You are on page 1of 8

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan masak resepi ayam masak merah :

1/2 ekor ayam - digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 biji bawang besar - dimayang bulat
1 biji cili merah - diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai - dititik

Bahan tumbuk lumat:


1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak.

2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.

3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.

6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga
bawang besar dan cili layu.

7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


RESEPI AYAM SWEET SOUR

Bahan-bahan masak resepi ayam masak sweet sour :

 1 mangkuk ayam (dipotong)- anggaran 200 gm


 1/2 labu bawang besar+1 ulas bawang putih (ditumbuk)
 2 inci lobak merah (dipotong dadu)
 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
 1/2 biji tomato (dipotong dadu)
 2 biji cili padi (dipotong)
 2 sudu besar sos cili
 2 sudu besar sos tomato
 garam secukup rasa
 sedikit perasa
 sedikit minyak untuk menumis
**untuk pekatkan lagi boleh juga tambahkan satu sudu besar sos tiram.

Cara-cara masak resepi ayam masak sweet sour :

1. Panaskan minyak di dalam kuali.


2. Kemudian tumis bawang besar + bawang putih yang ditumbuk sehingga naik
bau.
3. Masukkan ayam, sos cili, sos tomato, lobak merah dan air secukupnya untuk
empukkan ayam. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.
4. Kemudian masukkan bawang, cili padi dan tomato yang dipotong ke dalam kuali.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Masukkan air sedikit lagi dan tutup kuali seketika lagi kalau nak berkuah.
7. Siap untuk dihidang dan dimakan.
RESEPI AYAM MASAK KICAP (2 ORANG MAKAN)

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Kicap ( untuk 2 orang makan )


1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil) 2
sudu besar kicap
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara-cara masakan resepi ayam masak kicap;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik
bau wangi.

3. Masukkan ayam, kicap, cili padi, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.

5. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.

7. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan.


RESEPI AYAM MASAK PAPRIK (2 ORANG MAKAN)

Bahan-bahan Resepi  Masakan Ayam Masak Paprik ( untuk 2 orang makan )


1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
1 ulas bwg putih+  1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram (cik tom gunakan 2 sudu besar kicap manis)
1 ½ inci carrot  (dipotong)
1/2  labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2  sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut

**untuk pekatkan kuah paprik boleh jugak masukkan tepung jagung.


**untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang
panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.

Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak paprik;


1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik
bau.

3. Masukkan ayam, kicap, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.

5. Masukkan carrot, cili padi dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa.

7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.

8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.


RESEPI DAGING BLACK PAPER

Bahan-bahan Resepi Daging Masak Black Pepper (untuk 2 orang makan);

1 mangkuk kecil daging (dipotong kecil)-anggaran 200 gm


2 ulas bwg putih+  1/2 labu bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2  labu bawang besar (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2  sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara-cara masakan resepi daging masak black pepper;


1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik
bau.

3. Masukkan daging, serbuk lada hitam, bawang besar yang dipotong dan kacau
sehingga rata.

4. Masukkan air dalam kuantiti yang banyak dan tutup kuali untuk empuk/ lembutkan
daging.

5.  Masukkan garam dan serbuk perasa.

6. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah. Sebenarnya lagi sedap jenis masakan
kering tapi gambar di atas berkuah kerana kawan cik tom tak boleh makan nasi takde
kuah. Huhu..

7. Siap untuk dihidang dan dimakan.


RESEPI SUP SAYUR

Bahan-bahan Resepi Sup Sayur;

2 ikat sawi jepun/ sawi putih (dipotong)


2 inci lobak merah (dipotong)
1 biji tomato (dibelah empat)
1 inci halia (dihiris)
1 ulas bwg putih (dihiris)
2 kuntum bunga lawang
1 kiub ayam Knorr
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2  sudu kecil serbuk perasa
garam secukup rasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara-cara Masakan Resepi Sup Sayur;


1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumiskan bawang putih yang dihiris, bunga lawang dan halia sehingga naik
bau.

3. Masukkan air, kiub ayam knorr, serbuk lada hitam dan biar sehingga mendidih.

4. Masukkan ayam, kiub ayam knorr, garam, perasa dan biar seketika untuk masak
ayam sehingga empuk.

5. Kemudian masukkan lobak merah dan sawi ke dalam periuk.

6. Last masukkan tomato dan tutup api. Siap untuk dihidang dan dimakan.
BAWAL SWEET SOUR

Bahan-bahan :

1 ekor bawal
2 biji bawang besar [1 dikisar, 1 di potong bulat]
3 ulas bawang putih [dikisar]
5 cm halia [dikisar]
1 biji cili merah [dikisar]
1 biji tomato [dipotong dadu]
1 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
Daun sup
Garam
Minyak

Cara-cara :

1. Goreng bawal yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing, ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau, masukkan kicap, sos cili, bawang dan
tomato.
3. Masukkan air ikut citarasa, biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam, tutup api masukkan sedikit daun sup.
5. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi. 
6. Sedia untuk dihidangkan.
BAWAL MASAK KARI ALA PANTAI TIMUR

Bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal sederhana besar


1 paket rempah kari ikan
1 biji bawang besar [dihiris]
2 ulas bawang putih [dihiris]
3 helai daun kari
8 biji kacang bendi
2 biji cili hijau
1 biji tomato
1 cawan santan
Jus asam jawa
Minyak
Garam

Cara-cara :

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga naik bau dan garing.
2. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, kacang bendi dan cili hijau, kacau perlahan hingga mendidih.
Masukkan ikan dan kacau perlahan.
4.  Masukkan tomato dan jus asam jawa.
5. Perasakan dengan garam.
6. Siap untuk dihidangkan.

You might also like