You are on page 1of 14

MODUL 704 : WATER RETAINING STRUCTURE

WORK SUPERVISION

FARZANA BINTI SOL


NURUL MAISARAH BINTI ZAILAN
NUR FARRAHAIN BINTI MOHD NAZRI
NUR AINOL HAYATI BINTI MOHD YAZID
TASK 3.08 : MENYELIA KERJA-KERJA
STRUKTUR PENAHAN AIR
PENYELIAAN STRUKTUR PENAHAN AIR

DEFINISI STRUKTUR PENAHAN AIR

Struktur yang dibina untuk menyokong atau menahan


tekanan air dalaman Contoh :
Tangki Air (Water Tank)
Segiempat tepat, segiempat sama, bulat, silinder dll
Takungan Air (Reservoir)
Kolam renang, tasik dll
FUNGSI TANGKI TAKUNGAN

Menyediakan simpanan air yang telah dirawat supaya bekalan air


tidak terganggu jika berlaku kerosakan
Menyediakan simpanan air untuk tujuan mencegah kebakaran
Bertindak sebagai tangki tekanan ubah
Menyediakan simpanan air yang secukupnya kerana permintaan
bekalan sentiasa berubah
PENGKELASAN TANGKI

Dalam sistem agihan air, takungan boleh dikelaskan mengikut 2 kategori:-


Takungan imbangan
menerima air yang telah dirawat dan mengagihkannya ke satu takungan atau beberapa takungan
khidmat
Biasanya dibina berhampiran loji rawatan air
Saiz takungan bergantung kepada simpanan untuk mengimbang aliran keluar dan masuk
Biasanya keupayaan muatan 450 m3 hingga 9000 m3

Takungan khidmat
Membekalkan air ke sistem paip pembahagi
JENIS-JENIS TAKUNGAN DAN TANGKI SIMPANAN

Dalam memilih dan membina takungan untuk sistem agihan, faktor-faktor yang perlu
diambil kira ialah kos material, kos penyelenggaraan, topografi dan tempoh khidmat.

Konkrit bertetulang (Reinforced concrete)


Konkrit Tegang Dulu (Pre-stress Concrete)
Keluli Tergalvani (Galvanised Pressed Steel)
Polister Bertetulang Kaca Gentian (Fiberglass Reinforced Polyster)
Keluli dicampur dengan kaca (Steel fused with glass)
1. Takungan Konkrit Tetulang

Mudah diselenggarakan
Daya tahannya yang lebih lama berbanding dengan tangki keluli
Muatan sehingga 13500 m3
Takungan berbentuk bulat biasanya dipilih kerana lebih ekonomi dari rekabentuk struktur dan
geomatri untuk setiap isipadu dan ukur dalam
Takungan berbentuk segiempat tepat dipilih apabila pembinaan takungan bulat tidak ekonomi
atau apabila terdapat masalah ruang ditapak
2. Takungan Konkrit Tegang Dahulu

Lebih ekonomi untuk muatan melebihi 13500 m3.


Mudah diselenggara
Hayat khidmat yang lebih lama berbanding dengan tangki keluli
Mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi, ditegang bagi mewujudkan tegasan untuk
menanggung beban yang tinggi
1 hujung keluli dipasak manakal 1 hujung lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum
konkrit dituang
3. Takungan Keluli Tergalvani

Hanya digunakan apabila tangki simpanan diperlukan dengan segera


Kos; lebih murah dari tangki konkrit
Hayat khidmat lebih pendek
Memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerap
Mudah berkarat, perlu dielakkan jika pembinaan berhampiran kawasan pantai
4.Tangki Air Keluli Tertekap

Dipasang di atas penyokong konkrit tetulang,


tembok rendah atau dinaikkan di atas rangka keluli
struktur
Bahan dan pepasang digunakan untuk
pencantuman kepingan tangki air keluli tertekap
Hendaklah mematuhi Piawai BS 1564; terdiri dari
plat-plat keluli sederhana tertekap (1220mm2)dan
berbibir luar.
Pepasang; keluli sederhana rembat dalam,
pengalas paip, tetupai bolt, nat, sesendal, bahan
penyambung, penanggung penutup, pengukuh dan
lain-lain yang ditentukan
5.Tangki Ternaik (Elavated Tank)
Hanya dipilih apabila tidak terdapat tanah tinggi untuk memenuhi keperluan bekalan
Kos pembinaan lebih besar dari takungan di atas tanah
Di dalam rekabentuknya, aspek keindahan (estetika) perlu diambil kira
CIRI-CIRI KEKUATAN STRUKTUR PENAHAN AIR
(Konkrit Tetulang)
Ketebalan struktur konkrit penahan air
Jenis-jenis besi keluli yang digunakan

Jenis R - MildSteel round Bar


Jenis Y - Mild steel High Yield Deformed bar
Fabrik Welded hard drawn steel wire

Jenis-jenis penyambungan/joint (water stop)

Water stop diperlukan di setiap penyambungan di dinding yang menahan air (expension atau
construction)

Diperbuat daripada getah atau bahan yang diperaku oleh pembekal


Gred konkrit
Biasanya menggunakan konkrit tidak kurang dari gred 25
UJIAN TEKANAN AIR (Water Tightness Test)
Sebaik sahaja pembinaan struktur penahan air siap dan kekuatan konkrit diperolehi selama 28
hari Ujian Tekanan Air dijalankan:-
Air diisi di dalam tangki sehingga paras top water level (TWL)
Kadar mengisi air secara beransur-ansur dan hendaklah tidak melebihi 2m ketinggian dalam masa 24 jam.
Selepas penuh, struktur dibiarkan selama sekurang-kurangnya 72 jam bagi membiarkan proses keserasian air
ke dalam konkrit.

Kehendak ujian dicapai apabila:-


tiada sebarang bocoran atau kebasahan terdapat di bahagian dinding selama ujian dijalankan
Di bahagian lantai tangki juga didapati kering
Rekod menunjukkan tidak terdapat kehilangan air melalui pengudaraan melebihi 1/2000 dari ketinggian paras
air asal yang diuji

Penutup tangki juga perlu dijalankan ujian dengan menyembur air ke permukaannya dan lulus
apabila tiada sebarang kebocoran selama 3 hari ujian dijalankan.
Jika terdapat sebarang kebocoran, pihak kontraktor perlu menukar atau
memperbaiki penutup tersebut sehingga pihak terlibat berpuas hati.
Selepas kerja membaikpulih, ujian tersebut diulang semula sehingga mencapai
piawaian yang ditetapkan.
TERIMA
KASIH

You might also like