You are on page 1of 19

BAB 5 SISTEM PEMBETUNGAN

4.1 PENGENALAN

● Ia selalunya dirujuk kepada proses pengumpulan, rawatan dan pelupusan air sisa.
● Pengumpulan dijalankan dengan sistem pembentungan, rawatan oleh loji rawatan sisa-
sisa dan pelupusan pula dijalankan dengan berbagai kaedah.
● Air sisa atau kumbahan domestik mengandungi organisma patogenik, manakala air sisa
industri dan proses perkilangan mengandungi bahan berasid dan toksik.
● Air sisa adalah merbahaya, oleh itu ia perlu dipisahkan dari persekitaran melalui
beberapa jenis sistem pembentungan sebelum ianya dirawat di loji-loji rawatan agar
ianya selamat sebelum diteruskan ke persekitaran.
● Bagi memisahkan pencemaran tersebut, bagi negara beriklim sejuk, paip betung perlu
ditanam bagi mencegah kumbahan menjadi beku dan boleh menyebabkan paip
tersumbat dan pecah.
● Paip betung (sewer) adalah saluran tertutup dan biasanya mempunyai aliran tidak
seragam untuk menyalurkan kumbahan.
● Dalam sistem pembetungan, kumbahan selalunya dialirkan secara graviti disebabkan
oleh kandungannya bersifat separa pepejal.
● Pada kawasan-kawasan yang sukar, sistem pembetungan secara tekanan dan vakum
digunakan.

1
4.2 SISTEM PEMBETUNGAN

4.2.1 Sistem Berasingan


● Sistem paip ini menggunakan dua jenis paip betung iaitu paip betung air sisa/sanitari
dan paip betung air permukaan atau hujan ribut.
● Air sisa domestik dan industri disalurkan melalui satu set paip betung yang berasingan
dengan paip air permukaan atau hujan ribut.
● Sistem paip ini digunakan di kawasan-kawasan perumahan dan kawasan perbandaran
yang tersusun.
● Amat sesuai untuk mana-mana loji rawatan kerana keseragaman kualiit air sisa.
● Air permukaan atau air hujan ribut tidak memerlukan rawatan dan boleh dialir terus ke
saliran permukaan.
● Kelebihannya: Ia memerlukan saiz paip yang minimum.
● Kelemahannya: Kosnya lebih mahal kerana menggunakan banyak paip.

2
4.2.2 Sistem Separa Berasingan
● Ia merupakan sistem bergabung yang dipasang dengan kemudahan limpahan
(combined sewer overflow – CSO) di mana sebahagian daripada air permukaan atau
hujan ribut disalurkan ke dalam paip betung air sisa dan sebahagian lagi disalurkan ke
saliran permukaan.
● Ini bertujuan bagi memastikan loji rawatan akan sentiasa menerima muatan yang
seragam dan membantu proses rawatan dijalankan tanpa banyak turun-naik muatan.
● CSO merupakan pengubahsuaian dari sistem paip betung bergabung yang sesuai
digunakan di kawasan yang telah sedia mempunyai sistem bergabung.
● Sistem paip ini didapati lebih baik dari sistem bergabung walaupun mutu air sisa
merupakan satu masalah.
● Kelebihannya: Menjimatkan kos kerana kurang menggunakan paip.
● Lihat Rajah 4.2.

4.2.3 Sistem Bergabung


● Sistem pembetungan yang telah lama digunakan.
● Air sisa domestik, indsutri dan air permukaan atau air hujan ribut dialirkan melalui paip
betung yang sama.

3
● Saiz paipnya lebih besar bagi menerima muatan yang lebih terutama bila musim hujan
dan ini boleh meningkatkan kos pembinaannya.
● Kumbahan dari sistem bergabung agak sukar dirawat kerana kualiti kumbahannya tidak
seragam disebabkan oleh keadaannya yang cair pada waktu hujan dan menjadi pekat di
musim kering.
● Kelebihannya:
o Menjimatkan kos kerana tidak banyak menggunakan paip.
o Mudah dipasang kerana melibatkan satu set paip.
o Menggunakan paip betung bersaiz besar.
● Kelemahannya: Tidak sesuai dipratikkan di Malaysia terutama semasa musim hujan
kerana loji rawatan kumbahan tidak berupaya menampung atau merawat semua air sisa
dan air hujan lebat yang banyak.

