You are on page 1of 16

PENGENALAN

 PEMBARIS KELULI :

Pembaris keluli diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat yang
keras, Permukaan pembaris keluli ditandai dengan CM INCI dan MM. Pembaris
keluli ini bersaiz 300 MM dan 1000 MM.
 ANGKUP LUAR :

Angkup luar digunakan untuk mengukur saiz luaran sesuatu objek. Cara
penggunaannya agak sama dengan pengunaan angkup dalam.

 ANGKUP DALAM :
Binaan dan bentuk angkup dalam hampir serupa dengan angkup luar kecuali ia
mempunyai kaki yang bengkok keluar.Kegunaan angkup dalam pula adalah untuk
mengambil ukuran pada sebelah dalam seperti garis pusat batang paip, garis pusat
lubang, lebar lurah, lengkang lurah alur kunci dan sebagainya.

 SESIKU BERGABUNG ( COMBINATION SET )

Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang dipasangkan pada


pembaris :

1.    Pembaris keluli
2.    Kepala sesiku
3.    Kepala jangka sudut
4.    Kepala pusat

 Pembaris Keluli :

Di bahagian belakangnya terdapat lurah bagi membolehkan bahagian kepala


berkesot.

 Kepala Sesiku :

Mempunyai sudut tepat 90' dan sudut 45.Ia juga dilengkap dengan pengaras
spirit.Kombinasi kepala sesiku dan pembaris ini membolehkan sesiku bergabung
digunakan untuk menanda garisan selari atau bersudut tepat dengan tepi (Rajah
3.35 (a) dan 3.35(b),sebagai tolok menguji dalam dan juga menguji sudut tepat
(Rajah 3.35 (c) atau sudut 45 (Rajah  (3.35 (d).

   Kepala Jangka Sudut :

Ia disenggatkan kepada 0 180 atau 0 - 90 sebelah-menyebelah.Kepala jangka sudut


membolehkan pembaris disetkan kepada sebarang sudut yang dikehendaki.

 Kepala Pusat

Kepala pusat digunakan untuk menanda pusat bar bulat atau membuat garisan pada
sisi bongkah yang bersudut tepat.Ketiga -tiga jenis kepala yang disebutkan diatas
boleh ditempatkan dimana-mana kedudukan pada pembaris.

 ANGKUP VERNIER :

Angkup Vernier merupakan alat pengukur Jitu yang boleh mengukur dengan


ketepatan sehingga 0.02 mm. Angkup Vernier lazimnya digunakan dalam
Kejuruteraan dan juga untuk aktiviti pengukuran dan pengujian produk dalam
kawalan kualiti.Pengukuran dan pengujian Yang boleh dilakukan ialah
mengukur diameter luar atau dalam,lebar lurah,kedalaman lurah,dan panjang.

i.Skala Utama (Main Scale) – berfungsi mengambil ukuran kasar 1mm. Skala ini
mempunyai panjang 150mm, 200mm atau 300mm.

ii.Skala Vernier (Vernier Scale) – berfungsi untuk mengambil ukuran yang tepat


sehingga 0.02mm, 0.05mm atau 0.001’’

iii.Rahang Luar (Outside Jaw) – berfungsi untuk mengambil ukuran bahagian  luar


atau diameter luar benda kerja.

iv.Rahang Dalam (Inside Jaw) – berfungsi mengukur bahagian dalam benda kerja


contohnya diameter dalam, lebar lurah dan sebagainya.

v.Bilah pengukur kedalaman (Depth Leg) – berfungsi mengukur kedalaman lubang


atau lurah dan ketinggian benda kerja dari ‘datum line’ (garisan rujukan).

vi.Skru Pengunci (Clamping Screw) – berfungsi mengunci kedudukan skala vernier


bagi tujuan mengambil ukuran dengan ketepatan.

