You are on page 1of 12

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

LA 01 : KHIDMAT PELANGGAN

LnP 01.03 : LUKISAN PERPAIPAN DAN SANITARI


1.3 SEDIAKAN LUKISAN PERPAIPAN DAN SANITARI

1.3.1 SISTEM BEKALAN AIR


Pemasangan sistem pembekalan air merangkumi sistem pembekalan air ke bangunan iaitu: 1 2 Samada bekalan secara terus dan/atau bekalan daripada tangki air. Kerja-kerja pemasangan paip air dan komponen-komponen sistem bekalan air seperti meter air, injap sekat hala, injap bola, tangki air dan injap pintu. 3 Sistem pembekalan panas dan air sejuk seperti kedudukan pemanas air dan tangki air panas di dalam atau di luar bangunan. 4 Penyediaan ruang untuk kerja-kerja membaik pulih sistem bekalan tersebut. 5 Sistem bekalan terbahagi kepada 2 iaitu Kaedah Langsung dan Kaedah Tidak Langsung

1.3.2

KAEDAH LANGSUNG i. Bermaksud semua sumber air adalah berpunca dari punca air utama tanpa melalui tangki terlebih dahulu. ii. Sistem langsung mempunyai tekanan yang kuat untuk tujuan pengagihan yang lancar. iii. Kebaikan penggunaan Kaedah Langsung ini adalah: Penggunaan paip yang sedikit Air boleh diminum pada setiap paip iv. Kelemahan penggunaan kaedah ini: Tekanan air yang rendah semasa beban puncak

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

1.3.3

KAEDAH TIDAK LANGSUNG i. Semua lekapan sanitasi dibekalkan air daripada tangki kecuali puncapunca air untuk air minuman iaitu di bahagian dapur. ii. Kebaikan: Mempunyai tangki simpanan air Tiada tindakan back siphonage

Rajah 1.1 Kaedah Langsung Dan Kaedah Tidak Langsung

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

1.3.4

SIMBOL DAN LUKISAN PERPAIPAN A. Simbol Perpaipan

20mm

Paipairsejuk

Diameter

Pemanas air

Tap

Paipairpanas

Soket pengecil

Poinkeluar

Hos mandian

Paipbersilang

Meter air

Injap bebola

Tangki sim panan air (Pandangan atas)

Paiptertukup

Arah aliran

Kunci paip

Tang sim panan air (Pandangan hadapan)

P a n d a n g a n A ta s

Pandangan Hadapan

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

Panda nga n Ata s

Panda ngan Hadapan

B. Lukisan Perpaipan

Lukisan perpaipan digunakan untuk menerangkan secara piawai kedudukan lekapan sanitasi, arah aliran air serta maklumat lain. Adalah beberapa jenis lukisan perpaipan antaranya:

1) Lakaran Tujuan lakaran kerja paip dibuat adalah untuk mengenalpasti kedudukan sanitasi untuk membuat kerja-kerja paip. Lakaran di perlu sebelum pelan dilukis.

Lakaran kerja paip hendaklah menunjukkan: a. Lekapan sanitasi b. Meter paip c. Tangki d. Paip air

2) Lukisan Perpaipan Ortografik Ortografik merupakan pandangan 2 dimensi. Untuk lukisan perpaipan, biasanya menggunakan samada pelan ataupun pandangan hadapan.

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

DINING

KITCHEN HOT WATER COOL WATER BATH / W.C

PORCH

SUDUT PANDANGAN ATAS


NOT TO SCALE

Rajah 1.2 menunjukkan gambarajah diagramatik bekalan air.

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

3)

Lukisan Perpaipan Isometri

Rajah 1.4 Lukisan Perpaipan Isometri.

Isometrik merupakan pandangan 3 dimensi. Dengan isometri kita boleh melihat arah aliran paip yang sebenar. Rajah 1.4

menunjukkan Lukisan Perpaipan Isometri.

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

Latihan

Berpandukan pelan lantai di bawah ini, anda dikehendaki untuk melakar simbol perpaipan dan aliran mengikut spesifikasi yang betul.

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

Jawapan

1.3.2

SISTEM SANITARI
Pembentungan bermaksud paip-paip bawah tanah yang digunakan untuk

mengumpul dan membawa sisa buangan dari rumah kediaman atau bangunan ke tempat takungan dan loji rawatan dan punca pembuangan akhir.

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

Terdapat dua jenis sistem paip iaitu paip buangan dan paip air sisa. Sistem paip buangan membawa maksud paip yang membawa air kotoran dan buangan dari dapur dan bilik mandi ke parit.

Manakala sistem paip buangan pula bermaksud paip yang membawa air sisa buangan dari lekapan sanitasi ke lurang.

Pemasangan sistem saliran dan pembentungan pula merangkumi kefahaman tentang sistem tersebut termasuk: 1 2 3 Prinsip-prinsip pengaliran seperti kecuraman, dalam dan pengudaraan. Kedudukan lekapan sanitasi. Pembinaan lurang dan tangki sisa buangan serta pemasangan paip-paip pembentungan.

Sistem pembentungan terbahagi kepada dua jenis iaitu:A. Sistem Berasingan B. Sistem Sambungan

5.2.1

JENIS-JENIS SISTEM PEMBENTUNGAN

A. Sistem Berasingan Sistem pembentungan berasingan menggunakan 2 paip iaitu paip longkang dan paip dari alatan kebersihan.

Kebaikan sistem berasingan: 1 Menjimatkan samada dari kos penyelenggaraan dan juga kos pembinaan pusat rawatan. 2 Ini adalah kerana ia hanya memerlukan pusat rawatan yang kecil sahaja kerana hanya memproses sisa buangan.

Keburukan sistem berasingan: 1 2 Kos pemasangan adalah tinggi. Berkemungkinan tersalah sambung.

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

B. Sistem Sambungan Sistem pembentungan jenis sambungan bermaksud semua air

pembuangan dan air permukaan dibawa ke pembentungan dengan menggunakan satu saliran sahaja.

Kebaikan sistem sambungan: 1 2 Menjimatkan dari segi kos pemasangan. Tiada risiko tersalah sambung dan boleh di flush oleh air hujan.

Kelemahan sistem sambungan: 1 2 Adang air berkemungkinan untuk pecah Memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi kerana pusat rawatannya yang besar.

10

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

11

Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Perpaipan Domestik

12

You might also like