You are on page 1of 12

LAPORAN AMALI 1

PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

NAMA AHLI NO. MATRIK


NURUL SUHADA BINTI MOHD AZMI A12PP0003
SITI ZUBAIDAH BINTI MAHAZIR A12PP0007
WELTER ANAK JITAP A12PP0008

PROGRAM : 4SPPH

KURSUS : SPPL 1022

NAMA PENSYARAH : DR. KAMALULARIFFIN BIN SUBARI


TARIKH AMALI : 13 SEPTEMBER 2015

TARIKH SIAP : 11 OKTOBER 2015

MASA : 8.30 – 11.30 PAGI

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRIK N30

TAJUK AMALI : MELAKSANAKAN PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

OBJEKTIF

1. Membuat lukisan pendawaian permukaan satu fasa


2. Merancang kerja-kerja pendawaian
3. Merancang sistem kawalan dan perlindungan pendawaian untuk pendawaian permukaan
satu fasa
4. Memilih jenis kabel untuk pendawaian permukaan satu fasa
5. Mendawai dan memasang aksesori untuk litar lampu, litar kipas dan litar kuasa
6. Membuat pemeriksaan dan ujian pendawaian elektrik

PERALATAN / KELENGKAPAN

NAMA FUNGSI
Papan terakhir sebelum bekalan disalurkan ke
Kotak Agihan (Distribution Board) beban. DB menempatkan suis utama, ELCB
dan MCB.
Berfungsi untuk memutuskan arus elektrik
Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB) apabila berlaku kebocoran arus elektrik pada
alatan.
Berfungsi sebagai pengasingan litar akhir ke
bahagian lain alatan elektrik.
Pemutus Litar Kecil (MCB)
Mempunyai pelbagai jenis yang berbeza
mengikut jenis peralatan yang digunakan.
Berfungsi sebagai pengasingan litar dan
Suis Utama (Ms)
perlindungan lebihan arus.
Meter Kilowatt Jam (MKJ) digunakan untuk menyukat dan merekodkan
kadar penggunaan tenaga elektrik. Unit tenaga
elektrik disukat dalam unit kWj.
One Way Switch (Suis Satu Kutub Satu Hala + Suis berfungsi memutuskan dan menyambung
Base) litar kepada alatan elektrik.
Soket adalah alat yang membekalkan arus
elektrik yang boleh dipasang dan ditanggalkan.
Soket Outlet + Base
Ia mempunyai tiga tamatan iaitu bumi, life dan
neutral.
Lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut
cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan di
dalamnya terdapat dawai filament. Ia akan
Battern Lamp
mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus
elektrik, filament akan menjadi panas dan
menyinar.
Sebagai pendingin udara. Digunakan untuk
Kipas
menghasilkan angin.
Alatur Kipas Pengawal kelajuan kipas
Menghubungkan komponen yang terdapat
Kabel 1.5mm/1.25mm
dalam DB ke peralatan elektrik.
Menghubungkan komponen yang terdapat
Kabel 2.5mm
dalam DB ke soket.
Kabel 4mm/6mm Menghubungkan MKJ ke DB
Menempatkan peralatan tangan yang
Tool Box
digunakan semasa kerja pendawaian.
Timah digunakan bagi memegang wayar ke
permukaan papan. Timah adalah bahan yang
Klip Timah sesuai digunakan untuk tujuan ini kerana sifatnya
yang boleh lentur membolehkan ia memegang
wayar dengan ketat dan kemas.
Paku yang digunakan adalah bersaiz kecil
bersesuaian dengan tujuan dan kehalusan tugas.
Paku
Paku digunakan untuk memaku timah kepada
papan agar ia dapat memegang wayar.
Digunakan untuk mengukur nilai arus yang
Megaohm Meter besar. Sejenis meter ohm khas digunakan
untuk mengukur rintangan elektrik penebat.
Multimeter Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan.
Skru Skru hitam panjang digunakan untuk memasang
tapak pemegang lampu dan kotak fius utama.