PROSEDUR / LANGKAH KERJA

1. CARA PENGGUNAAN PEMBARIS KELULI


 Meletakkan pembaris pada bahan kerja
 Memastikan pembaris keluli dalam kedudukan selari
 Menggunakan pengarit untuk menanda garisan pada bahan

2. CARA PENGGUNAAN ANGKUP LUAR


 Angkup luar digunakan untuk mengukur bahan pada bahagian luar
 Untuk mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat atau rata, ketebalan
dinding silinder dan bahagian benda kerja bertingkat.
 Meletakkan muncung hadapan angkup luar pada bahan untuk mendapatkan
ukuran bahan

3. CARA PENGGUNAAN ANGKUP DALAM


 Angkup dalam digunakan untuk mengukur bahan pada bahagian dalam
 Untuk mengambil ukuran pada sebelah dalam seperti garis pusat batang paip,
garis pusat lubang, lebar lurah, lengkang lurah alur kunci dan sebagainya.
 Gunakan muncung angkup luar untuk mengukur bahan

4. CARA PENGGUNAAN SESIKU BERGABUNG


4.1 KEPALA SESIKU

 Mempunyai sudut tepat 90' dan sudut 45.Ia juga dilengkap dengan pengaras
spirit
 Kombinasi kepala sesiku dan pembaris ini membolehkan sesiku bergabung
digunakan untuk menanda garisan selari atau bersudut tepat 

4.2.1 KEPALA JANGKA SUDUT


 Ia disenggatkan kepada 0 180 atau 0 - 90 sebelah-menyebelah
 Kepala jangka sudut membolehkan pembaris disetkan kepada sebarang sudut
yang dikehendaki.

4.2 KEPALA SESIKU


 Kepala sesiku digunakan untuk mencari titik pusat pada bahan
 Titik pusat akan diletakkan pada garisan yang tentu
 Ia juga digunakan sudut 90'

5. PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER


 Alat pengukuran yang berketepatan tinggi dan mempunyai had penggunaan
kepada saiz objek yang hendak di ukur.
 Gunakan rahang tetap untuk mencari ukuran luar
 Gunakan bilah untuk mecari ukuran lurah pada bahan

PERBINCANGAN MENGENAI PERALATAN PENGUKURAN


a) KEGUNAAN PERALATAN PENGUKURAN YANG DIGUNAKAN

 Alat pengukur ini mempunyai perbezaan dari segi ketepatan. Contohnya,


angkup luar dan angkup dalam yang mempunyai perbezaan ketepatan ukuran
dengan vernier caliper.Vernier caliper mempunyai ketepatan 0.2 mm manakala
angkup luar dan angkup dalam bergantung pada ketepatan ukuran.Pengguna
tidak sengaja dalam melakukan ralat semasa mengukur ianya akan
menyebabkan tepatan ukuran tidak tepat.

 Perbezaan kepala sudut dengan combination set.Kedua-dua mempunyai ukuran


berbeza.Dimana kepala sudut tidak mempunyai ukuran perpuluhan manakala
combination set mempunyai perpuluhan dengan kelebihannya dapat ukuran
dengan lebih jitu.

 Kesemua peralatan ini mempunyai hasil kiraan yang sama tetapi mempunyai
tahap pengiraan yang tidak tepat yang berbeza.

b) DATA YANG DIPEROLEHI / JADUAL PENGUKURAN


SPESIMEN
SILINDER 5.1 CM 49.91 MM
RECTANGULAR 4.9 CM 4.91 MM
ALUMINIUM
OUTSIDE SILINDER 4.6 CM 45.8 MM
ANGLE 43.0 CM 45.00 MM

OBJEKTIF

a) Untuk memberi pelajar mengetahui jenis-jenis unit asas pengukuran.


b) Memahami cara membezakan peralatan pengukuran dengan menggunakan
kaedah yang betul untuk kerja mengukur bahan kerja.

PERALATAN PENGUKURAN YANG DIGUNAKAN

PEMBARIS KELULI

ANGKUP LUAR

ANGKUP DALAM

SESIKU BERGABUNG

ANGKUP VERNIER
c) KESIMPULAN DARI DAPATAN KERJA PROJEK AMALI

Kesimpulan yang saya dapat dari kerja projek yang saya lakukan ialah saya dapat
mengenali alatan pengukuran lebih mendalam. Terdapat pelbagai alat pengukuran
yang saya pelajari semasa melakukan projek amali ini. Sebagai contoh, saya dapat
belajar cara menggunakan pembaris keluli, angkup luar, angkup dalam, sesiku
bergabung dan angkup vernier serta kelebihan alat pengukuran tersebut.

You might also like