You are on page 1of 19

1.

0 Pengenalan

Laporan ini mengenai projek elektrik yang telah ditugaskan oleh pensyarah berkaitan
projek pendawaian litar 1 fasa dalam kursus RBTS3183 iaitu pengenalan kepada elektrik dan
elektronik. Ia dijalankan berdasarkan skema litar yang di berikan.

Menurut Ahmad, (2015) sistem pendawaian terbahagi kepada 2 iaitu pendawaian satu
fasa dan pendawaian dua fasa. Pendawaian elektrik merujuk kepada satu sistem rangkaian
pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Pendawaian
satu fasa ini biasanya dilakukan pada kawasan-kawasan perumahan yang kecil dan sederhana.
Amali ini melibatkan pendawaian litar lengkap menggunakan litar pembuluh bukan logam (PVK)
untuk menghasilkan litar dua mentol dikawal oleh dua suis yang berbeza dan mempunyai 2 soket
3 pin yang dipasang pada lokasi yang berbeza juga.

Pelajar-pelajar juga telah di bekalkan dengan komponen dan peralatan yang digunakan
dalam menjalankan pemasangan litar tersebut. Setiap komponen dan peralatan yang digunakan
mempunyai fungsinya yang tersendiri. Projek ini dijalankan untuk memberikan pengenalan
kepada pelajar-pelajar untuk mengenali komponen dan peralatan yang digunakan dalam
membuat pemasangan litar pada papan yang disediakan.

Dalam menjalankan tugas pemasangan litar ini berlaku beberapa masalah.


Permasalahan yang berlaku ini memberikan pelajar pengalaman cara mengatasi masalah itu dan
mempelajari cara-cara untuk menyelesaikannya. Selain itu, pelajar juga dapat memastikan
beberapa kerosakan yang komponen yang dibekalkan.

2.0 Objektif

Projek ini dilakukan bertujuan untuk mencapai beberapa objektif. Antaranya ialah:

i. Memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar cara pemasangan litar.

ii. Pelajar dapat mengetahui cara-cara untuk melukis gambar rajah litar pendawaian.

iii. Pelajar juga dapat mengenali komponen dan peralatan yang digunakan dalam membuat
litar tersebut.

iv. Untuk memupuk nilai kerjasama antara kumpulan dalam menyiapkan litar tersebut
disamping dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim antara ahli kumpulan.

1
v) Pelajar juga dapat mempelajari cara pemasangan yang perlu di buat berdasarkan litar skematik
yang diberikan..

3.0 Komponen yang digunakan

Komponen Gambar Fungsi


Miniature  suis elektrik yang
Circuit dikendalikan secara
Breaker automatik yang direka
(MCB) untuk melindungi litar
elektrik daripada
kerosakan yang
disebabkan oleh
kelebihan semasa
dari beban atau litar
pintas

 untuk mengganggu
aliran semasa
selepas kesalahan
dikesan.

2
Pemutus  untuk melindungi litar
litar arus voltan rendah
baki (RCCB) sekiranya berlaku
kerosakan.
 Ia mengandungi
peranti suis yang
dimatikan apabila
terdapat kerosakan
dalam litar yang
disambungkan.

Suis Utama  untuk menyambung


dan memutuskan
bekalan elektrik serta
mengawal arus
berlebihan.

3
 untuk menyediakan
Soket 3 pin- punca bekalan kuasa
13 ampere kepada alat atau
kelengkapan elektrik
mudah alih.

 Mengeluaran cahaya
Mentol apabila arus elektrik
mengalir

Tapak  Menyediakan
mentol sokongan kepada
mentol

4
 Berfungsi untuk
Suis dan menyambung dan
tapak memutuskan bekalan
elektrik secara
manual

Besi  Untuk
kuprum menghubungkan arus
antara MCB

Kabel wayar  Untuk disambungkan


kepada komponen-
komponen supaya
arus boleh mengalir
melaluinya.
 Hijau merupakan
wayar bumi, merah
merupakan wayar
hidup dan biru ialah
wayar neutral.

