You are on page 1of 11

F432-005-2:2019

tajuk: INSTALLATION AND


MAINTENANCE

Nama:1. Raqib 2.nan


Nama pengarah: cristin binti lumisah

SINGLE PHASE ELECTRICAL


Sistem Pendawaian Konduit.
•Konduit merupakan satu tiub atau pembuluh dimana kabel-kabel
akan disalurkan kedalamnya untuk pendawaian elektrik.
•Terdapat pelbagai jenis konduit yang digunakan untuk pendawaian
seperti konduit PVC, logam bergalvani (Galvanised iron/metal) dan
kuprum.
•Konduit boleh dipasang pada permukaan dimana konduit itu akan
memberi perlindungankepada pendawaian dan juga digunakan untuk
pendawaian tersembunyi
▪ Bekalan voltan jenis satu fasa.
▪ Bangunan diperbuat daripada kayu,batu dan simen
▪ Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik.
▪ Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
▪ Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak.
▪ Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
▪ Kadar kuasa beban yang dipasang kecil.
▪ Pembuluh/konduit boleh pengalir pelindung litar.
▪ Mudah untuk diubahsuai bentuk permukaan atau dibuat tambahan
▪ Tahan lama, dapat mengelakkan daripada kebakaran
▪ Kabel tidak mudah rosak (Perlindungan mekanikal yang baik).
▪ Kos murah dan jimat
▪ Perbelanjaan yang mahal berbanding pendawaian permukaan
▪ Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
▪ Memerlukan pekerja mahir.
▪ Memerlukan alat-alat dan alat tambahan khas.
▪ Akan merosakkan bangunan jika pemasangan ini dibuat sesudah bangunan
disiapkan.
▪ Pemutar skru ▪ Beg galas
▪ Playar gabung ▪ Gerimit(Gimlet)
▪ Playar pemotong sisi ▪ Pena ujian(Test pen)
▪ Pisau kecil ▪ Playar muncung tirus
▪ Meter pelbagai(Multimeter) ▪ Penjerut Kabel(Wire Stripper)
▪ Tukul pendawai(wiring hammer) ▪ Pegas pelentur
▪ Gergaji besi(Haksaw blade) ▪ Dawai pancing
▪ Pita pengukur ▪ Pemotong paip
Kaedah pemasangan konduit PVC.
▪ Sebelum pemasangan dibuat, kita perlu meneliti pelan yang mengetahui bahagian –
bahagian yang perlu dipasang dan dapat membuat perkiraan bilangan konduit atau alat
tambahan yang perlu digunakan. Ini adalah penting untuk mengelakkan kesilapan
pemasangan.
Cara kerja penyambungan konduit PVC.
▪ Setiap penyambungan antara satu konduit dengan satu konduit yang lain, pelbagai alat
tambah boleh digunakan digunakan seperti soket, kotak 2 hala, kotak sudut dan sebagainya
berdasarkan pelan yang diberikan. Setiap penyambungan perlu kemas dan ketat supaya
tidak tertanggal dari sambungannya.
▪ Sekiranya konduit yang dipasang melebihi titik yang ditetapkan, konduit tersebut dipotong
mengikut jarak yang dikehendaki dengan menggunakan pemotong konduit. Kemudian
barulah dimasukkan alat tambah yang bersesuaian dengan titik berkenaan. Penyambungan
alat tambah tidak memerlukan hujung konduit pvc dibenangkan.
▪ Kadangkala laluan konduit yang diberikan terpaksa melalui halangan. Konduit PVC adalah
lurus dan sebagai penyelesaiannya konduit tersebut perlu dibengkokkan. Spring digunakan
untuk membengkok konduit.
Cara konduit dibengkok:
• Masukkan spring ke dalam konduit dan spring tersebut hendaklah dipastikan berada pada
kedudukan yang ingin dibengkokkan. Jadikan tali yang mengikat spring sebagai panduan
kedudukan.

• Gunakan kedua – dua belah tangan dan lutut untuk membengkokkan konduit tersebut.

• Setelah konduit dibengkokkan mengikut bentuk yang dikehendaki, spring dikeluarkan dengan
menarik tali yang diikatkan pada spring.

• Sekiranya laluan konduit perlu merentasi dinding, dinding tersebut akan dibuat lubang dengan
menggunakan mesin gerudi dengan mata gerudi yang bersesuaian dengan saiz.

• Setelah dipasang konduit, perkara terakhir dalam pemasangan ialah untuk mengikatnya dengan
menggunakan pelana. Gerudi tangan digunakan untuk memasang pelana.

• Gerudi tangan tanpa wayar lebih sesuai digunakan kerana mudah dibawa dan ringan.

• Tapak pelana diskrukan dahulu pada permukaaan dimana konduit itu diletakkan. Kemudian,
letakkan konduit di atas tapak pelana dan masukkan klipnya ke dalam tapak pelana. Tujuan pelana
dipasang ialah untuk kekemasan dan mengelakkan konduit terkeluar dari kedudukan yang
ditetapkan.
▪ Menerusi tugasan amali ini, saya telah didedahkan dengan
pengetahuan tentang sistem pendawaian, terutamanya sistem
pendawaian fasa 1. Semester ini, saya belajar untuk memasang
sistem pendawaian yang mempunyai 2 suis dua hala dan 1 suis
antara mengawal satu lampu. Kali ini merupakan kali pertama kami
cuba untuk memasang litar pendawaian dengan menggunakan
pelbagai bahan dan peralatan dalam bidang elektik dan elektronik.

You might also like