You are on page 1of 9

Praktikal 1 : Pengukuran dalam kehidupan seharian Hasil pembelajaran : Untuk mencatat dan membandingkan ukuran menggunakan alatan yang

berbeza. Pengenalan : ANGKUP VERNIER Sebuah angkup vernier mempunyai skala boleh gerak yang selari dengan skala kekal. Peralatan mengukur persis ini mampu mengukur garis pusat dalam, garis pusat luar dan kedalaman. Angkup vernier boleh didapati dalam dua skala, iaitu skala Imperial dan skala metrik.

Satu alat mengukur jitu yang mempunyai ketepatan 0.01 cm atau 0.001 mm.

Angkup vernier boleh digunakan untuk mengukur:

- mengukur tebal dan panjang benda kerja TOLOK SKRU MIKROMETER

- mengukur garis pusat batang bulat

Mikrometer digunakan untuk mengukur dimensi lelurus luar dan dalam sesuatu objek. Semua mikrometer luar dan dalam ditentukan dan dibaca dengan cara yang sama. Ukuran diambil pada titik micrometer membuat sentuhan dengan permukaan objek yang hendak diukur. Komponen utama dan tanda sebuah mikrometer terdiri daripada bingkai, pengumpar, tuil pengunci, sarung, angka sarung, garis sepanjang sarung, jidal dan gear sahala.

Cara memegang mikrometer

Cara Membaca Mikrometer - Setiap angka di atas sarung mewakili 5mm atau 0.005 meter (m) - Setiap satu angka dibahagikan kepada 10 ruang dengan garis indeks berulang di atas dan di bawah garis mengufuk mewakili 0.5 mm atau 5/10 mm. - Tepi serong jidal dibahagikan kepada 50 ruang yang sama jarak dengan 50 garisan berangka 0, 5, 1045. Apabila lengkap satu pusingan jidal, bermakna telah lengkap 0.5 mm. Oleh itu, satu sesengat di atas jidal bersamaan dengan 0.01 mm atau 1/100 mm.

Tambah 5 mm

Tambah 0.5 mm

0.01 sama dengan 5.51 mm

-Tiga bacaan berlainan ditambah untuk mendapatkan bacaan

jumlah bacaan mikrometer 7.28 mm

Alatan : pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, neraca tiga palang, penimbang elektronik. Bahan : wayar kuprum, pensil, sehelai rambut dan satu sudu kecil pasir. Aktiviti 1 : Mengukur Panjang Langkah-langkah : 1. Diameter sebatang pensil, wayar kuprum dan sehelai rambut anda sendiri telah diukur dengan pembaris, klip vernier dan tolok skru mikrometer. 2. Pengukuran tersebut diulang. 3. Hasil pengukuran dijadualkan. Soalan : 1. Antara ketiga-tiga alat ukur yang digunakan untuk mengukur kepanjangan, manakah yang paling tepat? Manakah yang paling jitu? Tolok skru mikrometer merupakan alat ukur yang paling tepat dan jitu untuk mengukur kepanjangan kerana ia mempunyai kejituan sehingga 0.01mm atau 0.001cm. semakin kecil pembahagian skala minimum, maka, lebih sensitif sesuatu alat ukur itu.

2. Jika seorang pelajar menggunakan pembaris meter untuk mengukur ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik bagi dia untuk mencatatkan bacaan seperti 4.32 cm. Jelaskan mengapa? Pembaris meter hanya dapat memberikan bacaan yang mempunyai satu tempat perpuluhan seperti 0.1cm oleh itu adalah mustahil untuk mendapat bacaan seperti 4.32 cm jika menggunakan pembaris meter. Pembaris meter juga tidak mempunyai senggatan halus yang boleh memberikan bacaan seperti 4.32 cm.

3. Alat apakah yang digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas? Jelaskan. Tolok skru mikrometer adalah alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas. Keadaan kertas yang nipis adalah lebih sesuai dengan kemampuan andas dan pengumpar yang mampu mengepit objek senipis kertas. Kehadiran senggatan halus mampu memberikan bacaan yang tepat dan jitu. Selain itu, tolok skru mikrometer mampu memberikan bacaan dalam apa jua nombor tidak kira genap atau ganjil pada tempat perpuluhan yang ketiga contohnya 0.723 cm atau 0.724 cm berbanding dengan angkup vernier yang hanya boleh diletakkan nombor genap sahaja pada titik perpuluhan yang ketiga contohnya 0.724 cm.