Rajah 4.3: Sistem Bergabung

4.3 JENIS-JENIS PAIP BETUNG

4.3.1 Paip Tanah Liat Berkekaca (Virtified Clay Pipe- VCP)


● Diperbuat dari tanah liat bercampur kekaca natrium klorida.
● Tidak berkarat dan tahan daripada serangan bagi kebanyakan asid.

4
● Kegunaannya hanya pada paip saliran bawah tanah bagi lot-lot individu yang bukan di
dalam sistem pembetungan awam.
● Panjang paip di antara 0.6 – 1.0 m dengan garis pusat di antara 100 – 300 mm.
● Kebaikan: Tahan lelasan, mempunyai permukaan bahagian dalam yang licin serta
harganya yang murah.
● Kelemahan: ianya berat dan mudah pecah kerana kerapuhannya.

4.3.2 Paip Simen Asbestos (Asbestos Cement Pipe – AC)


● Diperbuat dari campuran simen dan gentian asbestos.
● Mampu menahan daya tegasan yang tinggi dari paip VCP.
● Kegunaannya hanya kepada paip saliran bawah tanah bagi lot-lot individu dan saluran
pembetungan awam bergaris pusat kecil.
● Paip 4.0 m dan bergaris pusat di antara 100 – 600 mm.
● Kebaikan: Ianya ringan, senang dipotong dan digerudi serta mempunyai permukaan
bahagian dalam yang licin.
● Kelemahan: Rapuh dan kurang tahan kepada karatan.

4.3.3 Paip Konkrit (Concrete Pipe)


● Boleh dituang dulu (pre-cast) atau dituang ‘di situ’.
● Ditetulangkan jika garis pusat paip melebihi 600 mm.
● Daya tegasan dalaman yang dikenakan kepada paip adalah berbeza-beza bergantung
kepada tetulangnya.
● Panjang paip di antara 1.83 – 3.05 m dengan bergaris pusat di antara 150 – 2,000 mm.
● Kebaikan: Ianya kuat tapi kurang tahan kepada karatan.

4.3.4 Paip Besi Tuang (Cast Iron Pipe)


● Panjang piawai paip ialah 1.83 m, 2.74 m dan 3.6 m dengan mempunyai garis pusat
yang berbagai (Ø75 mm, Ø100 mm dan Ø225 mm).
● Kebaikan: Mempunyai kekuatan yang tinggi, tahan karat, jangka hayat yang lama dan
sambungannya lebih kukuh.
● Kelemahannya: Tidak sesuai digunakan di kawasan berpaya dan tanah yang
mengandungi kandungan sulfat yang tinggi.

4.3.5 Paip Keluli (Steel Pipe)


● Ianya digunakan apabila paip dari bahan lain tidak dapat digunakan terutama untuk
saluran di bawah permukaan air dan saluran pembetung bersaiz besar yang memerlukan
kekuatan yang tinggi.
● Kebaikan: Tahan lama, tahan karat jika disalut dengan simen perintang sulfat.
● Kelamahan: Harganya mahal.

4.3.6 Paip Plastik uPVC (uPVC Pipe)


● Kurang digunakan kerana ianya rapuh, mulur dan kekuatannya berkurang apabila suhu
meningkat.
● Kegunaannya hanya kepada penyaluran air sisa indsutri sahaja.
● Kebaikan: Ringan, tahan karat, mudah dilentur dan mempunyai permukaan bahagian
dalam yang licin.

5
4.3.7 Faktor-faktor Pemilihan Bahan-bahan Paip
● Jangka masa hayat.
● Kekuatan struktur paip.
● Rintangan terhadap kakisan dalam dan lelasan di luar paip.
● Pekali geseran yang mempengaruhi kadar alir.
● Kaedah sambungan dan kedap air.
● Mudah mendapat bekalan, penghantaran dan pemasangannya.
● Pengalaman tempatan terdahulu.

4.4 LURANG (Manholes)


● Lurang singkatan dari ‘lubang orang’ adalah satu ruang yang mempunyai lantai konkrit
di mana temboknya dibina dari batu-bata atau konkrit tuang dulu dengan penutup atas
diperbuat dari besi tuangan atau konkrit.
● Berfungsi sebagai laluan masuk sama ada untuk tujuan kerja-kerja pemeriksaan atau
penyenggaraan.
● Jenis-jenis lurang:
i. Lurang Cangkat (Shallow manholes)
o Dikenali sebagai kebuk pemeriksaan (inspection chamber – IC) yang
mempunyai kedalaman di antara 0.9 – 1.5 m.
o Mempunyai dasar atau lantai bersegiempat berukuran 1.05 m dan bukaan
atas 900 mm.

ii. Lurang Dalam (Deep manholes)


o Lurang yang besar dengan mempunyai kedalaman melebihi 1.2 m di saluran
pembetungan.
o Ianya berbentuk tirus di bahagian atas yang mempunyai saiz bukaan 900
mm dan bahagian bawah 1,250 mm.

iii. Lurang Turun (Drop manholes)


o Berfungsi untuk menyambung dua saluran paip yang tidak sama dalamnya
terutama jika paip betung masuk adalah 600 mm lebih tinggi dari paip
betung keluar.

