You are on page 1of 9

BAB 1: MASYARAKAT

BAB 1: MASYARAKAT
PENGENALAN
Pada tahun 1948, seorang pakar antropologi yang bernama J.S. Furnival pernah menulis
dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Menurut beliau,
masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun
campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum. Setiap
kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara
hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam
satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan
etnik.
Menurut pandangan seorang penulis sejarah, penduduk di Tanah Melayu sebelum merdeka
digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara
hidup mereka, melainkan mereka tinggal di dalam sesebuah negara.

HASIL PEMBELAJARAN
1.

Menyatakan definisi masyarakat secara umum dengan merujuk kepada takrifan


istilah.

2.

Menyatakan definisi masyarakat majmuk dengan merujuk kepada pendapat tokoh.

3.

Menerangkan teori asal-usul penduduk awal.

4.

Menerangkan ciri-ciri masyarakat majmuk mengikut J.S Furnivall.

5.

Menghuraikan faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia sama ada


dari aspek dalaman dan luaran.

6.

Membincangkan kesan perubahan ke atas masyarakat di Malaysia ekoran daripada


kemasukan imigran ke Tanah Melayu.

7.

Menilai kesan penghijrahan imigran ke atas pembinaan negara bangsa serta dapat
mengaitkannya dengan keadaan semasa.

MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 1: MASYARAKAT

1.1

DEFINISI MASYARAKAT

Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Dalam konteks
Malaysia, hubungan harmoni antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah
masyarakat Malaysia yang teguh. Masyarakat Malaysia sering disebut sebagai masyarakat
majmuk iaitu sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan
budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri.
Dari segi sejarahnya, masyarakat Malaysia mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan
masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan
konsep negara bangsa. Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan
dengan konsep bangsa Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza,
walaupun merujuk kepada satu entiti politik yang sama iaitu Malaysia.
Masyarakat Malaysia adalah konsep yang lebih luas skopnya merujuk kepada satu cita-cita
politik, para pemimpin Malaysia bersama-sama masyarakatnya telah menggariskan cita-cita
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 yang
berasaskan satu bangsa bersepadu yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Bangsa
malaysia itu merupakan satu bangsa idaman yang kita kehendaki berteraskan hubungan
etnik yang harmonis.
Dalam usaha memahami konsep negara bangsa terdapat beberapa definisi yang perlu
difahami iaitu negara, bangsa, ras dan etnik. Istilah negara telah diberi takrifan seperti yang
dikemukakan oleh sarjana antaranya Harold J.A Laski & R.A Dahl. Harold J.A Laski (1984),
menyatakan negara sebagai satu kelompok masyarakat yang bersatu & mendapat kuasa
yang sah disisi undang-undang. Kuasa itu mengatasi kuasa-kuasa lain yang dimiliki oleh
orang perseorangan atau kumpulan yang merupakan sebahagian daripada masyarakat itu.1
Robert A. Dahl (1983) menyatakan bahawa negara adalah satu sistem politik yang didirikan
oleh orang yang mendiami satu wilayah yang tetap dan mempunyai kerajaan yang
memerintah wilayah tersebut.
Menerusi dua takrifan tersebut, maka negara dapat diistilahkan sebagai satu unit politik
yang mempunyai penduduk yang menetap di satu kawasan atau wilayah dengan memiliki
sempadan yang jelas. Penduduk itu pula diperintah oleh sebuah kerajaan yang mempunyai
kedaulatan dan diakui sah pemerintahannyan serta berkuasa untuk menggubal dan
melaksanakan undang-undang serta peraturan supaya dipatuhi oleh rakyatnya.
Negara yang cuba diterangkan itu adalah merujuk kepada negara Malaysia yang
mempunyai 13 buah negeri serta bentuk pemerintahan persekutuan yang didasari dengan
konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang
hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep
etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan
bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat biologi (keturunan dan
pertalian darah yang sama) antara sesama manusia.
1

Ruslan Zainuddin et.al., (2005), Kenegaraan Malaysia, Selangor: Fajar Bakti, hlm.3
MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 1: MASYARAKAT

Seterusnya istilah bangsa pula mempunyai maksud yang lebih luas jika dibandingkan
dengan Ras atau Etnik. Contohnya : Merujuk kepada kumpulan masyarakat yang tinggal di
satu ruang wilayah yang mempunyai sempadan tetapi masih lagi dalam satu kerajaan yang
sama serta mentaati undang-undang yang sama.
Secara keseluruhannya, negara bangsa merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat
dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa ada pemisahan sama ada dari segi keturunan,
kaum, agama, bahasa, budaya, daerah dan lain-lain.
Rakyat yang mendiami kawasan tersebut juga yakin dan percaya kepada sistem
pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan.2 Sebagai contoh di Malaysia,
komponen yang membentuk negara bangsa Malaysia ialah negara, bangsa, kerajaan dan
Perlembagaan Persekutuan.

