empat sekawan sehingga naik bau dengan
menggunakan minyak gorengan ayam.
3. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau
dan pecah minyak (sehingga cili masak).
4. Masukkan sos cili dan sos tomato.

Kacau dan

masukkan hirisan bawang Holland. Tumis sehingga


bahan mesra
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Masukkan
sedikit air jika dapati sambal kering.
20

6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng dan


kacau rata.
c) Daging Masak Kurma
1.

Panaskan minyak dalam periuk.

2.

Masukkan empat sekawan dan tumis sehingga wangi.

3.

Kemudian, masukkan pula bahan yang telah dimayang

halus dan tumiskan sehingga naik bau.


4.

Masukkan pula rempah kurma dan sedikit air. Kacau

rata. Masak sehingga rempah masak.


5.

Setelah itu, masukkan daging dan air rebusan daging.

Masukkan kentang danmasak sehingga daging empuk.


6.

Api ditutup dan masukkan santan. Tambah sedikit air

rebusan daging jika dapati air kurang. Kacau rata dan hidupkan
api.
7.

Perasakan dengan sedikit garam dan gula dan siap

untuk dihidang.

d) Acar Timun
i. Campur semua hirisan timun, lobak merah, cili dan bawang
merah ke dalam mangkuk.
ii. Masukkan cuka, gula dan garam untuk perasa. Sedia untuk
dihidang.
5.00pm-5.30pm

Menghidang dan menghias makanan yang telah siap dimasak.

(30 minit)

21

5.30pm-5.45pm

i. Membasuh dan mengelap semua peralatan yang telah - Mencuci periuk

( 15 minit )

digunakan dengan bersih.

dan

alatan

ii. Memastikan keadaan ruang kerja dalam keadaan yang memasak.


bersih dan memastikan sampah dibuang.

Mencuci

dan

iii. Pastikan semua tingkap dan semua suis aircond ditutup mengelap pinggan
sebelum meninggalkan makmal masakan.

mangkuk.
-

Membuang

sampah.

5.4 BORANG D : SUSUN ATUR DAN PERANGGU MEJA HIDANGAN


NAMA AHLI KUMPULAN: NOOR SHAHADATUL LAIL BINTI ABDUL HALIM
NURHANA FATIN BT ABD JALIL
NURUL ASHIKAH BINTI NOR ANNUAR
22

FAIRUZ FAZLIANA BINTI ZOLKIPLI


WAKTU & HARI

: 2.30 PM HINGGA 5.30 PM (SELASA)

KUMPULAN

:8
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

ALATAN
MENGHIDANG
Dinner plate
Table fork
Table spoon
Table vase
Goblet
Bowl

KUANTITI
1
1
1
1
1
1

3
1

Nasi minyak berlauk ayam masak merah dan kurma daging di


hidangkan bersama acar timun dan segelas air minumsn
6.0 KELEBIHAN, KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI
i.

Kelebihan Hidangan

23

Antara kelebihan hidangan yang berjaya kami hasilkan pada minggu ini ialah masakan nasi
minyak kami, ia dimasak sempurna, berasnya tidak hancur dan tekstur nasi yang kami masak
juga berderai apabila dipegang ini menunjukkan kami memasak nasi dengan cara yang betul.
Hidangan ayam masak merah cukup dengan perasa dan sedap. Bagi masakan daging masak
kurma kami berjaya mendapatkan hasil daging yang lembut dan empuk. Acar timun kami
berjaya hasilkan kerana sebatian dengan perasa iaitu garam, gula dan sedikit cuka menjadikan
rasa itu seimbang. Hidangan kami mendapat pujian dan menjadi pilihan untuk di wrap dan
dihantar

ii.

Kelemahan Hidangan

Kelemahan kami pada masakan minggu ini ialah nasi yang dimasak agak terlebih masin.

iii.

