You are on page 1of 4

Sains UPSR Unit 6 Pengukuran

2. Beberapa contoh ukuran panjang ialah:


6.1 Panjang

Maksud panjang
Tahun

1. Panjang ialah jarak di antara dua titik.

A B
Panjang sebatang pensel
4

Ketebalan sebuah buku


Lebar sebuah bilik
Ketinggian seorang budak lelaki

Alat pengukuran tidak piawai

1. Sebelum teknologi berkembang, manusia menggunakan anggota badan untuk mengukur


panjang.

Jengkal Tapak kaki Hasta Depa


Jarak di antara Jarak di antara tumit Jarak di antara Jarak di antara dua
hujung ibu jari dengan hujung jari hujung siku dengan hujung tangan yang
dengan hujung hujung jari hantu didepangkan
jari telunjuk yang
direntangkan

2. Anggota badan ialah satu contoh alat 3. Ukuran yang diukur dengan anggota
tidak piawai dan masih lagi digunakan badan kurang tepat kerana setiap orang
sekarang. mempunyai saiz badan yang berbeza.

52
Sains UPSR Unit 6 Pengukuran

4. Selain anggota badan, ukuran


panjang juga boleh diperoleh dengan Kongsi Idea
menggunakan alat-alat yang seragam
seperti yang berikut: Apakah alat seragam lain yang boleh
digunakan untuk mengukur panjang?

Tahun
5. Alat-alat yang seragam yang digunakan
Tali
untuk mengukur ialah alat pengukur tidak
Penyedut
piawai. 4
minuman

Panjang kotak = 4 penyedut minuman


Alat pengukuran piawai
Klip kertas

1. Pengukuran yang tepat dibuat dengan


menggunakan alat pengukur piawai.
Panjang pensil = 8 klip kertas

Mari Siasat
Tujuan: Mengenal pasti alat pengukur yang sesuai untuk mengukur panjang objek
Alat dan bahan: Benang, pembaris, pita pengukur, objek seperti botol, jam dinding dan almari
Kaedah:
1. Objek-objek seperti di bawah diperhatikan.

Jam dinding Botol air minuman Kabinet

2. Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur panjang setiap objek dikenal pasti.
3. Pemerhatian direkodkan dengan menandakan ( ) dalam ruang yang betul.

53
Sains UPSR Unit 6 Pengukuran

Pemerhatian:
Alat pengukur yang sesuai digunakan
Ukuran
Benang Pembaris Pita pengukur
Ukur lilit jam dinding
Tahun

Ketebalan jam dinding


4 Ketinggian botol air minuman
Ketinggian kabinet

Perbincangan:
1. Ukur lilit jam dinding diukur dengan menggunakan benang dan pembaris kerana bentuknya
yang melengkung.
2. Ketinggian kabinet diukur dengan pita pengukur kerana pembaris lebih pendek daripada
kabinet.
Kesimpulan:
Alat piawai seperti pembaris dan pita pengukur sesuai digunakan untuk mengukur panjang
objek.

2. Alat pengukur piawai yang digunakan (b) Unit sentimeter (cm) sesuai digunakan
untuk mengukur panjang ialah pembaris untuk panjang yang sederhana
dan pita pengukur. seperti kelebaran buku teks.
(c) Panjang gelanggang badminton
dan ketinggian tiang bendera sesuai
menggunakan unit meter (m).
Pembaris Pita pengukur (d) Jarak di antara dua tempat yang jauh
pula diukur dalam unit kilometer (km).
Unit piawai bagi panjang 3. Hubungan antara unit-unit panjang
ditunjukkan seperti di bawah:
1. Unit piawai bagi ukuran panjang dalam
sistem metrik ialah: 10 milimeter (mm) = 1 sentimeter (cm)
100 sentimeter (cm) = 1 meter (m)
Unit Singkatan
1 000 meter (m) = 1 kilometer (km)
milimeter mm
sentimeter cm
meter m
Mengukur panjang
kilometer km 1. Kaedah yang betul untuk mengukur
2. Unit-unit ini digunakan dalam ukuran panjang objek dengan menggunakan
panjang yang bersesuaian. pembaris ialah:
(a) Unit milimeter (mm) sesuai digunakan (a) Letakkan satu hujung objek pada
untuk ukuran yang kecil seperti senggat “0”. Kenal pasti unit yang
ketebalan syiling. digunakan.

54
cm
0 1 2 3

(b) Semasa mengambil bacaan, pastikan


mata berada pada sudut tegak selari
dengan bahagian yang hendak
diukur.
Salah Betul Salah

cm
0 1 2 3

Panjang objek ini ialah 1.9 cm


2. Untuk mengukur objek yang tidak lurus
atau melengkung, benang dan pembaris
boleh digunakan. Contohnya, mengukur
ukur lilit sebiji bola.
(a) Lilitkan benang pada keliling bola.

Benang

(b) Tandakan pada benang yang bertemu


dengan hujung benang yang satu lagi
dengan pensel.
(c) Tegangkan benang yang telah
ditanda pada pembaris.

0 cm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Panjang bola itu ialah 13.5 cm

Praktis Formatif 6.1


1. Apakah yang dimaksudkan dengan
panjang?
2. Namakan empat ukuran yang
menggunakan anggota badan untuk
mengukur panjang.
3. Nyatakan dua alat piawai yang digunakan
untuk mengukur panjang.
4. Apakah unit piawai bagi panjang?

You might also like