● Bingkai dan penutup lurang mempunyai gred kekuatan tertentu bergantung kepada
beban lalu lintas.
● Ada juga lurang diperbuat dari kekaca gentian (fiberglass). Ianya lebih ringan dan tahan
kepada kakisan tetapi mempunyai jangka masa hayat yang tidak menentu bergantung
kepada masa pemasangannya.
● Lokasi atau keadaan yang memerlukan pembinaan/pemasangan lurang adalah seperti
berikut:
i. Apabila berlaku perubahan aras atau kecerunan.
ii. Di tempat tertinggi pada saluran.
iii. Di pertemuan paip betung yang berlainan saiz atau garis pusat.

6
iv. Di setiap persimpangan paip betung yang berlainan arah dan jajaran.
v. Pada jarak 12.5 m dari tempat pertemuan dua paip betung sekiranya tidak
terdapat lurang di pertemuan dua paip tersebut.
vi. Jika garis paip betung melebihi 900 mm, lurang tidak diperlukan melainkan
pada jarak yang agak jauh.

4.4.4 Pengudaraan (Ventilation)


● Pemasangan-pemasangan yang boleh menghalang aliran udara bebas di dalam paip
betung hendaklah dielakkan.
● Penutup lurang yang mempunyai lubang pengudaraan boleh digunakan di lokasi-lokasi
di mana air tidak boleh masuk.
● Tolok turus pengudaraan boleh dipasang di hujung paip betung utama, di lurang di
mana terdapat aliran mengepam dan di sepanjang paip betung yang mempunyai
kecerunan yang kecil.
● Jarak di antara turus yang dicadangkan adalah 100 m.

4.5 PENYUSUPAN DAN KAKISAN DALAM PAIP BETUNG

4.5.1 Penyusupan (Infiltration)


● Penyusupan selalunya disebabkan oleh kemasukan air bumi melalui sambungan yang
kurang baik.
● Lazimnya sambungan ini dilakukan oleh pihak kontraktor yang tidak memasang gasket
dengan betul atau berlaku kepada sambungan berbentuk ‘Y’ dan ‘T’.
● Disebabkan oleh penyusupan air bumi yang tinggi, ini akan meningkatkan kos
mengepam dan ianya bergantung kepada jumlah aliran dan turus di mana aliran
kumbahan dipam.
● Kos ini boleh dikurangkan sekiranya kadar penyusupan dapat dikurangkan dengan
mereka bentuk, membina dan menyenggara sistem dengan betul.

4.5.2 Kakisan (Corrosion)


● Keadaan anaerobik yang berlaku di dalam paip betung akan membentuk asid-asid
organik dan ini boleh menurunkan paras pH di dalam kumbahan.
● Gabungan di antara penurunan sulfat dan paras pH akan menghasilkan gas hidrogen
sulfida (𝐻2 S) pada ruang yang ada di dalam paip dan akan menjadi wap di puncak paip.
● Dalam keadaan ini, oksigen yang ada akan digunakan oleh bakteria ‘Thiobacillus’ dan
pengoksidaan 𝐻2 S akan menghasilkan asid sulfrik.
● Bagi paip yang diperbuat dari konkrit, besi tuang dan keluli, pembentukan asid organik
ini boleh menyebabkan kerosakan pada puncak paip.
● Ianya akan bertambah teruk sekiranya paip mempunyai kecerunan yang rendah lalu
menghasilkan aliran yang perlahan dan menyebabkan masa tahanan yang lama dan
menjana suhu yang tinggi.