1.2

LATARBELAKANG PENDUDUK ASAL

Terdapat beberapa pendapat yang telah memperkatakan tentang keberadaan masyarakat


Malaysia yang ada kini. Antara tokoh yang memberi respon terhadap hal ini antaranya
adalah Sarasin Bersaudara (1892/93) dan Heine-Geldern (1932) dan Peacock. Beliau
berpendapat bahawa orang Melayu:
berasal dari wilayah Yunnan melalui dua gelombang iaitu Melayu Proto
(antara tahun 3000-2500 SM) dan Melayu Deutro(antara tahun 1500 SM300 M.).
Justeru itu, terdapat satu lagi teori yang memperkatakan tentang kelompok penduduk
peribumi yang merupakan penduduk asal Malaysia. Hal ini berdasarkan kepada satu teori
yang dikemukan oleh Prof. Dr. Wan Hashim Wan Teh (1970-an):
....terdapat tiga fenomena iaitu 1. antara 2 -3 juta tahun dahulu terdapat
tiga jenis manusia pr-moden iaitu Australopithecus, Pithecanthropus
(homo Erectus) dan Neanderthalpernah mendiami alam Melayu. 2.
Wujud manusia moden di alam Melayu kira-kira 35,000 tahun lalu
(dikatakan manusia bertamadun) dan 3. sebelum pleistosen kira-kira
10,000 SM, telah wujud di alam Melayu kehidupan manusia yang
tergolong dalam kategori manusia moden.
Beliau merumuskan, berdasarkan bukti arkeologi, etnologi dan linguistik jelas bercanggah
dengan teori migrasi ras Melayu dari utara ke selatan.

1.3
2

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK

Ibid.
MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 1: MASYARAKAT

Konsep masyarakat majmuk mula dipelopori oleh seorang pakar antropologi iaitu J.S
Furnivall berdasarkan kajian yang dibuatnya di Indonesia dan Burma (Myanmar) pada tahun
1948. Konsep ini digunakan secara khusus untuk merujuk kepada masyarakat tropika yang
berada di bawah kuasa penjajah dengan bercirikan perpecahan dan konflik antara
kelompok yang berlainan keturunan di bawah satu sistem politik.
Menurut beliau, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang
bangsa. Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum.
Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara
hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam
satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan
etnik.
Menurut pandangan seorang penulis sejarah, penduduk di Tanah Melayu sebelum merdeka
digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara
hidup mereka, melainkan mereka tinggal di dalam sesebuah negara.
Dalam konteks memahami kerangka masyarakat Malaysia beberapa konsep perlu diteliti
serta difahami untuk memudahkan pemahaman tentang perkara tersebut. Antaranya
konsep masyarakat majmuk dan masyarakat pelbagai kaum.
Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang hidup berdampingan,
tetapi berlainan dalam satu entiti politik. Walaupun pendapat Furnival itu mengambil contoh
Burma dan Indonesia tetapi sebenarnya perkara yang sama juga turut berlaku di sekitar
Tanah Melayu.
Dengan kata lain, pendapat Furnival itu dapat difahami sebagai satu masyarakat yang hidup
bersama tetapi tidak bersatu. Setiap kaum mempunyai bahasa, budaya, agama dan nilai
pemikiran yang berbeza. Setiap perhubungan itu lebih bersifat ekonomi iaitu dalam urusan
jual beli.3
Masyarakat pelbagai kaum yang tidak lagi dicirikan oleh perbezaan yang besar di kalangan
mereka. Ini bermakna masyarakat kepelbagaian mempunyai ciri-ciri yang berlawanan
dengan ciri-ciri masyarakat majmuk.4
Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Pelbagai jenis manusia


