You are on page 1of 3

Resepi Ayam Masak Ros Penang Style

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (1.6 1.8 kg). Bersihkan. Potong 12
tin (bersaiz 225gm) `Kimball Soup Tomato
3 sudu besar tomato puri / 1 tin kecil
tin susu sejat
Garam dan gula merah/gula putih secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng ketulan ayam

Bahan-bahan ditumis:
1 helai daun pandan dipotong 2 panjang
2 biji bawang besar dihiris memanjang
2 batang kayu manis berukuran 2 panjang
2 batang serai dititik
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 senduk minyak masak

Bahan-bahan dikisar (A):


2 biji labu bawang besar
1 inci halia
5 ulas bawang putih

Bahan-bahan dikisar (B):


10 biji cili merah
1 batang lobak merah saiz sederhana
1 biji tomato

Bahan-bahan dikisar (C):


100 gm biji badam, direndam air panas,
dibuang kulit dan dikisar halus

Bahan-bahan D (dibancuh menjadi pes):


1 sudu besar (table spoon) serbuk jintan putih
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis
1sudu kecil (tsp) kas-kas
1 sudu kecil garam masala
2 sudu besar serbuk cili (ikut kepedasan yang diperlukan)
Air secukupnya untuk membancuh rempah-rempah di atas

Bahan-bahan untuk dihias atas hidangan:


Daun pudina atau daun saderi
Bawang goreng

Cara Menyediakannya:

1. Bersihkan ketulan ayam dan digaramkunyitkan. Panaskan minyak dan gorengkan ketulan
ayam itu sehingga masak. Sekiranya menggunakan ayam kampong, disyorkan tidak perlu
digoreng.

2. Panaskan kuali dan masukkan minyak gorengan ayam tadi secukupnya untuk menumis.
Masukkan bahan-bahan tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih,
serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan, masukkan hirisan bawang besar.
Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan, jangan sampai hangus.

3. Masukkan bahan-bahan kisar A (bawang besar + bawang putih + halia). Tumis seketika
sehingga naik baunya.

4. Selepas itu masukkan pula bahan-bahan kisar B (cili merah + tomato + lobak merah) dan juga
Bahan C (biji badam yang telah dikisar). Masukkan juga sup tomato, dan tomato puri. Tumiskan
sehingga bahan-bahan tumisan ini mengeluarkan bau haruman. Gunakan api yang sederhana (ini
amat mustahak supaya kuah ayam masak ros tidak berbuih semasa dihidangkan).

5. Selepas itu masukkan pula Bahan D (pes rempah).

6. Bila kuah mula pecah minyak, masukkan tin susu sejat.

7. Masukkan gula perang/gula putih dan garam secukup rasa.

8. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlan dimasukkan sedikit air. Biar sebatian mendidih seketika,
kemudian masukkan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus
dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam.

9. Kecilkan api bila kuah mendidih (biasa 15 20 min sudah memadai). Apabila kuah pecah
minyak, bolehlah dikeluarkan untuk dihidangkan.

10. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng di atas hidangan bagi menambahkan lagi
bau yang harum.

You might also like