5
Bekas kotak  Menempatkan RCCB,
fius agihan MCB, Suis utama dan
sebagainya

Klip PVC  Digunakan untuk


mengikat PVC yang
digunakan dalam litar
pendawaian supaya
berada di tempat
yang sepatutnya

Kotak  Untuk
empat hala menghubungkan
dan kotak kabel wayar dari
tiga hala pelbagai arah

Sesiku  Untuk mengubah


arah tiub

6
Tiub PVC  Untuk melindungi
kabel
 Untuk memasukkan
kabel-kabel
bumi,hidup dan
neural dari pelbagai
punca.
 Menjadi laluan
kepada semua kabel

Skru  Skru hitam panjang


digunakan untuk
memasang tapak
pemegang lampu dan
kotak fius utama.
 Skru hitam pendek
digunakan pada
tapak soket, tapak
suis dan pemegang
lampu.
 Skru putih digunakan
untuk memasang
soket dan suis

7
4.0 Peralatan dan kegunaan

Peralatan Gambar Fungsi


Meter • Menguji litar
pelbagai elektrik atau
elektronik
• Mempunyai
ohm meter,
ameter dan
voltmeter
• Fungsi meter
dipiih dengan
memutar
tombol pemilih
julat

Pemotong  Memotong
sisi wayar elektrik
dan elektronik

 Memotong
lebihan wayar

Playar  Memotong
Muncung wayar elektrik
tirus

8
Penjalur  Memotong
wayar dan menjalur
wayar

Pemotong  Digunakan
paip PVC untuk
memotong
paip PVC
mengikut
ukuran yang
ditetapkan

Pena Ujian  Digunakan


untuk menguji
dan
mengesan
kebocoran
arus elektrik
dan wayar
hidup
 Digunakan
untuk kerja-
erja ringan
seperti
memasang
atau
mengetatkan
skru-skru kecil

9
Pemutar i) Pemutar skru
skru Philip
i)Philip Mengetatkan atau
ii)Mata Rata melonggarkan skru
berkepala phillip.

Ii) Pemutar skru


Mata Rata
Mengetatkan atau
melonggarkan skru
berkepala belah.

Pita  Untuk
pengukur membuat
pengukuran
ke atas litar
dan paip PVC

Pembaris  Digunakan
untuk melukis
litar di atas
papan yang
disediakan

10
5.0 Gambar Rajah Litar

5.1 Litar skematik

11
5.2 Litar bergambar

12
6.0 Langkah Kerja

Sebelum:

1. Sebelum pendawaian dilakukan, kami telah melakarkan litar pendawaian yang ingin dijalankan
pada kertas A4 untuk mengetahui panjang bagi setiap PVC yang diperlukan serta bilangan wayar
yang hendak digunakan dapat dikenalpasti.

2. Seterusnya, litar dilukis pada papan untuk memudahkan proses pendawaian dilakukan.

Melukis di atas papan litar

3. Mengenalpasti dan menyediakan peralatan dan komponen yang diperlukan untuk proses
pendawaian.

Semasa

1. Meletakkan komponen dan bahan di atas papan lapis dan membuat tanda .

2. Memotong paip PVC dan kabel wayar mengikut ukuran yang ditentukan.

3. Memasukkan kabel ke dalam paip PVC.

Penyambungan wayar

4. Membuat sambungan tiub PVC di antara tapak.

13
5. Klip PVC dipasang supaya dapat meletakkan paip PVC pada kedudukan yang tetap.

6.Wayar dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur wayar sebelum proses penyambungan
dan pemasangan soket.

7. Seterusnya memasang tapak untuk soket, dan suis lampu serta tapak mentol untuk pemegang
mentol pada papan litar.

8. Penyambungan wayar dilakukan pada soket yang melibatkan ketiga-tiga kabel iaitu wayar
bumi, hidup dan neutral. Setelah siap pendawaian pada dinding bagi soket. Tapak soket dipasang
dengan menggunakan pemutar skru Philip.

9. Seterusnya pendawaian pada bahagian lampu yang melibatkan tiga wayar iaitu satu wayar
merah dari mentol 1 dan dari mentol 2 yang akan menuju ke suis, satu wayar biru dan satu wayar
hijau yang akan disambung pada kotak fius agihan dan juga satu wayar biru dan satu wayar hijau
dari mentol 1 ke mentol 2. Mentol diketatkan pada tapak mentol.

