You are on page 1of 6

AYAM MASAK PAPRIK

Resipi ini D telah kongsi di beberapa grup masakan dulu. Gambar masakan adalah hasil
sumbangan dari Maklang, tengok tu panas-panas lagi Maklang dah ambik gambar. Terima
kasih Maklang.

Resipi ini D beri 5 bintang, pada tekak D inilah resipi paprik yang power dan ramai yang telah
mencuba menepati citarasa selera mereka.

AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-bahannya
½ ekor ayam, dipotong kecil
4 biji bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji bawang besar, dimayang
2 batang serai, dititik
2 biji buah tomato, dipotong 4
5 biji cili padi, ditumbuk (kalau suka pedas boleh tambah)
2 biji limau kasturi, diambil jusnya
5 helai daun limau purut, disiat-siat
7 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
minyak secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan
masukkan pula sedikit air.
4. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila mendidih, masukkan bawang
besar dan buah tomato.
5. Semasa menghidang, perahkan jus limau kasturi. Pergghhh power!!!

SUP SAYUR CENDAWAN


Ini resipi yang mudah boleh sediakan untuk juadah berbuka ataupun untuk sahur. Enak
dihidangkan dengan Ikan Sambal, ataupun Ikan Kurau Kering goreng letak cili dan bawang
perah jus limau kasturi pergghh terangkat.

SUP SAYUR CENDAWAN

Bahan-bahannya
1 paket cendawan tiram, dibersihkan
1 ikat sawi
1 paket tahu lembut, dipotong 6
2 biji kentang, dibelah 4
1 ikat su’un direndam
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
air secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka

Bahan untuk dikisar


7 batang cili padi thailand
1 biji bawang besar
1 inci belacan

Cara-caranya
1. Masukkan bahan yang telah dikisar dalam periuk. Masukkan juga kentang dan air dan
masak sehingga kentang empuk.
2. Bila kentang telah empuk, masukkan su’un, air secukupnya, garam, serbuk perasa, tahu
lembut dan biarkan kuahnya mendidih.
3. Akhir sekali masukkan cendawan tiram, sawi, bawang goreng dan daun sup dan bila sayur
layu, padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Nota: Boleh anda pelbagaikan sayur yang hendak anda masukkan dalam sup ini, seperti
karot dll.
IKAN TENGGIRI BERSAMBAL

Kalau kita cakap pasal Ikan Goreng Bersambal ini ada dua cara, satu kita boleh menyediakan

menggunakan cili kering ataupun cili hidup. Apa-apa pun cara yang kita sediakan kepada

penggemar sambal tak tolak kalau dihidangkan. Boleh digandingkan dengan sayur lemak

ataupun juadah yang sepadan dengannya.

Cubalah, nak buatnya senang aja… yang penting sekali sambalnya perlu dimasak dengan

betul, bangkit baunya, masak sambalnya cukup rasanya sedaplah ia…

IKAN TENGGIRI BERSAMBAL

Bahan-bahannya

3 keping ikan tenggiri

1 biji bawang besar, dipotong bulat

1 biji tomato, dipotong 8

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka


gula secukup rasa

minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

1 biji bawang besar

3 batang lada merah

7 batang cili padi merah

7 batang cili padi hijau

1 inci belacan

Cara-caranya

1. Panaskan secukup minyak dalam kuali. Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan

serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan tersebut. Angkat dan ketepikan.

2. Menggunakan minyak yang digunakan untuk goreng ikan tadi, jika kurang tambah minyak

sedikit. Tumis bahan yang telah dikisar.

3. Tumis rempahnya menggunakan api yang sederhana kecil sehingga bangkit baunya dan

pastikan dikacau selalu rempahnya.

4. Bila rempah dah mula kering dan garing, masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau

rata.

5. Masukkan pula bawang yang telah dipotong bulat, gaul sebentar. Masukkan ikan dan

gaulkan rempahnya sehingga ia sebati dan juga sambal menyerap kedalam ikan sedikit.

6. Akhir sekali masukkan tomato. Gaul rata dan biarkan tomato layu sedikit. Angkat dan

hidangkan.

TAHU MASAK SAMBAL


Resipi sumbangan Maklang. Pelbagaikan kegunaan tahu dan boleh anda sedikan resipi ini.
Cubalah. TQ Maklang sudi kongsi resipi dengan kita semua.

Tauhu Masak Sambal


Sumber : Variasi Masakan Mami oleh Hajah Fadhilah Hanoum

Bahan
4 keping tauhu – dibelah 2
3sm sos cili

Bahan kisar
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih

Sedikit serbuk perasa


Garam
Kacang tanah – disangai, dibuang kulit dan ditumbuk

Cara
Tauhu digoreng dan ketepikan
Tinggalkan 4-5 sm minyak dlm kuali. Tumiskan bahan kisar tadi hingga garing.
Masukkan sos cili dan kacau rata. Masukkan garam dan gula.
Masukkan tauhu goreng dan tabur kacang tanah.

You might also like