You are on page 1of 2

Nasi Masak beras seperti biasa.

Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk. Kuah Tumis Santan 7 ulas bawang merah 1/2 labu bawang putih 3 bawang besar 15 cili kering 1 cm halia 1 serai - ketuk 1 asam keping 2 sb gula Sedikit gula melaka 2 sb budu Garam (kena rasa masin dulu) Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya. Sambal Kelapa 1 Ikan kembung - rebus & ambik isi 1/2 biji kelapa parut - goreng 4 bawang merah 2 batang serai Garam Gula Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.

Ulam ulaman Kacang panjang Kubis Timun Daun kesum Bunga kantan Bawang besar Kacang botol Taugeh Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili Cili padi Cuka Garam Gula Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. Lauk pauk Telur masin Ikan rebus goreng celup tepung Daging bakar Daging goreng atau ayam goreng Keropok atau keropok lekor Solok lada Bawang putih jeruk Atau apa apa jer yang disukai

You might also like