Bercampur tetapi tidak bersatu
Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan
berasingan
Berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea, dan kaedah sendiri
Bergaul tetapi tidak bercantum
Pengasingan pekerjaan mengikut kaum

1.4

FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

1.4.1

PENJAJAHAN BRITISH

Nazaruddin Mohd Jali dll, ( 2004) Pengajian Malaysia: Kenegaraan Dan Kewarganegaraan,
Prentice Hall: Selangor, hlm. 223
4
Nota En Hussin (UTM), Masyarakat Majmuk, hlm. 128.
MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 1: MASYARAKAT

Penjajahan British merupakan faktor utama terjadinya masyrakat majmuk di Malaysia dan ia
juga sebenarnya telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sejarah pentadbiran
negara. Semasa British mentadbir Tanah Melayu, pelbagai cara telah dibuat untuk
mengubah sistem pemerintahan kerajaan tradisi kepada pemerintahan bercorak barat.
British juga telah memperkenalkan sistem Divide & Rule iaitu pecah dan perintah yang
mana mereka telah membahagikan kawasan mengikut provinsi tertentu kemudian
memerintah kawasan tersebut mengikut cara kesatuan.
Dasar British ini telah menyebabkab ketiga-tiga kaum itu hidup berpisah antara satu sama
lain. Melalui Dasar ini juga British telah menentukan peranan setiap untuk tidak berinteraksi
antara kaum tersebut. British tidak mahu tiga kaum utama itu bersatu dan seterusnya akan
menentang pihak British.5

PERTUMBUHAN PERUSAHAAN GETAH DAN BIJIH TIMAH DI TANAH


MELAYU
1.4.2

Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu menimbulkan keperluan
terhadap tenaga buruh yang ramai. Permintaan yang tinggi terhadap getah dan bijih timah
bagi menghasilkan pelbagai jenis barangan serta perkembangan Revolusi Industri di
Eropah menyebabkan pihak Inggeris telah memajukan sektor getah dan perlombongan bijih
timah. Tambahan pula, harga getah dan bijih timah melambung tinggi di pasaran dunia.
Pembesar Melayu pula telah menemui banyak kawasan lombong bijih timah yang baru
menyebabkan mereka tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada orang Melayu yang
melombong secara sambilan. Untuk mendapatkan hasil yang banyak dan lumayan,
pembesar Melayu telah mendorong kemasukan pelombong Cina dan berpuas hati dengan
mengutip komisen dan cukai. Perkembangan ini telah mendorong dan menjadi faktor
penarik orang Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

1.4.3 KESTABILAN POLITIK TANAH MELAYU


Secara keseluruhannya, hampir semua negeri Melayu berada di bawah jajahan British telah
terjamin kestabilan politiknya. Kestabilan politik British ini telah membawa kestabilan
ekonomi di Tanah Melayu.
Dasar pemerintahan British yang melaksanakan sistem ekonomi bebas (laissez-faire) telah
membuka peluang pekerjaan yang luas dan mendorong perkembangan ekonomi. Bagi
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, banyak sumber tenaga buruh diperlukan untuk
memenuhi keperluan pengusaha-pengusaha tempatan dan Eropah. Maka akhirnya, faktor
ini telah mendorong kemasukan beramai-ramai buruh dari negara China untuk mengerjakan
lombong bijih timah dan ladang getah.

1.4.4 KESUKARAN HIDUP DI INDIA DAN KESENGSARAAN HIDUP DI


NEGARA CHINA
5

Mahdi Shuid dll, (2005), Pra - U STPM: Sejarah Malaysia, Longman: Petaling Jaya, hlm. 100
MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