7
● Kakisan di dalam paip boleh dicegah dengan melakukan proses pengklorinasi,
menyediakan pengalihudara atau menggunakan bahan pelapik yang lengai.
● Pengklorinasi boleh menghentikan aktiviti biologi buat sementara sahaja, manakala
penggunaan pengalihudara boleh mengurangkan peruapan di puncak paip,
menyingkirkan 𝐻2 S dan menyediakan bekalan oksigen yang secukupnya bagi
menghalang penurunan sulfat dan pembentukan asid-asid organik.
● Lazimnya, aliran penuh di dalam paip betung yang menyalurkan kumbahan terawat
tidak mengalami kakisan.
● Paip betung yang diperbuat dari VCP didapati tahan kepada kakisan.
● Dalam banyak keadaan, paip betung konkrit bergaris pusat melebihi 42 in. (1,070 mm)
digunakan dan ianya kadangkala dilapik dengan plastik, jubin tanah liat atau kompaun
asfalt.

4.6 REKA BENTUK SISTEM PEBETUNGAN


● Beberapa faktor perlu diambil kira dan di antaranya ialah faktor ekonomi dan penentuan
lokasi.
● Dalam aspek ekonomi:
i. Paip-paip betung tidaklah terlalu panjang.
ii. Bagi saiz-saiz paip betung yang baru, ianya perlu mengambil kira kemungkinan
berlakunya pembangunan di masa hadapan.
iii. Menyediakan paip-paip betung bersaiz kecil yang menerima aliran kumbahan dari
rumah atau bangunan sebelum memasuki paip betung utama.
● Tentukan lokasi laluan paip supaya tidak mengganggu lalu lintas.
● Jika laluan berada di kawasan persendirian, laluan masuk hak lalu (right of way) perlu
diadakan.
● Paip-paip betung perlu dipasang berhampiran dengan rumah atau bangunan supaya
ianya dapat menerima aliran kumbahan dengan mudah.
● Jarak di antara paip air bersih utama dan paip betung hendaklah sekurang-kurangnya
berada 3 m mendatar atau 1 m menegak
.

4.6.1 Prosedur Reka Bentuk

4.6.1.1 Penyelidikan Awal


● Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat bagi anggaran kos dan meninjau
kewajaran sesuatu projek.
● Maklumat diperolehi dari peta atau gambar foto udara.
● Reka bentuk awalan lazimnya berdasarkan kepada anggaran aliran, kontor, lokasi jalan
atau laluan paip dan lokasi di mana kumbahan dialirkan dari rumah atau bangunan.
● Berdasarkan maklumat ini, kuantiti paip yang berlainan saiz dapat dianggarkan
bersama-sama dengan kos korekan, pembaikan jalan dan komponen-komponen paip
betung yang diperlukan.

4.6.1.2 Penzonan atau Pembahagian Kawasan (Zoning)

8
● Ianya perlu dilakukan dan bergantung kepada keluasan dan keadaan permukaan bumi
bagi sesebuah skim perumahan atau bandar.
● Ini bertujuan bagi meminimumkan kos pembinaan dengan menyediakan aliran
kumbahan secara graviti.
● Adalah tidak menguntungkan dengan menyediakan sistem pembetungan bagi satu
kawasan yang terlalu besar dan kepadatan penduduknya yang rendah.
● Bagi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi ianya lebih ekonomi
jika kawasan tersebut dipecahkan kepada beberapa zon.
● Manakala bagi kawasan di mana penduduknya berselerak dan tidak padat, kumbahan
yang dihasilkan lebih baik dirawat secara individu dengan menggunakan tangki septik
dan parit serapan.
● Jika permukaan kawasan mempunyai aras yang berbeza-beza, stesen pam diperlukan
bagi mengepam kumbahan untuk mengatasi aliran graviti.
● Penzonan juga dapat mengurangkan kala reka bentuk disebabkan satu kawasan yang
kecil mempunyai jangka masa had pembangunan tepu yang pendek berbanding
kawasan yang besar.

4.6.1.3 Penentuan Kuantiti Kumbahan


● Reka bentuk sistem pembetungan sukar sedikit berbanding reka bentuk paip bekalan
air bagi menganggarkan kuantiti kumbahan kerana kadar alirnya berbeza mengikut
musim, hari dan jam.
● Kadar alir di waktu siang lebih tinggi daripada waktu malam, oleh itu agak sukar bagi
menentukan kadar alir purata harian dan kadar alir maksimum.
● Kebanyakan skim-skim perumahan menggunakan sistem berasingan di mana
kumbahan dan air permukaan atau air hujan ribut disalurkan di dalam dua set paip yang
berlainan.
● Dalam konteks sistem pembetungan, kadar alir cuaca kering (KCK) iaitu kadar alir
purata kumbahan pada musim kering semasa ketiadaan hujan diambil kira.
● Walau bagaimanapun, sebahagian kecil air bumi akan menyusup ke dalam paip betung
terutama di kawasan yang mudah dilanda banjir.
● Ianya perlu direka bentuk supaya mampu membawa kadar alir maksimum pada aliran
2/3 penuh untuk paip betung Ø750 mm dan ½ penuh untuk paip betung kurang dari
Ø750 mm.
● Bagi tujuan ini, faktor kadar alir diperkenalkan bagi memastikan kadar alir maksimum
dibenarkan untuk paip betung

