You are on page 1of 16

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,


81310 UTM JOHOR BAHRU, JOHOR MALAYSIA.

SHPE1242-01

KELENGKAPAN SERVIS PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA


(REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING EQUIPMENT SERVICE)

TUGASAN BERKUMPULAN

LAPORAN PROJEK SISTEM PENYAMAN UDARA

2022/2023

NO NAMA NO. MATRIK


1. MOHD RIFQI SYAHMI BIN BASRY A19HP3030
2. MUHAMMAD NADZRIN BIN AZLI A19HP3040
3. NABIL FIQRI BIN SHAIFORRIZAM A19HP3045
4. NUR ADIBA BINTI ROSLE A19HP3050

DISERAHKAN KEPADA:
PROF MADYA DR YUSRI KAMIN
PENGENALAN

Pada projek yang dilakukan adalah membuat kitaran sistem penyaman udara dalam
bentuk projek iaitu dari pemampat, pemeluwap, peranti bahan, kondenser dan sistem elektrik.
Dalam proses melakukan projek ini, dapat belajar cara membentuk saiz gegelung kondenser
yang sesuai untuk sistem penyaman udara yang diperlukan untuk pemeluwap mengeluarkan
udara yang sejuk. Selain itu, proses perpaipan kuprum dilakukan bagi laluan bahan pendingin
mengikut kitaran penyaman udara dengan reka bentuk dan susunan sendiri.

LANGKAH KESELAMATAN

• Kain basah perlu diletakkan pada kompressor semasa proses silfos antara paip kuprum
dengan paip kuprum kompressor.
• Pakai sarung tangan dan kaca mata keselamatan semasa melakukan proses silfos paip
kuprum.
• Mengamalkan langkah keselamatan bengkel.
• Mendengar arahan dari pensyarah dan pembantu bengkel.
PERALATAN

Peralatan Huraian
Pemotong tiub kuprum Digunakan untuk memotong paip
kuprum kepada dua.

Penggarit/ pen/ pensil Digunakan untuk menanda pada bahan


kerja.

Pembaris keluli Digunakan untuk mengukur panjang


yang dikehendaki.

Pelulas Digunakan untuk membuang gerigis


pada tiub kuprum.

Alat kapit Digunakan untuk membuat pitch off


dan mengapit tiub kuprum.

Pembengkok tiub kuprum jenis tuil Digunakan untuk membengkokkan paip


kuprum kepada sudut yang
dikehendaki.

Alat pengembangan (flaring) Digunakan untuk mengembangkan


hujung paip kuprum.
Whiteboard marker Digunakan untuk membuat lilitan
matering device.

Baldi berisi air sabun Digunakan untuk menguji kebocoran.

Kertas pasir Digunakan untuk membersihkan


permukaan sebelum melakukan proses
silfosing.

Fire gun brazing Digunakan untuk memanaskan paip


kuprum dan mencairkan brazing rod
kuprum.

Spannar boleh laras (adjustable wrench) Digunakan untuk mengetatkan


penyambungan antara nut kembang dan
penjodoh.
Manifold gauge Digunakan untuk menyambungkan hos
tekanan rendah ke injap alir masuk dan
melihat tekanan pada tekanan rendah.

Pita pengukur Untuk mengukur bagi kerja


mendapatkan panjang yang
dikehendaki.

BAHAN

• Paip kuprum
• Pemampat
• Pemeluwap
• Filter drier
• Wayar elektrik
• Kepala plug 3 pin
LAKARAN PROJEK

PROSES ATAU LANGKAH KERJA

Proses Huraian
Menyusun bahan projek Susun dahulu bahan dengan mengikut
lakaran yang dibuat.