Keputusan :

Alat pengukur Pembaris, cm Angkup vernier, cm Tolok skru mikrometer, cm

Bacaan 1 0.7 0.724 0.730

Bacaan 2 0.7 0.724 0.710

Bacaan 3 0.7 0.723 0.730

Bacaan 4 0.7 0.724 0.723

Jadual 1 : Diameter pensil

Alat pengukur Pembaris, cm Angkup vernier, cm Tolok skru mikrometer, cm

Bacaan 1 0.053 0.050

Bacaan 2 0.054 0.053

Bacaan 3 0.054 0.050

Bacaan 4 0.054 0.051

Jadual 2 : Diameter dawai tembaga

Alat pengukur Pembaris, cm Angkup vernier, cm Tolok skru mikrometer, cm

Bacaan 1 0.006

Bacaan 2 0.006

Bacaan 3 0.006

Bacaan 4 0.006

Jadual 3 : Diameter rambut Aktiviti 2 : Mengukur Jisim Langkah-langkah : 1. Jisim sebatang pensil dan satu sudu kecil pasir ditimbang dengan menggunakan neraca tiga palang dan penimbang elektronik. 2. Penimbangan tersebut diulang. 3. Hasil penimbangan dijadualkan. Soalan : 1. Antara dua alat pengukur yang digunakan untuk mengukur jisim, manakah yang paling tepat? Manakah yang paling jitu? Jelaskan. Penimbang elektronik merupakan alat pengukur jisim yang paling tepat dan jitu kerana ia mempunyai tahap sesitiviti yang tinggi berbanding neraca tiga palang iaitu 0.001g.

2. Namakan penimbang lain yang boleh digunakan untuk mengukur jisim di kehidupan seharian. Penimbang berat badan.

3. Apakah yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti diatas? semakin kecil pembahagian skala minimum, maka, lebih sensitif sesuatu alat ukur itu. Alat ukur seperti tolok skru mikrometer dan neraca elektronik mempunyai pembahagian skala minimum yang kecil, oleh itu ia dapat memberikan bacaan yang tepat dan jitu. Selain itu, penggunaan alat ukur dengan betul dapat dipelajari dengan lebih mendalam.

Keputusan :

Alat pengukur Neraca elektronik, g Neraca tiga palang, g

Bacaan 1 3.37 3.30

Bacaan 2 3.37 3.30

Bacaan 3 3.37 3.30

Bacaan 4 3.37 3.30

Jadual 4 : Jisim pensil

Perbincangan/refleksi : 1. Diameter dawai tembaga dan rambut tidak boleh diukur dengan menggunakan pembaris meter kerana ia terlalu halus untuk diukur. 2. Pengulangan bacaan dilakukan bagi meningkatkan kejituan bacaan yang direkodkan.

3. Ralat paralaks merupakan kesilapan pengukuran yang berlaku apabila seseorang membaca tanda skala dari kedudukan yang salah.Semasa mengambil bacaan, kedudukan mata harus betul-betul tegak di depan tanda skala untuk mengelakkan ralat paralaks. Semasa mengambil bacaan menggunakan pembaris meter, kedudukan mata hendaklah betul-betul tegak di depan skala. 4. Ralat sifar atau ralat hujung merupakan satu ralat yang berlaku apabila pemerhatian yang dibuat seharusnya berdasarkan bacaan yang sifar tetapi yang diambil adalah bukan sifar. Semasa menggunakan pembaris, hujung pembaris didapati haus menyebabkan skala pada tanda "0" di atas pembaris tidak kelihatan dengan jelas. Namun, ralat ini dapat dielakkan dengan memulakan pengukuran dari tanda 1 cm. 5. Ketika menggunakan penimbang, pastikan kipas angin ditutup kerana ia boleh mempengaruhi bacaan penimbang. Sisa pasir yang ditimbang perlulah dibersihkan setiap kali penimbangan diulang. 6. Keadaan alat ukur yang agak lama dan lusuh sedkit sebanyak telah mempengaruhi bacaan yang yang diperolehi. Penyelarasan alat ukur dilakukan terlebuh dahulu sebelum pengukuran dibuat bagi mendapatkan bacaan yang berkualiti. 7. Kerjasama rakan kumpulan telah memberikan dorongan kepada saya untuk meneruskan eksperimen ini dan lebih bersemangat dalam menyiapkannya.

Kesimpulan : Alatan berbeza menunjukkan bacaan yang hampir sama disebabkan kesensitifan sesuatu alat ukur tersebut.

Rujukan : Tolok Skru Mikrometer. Diakses pada Januari 13, 2011. Daripada http://www.scribd.com/doc/4265663/TOLOK-SKRU-MIKROMETE1 Ralat Paralaks. Diakses pada Januari 13, 2011. Daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ralat_paralaks Ralat Sifar. Diakses pada Januari 13, 2011. Daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ralat_sifar Hoong.T.L. (1993). Revisi Lengkap SPM Fizik : Tingkatan 4 Dan 5 . Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.

You might also like