Faktor kadar alir ini diperkenalkan bagi tujuan keselamatan dengan mengambil kira
pertambahan kuantiti kadar alir yang disebabkan oleh:
i. Peningkatan kadar alir luar biasa.
ii. Penyusupan air bumi atau air permukaan.
iii. Pertambahan penduduk atau pertumbuhan aktiviti perindustrian.

9
4.6.1.4 Penentuan Kala Reka Bentuk (Design Period)
● Sistem pembetungan perlu direka bentuk dengan mengambil kira keperluan masa kini
dan masa hadapan.
● Keperluan masa hadapan bermakna keperluan mutakhir sekiranya ada peruntukan.
● Bagi skim perumahan yang ada had bilangan unit, kala reka bentuknya hanya perlu
mengambil kira keperluan maksimum.
● Bagi sistem pembetungan utama yang menerima kumbahan dari sesebuah bandar yang
sedang berkembang, kala reka bentuknya perlu mengambil kira keperluan masa
hadapan.
● Di dalam praktis, had kala reka bentuk lazimnya tidak melebihi 30 tahun.

4.6.1.5 Penentuan Susun Atur Paip Betung dam Kedudukan Loji Rawatan
● Paip betung, sebaik-baiknya hendaklah mengambil laluan terpendek ke loji olahan
berpusat supaya kosnya dapat diminimumkan.
● Di dalam praktis,laluan paip betung lazimnya dipasang:
i. Selari dengan lorong belakang bagi rumah teres.
ii. Di atas bendul bagi jalan hadapan untuk paip betung utama.
iii. Di tepi jalan hadapan bagi jalan yang tiada berbendul.
iv. Di dalam lot-lot individu bagi perumahan bersambung yang tiada jalan belakang.
● Bagi kes-kes yang tidak lazim, ianya perlu menggunakan budi bicara sendiri bagi
menghasilkan laluan terpendek.
● Pada amnya, paip betung hendaklah dipasang supaya berselari dengan jalan raya dan
tidak merintang bawah bangunan.
● Komponen utama di dalam sistem pembetungan adalah lurang.
● Lurang diperlukan sebagai laluan masuk ke dalam sistem pembetungan bagi tujuan
pemeriksaan, penyenggaraan dan pembersihan.
● Ia juga berfungsi sebagai kebuk pertemuan bagi dua atau lebih paip betung utama, dan
di setiap persimpangan paip betung.

4.6.1.6 Penentuan Halaju Aliran Kumbahan


● Halaju aliran di dalam paip betung mempunyai keupayaan ‘swa-bersih atau cuci-diri’
(self-cleasing) supaya tidak berlaku mendapan pepejal yang akan menghasilkan
longgokan kelodak.
● Jika halaju terlalu perlahan, mendapan pepejal akan terkumpul dan menyebabkan paip
tersumbat dan menghalang laluan kumbahan.
● Pepejal-pepejal yang termendap terdiri daripada pasir, pepejal organik dan bukan
organik.
● Pasir yang bergaris pusat 1.0 mm mempunyai graviti tentu 2.65 dan pepejal organik
bergaris pusat 5.0 mm mempunyai graviti tentu 1.2 memerlukan halaju sekurang-
kurangnya 0.45 m/saat untuk bergerak bersama-sama kumbahan.
● Bagi tujuan reka bentuk, halaju swa-bersih perlu berada di dalam julat 0.5-1.0 m/saat.
● Pengiraan halaju aliran dilakukan dengan menggunakan rumus-rumus empirikal.
● Bagi mengelakkan cerun yang terlalu curam, paip betung direka bentuk supaya
mempunyai halaju swa-bersih sewaktu sewaktu aliran puncak.

10
● Bagi aliran purata, peparit yang dikorek perlu dalam.
● Walaupun mungkin terdapat kelodak dalam aliran minimum, ia akan dibawa bersama-
sama ketika berlaku aliran puncak.

