You are on page 1of 18

3.

4 KAWALAN ELEKTRONIK
Litar kawalan ialah turutan alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada
litar utama pemasangan pengguna.Litar ini termasuklah pengasingan,
pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi.
Litar Bersiri
Arus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja.
Kelebihan : Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang sama
Kelemahan : Jika satu mentol terbakar, maka seluruh litar akan terputus

Litar Selari
Arus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu lintasan.
Kelebihan : Setiap mentol dapat dikawal secara berasingan
Kelemahan : Sel kering cepat menjadi lemah kerana semua mentol dibekalkan
dengan voltan yang sama
3.4.1 JENIS, KOMPONEN PERANTI DAN SIMBOL
Dikenali juga sebagai litar terkamil.
Digunakan pada peralatan elektronik.
Mempunyai gabungan komponen elektronik seperti transistor, perintang, diod
dan pemuat.
Gabungan ini menghasilkan satu set yang sangat kecil.
Pekej ini dinamakan serpihan yang mempunyai litar yang lengkap atau separa
lengkap.
Wayar emas digunakan untuk menyambung serpihan pada pin-pin IC.
Serpihan ditutup dengan perumah plastic atau logam
PIN IC 555

Setiap IC mempunyai fungsi yang tertentu.


Fungsi IC adalah untuk menjadikan suatu litar yang kompleks
kecil saiznya dan menjimatkan ruang.
Terdapat satu tanda pada permukaan IC bagi membantu
mengenal pasti nombor pin IC.
IC MUZIK

Merupakan komponen yang mempunyai tiga kaki.


Terdapat nombor yang bercetak pada badan bagi membezakan setiap
IC muzik.
IC muzik yang biasa digunakan ialah BT66T-19L dan FT66T-68L.
Setiap irama yang dihasilkan oleh IC muzik akan berbeza bergantung
kepada nombor atau jenis IC yang digunakan.
2. SUIS MIKRO

Bersaiz kecil dan biasanya dilengkapkan dengan satu lengan kecil sebagai
pelengkap litar setelah suis ditekan.
Banyak terdapat di dalam mesin sebagai suis keselamatan.
Suis yang mempunyai dua fungsi dalam satu suis.
Mempunyai tiga kaki (tamatan) iaitu kaki COM, kaki NO (Normally Open) dan kaki
NC (Normally Close).
Kaki-kaki ini akan menentukan sama ada suis berfungsi sebagai suis tekan buka
atas suis tekan tutup.
Jika pematerian dilakukan pada kaki COM dan NC, suis bertindak sebagai
suis tekan buka.
Suis berada dalam keadaan hidup jika tuil penolak tidak ditekan.
Arus mengalir di dalam litar jika tuil penolak dilepaskan.
Jika pematerian dilakukan pada kaik COM dan NO, suis bertindak sebagai
suis tekan tutup.
Suis berada dalam keadaan hidup jika tuil penolak ditekan.
3. MIKROFON

Berfungsi mengesan gelombang bunyi dan menukarkannya kepada


gelombang elektrik.
Gelombang elektrik ditinggikan dengan penguat (amplifier) dan
kemudian dikeluarkan melalui pembesar suara.
JENIS MIKROFON
4. PEMBESAR SUARA

Berfungsi untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga


bunyi.
Biasanya dilabelkan dengan nilai impedens (ohm) dan kadaran
kuasa (watt).
Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga bunyi.
Tenaga elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalir melalui
gegelung.
Akibatnya medan magnet dihasilkan pada gegelung.
Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet yang
dihasilkan oleh magnet kekal.
Tindak balas ini menyebabkan gegelung menolak difragma.
Tolakkan yang berlaku berulang kali menyebabkan difragma bergetar
lalu terhasillah gelombang bunyi.
MEMBACA DAN MENTERJEMAH LUKISAN SKEMATIK
PENGHASILAN PROJEK – MEMATERI KAKI (TAMATAN) KOMPONEN

Pastikan komponen dipasang dengan betul pada bot litar.


Panaskan alat pemateri.
Bersihkan bit dengan span lembap.
Sentuhkan bit pada timah pemateri untuk ujian kepanasan.

Sentuh bit pada balapan bod litar dan kaki komponen


Letakkan timah pemateri pada hujung bit.
Pastikan timah pemateri melebur.
Angkat pateri dan kemudian angkat alat pemateri dari bod.

Biarkan pateri sejuk.


Bersihkan bit dengan span yang lembap.
3.4.2 JENIS DAN CONTOH LITAR KAWALAN
LITAR SESIRI

Voltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambah


Vj=V1+V2+V3.
Arusnya sama disemua tempat.
Semakin ditambah beban semakin banyak jumlah rintangan.
Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyala.
Jika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan menjadi malap kerana
bebanan bertambah.
LITAR SELARI

Voltannya sama disemua tempat Vj=V1=V2=V3.


Arusnya semakin kurang apabila semakin banyak beban.
Jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang
paling kecil.
Apabila satu mentol terbakar , mentol yang lain akan terus menyala.
Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan
berubah.

You might also like