You are on page 1of 5

Sistem Pendawaian Konduit.

Konduit merupakan satu tiub atau pembuluh dimana kabel-kabel akan disalurkan ke
dalamnya untuk pendawaian elektrik.
Terdapat pelbagai jenis konduit yang digunakan untuk pendawaian seperti konduit PVC,
logam bergalvani (Galvanised Iron/ metal) dan kuprum.
Konduit boleh dipasang pada permukaan dimana konduit itu akan memberi perlindungan
kepada pendawaian dan juga digunakan untuk pendawaian tersembunyi.

Konduit PVC

Konduit PVC merupakan salah satu jenis konduit yang popular digunakan dalam kerjakerja pendawaian.
Bahan utama dalam pembuatan konduit ini ialah plastik dan poly vynel klorida.
Konduit PVC sesuai digunakan pada suhu biasa sehingga 60 darjah celcius.
Selain memberi perlindungan kepada kabel, konduit jenis ini tidak berkarat jika dipasang
dikawasan yang berair dan sifatnya yang bukan pengalir dapat mengelakkan berlaku
sebarang renjatan sekiranya berlaku kebocoran arus elektrik dari kabel-kabel didalamnya
atau dari sentuhan bahagian bahan pengalir.
Konduit PVC boleh didapati dalam saiz 16 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 48 mm.
Setiap pemasangan konduit memerlukan alat tambah yang diperbuat daripada PVC juga
seperti angle box, tangent box, end box, two way box, four way box, long bend,
short bend, soket, saddle, dan crampet.

Kaedah Pemasangan Konduit PVC.


1. Sebelum pemasangan dibuat, kita perlu meneliti pelan yang disediakan supaya kita dapat
mengetahui bahagian-bahagian yang perlu dipasang dan dapat membuat perkiraan
bilangan konduit atau alat tambahan yang perlu digunakan. Ini adalah penting untuk
mengelakkan kesilapan pemasangan.
2. Cara kerja penyambungan konduit PVC.
a. Setiap penyambungan antara satu konduit dengan satu konduit yang lain, pelbagai alat
tambah boleh digunakan seperti soket, two ways box, angle box dan sebagainya
berdasarkan pelan yang diberikan. Setiap penyambungan perlu kemas dan ketat supaya
tidak tertanggal dari sambungannya.
b. Sekiranya konduit yang dipasang melebihi point yang ditetapkan, konduit tersebut
dipotong mengikut jarak yang dikehendaki dengan menggunakan pemotong konduit.
Kemudian barulah dimasukkan alat tambah yang bersesuaian dengan point berkenaan.
Penyambungan alat tambah tidak memerlukan hujung konduit PVC dibebenangkan
(threading).

c. Kadangkala laluan konduit yang diberikan terpaksa melalui halangan. Konduit PVC
adalah lurus dan sebagai penyelesaiannya konduit tersebut perlu dibengkokkan. Spring
digunakan untuk membengkok konduit.
Cara konduit dibengkokkan:
i.
Masukkan spring ke dalam konduit dan spring tersebut hendaklah dipastikan
berada pada kedudukan yang ingin dibengkokkan. Jadikan tali yang mengikat
spring sebagai panduan kedudukan.
ii.
Gunakan kedua-dua belah tangan dan lutut untuk membengkokkan konduit
tersebut.
iii.
Setelah konduit dibengkokkan mengikut bentuk yang dikehendaki, spring
dikeluarkan dengan menarik tali yang diikat pada spring. Sekiranya laluan
konduit perlu merentasi dinding, dinding tersebut akan dibuat lubang dengan
menggunakan mesin gerudi dengan mata gerudi yang bersesuaian dengan saiz.
d.

Setelah dipasang konduit, perkara terakhir dalam pemasangan ialah untuk


mengikatnya dengan menggunakan saddle. Hand Drill digunakan untuk memasang
saddle. Cordless hand drill lebih sesuai digunakan kerana mudah dibawa dan ringan.
Tapak saddle diskrukan dahulu pada permukaan dimana konduit itu diletakkan.
Kemudian, letakkan konduit di atas tapak saddle dan masukkan klipnya ke dalam
tapak saddle. Tujuan saddle dipasang ialah untuk kekemasan dan mengelakkan
konduit
terkeluar
dari
kedudukan
yang
ditetapkan.

Conduit sedang disusun dan


dipasangkan, sebelum kerja-kerja pencurahan konkrit dilakukan.