Jadual 4.3: Halaju swa-bersih atau cuci-diri


Garis pusat paip (mm) Halaju swa bersih (m/s)

150-250 1.0
300-600 0.75
> 600 0.6

● Dalam aspek kecerunan, Hukum Maguire digunakan bagi menghasilkan halaju swa-
bersih.
● Garis pusat paip betung yang lazim terdapat di pasaran ialah 4 in., 6 in., 9 in., 12., ……
setiap tambahan 3 in.

4.6.1.7 Penentuan Garis Pusat Paip Betung


● Setelah halaju aliran ditentukan dan nilai kecerunan diketahui, garis pusat paip betung
dapat dikira.
● Lazimnya, garis pusat minimum paip-paip betung awam ialah 6 in.
● Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya gunakan garis pusat melebihi 9 in. bagi
mengelakkan berlakunya paip tersumbat.
● Rumus-rumus empirikal yang digunakan bagi mengira halaju aliran di dalam paip
betung ialah:

i. Rumus Chezy
o Rumus Chezy dinyatakan dalam persamaan.
v = C√ mi
Di mana,
v = Halaju aliran (m/saat)
C = Pemalar Chezy
m = Kedalaman min hidraul
i = Kecerunan paip betung

o Nilai pemalar Chezy dapat ditentukan dengan menggunakan rumus Kuiter:

C = 23 + (155 x 10−6)/i + I/a


I + [23 + (155 x 10−6 )] n/√𝑚
i
Di mana,
n = Pekali kekasaran yang disenaraikan di dalam Jadual 4.5

11
Jadual 4.5 Pekali Kekasaran

bahan Nilai n

1. Bata 0.013- 0.015


2. Tanah liat 0.014
3. Besi tuang 0.013
4. Saluran tanah 0.02
5. Saluran batuan 0.03

ii. Rumus Manning


o Rumus Manning dinyatakan dalam persamaan,
v = (I/n) 𝑚2/3 √𝑖
o Kedua-dua rumus-rumus ini, kecerunan paip betung dan kedalaman min
hidraul digunakan kerana aliran di dalam paip betung jarang sekali mencapai
aliran penuh kerana ciri-ciri kumbahan yang berbentuk separa cecair.
o Jadual 4.6 di bawah menunjukkan garis panduan di antara kedalaman aliran
dan kedalaman min hidraul:

Jadual 4.6: Kedalaman min hidraul

Kedalaman aliran Kedalaman min hidraul

Penuh dan ½ D X 0.25


¾ D X 0.3
2/3 D X 0.29
1/3 D X 0.19
¼ D X 0.15

o Dari Jadual 4.6 di atas, kedalaman min hidraul bagi aliran penuh dan ½ adalah
sama. Ini bermakna halaju aliran adalah sama bagi aliran penuh dan ½.
o Halaju maksimum di dalam paip betung berkeratan bulat berlaku sewaktu aliran
pada kedalaman lebih kurang 4/5 daripada garis pusat.
o Nilai halaju maksimum ini melebihi 12.5% daripada halaju semasa aliran
penuh.

12
4.6.1.8 Kedalaman Korekan/Timbusan
● Paip betung sebaik-baiknya ditanam pada kedalaman untuk keperluan masa kini dan
masa hadapan.
● Kedalaman peparit atau korekan bagi paip memberi kesan kepada kos pembinaan yang
bergantung kepada keadaan tanah, kewujudan air bumi dan asas-asas bangunan yang
berdekatan yang boleh mempengaruhi reka bentuk dan kaedah pembinaan.
● Kedalaman minimum korekan bergantung kepada jenis tanah dan beban lalu lintas di
atas paip.

4.6.1.9 Penentuan Penjajaran (Alignment) Paip Betung


● Paip betung yang bergaris pusat dalamnya 600 mm atau kurang, ianya hanya boleh
dipasang pada jajaran yang lurus dan kepadatan yang serata di antara lurang sahaja.
● Bagi paip betung yang bergaris pusat dalamnya melebihi 600 mm, ianya boleh dipasang
pada jajaran yang melengkung dengan garis pusat lenkungannya adalah 60 m atau
lebih.

4.6.1.10 Kehendak-kehendak Sambungan (Joints)


● Sambungan paip betung mestilah kedap udara (airtight) dan kedap air (watertight).
● Tiada bahan-bahan sambungan yang digunakan tertinggal di bahagian dalam lubang
paip betung.
● Bahagian dalam di sebelah bawah paip betung (invert) mestilah berada dalam
penjajaran yang sebenar keseluruhannya.