10. Penyambungan suis pula dilakukan melibatkan 3 wayar merah dari mentol 1 dan 2 dan dari
kotak suis agihan.

11. Setelah suis, soket dan mentol siap dipasang, penyambungan kabel dilakukan pada kotak
fius agihan. Ia dilakukan seperti rajah yang berikut:

Kotak Agihan Fius

12. Kotak fius agihan kemudiannya dilekatkan pada papan litar yang disediakan.

14
Selepas

1. Pemerhatian dilakukan pada litar untuk memastikan kabel yang dipasang disambung pada
terminal yang betul.

2. Multimeter digunakan untuk menguji sama ada litar itu berfungsi dengan baik atau tidak.

Litar lengkap

7.0 Perbincangan

7.1 Kendalian litar

Proses melakukan rojek pendawaian litar telah dijalankan dengan sempurna. Pendawaian
satu fasa yang melibatkan dua mentol dan dua suis serta dua soket telah berjaya dilakukan. Litar
pendawaian itu didapati berfungsi dengan baik apabila ujian menggunakan multimeter dilakukan.
Pendawaian yang dilakukan ini melibatkan dua jenis litar iaitu litar pencahayaan dan litar kuasa.
Litar pencahayaan ialah biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu
discas. Pengalir kabel litar akhir mentol yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir di
pemegang mentol. Menurut Sarawak, (2018) pendawaian litar pencahayaan ini menggunakan
MCB (Miniature Circuit Breaker) yang bernilai 6 ampere. Litar kuasa pula terdiri daripada 3 jenis
iaitu litar jejari, litar gelang dan litar sulur. Namun begitu, litar jejari telah dipilih. Ia terdiri daripada
dua soket. MCB yang digunakan ialah 16 ampere. Litar jejari ini merupakan litar yang di
sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di hujung sekali,
Maksimum unit soket bagi satu unit MCB 16 ampere ialah dua unit. Sebelum litar tersebut
disambungkan kepada punca bekalan kuasa, litar tersebut hendaklah diuji terlebih dahulu untuk
mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku. Pengujian ini dilakukan untuk mengelakkan
daripada litar pintas daripada berlaku disebabkan oleh pemasangan kabel yang tidak betul. Dua
ujian telah dilakukan iaitu ujian kekutuban dan ujian keterusan. Ujian keterusan melibatkan ujian
keterusan konduktor pelindung. Ia dilakukan ntuk memastikan semua konduktor pelindung

15
disambung secara betul dan berkesan. Selain itu, ujian keterusan konduktor hidup dan neutral
untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang litar. Bagi ujian
kekutuban, ujian dilakukan ialah untuk memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal dan
peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja dan memastikan sambungan pada
soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa, neutral dan bumi disambung pada terminal yang
betul.

7.2 Peraturan Elektrik

Bagi memastikan pendawaian ini berjalan dengan lancar, peraturan- peraturan elektrik
1994 (Akta 447) telah digunakan sebagai garis panduan. Antara isi kandungan peraturan-
peraturan berikut ialah suis, fius Suis, soket, pemutus litar dan sebagainya hendaklah dibina dan
disusun dengan apa-apa cara supaya ia tidak boleh dengan tak sengaja tersentuh mana-mana
bahagian hidup konduktor apabila ditinggalkan dalam keadaan “off” untuk mengelakkan litar
pintas belaku (Gonen, 2015). Selain itu, litar juga hendaklah dibina dan disusun dengan apa-apa
cara supaya dapat memutuskan arus apabila ia melebihi nilai yang diberikan bagi masa yang
mencukupi bagi mencegah bahaya. Ia adalah termaktub dalam peraturan 16 manakala dalam
peraturan 19, dinyatakan bahawa pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan
gambarajah sambungan-sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan
berdekatan dengan papan suis.

