You are on page 1of 6

SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan

1. Sotong – kerat 3 atau 4 bahagian


2. Kentang – hiris membulat
3. Cili hijau – hiris
4. Daun bawang
5. Bawang besar – hiris gelang
6. Jintan putih
7. Jintan manis
8. Lada hitam
9. Kulit kayu manis

Cara memasak

1. Lumurkan sotong dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit gula.


2. Masukkan juga lada hitam, jintan manis dan jintan putih; lumurkan dengan sotong tadi.
3. Lumurkan kentang yang telah dihiris dengan sedikit serbuk kunyit, garam, jintan manis dan
jintan putih.
4. Sediakan kuali dan panaskan minyak.
5. Gorengkan kentang hingga sedikit empuk dan masukkan kulit kayu manis.
6. Masukkan sotong dan goreng hingga sebati. Rasa masakan dan tambah garam / serbuk
perasa secukupnya.
7. Setelah sotong masak sedikit dan keluarkan air, masukkan sayur kacang dan carrot
(sekiranya ada), masukkan hirisan bawang besar.
8. Selepas air sotong sedikit kering, masukkan cili hijau dan gaul sebati.
9. Masukkan daun bawang, kacau sedikit dan tutup api.
UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan

1. Udang sederhana besar


2. Kentang – hiris bulat
3. Daun kari
4. Cili padi hijau
5. Daun bawang
6. Bawang besar – hiris gelang
7. Halia – hiris lebar
8. Sos tomato – 3 atau 4 sudu makan
9. Cili kering blend – 1 sudu makan
10. Kacang pis dalam tin - optional

Cara memasak

1. Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan garam.


2. Sediakan kuali dan panaskan minyak. Lebihkan minyak.
3. Gorengkan udang seketika hingga separuh masak. Kemudian keluarkan dari kuali.
4. Di dalam bekas lumuran udang kunyit tadi, lumurkan kentang yang telah dihiris.
5. Di dalam kuali dan minyak yg sama, gorengkan kentang hingga separuh masak.
6. Masukkan daun kari dan hirisan halia. Kemudian masukkan cili padi.
7. Masukkan cili mesin dan gaulkan.
8. Masukkan sos tomato, gaulkan sebati dan mereneh.
9. Sekiranya ingin berkuah, masukkan sedikit air.
10. Masukkan hirisan bawang besar hingga sedikit lembut.
11. Masukkan udang yang telah digoreng dan kacang pis. Rasa masakan dan tambah garam /
serbuk perasa jika perlu.
12. Akhir sekali masukkan daun bawang, gaul sedikit dan tutup api.
BERGEDIL SOTO

Bahan-bahan
1. Ubi kentang (jangan buang kulit) – hiris membulat
2. Daun sup -
3. Bawang merah – hiris nipis
4. Daging kisar / cincang
5. Lada putih – tumbuk halus
6. Lada hitam – tumbuk halus
7. Garam
8. Gula
9. Putih telur – untuk salut bergedil sebelum goreng

Cara penyediaan
1. Bersihkan kulit kentang – guna span hijau, tonyoh dan tenyeh kulit kentang, buang habuk
dan pasir yang melekat sehingga bersih.
2. Dalam kuali, panaskan minyak. Lebihkan minyak pun takpe.
3. Gorengkan kentang sehingga coklat kekuningan.
4. Tumbuk kasar kentang yang telah digoreng, dan masukkan ke dalam bekas besar – untuk
satukan bahan lain.
5. Goreng daging kisar ke dalam minyak yang sama. Masukkan ke dalam bekas kentang.
6. Setelah air daging gorengan tadi tersejat dari minyak tadi, masukkan bawang merah dan
goreng hingga coklat kekuningan. Masukkan ke dalam bekas kentang & daging tadi. Tak
perlu sejat kering minyak gorengan.
7. Masukkan daun sup, lada putih, lada hitam, garam dan gula secukup rasa ke dalam kentang
dan gaulkan sekata.
8. Bulatkan dan leperkan kecil-kecil, dan simpan ke dalam bekas.
9. Sebelum goreng, masukkan bergedil ke dalam putih telur untuk salutan.
DAGING MINYAK SAPI

Bahan-bahan
1. Daging lembu batang pinang – hiris dan bersihkan
2. Rempah kari daging
3. Bawang merah – blend halus
4. Bawang besar – hiris membulat
5. Kulit kayu manis
6. Minyak sapi QBB
7. Cili kering mesin – 2-3 sudu
8. Daun kari
9. Serai sebatang – ketuk
10. Kicap manis
11. Kicap masin
12. Cuka