4.6.1.11 Pendasaran (Bedding)


● Pendasaran bagi paip betung bergantung kepada jenis sambungan sama ada sambungan
tegar atau sambungan mudah lentur.
● Sambungan tegar dikelaskan sebagai ‘Pendasaran Kelas A’ dan sambungan mudah
lentur dikelaskan sebagai ‘Pendasaran Kelas B’.

i. Pendasaran Kelas A
o Paip betung ditanam di dalam batu hancur bersaiz 15 mm yang
dipadatkan.
o Ketinggian batu hancur dari dasar peparit adalah sehingga ke pusat paip.
o Bahagian atas dan sisi-sisi paip diisikan dengan konkrit 1:2:4.
o Pendasaran kelas ini digunakan sekiranya paip betung dikenakan beban
lalu lintas atau penutup minimum 300 mm tidak dapat disediakan.

ii. Pendasaran Kelas B


o Sama seperti Pendasaran Kelas A, kecuali bahan yang digunakan untuk
kambusan tidak semestinya daripada konkrit.
o Ukur dalam minimum dari bahagian atas paip ialah 300 mm (12 inci).

13
4.7 PARAMETER SISTEM PAIP BETUNG BERBENTUK BULAT

4.7.1 Jenis Paip Betung


● Paip betung terdiri dari berbagai jenis seperti konkrit, simen asbestos, besi tuang, tanah
liat (VCP), plastic uPVC dan sebagainya.
● Setiap jenis mempunyai panjang serta saiz yang berbeza dan apabila kita membuat reka
bentuk paip betung, kita perlulah memilih saiz yang sesuai berdasarkan kedapatan paip
betung di pasaran.
● Walau bagaimanapun, di negara kita paip betung dari jenis tanah liat (VCP) dan konkrit
adalah yang paling biasa digunakan berdasarkan MS 1228, (1991) dan Guidelines for
Developers – Seksyen 1 dan 2 (1995).

4.7.2 Saiz Paip Betung


● Dalam mereka bentuk saiz paip betung, biasanya kita perlu menentukan berapakah saiz
paip betung yang sesuai supaya tiada kakisan dan mendapan dalaman berlaku.
● Terdapat beberapa jenis paip betung yang boleh dibuat pilihan.
● Saiz minimum paip betung ialah 100 mm (4 in.) dan 150 mm (6 in.) bagi paip betung
awam, 225 mm (9 in.), 300 mm (12 in.), 372 mm (15 in.) dan seterusnya dengan
kenaikan 75 mm (3 in.).
● Saiz atau garis pusat paip betung boleh ditentukan dengan menggunakan Rumus
Manning.

4.7.3 Kadar Alir Kumbahan


● Paip betung direka bentuk berdasarkan aliran graviti bagi mengalirkan kumbahan yang
dihasilkan.
● Ia perlu direka bentuk pada kadar alir puncak atau maksimum bagi memastikan supaya
saiz paip betung yang dipilih mampu untuk mengalirkan kumbahan dalam keadaan
terlampau.
● Menurut MS 1228, (1991) dan Guidelines for Developers – Seksyen 1 dan 2 (1995):

Faktor 𝑄𝑚𝑎𝑘𝑠𝑖𝑚𝑢𝑚 = 4.7 𝑝−0.11


Di mana,
P = Penduduk setara (dalam ribu)
Sebagai contoh, jika penduduk setara = 10,000 orang, maka p = 10

Jadi, 𝑄𝑚𝑎𝑘𝑠𝑖𝑚𝑢𝑚 = 4.7 (10)−0.11 KCK


= 3.648 KCK

Jadi kadar alir reka bentuk akan menjadi 3.648 KCK


Nilai 3 – 4 KCK adalah nilai yang biasa digunakan di banyak negara.

14
4.7.4 Kecerunan (Gradient)
● Paip betung mestiah diletakkan pada kecerunan yang mencukupi bagi membolehkan
halaju kumbahan berada pada julat yang boleh diterima.
● Secara umumnya, halaju kumbahan dalam paip betung perlu berada dalam julat halaju
swa-bersih/cuci-diri seperti berikut, mengikut MS 1228, (1991).
i. Pada 𝑄𝑚𝑖𝑛𝑖𝑚𝑢𝑚 halaju, v = 0.6 – 1.0 m/s (bergantung kepada saiz paip betung).
ii. Pada 𝑄𝑚𝑎𝑘𝑠𝑖𝑚𝑢𝑚 halaju, v = 0.8 – 4.0 m/s.
● Halaju swa-bersih/cuci-diri mengikut garis pusat paip betung diberikan dalam jadual
4.3.
● Bagi paip betung bergaris pusat 100 mm, kecerunan minimum ialah 1:60 dan paip
betung bergaris pusat 150 mm, kecerunan minimum ialah 1:120.
● Sebelum sesuatu kecerunan ditentukan, adalah perlu mendapatkan kedalaman paip
pembentung awal (atau paip betung sedia ada atau tangka septic) dan paras bumi.
● Kedalaman paip betung di bawah paras bumi pada sesuatu titik yang dicadangkan
hendaklah didapatkan melalui pemeriksaan yang dijalankan di tapak atau dari juru
ukur-juru ukur yang berlesen.