Tambahan lagi, penyambungan litar elektrik yang dilakukan adalah berfungsi dengan baik
kerana ia dibuat mengikut peraturan pendawaian IEE iaitu Institution Of Electrical Engineers
ataupun Institut Kejuruteraan Elektrik. Ia dibuat kerana ingin menjamin keselamatan kepada
pemasangan dan kelengkapan elektrik serta mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada
berlaku (Ma'arof dan Nazirah 2016). Peraturan IEE bagi litar lampu pula ialah satu litar yang
dikawal oleh satu alat pelindung mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Menurut Liao, Yang, dan
Chen, (2017) kabel yang digunakan juga ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC. Di samping itu,
saiz minima kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5 mm serta kadaran alat perlindungan
yang digunakan mestilah tidak melebihi 6 ampere. Peraturan yang kelima pula, digalakkan
menggunakan lebih satu litar akhir kerana sekiranya salah satu litar rmengalami kerosakan litar
yang lain masih berfungsi. Bagi pemasangan lampu dalam industri pula biasanya kuasa
sesebuah lampu mungkin berbeza, dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius berkadar 15 ampere
dan saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 2.5 mm (Prihono, 2010).

16
7.3 Masalah yang dihadapi

Dalam melaksanakan litar pendawaian ini, beberapa masalah telah dihadapi


menyebabkan kesukaran kepada kami untuk melaksanakannya. Antaranya ialah terdapat ralat
semasa mengukur kabel. Selain itu, terdapat juga masalah untuk memasukkan kabel ke dalam
paip PVC kerana ruang paip PVC itu agak sempit manakala kabel yang digunakan agak tebal. Di
samping itu, permasalahan timbul semasa ingin memasukkan wayar kurum kepada tempat
penyambungan wayar pada mentol kerana ia terlalu kecil. Kami juga mempunyai masalah
ketiadaan rod kuprum pada MCB. Oleh itu, beberapa tindakan diambil bagi mengatasi masalah
ini . Antaranya ialah kabel disambung menggunakan penyambung kabel bagi membuat
sambungan dari suis 1 ke suis 2 . Selain itu, kabel yang lebih kecil digunakan bagi memasukkan
kabel ke dalam paip PVC yang disediakan. Tambahan lagi, wayar itu disimpul dengan sebaiknya
bagi memastikan ia dimasukkan ke dalam tempat penyambungan supaya tamatan dapat
dilakukan. Penyelesaian bagi ketiadaan rod kuprum ialah kami menggunakan wayar neutral bagi
menggantikan rod kuprum itu sebagai penyambung.

8.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, projek pendawaian yang telah di tugaskan telah berjaya di lakukan


dengan baik. Projek yang dilakukan ini dapat membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih
cepat dan juga dapat memahami konsep serta mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam
pemasangan projek elektrik. Pelajar juga dapat mengenal dan dapat mengetahui fungsi dan
kegunaan komponen dan alatan yang digunakan dalam membuat litar elektrik. Nilai-nilai murni
juga dapat diterapkan ke dalam diri semasa melakukan projek ini. Contohnya ialah bekerjasama
di dalam sesebuah kumpulan untuk memastikan kelancaran projek ini. Langkah-langkah
keselamatan juga hendaklah dititik beratkan agar tidak memberi ralat kepada keputusan yang
hendak diambil dan memastikan keselamatan semua ahli kumpulan terpelihara.

17
Rujukan

Ahmad, M. R. (2015). Kit Pendawaian Perumahan Satu Fasa(Doctoral dissertation, Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia)

Gonen, T. (2015). Electrical power transmission system engineering: analysis and design. CRC

press.

Liao, R. N., Yang, N. C., & Chen, T. H. (2017). A novel and fast single-phase three-wire power

flow solution for a modern home premises wiring systems. International Journal of

Electrical Power & Energy Systems, 90, 190-207.

Ma'arof, M. I., & Nazirah, N. (2016). Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2015/2016 (Ijazah

Sarjana Muda)-Pendawaian elektrik dan peralatan elektrik domestik (VET3126).

Prihono. (2010). Cara mudah belajar elektronik persendirian. Kuala Lumpur. Malaysia Synergy

Media.

Sarawak, P. K. (2018). Det6093: Electrical Maintenance And Repair.

Tan, C. S. (2000). Pemasangan pendawaian elektrik 1 fasa dan 3 fasa (Doctoral dissertation,
Universiti Teknologi Malaysia).

18
19

You might also like