You are on page 1of 3

Pembetung (Part 1)

Pembetung (ejaannya pembetung bukan pembentung) atau dalam bahasa inggerisnya culvert telah lama digunakan oleh orang purba untuk mengalirkan air... Maksud pembetung ialah saliran air berongga yg digunakan untuk mengalirkan air samada air bersih atau kumbahan... Biasanya org dulu menggunakan buluh...sebab itu wujud perkataan Buluh Betung... tetapi perkataan betung jarang digunakan sebab bukannya orang faham pun.... Dalam istilah kejuruteraan, pembetung ini biasanya mempunyai 2 kegunaan....pertama untuk sistem kumbahan dan kedua untuk perparitan.... Pembetung dlm jurutera pula lbh khusus kpd saliran air bwh tanah shj... Di malaysia terdapat 2 jenis pembetung yg sering digunakan dalam perparitan......yg pertama pembetung paip, yg kedua pembetung kekotak... Biasanya kedua2nya diperbuat dari konkrit..kenapa konkrit?? Sistem perparitan biasanya terletak di tepi2 jalan dalam bentuk longkang.... apabila parit ini terpaksa merentasi jalan.....parit2 ini biasanya bertukar dari bentuk longkang ke pembentung... Apabila pembentung ini melalui bawah jalan, ia bukan sahaja terpaksa menanggung beban tanah di atasnya, malahan beban kenderaan di atasnya...ini memerlukan rekaan pembetung yg kuat... Dahulu di Malaysia terdpt pembetung diprbuat dr besi...dipanggil CMP (Corrugated Metal Pipe)... tetapi oleh kerana proses pengaratan yg sering berlaku.,..pembetung konkrit digunakan. Kekuatan. Salah satu kelebihan konkrit adalah kekuatannya boleh dikira berdasarkan kgunaannya...biasanya terdpt 3 jenis kekuatan yg biasa digunakan.... Rendah, Sederhana dan Tinggi... seperti sy katakan td... pemilihan bentuk pembetung adalah berdasrkn kegunaannya, biasanya kalau pembetung itu akan lalu di bawah jalan utama ia akan menggunakan pembetung gred tinggi, kalau lalu di bwh jln biasa ia akan menggunakan pembetung gred sederhana, jika tiada jalan di atasnya biasanya pembetung gred rendah... Saiz. Saiz pembetung dalam pasaran adalah bermula dari 300mm diameter sehingga ke 1800 diameter... Bagaimana menentukan kaedah memilih saiz adalah berdasarkan kpd isipadu air yg akan melaluinya... Jenis paip. Pembetung yg biasa digunakan adalah pembetung bulat/paip kerana ia bolh mengalirkan air samada ketika air banyak atau air sedikit... ini berbeza dengan pembetung kekotak, ia cuma baik mengalirkan air sewaktu air banyak....

Salah satu jenis pembetung kekotak(www.atlantisconstruction.com/)

salah satu jenis pembetung paip (www.popitplug.com) Kaedah Pemasangan..... Langkah 1 : Data2 yg perlu ada pada seorg jurutera sebelum pamasangan sesuatu pembetung adalah :a) Jajaran (alignment) - penyelia/jurutera perlu mengetahui sebelum korekan dilakukan jajaran pembetung, maksudnya pembetung tu akan lalu di mana.... seelok2nya, koordinasi dgn Jurukur adalah penting di mana kita kena mintak bantuannya menanda 'pegging' di atas tanah tempat yg bakal dikorek untuk diletakkan pembetung.

b) Memeriksa lukisan pembinaan - Lukisan pembinaan hendaklah diperiksa untuk memastikan invert level (aras lantai dasar) permulaan betung , aras hujung betung(biasanya ditulis sebegini IL2.90 = invert level 2.90, kecerunan, jenis penghamparan (penghamparan atau bedding merupakan hamparan di bawah pembetung), jenis kambusan. Langkah 2 : Peg (atau pancang) hendaklah diletakkan di tapak setiap 20m atau kurang... di setiap peg hendaklah diletakkan kedalaman korekan. Sbg contoh :Katakan ada 2 peg; di peg no. 1 tandakan C1, di peg no. 2 tandakan C2. Dlm buku :C1 = Ch 0 ; RCP450 ; IL2.95. C2 = Ch20 ; RCP450 ; IL2.90. Perlu diingat, sebelum korekan dijalankan, peg ini hendaklah dipastikan dgn pihak2 berkuasa yg mempunyai servis di bwah spt :- kabel TNB, Telekom, Paip air, Gas Malaysia, dll.... seandainya clear/bersih... korekla.

You might also like