Memotong perpaipan kuprum a) Luruskan tiub kuprum dengan


meletakkan hujung tiub kuprum di
(a)
tempat yang rata. Kemudian tarik
gelungan tiub kuprum di tempat yang
rata dengan menarik gelungan secara
melurus.
b) Memotong tiub tiub kuprum.
1. Mengukur dan menanda mengikut
panjang yang dikehendaki.
(b) 2. Masukkan tiub kuprum di antara
bilah pemotong dan roda
pengguling.
3. Pusingkan tombol pengetat sehingga
bilah pemotong menekan sedikit
pada tiub kuprum.
4. Kemudian pusing ke arah hadapan
atau mengikut arah pusingan jam.
5. Setelah cukup satu pusingan, ulang
langkah ke-3 dan ke-4 sehingga tiub
kuprum terpotong
c) Melulas tiub kuprum
(c)
1. Setelah tiub kuprum dipotong,
masukkan tiub kuprum ke dalam kon
pelulas.
2. Pusingkan pelulas ke kiri dan ke
kanan untuk membuang gerigis.
3. Ratakan permukaan yang dilulas
menggunakan kikir atau kertas pasir.
(d)
d) Membengkok tiub kuprum
1. Untuk proses membengkokkan tiub,
pastikan proses memotong dan
melulas tiub kuprum dilakukan
terlebih dahulu.
2. Buat penandaan mengikut ukuran
yang diinginkan.
3. Masukkan tiub kumprum dalam alur
pembengkok, pastikan ada lebihan
panjang tiub berada pada pemegang
tiub.
4. Laraskan tiub kuprum, pastikan
penanda diletakkan setentang 0
dengan L.
5. Gerakkan tuil sehingga 0 setentang
dengan sudut yang diperlukan.
6. Buka pemegang tuil sehingga
bersentuhan dengan pemegang tiub.
7. Kemudian keluarkan tiub yang telah
dibengkokkan.
e) Pinch off tiub kuprum
1. Buat penandaan pada tiub kuprum
pada tempat yang ingin di pinch off.
2. Dengan menggunakan alat kapit,
kapitkan pada penandaan yang telah
dibuat.
3. Kemudian buat pemotongan pada
bahagian tidak diinginkan.
(e) f) Flaring dan swaging tiub kuprum
1. Mengukur dan menanda mengikut
panjang yang dikehendaki.
2. Kemudian potong tiub kuprum
dengan panjang yang dikehendaki
dan melulas tiub kuprum tersebut.
3. Masukkan nat kembang ke tiub
kuprum terlebih dahulu.
4. Pasang tiub kuprum ¼” pada blok
pengembangan saiz ¼” dengan
jarakkan sebanyak 0.15cm.
5. Kemudian ketatkan blok
pengembangan dan jalankan kerja
(f) flaring.
6. Selepas siap buat kerja flaring, lulas
tiub kuprum.
g) Penyambungan nut kembang
1. Letakkan connector ke nut kembang.
2. Kemudian pusingkan nut kembang
mengikut arah jam.
3. Ketatkan nut kembang dan connector
dengan menggunakan spanar boleh
laras.
4. Buat kedua-kedua penyambungan
dengan mengikuti langkah 1, 2, dan
3.
h) Gegelung materi device
1. Dengan menggunakan paip kuprum
dan whiteboard marker.
2. Pusingkan paip kuprum mengelilingi
whiteboard marker sehingga 5 lilitan
terhasil.
i) Menyambung tiub kuprum yang
berbeza saiz
1. Buat pengukuran, dan penanda pada
tiub kuprum dengan 1cm kedua-dua
paip besar dan kecil.
2. Kemudian masukkan tiub saiz kecil
ke dalam tiub saiz besar dengan jarak
yang diukur tadi.
(g) 3. Kapitkan paip kuprum saiz besar
sehingga paip besar mengelilingi
paip saiz kecil.
j) Membuat silfos
1. Bersihkan permukaan kedua-dua
tiub kuprum yang hendak disilfos
dengan menggunakan kertas pasir.
2. Apitkan tiub kuprum pada ragum
meja dengan kemas pada kedudukan
(h) menegak.
3. Laraskan api oksi-asetelina pada
nyalaan neutral.
4. Panaskan permukaan tiub kuprum
yang hendak disilfos sehingga
kemerah-merahan.
5. Lalukan brazing rod kuprum di
sekeliling sambungan sehingga cair
pada arah yang bertentangan dengan
(i) nyalaan api.
6. Biarkan sambungan sejuk seketika.

(j)
Menguji kebocoran 1. Masukkan bahan pendingin ke dalam
sistem penyaman udara sebanyak 10 psi
dengan menggunakan manifold gauge
dan bahan pendingin r-134a.
2. Dengan menggunakan air sabun,
letakkan pada bahagian penyambungan
paip kuprum yang dilakukan.
3. Periksa sama ada mempunyai
gelembung air atau tidak.
4. Jika mempunyai gelembung air makna
nya projek mengalami kebocoran di
antara silfos tidak menutupi dengan
betul atau sambungan skrew tidak ketat.
Vacuum sistem penyaman udara 1. Sambungkan hos warna biru pada
alur masuk sistem penyaman udara.
2. Kemudian sambungan hos warna
kuning pada vacuum pump.
3. Kemudian letakkan tombol pada
vacuum pump pada kedudukan
open dan biarkan vacuum pump
beroperasi selama 15minit ke 30
minit untuk membersihkan sistem
penyaman udara.