10

BAB 1: MASYARAKAT

Sekitar abad ke 19, negara China mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat. Keadaan
penduduk yang terlalu ramai telah membataskan kegiatan ekonomi masyarakat Cina.
Ramai yang tidak mendapat pekerjaan kerana kawasan pertanian yang terhad serta
berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik di China menyebabkan kadar pengangguran
yang tinggi.
Kesengsaraan hidup ini pula ditambah dengan masalah kebuluran dan pelbagai jenis
penyakit yang menyebabkan meningkatnya kadar kematian. Ketidaksanggupan untuk
menanggung penderitaan ini menyebabkan ramai penduduk di negara China berhijrah
untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Bagi kaum India, kesukaran hidup di India membawa kepada penghijrahan penduduk India
ke Tanah Melayu. Keadaan di India yang terletak di bawah penjajahan British telah
menimbulkan banyak masalah, terutama dalam kegiatan ekonomi tempatan. Pengenalan
undang-undang Inggeris menyebabkan kegiatan perdagangan orang India terbatas dan
terpaksa menghadapi saingan dari pedagang Eropah.
Pengenalan sistem milik tanah menyebabkan ramai petani India kehilangan tanah pertanian
mereka. Kawasan pertanian semakin terhad dan kejadian bencana alam seperti kemarau
telah menjejaskan kegiatan pertanian kerana ramai petani hilang mata pencarian dan sukar
mendapatkan bekalan makanan. Lantaran itu, masalah kemiskinan dan kebuluran yang
semakin ketara di India. Untuk mengelakkan masalah itu, ramai orang India telah berhijrah
ke tempat baru untuk mencari kehidupan dan keadaan yang lebih selesa dan baik. Maka,
Tanah melayu merupakan salah satu destinasi utama mereka memandangkan terdapat
peluang pekerjaan yang luas di sini.

1.4.5 BENCANA ALAM YANG BERLELUASA


Bencana alam yang sering berlaku di negara China seperti banjir dan kemarau telah
merosakkan tanaman mereka. Bencana yang berlaku ini telah menambahkan penderitaan
rakyat. Tambahan pula, banyak binatang perosak seperti tikus dan belalang juga turut
memusnahkan tanaman. Rakyat bukan sahaja terdesak oleh keadaan yang berlaku dalamm
negeri, tetapi ditambah pula oleh bencana di luar kawalan manusia. Sekitar tahun 1900,
kemarau yang teruk melanda negara China. Pengalihan aliran Sungai Kuning dan Honan ke
Shantung menyebabkan berlaku kejadian banjir besar.

1.4.6 KETIDAKSTABILAN POLITIK DAN EKONOMI DI NEGARA CHINA


Pada zaman pemerintahan Manchu, tercetus pemberontakan yang berleluasa, terutama di
kawasan selatan negara China kerana semasa pemerintahan Dinasti Manchu, telah
mengenakan cukai yang terlalu tinggi terhadap para petani dan kurang prihatin terhadap
masalah rakyat. Kerajaan Manchu menindas para petani dan kurang prihatin terhadap
masalah rakyat.
Keadaan bertambah genting apabila berlakunya Pemberontakan Taiping yang tercetus
sekitar tahun 1857 di kawasan tengah dan selatan negara China dan diikuti dengan
berlakunya Pemberontakan Boxer. Kesan daripada ketidakstabilan politik ini telah
mendorong kepada kemerosotan ekonomi negara China.
MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

11

BAB 1: MASYARAKAT

Keadaan ekonomi penduduk China bertambah teruk apabila berlakunya kemasukan


barang-barang dari Barat terutamanya selepas Perang Candu, menyebabkan ramai orang
Cina hilang pekerjaan, terutama di sektor pembuatan, pengangkutan dan perniagaan. Hal
ini telah meningkatkan kadar pengangguran dan inflasi di negara China.

1.5

IMPAK KE ATAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA

1.5.1 POLITIK
a.

Fahaman Dan Pengaruh Politik Yang Berbeza

Bagi kaum Cina dan India,mereka lebih pentingkan hal-hal politik yang berlaku di Negara
asal mereka berbanding apa yang berlaku di Tanah Melayu. Contohnya pada tahun 1930,
pergeseran yang berlaku antara orang Cina dengan Jepun di China telah mendorong
masyarakat Cina di Tanah Melayu kembali ke China untuk membantu sanak saudara
mereka di sana.6
Saluran-saluran informasi yang amat berbeza yang mengekalkan identity kaum, bahasa,
dan budaya masing-masing sama ada dalam pendidikan, program agama, akhbar dan
persatuan-persatuan sosial.
Perhubungan antara kaum tidak begitu baik kerana wujud jurang dan prasangka yang
mendalam antara satu sama lain. Tidak berlaku proses asimilasi antara kaum kerana dasar
pecah dan perintah yang di amalkan oleh British.7
Orang Melayu pula, sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka sebagai anak
jati Tanah Melayu terbela. Ia banyak dizahirkan dan diperjuangkan dalam majalah-majalah
seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya dan Majlis.
Perasaan curiga juga amat menebal dalam diri setiap kaum itu sendiri dan menyebabkan
mereka sukar disatukan antara satu sama lain.