Cara penyediaan
1. Gunakan periuk berpenutup.
2. Masukkan daging ke dalam periuk.
3. Masukkan bawang yang telah diblend ke dalam bekas rempah kari, gaul sebati. Kemudian
masukkan ke dalam periuk daging. Kocak lebihan rempah dengan air, dan masukkan ke
dalam periuk daging.
4. Masukkan kicap manis, kicap masin dan cuka secukupnya ke dalam periuk. Gaul sebati.
5. Masukkan cili mesin dan serai ketuk, kacau sebati.
6. Hidupkan api (guna api perlahan) dan masak / reneh daging hingga empuk. Tutup periuk
supaya daging cepat masak. Kacau sesekali agar tak hangus di bahagian bawah periuk.
7. Setelah daging empuk dan kuah mengering dan pekat, tutup api.
8. Dalam kuali lain yg besar, buka api dan masukkan minyak sapi dan sedikit minyak masak.
9. Tumiskan daun kari dan kayu manis ke dalam kuali.
10. Masukkan bawang besar dan goreng hingga sedikit layu.
11. Tuangkan daging yang telah dimasak tadi ke dalam kuali minyak sapi tadi, gaul dan goreng
sekata dan seketika.
12. Tambahkan kicap / cuka sekiranya perlu.
GULAI IKAN JENAHAK STYLE MAMAK

Bahan-bahan
1. Bawang merah (banyak) – hiris nipis
2. Bawang putih – hiris nipis
3. Halia – hiris nipis
4. Ikan jenahak – potong
5. Serbuk kunyit
6. Air asam jawa – 1 mangkuk kecil
7. Rempah kari ikan
8. Tomato 1-2 biji – belah dua
9. Bendi
10. Cili hijau – 1 batang belah dua
11. Daun kari
12. Santan cair sikit sahaja
13. Halba campur / biji sawi

Cara penyediaan
1. Lumurkan ikan jenahak dengan serbuk sedikit kunyit dan garam, gorengkan (tak perlu garing
sangat) dan angkat.
2. Tumiskan bawang merah ke dalam kuali hingga sedikit layu.
3. Masukkan daun kari, bawang putih dan halia, serta halba campur. Tumiskan hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari ke dalam tumisan hingga pecah minyak dan garing.
5. Masukkan air asam jawa yg pertama ke dalam tumisan.
6. Kemudian masukkan air asam jawa kedua ke dalam tumisan. Tak perlu masam sangat sebab
tomato akan memasamkan lagi kuah. Tambah air jika perlu.
7. Perasakan dengan garam /gula / serbuk perasa secukupnya.
8. Masukkan sedikit saja santan cair.
9. Kemudian masukkan tomato.
10. Masukkan bendi dan cili hijau hingga sedikit lembut.
11. Kecilkan api, masukkan ikan jenahak yg telah digoreng tadi ke dalam kuah kari. Tutup periuk
dan masak kari seketika.
12. Perasakan dan tutup api.
DAGING MESAMAH

Bahan-bahan
1. Bawang merah 30biji utk 2kg daging – blend
2. Bawang putih sikit – blend
3. Halia 1 inci – blend
4. Bawang merah – hiris nipis
5. Bawang putih – hiris nipis
6. Halia – hiris nipis
7. Kerisik
8. Daging – hiris besar
9. Minyak sapi QBB
10. Rempah daging
11. Santan
12. Asam keping
13. Daun pandan 1 helai
14. Garam
15. Air gula merah
16. Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebiji)

Cara penyediaan
1. Masukkan bawang diblend ke dalam bekas rempah kari, gaulkan sekata.
2. Masukkan rempah kari ke dalam bekas daging, gaul sekata.
3. Di dalam periuk lain, masukkan minyak sapi dan sikit minyak masak.
4. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebiji ke dalam minyak sampai
wangi.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan daun pandan ke dalam minyak tumisan
tadi.
6. Curahkan campuran daging dan kari ke dalam periuk tumis.
7. Letakkan kerisik ke atas campuran daging dan kari di dalam periuk, jangan gaul! Pupuk di
atas daging sahaja.
8. Tutup periuk dan biarkan daging mereneh hingga empuk. Kacau daging sesekali supaya tak
terbakar di bawah periuk.
9. Tambah air sekiranya daging tak empuk dan kuah berkurangan.
10. Daging empuk, masukkan asam keping.
11. Masukkan garam dan air gula merah secukupnya.
12. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Tak perlu letak banyak sangat.
13. Bila kuah sudah memekat dan masak, masukkan sesudu minyak sapi dan titiskan ke dalam
sekeliling kuah, tutup tudung periuk dan tutup api.

You might also like