Pemasangan wayar elektrik 1. Pasangkan female connector pada


hujung wayar warna biru dan coklat.
Kemudian pasang ring connector pada
hujung wayar warna kuning hijau.
2. Pasang wayar pada plug 3 pin dengan
kedudukan yang betul.
3. Sambungkan wayar female connector
warna coklat pada overload.
4. Wayar warna biru pula ke running atau
bahagian bawah overload.
PEMERHATIAN DAN HASIL KERJA

Pada pemerhatian kami, kami dapat mengelakkan kebocoran berlaku disebabkan kami
telah menitik beratkan keteliti semasa proses kerja dilakukan pada pengujian kebocoran yang
pertama. Selain itu, sistem penyaman udara kami berfungsi dengan baik apabila sistem
dihidupkan dan paip kuprum antara materi device dengan evaporator berada dalam keadaan
suhu sejuk dan tiada fros pada paip kuprum.

Gambarajah menunjukkan hasil penyambungan paip kumprum pada setiap komponen kitaran
penyaman udara.
Gambarajah menunjukkan bacaan bahan pendingin dan bacaan ampere apabila sistem
penyaman udara running.
KESIMPULAN

Untuk melakukan kerja perpaipan kuprum, kemahiran mengukur dan mahir


menggunakan alatan tangan penting perlu dilakukan dengan teliti agar dapat ukuran yang
sesuai dan tidak membazirkan paip kuprum. Selain itu, kita perlu mengikuti langkah
keselamatan dan mematuhi pemakaian keselamatan semasa menjalankan kerja perpaipan
kuprum bagi mengelakkan kecelakaan yang teruk. Seterusnya, semasa menjalankan kerja
perpaipan kuprum dalam bengkel perlulah kita mendengar arahan yang diberikan oleh
pensyarah supaya kerja perpaipan dapat dilakukan dengan selamat. Di samping itu, untuk
melakukan kerja penyambungan paip kuprum yang berbeza saiz perlu dilakukan dengan
menggunakan alat pengapit dan proses silfos.

REFLEKSI

Refleksi Mohd Rifqi Syahmi Bin Basry:

Semasa menjalankan projek sistem penyaman udara, saya sedar betapa pentingnya
kelestarian dan kecekapan tenaga. Sistem yang kami bangunkan perlu memberikan keselesaan
kepada pengguna dengan sebaik mungkin. Oleh itu, kami memberi tumpuan kepada
penggunaan teknologi yang mesra alam dan mengoptimumkan penggunaan tenaga, seperti
menggunakan pengesan untuk mengawal suhu bilik secara automatik. Ini membuat saya lebih
sedar akan kesan alam sekitar projek-projek teknologi dan semakin termotivasi untuk
menyumbang kepada penyelesaian yang mampan.

Refleksi Muhammad Nadzrin Bin Azli:

Projek sistem penyaman udara mengajar saya tentang kepentingan reka bentuk yang
mesra pengguna. Semasa merancang sistem ini, kami perlu mempertimbangkan pelbagai faktor
seperti keperluan pengguna, kemudahan pengendalian, dan keselamatan. Kami melakukan
banyak penyelidikan dan ujian untuk memastikan sistem yang kami bangunkan boleh
diendalikan dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Projek ini membuat saya sedar akan
kepentingan memahami pengguna akhir dan memberi keutamaan kepada pengalaman mereka
dalam proses reka bentuk.
Refleksi Nabil Fiqri Bin Shaiforrizam:

Semasa bekerja pada projek sistem penyaman udara, saya belajar tentang kepentingan
pasukan yang kompak dan bekerjasama. Projek ini melibatkan pelbagai disiplin ilmu, termasuk
jurutera, pereka, dan pakar tenaga. Kami perlu bekerjasama untuk memahami keperluan sistem,
menyelesaikan cabaran teknikal, dan mengoptimumkan prestasi sistem. Saya terinspirasi oleh
kerjasama pasukan kami dan sedar akan keberkesanan kolaborasi dalam mencapai hasil yang
luar biasa.

Refleksi Nur Adiba Binti Rosle:

Semasa projek sistem penyaman udara, saya mendapatkan pemahaman yang lebih
mendalam tentang kepentingan ujian dan penilaian yang teliti. Selain merancang dan membina
sistem, kami melakukan ujian berulang untuk memastikan bahawa sistem berfungsi dengan
baik, mengikut spesifikasi, dan selamat digunakan. Proses ini mengajar saya tentang
kepentingan teliti dalam setiap fasa pembangunan projek dan memberi perhatian kepada
butiran kecil yang boleh memberi impak besar kepada prestasi keseluruhan sistem.

You might also like