You are on page 1of 6

PERALATAN KERJA PAIP

POWER THREADING MACHINE


Mesin ini digunakan dalam kerja memotong
paip galvani, membenang dan mereamer. Cara
menggunakannya ialah, masukkan paip galvani
dan ketatkan rahang mesin tersebut. Kemudian,
suis dihidupkan dan letakkan pada arah
kehadapan. Pedal ditekan bagi menentukan
kelajuan mesin itu. Bersihkan dalam paip
dengan menggunakan reamer pada mesin
tersebut.

PIPE WRENCH

Alat ini digunakan bagi memutar dan


mencengkam batang paip semasa kerja
penyambungan dan pemasangan. Cara
menggunakannya ialah, laraskan rahang
mengikut saiz paip. Kemudian ketatkan rahang
yang bergigi itu dan pulas batang paip
mengikut putaran jam untuk mengetatkannya
dan lawan jam untuk melonggarkannya.

ADJUSTABLE WRENCH

Alat ini digunakan bagi mengetatkan dan


menanggalkan pili paip, bolt dan nat. Cara
menggunakannya ialah, rahang dilaraskan
untuk menyesuaikan bolt dan nat yang
pelbagai saiz. Pusing ikut arah jam untuk
mengetatkan nat dan sebaliknya.
PVC PIPE CUTTER

Alat ini digunakan untuk memotong paip PVC


dengan tepat dan cepat. Cara menggunakannya
ialah paip PVC akan diukur terlebih dahulu
dan tanda pada bahagian yang hendak
dipotong. Kemudian potong pada bahagian itu
dengan berhati-hati.

POLY PIPE CUTTER

Alat ini digunakan untuk memotong paip poly


dengan tepat dan cepat. Cara menggunakannya
ialah paip poly akan diukur terlebih dahulu dan
tanda pada bahagian yang hendak dipotong.
Kemudian potong pada bahagian itu dengan
berhati-hati.

GALVANIC PIPE CUTTER

Alat ini digunakan untuk memotong paip besi


galvani dengan tepat dan cepat. Cara
menggunakannya ialah paip besi galvani akan
diukur terlebih dahulu dan tanda pada bahagian
yang hendak dipotong. Kemudian potong pada
bahagian itu dengan berhati-hati. Pastikan paip
ini diapit oleh portable yoke vises bagi
memudahkan kerja pemotongan.
MEASURING TAPE

Alat ini digunakan untuk kerja mengukur dan


biasanya mempunyai senggatan metrik. Ianya
sesuai untuk kerja paip berukuran 3 meter dan
6 meter. Cara menggunakannya ialah,
masukkan pita ke dalam perumah dan tandakan
pada bahagian yang hendak dipotong.

PORTABLE YOKE VISES

Alat ini digunakan untuk memegang dan


mengapit paip besi galvani supaya tidak
berpusing semasa memotong, mengulir dan
memasang paip. Ragum ini mempunyai 2
rahang bergigi iaitu rahang tetap dan rahang
bergerak. Cara menggunakannya ialah,
letakkan paip dan ketatkan mengikut kesesuian
saiznya.

COPPER PIPE CUTTER

Alat ini digunakan untuk memotong paip


kuprum dengan tepat dan cepat. Cara
menggunakannya ialah paip kuprum akan
diukur terlebih dahulu dan tanda pada bahagian
yang hendak dipotong. Kemudian potong pada
bahagian itu dengan berhati-hati.
FLARING TOOL

Alat ini digunakan untuk membuat mangkuk


pada paip kuprum. Cara menggunakannya
ialah, paip kuprum dimasukkan pada saiz yang
sesuai. Kemudian ketatkan nat sehingga
mangkuk terbentuk. Pastikan paip berada pada
kedudukan yang betul.

POLY PIPE WRENCH

Alat ini digunakan untuk mengetatkan dan


melonggarkan sambungan pada paip poly. Cara
mengunakannya ialah, lekatkan pada
sambungan paip dan pusing mengikut arah
putaran jam.

TOOL BOX

Kotak ini digunakan untuk mengisi kesemua


bahan untuk kerja perpaipan.
PEMBARIS

Alat ini digunakan untuk mengukur. Ianya


mempunyai senggatan metrik dalam ukuran
meter dan inci. Cara menggunakannya ialah,
letakkan pada paip dan tanda pada bahagian
yang hendak dipotong.

PENYOKONG

Alat ini digunakan untuk menyokong paip


yang hendak dipotong. Alat ini boleh dilaras
ketinggiannya.

KIKIR BULAT

Alat ini digunakan untuk membuang gerigi


dalam paip yang telah dipotong.
KIKIR RATA

Alat ini digunakan untuk membuang gerigi


luar pada hujung paip yang telah dipotong.

REAMER

Alat ini digunakan untuk membersihkan gerigi


di dalam paip. Cara menggunakanya ialah,
masukkan reamer kehujung batang paip dan
pusingkannya sehingga hujung paip kelihatan
kemas.

RATCHET DROP HEAD THREADER

Alat ini digunakan untuk membuat bebenang.


Ianya mempunyai 2 tangkai yang boleh
ditanggalkan. Ukuran mata dies ialah ½”, ¾”,
dan 1”. Bagi membuat bebenang pada paip besi
galvani, mata yang sesuai digunakan ialah ½”
hingga 1”.

You might also like