Contoh pengiraan:

i. Satu skim perumahan mempunyai 2 baris rumah teres yang mengandugi 45 unit
rumah. Dengan menggunakan Rumus Manning bagi menentukan halaju aliran, garis
pusat paip betung yang diperlukan dengan andaian halaju paip penuh. Gnakan data-
data berikut bagi tujuan pengiraan:

Permintaan air per kapita, q =225 l/orang/hari


Isi rumah =6 orang/unit
Faktor kadar alir =6
Pekali kekasaran, n untuk paip betung dari tanah liat =0.013
Halaju swa-bersih >0.45 m/saat
Kecerunan paip betung =1:200

Penyelesaian:
Kadar alir, Q =45 x 6 x 6 x 225 l/hari
=364,500 l/hari
=364.5 m³/hari
=4.22 x 10−3 m³/saat
Kedalaman min hidraul untuk aliran penuh,

m = 𝜋𝐷2 /4
𝜋𝐷
= D/4
Di mana,
D = Garis pusat paip betung (m)

15
Berdasarkan Rumus Manning,
Halaju aliran, v = (l/n) 𝑚2/3 𝑖 1/2 = Q/A
= (l/0.013) x (𝐷/4)2/3 x (1/200)1/2 = 4.22 x 10−3
𝜋𝐷2 /4
2.1606𝐷 2/3 = 5.37 x 10−3
𝐷2
𝐷8/3 = 2.4855 x 10−3
D = 0.105 m (4.13 in.)

Halaju aliran, v = 4.22 x 10−3


2/4
𝜋(0.105)
= 0.49 m/saat, maka memadai.

CONTOH 1
Satu perumahan mempunyai 2 baris rumah teres yang mengandungi 45 unit
rumah. Dengan mnggunakan rumus Manning tentukan:
a) halaju aliran
b) Garispusat paip ( andaikan paip penuh )
⮚ permintaan air perkapita 225 liter/hari
⮚ Isi rumah 6 org/unit
⮚ Faktor kadaralir 6
⮚ Pekali kekasaran untuk paip bentung dari tanah liat
⮚ Halaju swa bersih > 0.45 m/s
⮚ Kecerunan pembentung 1:200

16
JAWAPAN 1

Q = (1/n) m2/3 I1/2


Qpenduduk = 45 x 6 x 6 x 225 l/day
= 364500l/d
= 364m³/d
= 4.22x10-3m³/s
R/m = πD2/4
πD
= D/4

V = Q/A = (1/n) m2/3 I1/2


= 4.22x10-3m³/s = 1/0.014 (D/4) 2/3 (1/200) 1/2
πD2/4
= 5.37x10-3 =2.01D 2/3
D2
=
D8/3 = 2.67 x10-3
D = 0.108 m
Halaju aliran v = 4.22x10-3m³/s
π(0.108)2/4
= 0.46 m/s > 0.45 m/s ok

17
18
CONTOH 2

Sebatang paip pembentung yang diperbuat dari tanah liat bergarispusat 15 cm


dengan pekali kekasaran 0.014 perlu ditanam pada kecerunan 1:90. Kirakan
halaju aliran kumbahan yang dialirkan. Sekiranya halaju minimum yang
dibenarkan untuk swa bersih ialah 1.0 m/s, kirakan kecerunan paip
pembentung tersebut.

v = (1/n) m2/3 I1/2


n = 0.014
i = 1:90
R/m = πD2/4
πD
= D/4
= 0.15/4
= 0.0375
v = (1/0.014)x (0.0375) 2/3 x (1/90) 1/2
= 0.84 m/s

Jika halaju dibenarkan 1.0 m/s


(s/i ) 1/2 = vn/m 2/3
2/3
= 1.0 x 0.014 / 0.0375
= 0.125
i = 0.1252
= 0.0156
= 1: 64

19

You might also like