Skru hitam pendek digunakan pada tapak soket,


tapak suis dan pemegang lampu.
Skru putih digunakan untuk memasang soket dan
suis.
Digunakan bagi mengetuk kerja-kerja halus dan
hanya memerlukan ketukan yang ringan sahaja.
Ketika memasang litar permukaan tukul
Tukul Warrington
warrington ini digunakan bagi mengetuk plat
timah yang digunakan untuk mengikat wayar
kepada permukaan papan.
Membolehkan kerja membuka dan pemasangan
skru dilakukan dengan pantas dan mudah.
Corldless Drill
Menggunakan sumber kuasa daripada bateri yang
membolehkannya dibawa kemana-mana.
Memutarkan skru seperti pada bahagian soket
dan suis. Ia juga digunakan untuk memulakan
Pemutar Skru
pemasangan skru sebelum skru diputar pula
menggunakan cordless screwdriver.
Pembaris digunakan untuk mengukur panjang
Pembaris wayar dan melukis lakaran litar pada papan
kotak.
Digunakan bagi membuang bahagian penebat
Penjalur Wayar pada bahagian luar wayar sebelum dawai
tersebut diikat pada tamatan atau terminal.
Digunakan untuk melukis litar pada papan kotak
Kapur
sebelum menjalankan pendawaian.
Digunakan bagi memeriksa samada pendawaian
dilakukan dengan betul dengan menentukan
terdapat arus yang mengalir pada sesuatu
bahagian pendawaian. Jika lampu pada test pen
Test Pen menyala, ia menunjukkan bahawa sesuatu
bahagian pendawaian telah dipasang dengan
betul. Selain itu, ia berfungsi sebagai pemutar
skru bagi bahagian penyambung wayar dan
tamatan pada suis dan soket.
Digunakan bagi memotong wayar pada ukuran
Playar Kacip yang dikehendaki,ia mampu membuat potongan
yang kemas.
Digunakan untuk memegang wayar pada tempat
yang sempit, pelayar ini boleh menyepit wayar
Playar Muncung Tirus dengan lebih kemas untuk menarik wayar agar
pemasangan wayar dilakukan dengan kemas. Ia
juga boleh digunakan untuk memotong wayar.
Digunakan untuk memegang bahan, memotong
Playar Gabung
dan memintal dawai atau kabel elektrik.
LANGKAH KERJA

1. Membuat semakan lukisan pendawaian sebelum kerja mendawai dilakukan


2. Membuat kerja-kerja menanda
i. Melukis gambarajah garisan kedudukan aksesori dengan kapur.

3. Membuat kerja-kerja pendawaian setelah lakaran pada bay dibuat dengan betul
i. Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan
ii. Membuat jadual kerja pendawaian
iii. Membuat senarai semak peralatan, bahan dan alat yang digunakan sepanjang
kerja pendawaian
iv. Membentuk klip timah yang sesuai dengan bilangan kabel dengan menggunakan
jack clipper
v. Membuat pendawaian berpandukan litar pendawaian dank lip kabel berdasarkan
jarak yang dibenarkan oleh IEE

kerja pendawaian dilakukan


4. Memasang alat kelengkapan pada pendawaian

alat kelengkapan yang dipasang

i. Melakukan penamatan pada kelengkapan, suis satu hala dan siling ros dengan
betul

tamatan pada alat kelengkapan

ii. Membuat pendawaian pada papan fius agihan (DB). Setelah pendawaian siap, DB
dipasang pada bay.
pendawaian pada DB

DB, MKJ dan peralatan yang telah siap dipasang

5. Membuat pengujian ke atas pemasangan


Ujian Litar Mati
i. Ujian pemerhatian dan penglihatan
Ujian ini dilakukan bagi memastikan,
 Sambungan pengalir ketat dan baik
 Kabel yang disambung adalah tepat
 Saiz kabel yang betul
 Kesesuaian tempat ( suis / soket )
 Pelabelan ( litar DB )

ii. Ujian kekutuban


Langkah pengujian
a. Punca wayar hidup dikenalpasti terlebih dahulu.
b. Untuk menguji kekutuban pengalir hidup, satu probe pada multimeter
diletakkan pada punca hidup suis utama sementara satu probe lagi diletak
pada tempat yang hendak diuji kekutubannya seperti MCB, soket, suis
serta punca hidup pemegang lampu.
c. Bagi menguji kekutuban pengalir neutral pula, satu probe disentuh pada
punca neutral DB dan satu lagi disentuhkan pada bahagian yang hendak
diuji kekutuban neutral.
d. Bacaan pada multimeter mestilah kurang daripada 1Ω.

iii. Ujian keterusan


Langkah pengujian
a. Kedua punca konduktor hidup ditanggalkan dari MCB, konduktor neutral
dari terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi pada DB.
b. Probe disentuh pada E-E.
c. Langkah diatas diulang pada L-L dan N-N untuk kelengkapan seterusnya.
d. Nilai bacaan pada multimeter hendaklah kurang daripada 1Ω.

iv. Ujian rintangan penebatan


Langkah pengujian
a. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
b. Semua beban hendaklah ditanggalkan
c. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
d. Jalanka ujian
e. Nilai bacaan pada mega ohmmeter hendaklah tidak kurang daripada 1MΩ.