1.5.2 EKONOMI
a.

Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi

Kesan dasar pecah dan perintah, orang Melayu kekal menjadi petani dan nelayan, kaum
Cina digalakkan bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang
India mengusahakan estet-estet getah dan kelapa. Jadi kaum-kaum ini berjumpa dan
berurusan dalam hal-hal yang berkaitan sahaja seperti urusan jual beli dan perkhidmatan
kerajaan.
b.

6
7

Masalah Ekonomi

Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin, (2004), Pengajian Malaysia, Fajar Bakti; Selangor, hlm. 180.
Mahdi Shuid et. al., (2005), Pra - U STPM: Sejarah Malaysia, hlm 102
MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

12

BAB 1: MASYARAKAT

Berlaku ketidakseimbangan pendapatan antara ketiga-tiga kaum dan menyebabkan mereka


saling mencurigai dan cemburukan kelebihan kaum-kaum lain. Orang Melayu dan penduduk
asli yang lain menguasai bidang yang mundur dan berteknologi rendah sehingga
menyebabkan banyak buruh Melayu tetapi pulangan / gaji terlalu rendah dan tidak
menguntungkan. Ini berbeza dengan kaum-kaum lain.8

1.5.3 SOSIAL
a.

Pengasingan Sistem Pendidikan

Wujud sistem pendidikan yang berbeza berdasarkan tiga kaum iaitu Sekolah Melayu,
Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Kaum Melayu dibenarkan mendapat pendidikan di sekolah
vernakular dan sekolah beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk
anak-anak bangsawan sahaja.
Sekolah Cina dan Tamil, kebanyakan tenaga pengajarnya diambil dari negara asal masingmasing dan menyebabkan perbezaan kepada sukatan pelajaran. Guru-guru berkenaan
banyak meniup semangat cintakan negara asal mereka dan lebih mementingkan
pergolakan politik, ekonomi dan sosial di negara sendiri berbanding apa yang berlaku di
tanah Melayu. Ia menyebabkan mereka tidak mempunyai semangat cintakan Tanah Melayu
dan tidak terlalu mengambil berat tentang aspek perpaduan dan pendidikan tempatan.9
b.

Pemisahan Tempat Tinggal

Ia adalah kesan daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh kerajaan British.
Petempatan lebih bercirikan sesuatu kaum yang wujud di Tanah Melayu iaitu kaum Cina,
Melayu dan India. Ia memang disengajakan kerana pihak British bimbang kaum-kaum ini
akan menentang mereka sekiranya wujud perpaduan diantara ketiga-tiga kaum tersebut,
terutamanya dari segi politik dan ekonomi.10
Dari segi psikologi, ketiga-tiga kaum ini rasa lebih selamat untuk membina petempatan
berhampiran dengan rakan-rakan, saudara-mara sendiri terutama bagi, mendapatkan
bantuan semasa kesusahan.
Kaum-kaum ini juga kurang memahami budaya, agama dan adat resam kaum-kaum lain.
Ekoran itu, mereka takut untuk berada dalam satu kelompok masyarakat / kawasan tempat
tinggal yang sama kerana bimbang akan mencetuskan perselisihan faham.11
Kebanyakan orang India tinggal di kawasan perladangan, kaum Cina menetap di kawasan
perlombongan, pekan-pekan dan bandar dan kaum Melayu dibiarkan membina petempatan
di pesisir pantai, kampong dan kawasan-kawasan pedalaman.

RUJUKAN
1.

Mahdi Shuid et.al, (2005), Pra - U STPM: Sejarah Malaysia, Petaling Jaya:
Longman.

Ibid, hlm. 180.


Ibid, hlm.179.
10
Mardiana Nordin& Hasnah Hussiin, 2004, Pengajian Malaysia, hlm. 178.
11
Ibid.
9

MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

13

BAB 1: MASYARAKAT

2.

Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin, (2004), Pengajian Malaysia, Selangor: Fajar


Bakti.

3.

Nazaruddin Mohd Jali et.al., (2004) Pengajian Malaysia: Kenegaraan Dan


Kewarganegaraan, Selangor: Prentice Hall.

4.

Ruslan Zainuddin et. al., (2005), Kenegaraan Malaysia, Selangor: Fajar Bakti.

MPU 1152

PENGAJIAN MALAYSIA

14

You might also like