You are on page 1of 32

SISTEM AGIHAN

AIR
BAB 3
PERANAN SISTEM AGIHAN AIR

• Memastikan kualiti air yang baik dengan memenuhi keperluan pengguna


seperti tidak berbau dan berwarna.
• Kuantiti dan tekanan air yang dibekalkan mencukupi untuk semua
kegunaan termasuk mencegah kebakaran.
• Bahan untuk sistem bekalan air adalah tahan lama/tahan lasak.
• Sistem perpaipan mampu membekalkan air secara berterusan dengan
penyenggaraan yang minimum.
• Membekalkan air bersih yang mencukupi.
• Sistem agihan hendaklah ekonomi dari segi rekabentuk, susun atur dan
pembinaan.
KOMPONEN SISTEM AGIHAN AIR

DELIVERY MAIN PIPE

DISTRIBUTION PIPE

RETICULATION PIPE

FIRE HYDRANT

PIPE METRE

PUMP

STORAGE RESERVOIR
DELIVERY MAIN PIPE (PAIP HANTARAN)

• Paip yang membawa air terawat dari loji


rawatan atau rumah pam ke tangki ataupun
dari satu tangki ke satu tangki yang lain.
PAIP AGIHAN
• Paip yang mengagihkan air ke paip-paip
retikulasi dari tangki/kolam perkhidmatan, loji
rawatan atau dari stesen pam penggalak
(booster pump).
PAIP RETIKULASI
• Paip yang mengagihkan air terawat ke
kawasan bekalan.
PILI AIR
• Bertujuan untuk menyalurkan air keluar dari
sistem bekalan terutamanya untuk
pemadaman kebakaran.
METER AIR
• Merupakan kelengkapan yang mengukur
kuantiti air keluar dari sistem bekalan.
KAEDAH AGIHAN AIR
• SISTEM GRAVITI
• SISTEM BERPAM
• SISTEM GABUNGAN GRAVITI DAN
BERPAM
SISTEM GRAVITI
• Kedudukan punca air & loji di aras yang tinggi dari pengguna.
• Air disalurkan kepada pengguna menggunakan daya graviti.
• Loji rawatan pada paras yang lebih tinggi dari pengguna.
• Tekanan perlu dikawal supaya tidak terlalu tinggi sehingga boleh merosakkan
sistem agihan & tekanan tidak boleh terlalu rendah.
• Kerugian turus boleh berlaku dengan aliran melalui paip pada jarak tertentu
disebabkan oleh geseran di dalam paip dan komponen yang lain.
• Kerugian turus menyebabkan pengguna di bahagian hujung sistem agihan akan
menerima tekanan air yang rendah.
• Semakin jauh air dibekalkan maka semakin banyak kerugian turus.
SISTEM BERPAM
• Sistem ini digunakan apabila turus tekanan pengguna didapati rendah @ pengguna
berada di tempat yang lebih tinggi dari loji rawatan air.
• Air dipam terus ke dalam paip penghantaran tanpa memerlukan penyimpanan
sebelum sampai kepada pengguna.
SISTEM GABUNGAN GRAVITI
DAN BERPAM
• Air dipam naik dan disimpan di dalam tangki atau kolam simpanan yang berada
pada paras yang lebih tinggi.
• Agihan air kepada pengguna dibuat secara aliran graviti.
• Ini bermakna semua pengguna mesti berada di paras yang lebih rendah dari tangki
atau kolam simpanan air.,
• Peningkatan turus tekanan perlu dibuat.
PERBANDINGAN KAEDAH AGIHAN AIR
Samb..
RANGKAIAN/SUSUNATUR PAIP
AGIHAN
• Jalan raya merupakan media yang sesuai bagi menyusunatur
paip bekalan air dan biasanya ditanam di dalam tanah.
• Di dalam kawasan bandar terdapat beberapa sistem rangkaian
agihan paip yang digunakan mengikut keperluan dan
kesesuaian.
• Pada amnya terdapat 4 jenis rangkaian paip agihan iaitu:
• i. Sistem hujung mati
• ii. Sistem grid
• iii. Sistem bulatan atau gelang
• iv. Sistem jejarian
SISTEM HUJUNG MATI
• Terdiri daripada rangkaian paip utama, paip
pencawang, paip cabang dan paip agihan.
• Kos untuk sistem ini agak murah kerana paip
yang digunakan kurang.
• Sistem ini tidak memerlukan injap yang
banyak kerana bekalan hanya mengalir sehala.
Samb..

• Terdapat di bandar-bandar lama yang tidak


terancang.
• Sesuai digunakan di bandar yang berkembang
secara tidak teratur atau untuk skim
perumahan kerana kos yang rendah dan
senang untuk pembangunan seterusnya.
Sistem grid
• Sistem ini dianggap sebagai ubahsuai daripada
sistem hujung mati.
• Setiap hujung utama, paip pencawang dan paip
cabang disambung antara satu sama lain.
• Paip utama dipasang selari dengan jalanraya
utama.
• Paip pencawang pula akan disambung selari
dengan jalan kecil dan paip perkhidmatan
disambung dengan paip pencawang seterusnya ke
paip agihan.
Samb..

• Sistem ini biasanya digunakan di kawasan


perumahan dan bandar yang pembangunan
kawasan terancang dan tersusun.
• Lebih baik dari sistem hujung mati.
• Bagi tujuan baik pulih, sistem ini dapat
mengurangkan gangguan bekalan air jika terdapat
paip yang perlu dibaiki.
• Air yang terdapat di dalam paip akan sentiasa
mengalir, oleh itu masalah air tercemar tidak
timbul
SISTEM BULATAN ATAU GELANG
• Lebih kurang sama seperti sistem grid.
• Perbezaannya ia mempunyai satu gelang sama ada berbentuk bulat atau
segiempat yang disediakan di sekitar kawasan yang memerlukan bekalan
air dengan paip utama mengelilingi kawasan bekalan.
• Sistem ini sesuai digunakan bagi bandar yang mempunyai sistem jalan raya
yang teratur dan lurus.
• Biasanya digunakan untuk membekalkan air kepada satu kawasan yang
berpendudukan padat supaya kawasan tersebut mempunyai tekanan air
yang tinggi
SISTEM JEJARIAN
• Sesuai digunakan untuk bandar atau skim
perumahan yang mempunyai susunatur jalan
raya berbentuk jejari.
SISTEM JEJARIAN

You might also like