Ujian litar hidup

Ujian ini dilakukan setelah semua ujian litar mati telah dilakukan dan semua litar telah
dipastikan betul. Ujian ini dikendalikan dengan menyalurkan voltan 240V ke dalam litar.
Alat penguji yang digunakan adalah lampu penguji 240V. Sebelum pengujian dilakukan,
semua beban perlu ditanggalkan.

Langkah pengujian
a. Bagi pengalir hidup, satu punca penguji disentuhkan pada neutral suis utama dan
satu punca lagi disentuh pada tempat yang hendak diuji kekutuban pengalir hidup
seperti soket, suis serta lampu.
b. Lampu penguji akan menyala jika kekutubannya betul.
c. Bagi pengalir neutral, satu punca penguji disentuh pada punca hidup suis utama
dan satu lagi disentuh pada tempat yang hendak diuji kekutuban neutral. Lampu
akan menyala.

HASIL PEMERHATIAN

Pada minggu keenam, kumpulan kami berjaya menyiapkan sistem pendawaian


permukaan satu fasa ini. Encik Basir dan Puan Anisa mula melakukan pengujian litar hidup pada
sistem pendawaian kami setelah pengujian litar mati dilakukan. Beliau menggunakan test pen
untuk menguji sama ada arus elektrik mengalir atau tidak di dalam litar pendawaian yang kami
lakukan. Masalah yang kami hadapi semasa menguji sistem pendawaian kami ialah:-
1. Lampu 1 tidak menyala kerana mentol tidak dipasang dengan ketat semasa pemasangan
dilakukan. Salah seorang ahli kumpulan kami membetulkan pemasangan pada mentol
tersebut.
2. Pada pengujian kali kedua terhadap pendawaian, Soket 1 pula yang tidak berfungsi
kerana kabel Neutral tidak dipasang dengan kemas. Akibatnya, soket tersebut tidak dapat
berfungsi dengan baik. Oleh itu, kami membuat pembetulan kembali pada pemasangan
kabel neutral tersebut.

Setelah pengujian seterusnya dilakukan, kesemua komponen yang kami pasang pada sistem
pendawaian kami mula berfungsi dengan baik dan sempurna.

hasil pendawaian
REFLEKSI

Kumpulan kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sistem pendawaian ini, iaitu
selama enam minggu. Masa yang kami sepatutnya peruntukkan untuk menyiapkan amali ini
adalah selama empat minggu. Tetapi disebabkan pelbagai masalah yang kami hadapi
menyebabkan, kumpulan kami mengambil masa yang panjang untuk selesai melakukan amali
sistem pendawaian. Walaupun ahli kumpulan kami seramai tiga orang, namun rentak kerja kami
sangat perlahan. Hal ini disebabkan kami masoh belum terbiasa dengan kerja-kerja pendawaian.

Proses mendawai kabel bukan sesenang yang disangkakan kerana pendawaian yang
dilakukan mestilah tepat bagi mengelakkan masalah. Selain itu, kekemasan pendawaian turut
dititikberatkan dalam amali ini. Oleh itu, sususan dan kedudukan kabel yang dipasang mesti
kemas dan teratur. Kami menghadapi kesukaran untuk melurut kabel bagi membolehkannya
berada dalam keadaan lurus. Kami turut menghadapi beberapa masalah lain.

Justeru itu, setelah berakhirnya amali pertama ini, kami sedar masalah-masalah seperti ini
tidak harus berlaku lagi.
KESIMPULAN

Sistem pendawaian yang kami pelajari ialah sistem pendawaian permukaan satu fasa. Hal ini,
sistem pendawaian ini tidak dilindungi oleh mana-mana penebat mahupun getah dan PVC.
Sistem pendawaian ini adalah tidak selamat kerana terdedah dengan suasana luar dan mungkin
membahayakan penghuni rumah tersebut.

Terdapat banyak ilmu yang kumpulan kami peroleh melalui kelas amali pada kali ini iaitu
antaranya kami mula mengetahui tentang komponen-komponen elektrik yang digunakan dalam
sistem pendawaian ini. Sebagai contoh, suis utama (MS) merupakan pensuisan serta
perlindungan daripada arus berlebihan. Pemutus litar bocor ke bumi atau dikenali sebagai
(ELCB) tugasnya memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi. Bagi Fius
elektrik (MCB) pula tugasnya memutuskan litar jika berlaku lebihan arus elektrik.

Selain ketiga-tiga komponen ini terdapat banyak lagi komponen yang kami ketahui termasuk
dengan fungsinya. Pemasangan sistem pendawaian perlu dilakukan dengan betul dan sempurna
supaya pendawaian yang dipasang dapat berfungsi dengan baik. Ilmu yang kumpulan kami
peroleh pada kelas amali pada kali ini dapat dimanfaatkan dengan sempurna dan baik serta
diaplikasikan pada kehidupan seharian kita.

You might also like