Peraturan IEE Pemasangan Pembuluh :


1) Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja
menarik kabel dilakukan.
2) Faktor Ruang mestilah tidak melebihi 40% dari luas muka keratan pembuluh.
3) Satu pemasangan pembuluh mestilah mempunyai tidak lebih daripada 2 sesiku pejal,
atau
selekoh bengkokkan 90 darjah.
4) Jejari dalam selekoh bengkokan pembuluh mestilah tidak kurang dari 2.5 kali ganda dari
ukuran garis pusat luar pembuluh itu.
5) Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak sambungan atau kotak-kotak
alatambah.
6) Semua pemasangan pembuluh mestilah dielakkan dari terkena air atau dipasang di
tempattempat yang terdedah kepada air.
7) Kabel-kabel litar Kuasa dan litar lampu perlu diletakkan di dalam pembuluh yang
berasingan.
8) Jika pemasangan pembuluh terpaksa melalui / menembusi lantai / dinding lubang khas
perlu diadakan.
9) Semua kesan-kesan kelembapan di dalam pemasangan pembuluh mestilah dibersihkan
terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan.
10) Penarikan kabel-kabel ke dalam pemasangan pembuluh yang panjang dimulakan dari
tengah-tengah sistem tersebut.

Sistem pendawaian yang menggunakan pembuluh yang di dalamnya akan disalurkan kabel.
1) Dipasang di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik, terdedah kepada tindakan
kimia, cecair dan di luar bangunan. (Kilang-kilang perusahaan, makmal, bengkel dan
sebagainya).
2) Sistem pendawaian ini boleh dipasang sama ada secara permukaan atau tersembunyi.
3) Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu pembuluh hendaklah mengikut faktor ruang
iaitu tidak melebihi 40%.
4) Dawai pancing ( fish tape ) digunakan untuk menarik kabel ke dalam pembuluh.
5) Pembuluh yang digunakan dalam sistem pendawaian ini boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis, iaitu:
(a) Pembuluh Logam
(b) Pembuluh bukan logam ( PVK ).
(c) Pembuluh mudah Lentur ( Logam & PVK).
Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian Pembuluh:

a) Beban / kuasa yang digunakan besar.


b) Memerlukan voltan bekalan 1 fasa & 3 Fasa.
c) Bangunan kilang, bengkel, bangunan komersial dan gerai-gerai.
d) Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya kerosakkan mekanikal.

Pembuluh Bukan Logam.

Terdapat pembuluh bukan logam yang biasanya diperbuat dari bahan plastik ( PVK )
yang tahan dan sesuai digunakan pada suhu 60 C.
Pembuluh PVK ini tahan dari kakisan (karat) dan dapat mengelakkan sebarang kebocoran
aliran arus jika menyentuh bahagian-bahagian yang boleh menjadi pengalir.
Pembuluh PVk juga boleh didapati dalam dua jenis, iaitu pembuluh tegar dan pembuluh
boleh lentur.
Bagi tujuan membuat ofset atau bengkokan, pembuluh boleh dipanaskan terlebih dahulu
atau menggunakan pegas ( spring ) yang khas.

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Bukan Logam (PVK)


Kebaikan:
1) Tahan kakisan (karat ).
2) Selamat dari kejutan elektrik (PVK-penebat)
3) Kos murah.
Kelemahan:
1) Tidak memberikan perlindungan mekanik.
2) Mudah rosak jika sering terkena matahari / hujan
Pembuluh Boleh Lentur ( Logam / PVK ).

Pembuluh ini sangat berguna untuk menyambung pemasangan ke punca-punca beban


yang bergetar, bergerak, selalu diubahsuai dan pada kedudukan yang sempit dan tidak
rata.
Tidak sesuai untuk memberikan perlindungan mekanik yang baik.

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Boleh Lentur


Kebaikan:
1) Pemasangan cepat tidak perlu benang.

2) Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki (tiada alat khas).


3) Dapat elakkan merebaknya kebakaran putus.
Kelemahan:
1) Mudah terlucut / tercabut
2) Tidak boleh dipasang pada jarak jauh.
3) Mudah patah.
4) Bukan pengalir keselanjaran bumi tambahan (PVK).
Sistem Pendawaian Tersembunyi.
Sistem pendawaian ini dipasang di dalam dinding / siling konkrit dan tidak kelihatan langsung
kecuali pada penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori
pendawaian. Pada kebiasaanya pendawaian ini dibuat ketika peringkat pembinaan bangunan.
(sebelum kerja-kerja menurap simen dilakukan ). Sistem pendawaian ini hanya dibenarkan
membawa voltan rendah sahaja.
Sistem pendawaian tersembunyi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1) Sistem pendawaian tersembunyi kabel bertebat.
2) Sistem pendawaian tersembunyi pembuluh.
Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Tersembunyi
Kebaikan:
1) Kemas dan cantik. Contohnya pepasangan di dalam pejabat.
2) Selamat tidak terdedah kepada kerosakkan mekanikal dan perubahan cuaca.
3) Tidak memerlukan alat-alat tambahan khas.
4) Tahan lama.
Kelemahan:
1) Kerja-kerja tambahan susah dilakukan.
2) Sukar menentukan punca kerosakan - pembaikan.
3) Bahaya terkena paku atau ketukan daripada pemasangan lain- gas,air.
4) Pemasangan perlu dilakukan semasa bangunan dibina.

You might also like