Cara Mengatasi

Masalah ini dapat diatasi jika kami lebih berhati - hati ketika meletakkan garam sebagai
perasa. Bagi masakan ayam masak merah kami tidak perlu menumis cili kering terlalu lama.
Kami juga boleh meletakkan sedikit air bagi mengelakkan ayam masak merah kering. Kami
berharap agar kumpulan kami lebih berhati hati dalam menyediakan masakan. Kami juga
berharap akan menyediakan makanan yang lebih sedap, enak dan lazat dimakan atau dijamah.

7.0 KESIMPULAN

24

Secara konklusinya, apa yang kami pelajari ialah kerjasama antara ahli kumpulan sangat
penting dalam kelas amali. Ini kerana untuk mendapatkan hasil hidangan yang menarik,
sedap, enak dan lazat kami perlu bekerjasama untuk memastikan proses penyediaan makanan
dapat disiapkan pada tempoh yang telah ditetapkan. Pada kelas amali yang ketiga ini kami
dikehendaki untuk menghasilkan empat jenis hidangan minum petang iaitu nasi minyak,
ayam masak merah, daging masak kurma, dan acar timun.
Selain itu, dengan bimbingan pensyarah iaitu Encik Nazri dan juga Encik Wan juga
telah memberikan segala tunjuk ajar kepada kumpulan kami. Melalu kelas amali ini kami
juga banyak belajar tentang betapa pentingnya nilai - nilai murni yang perlu ada pada diri
seseorang seperti bekerjasama antara ahli kumpulan, hormat - menghormati, bertolak ansur,
patuh arahan, sabar, bersopan, amanah dan sentiasa menjaga kekemasan dan kebersihan diri,
alatan memasak dan ruang memasak. Kami juga perlu bertanggungjawab dengan semasa di
ruang kerja.

Kami juga perlu memastikan masa yang diperuntukkan mencukupi untuk

menyediakan semua hidangan.


Disamping itu, kami juga dapat menghasilkan hidangan masakan timur dengan
jayanya. Walaupun, kami masih kurang mahir dalam penggendalian kerja dan kurang mahir
dalam memasak.
Akhir sekali, segala pengalaman yang kami perolehi sepanjang kelas amali ini sangat
bermakna bagi kami. Kami juga akan mengaplikasikan kemahiran yang ada untuk digunakan
kelak. Kami juga berharap dengan ini menjadi permulaan kepada kami untuk lebih rajin ke
dapur. Kami juga akan berusaha untuk memantapkan kemahiran memasak kami.

LAMPIRAN
PERSEDIAAN MEMASAK (MISE EN PLACE)
25

Bahan-bahan untuk memasak masakan timur.

Tomato yang dibuang biji dan di potong


Small dice.

Beras basmathi yang direndam.

26

ekor ayam.

Daging dipotong medium dice.

Bahan-bahan untuk memask masakan timur.

Bahan-bahan untuk memasak masakan


Timur.

Nasi minyak

27

Bahan bahan memasak nasi minyak

Cairkan minyak sapi, saute empat sekawan.

Masukkan sup bunjut, tomato dan daun

Apabila naik bau, masukkan bawang merah,

pandan. Masukkan air dan garam.

Bawang putih dan halia.

28

Masukkan beras basmathi

Nasi minyak yang telah masak.

Ayam Masak Merah

Ayam yang di marinate di goreng kaedah memasak pan frying.

29

Saute empat sekawan sehingga naik bau.

Masukkan bahan yang telah dikisar.

Masukkan bawang yang telah dihiris.

Saute sehingga naik minyak.

Saute sehingga wangi.

Ayam masak merah yang telah sedia untuk dihidang.

30

Daging Masak Kurma

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan

Daging dimasak sehingga empuk.

empat sekawan dan saute sehingga wangi.

Daging masak kurma yang telah sedia untuk dihidang.

31

ARCA TIMUN

Bahan-bahan acar timun digaul sehingga sebati.

Selepas selesa, disimoan di dalam chiller.


32

You might also like