You are on page 1of 2

Nasi Kerabu Kelantan

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika
mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau
purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 biji bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping,
budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak
sehingga pecah minyak.

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan
mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa

1 ekor ikan kembung - rebus & ambik isi

1/2 biji kelapa parut - goreng


4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul
dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul.
Masukkan garam dan gula.

Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai

Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup
tepung, daging goreng dll.
Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.

You might also like