You are on page 1of 9

Tajuk :

Ukuran Dalam Kehidupan Seharian


Tujuan :
Untuk mengambil dan membandingkan ukuran yang menggunakan pelbagai jenis
alat pengukur bagi memperolehi bacaan yang boleh dipercayai dan diterima.
Pengenalan :
Aktiviti pengukuran adalah penting dalam kehidupan seharian untuk
mengenalpasti berat dan saiz sesuatu objek dengan tepat berbanding melalui
anggaran. Antara alat-alat pengukur ialah pembaris meter, angkup vernier, tolok skru
micrometer, neraca tuas dan neraca eletronik.
Pembaris meter digunakan untuk mengukur panjang dan diameter dalam
lingkungan 1 meter dengan kejituan sehingga 0.1cm. Angkup vernier digunakan
untuk mengukur diameter dalam dan diameter luar sesuatu objek sfera dengan
kejituan sehingga 0.01cm manakala tolok skru mikrometer digunakan untuk
mengukur diameter dan ketebalan objek yang bernilai sangat kecil dengan kejituan
sehingga 0.01mm. Manakala neraca tuas dan neraca eletronik pula digunakan untuk
menyukat jisim sesuatu objek.
Semasa mengukur dan menyukat sesuatu objek, beberapa bacaan perlu
diambil untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur.
Terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan iaiatu kepersisian, ketepatan dan kepekaan
ketika mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek. Kepersisian ialah kebolehan
sesuatu alat mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten dengan sedikit atau tiada
sisihan relatif antara bacaan-bacaan yang diperolehi. Ketepatan ialah sejauh mana
sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai piawai atau nilai sebenar.
Manakala kepekaan alat pengukur bermaksud kebolehan mengesan perubahan kecil
dalam kuantiti fizik yang diukur. Sesuatu alat pengukur dikatakan lebih peka jika ia
nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil.

Rajah 1: Pembaris meter

Rajah 2: Angkup vernier

Rajah 3: Tolok skru


mikrometer

Rajah 5 : Neraca
elektronik

Rajah 4: Neraca tuas

Bahan dan radas :


Pembaris meter, angkup vernier, tolok skru meikrometer, neraca tuas, neraca
eletronik, dawai tembaga, sebatang pensel, sehelai rambut, satu sudu teh pasir
Aktiviti 1 :Mengukur panjang
Prosedur :
1. Pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikrometer digunakan unruk
mengukur diameter pensil, dawai kuprum dan sehelai rambut anda sendiri.
2. Ukuran dilakukan berulang kali.
3. Keputusan ukuran dijadualkan.
Pemerhatian/ Keputusan:
Aktiviti 1: Mengukur panjang
i.

Pembaris meter
Objek

Pensel
Wayar kuprum
Rambut

1
16.4
7.5
26.1

Panjang / cm
2
16.3
7.5
26.4

1
0.7
0.1
0.0

Diamater / cm
2
0.6
0.1
0.0

1
0.79
0.09

Diameter / cm
2
0.79
0.08

Objek
Pensel
Wayar kuprum
Rambut
ii.

Purata / cm
3
16.3
7.5
26.3

16.3
7.5
26.3
Purata / cm

3
0.7
0.1
0.0

0.7
0.1
0.0

Angkup vernier
Objek

Pensel
Wayar kuprum

Purata / cm
3
0.80
0.09

0.79
0.09

Rambut
iii.

0.00

0.00

0.00

Diamter / mm
2
5.71
0.78
0.12

3
5.74
0.78
0.12

0.00

Tolok skru mikrometer


Objek

Pensel
Wayar kuprum
Rambut
(Ralat sifar: -0.01mm)

1
5.72
0.77
0.12

Purata / mm

Rajah 6 : Ukuran panjang sehelai


Rajah 7 : Ukuran panjang sebatang
rambut dengan menggunakan
pensel dengan menggunakan
pembaris meter.
pembaris meter.

Rajah 8: Ukuran diameter sebatang


Rajah 9: Ukuran diameter dawai
pensel dengan menggunakankuprum dengan menggunakan
angkup vernier.
angkup vernier.

Rajah 11: Ukuran diameter sehelai


Rajah 10: Ukuran diameter sebatang pensel
rambut dengan menggunakan tolok
dengan menggunakan tolok skru mikrometer.
skru mikrometer.

5.72
0.78
0.12

Aktiviti 2 : Mengukur Jisim


Prosedur :
1. Jisim sebatang pensel dan satu sudu teh pasir disukat dengan menggunakan
neraca tuas dan neraca elektronik.
2. Proses menyukat diulangi.
3. Keputusan sukatan dijadualkan.
Pemerhatian / Keputusan :
i.

Neraca tuas
Objek

1
Pensel
5.00
Sudu + pasir
10.00
Pasir
10.00
Jisim sudu kosong: 0.00 g
ii.

Jisim / g
2
5.00
10.00
10.00

3
5.01
10.00
10.00

Purata / g

Jisim / g
2
4.72
13.91
11.99

3
4.71
13.91
11.99

5.00
10.00
10.00

Neraca elektronik
Objek

1
Pensel
4.71
Sudu + pasir
13.92
Pasir
12.00
Jisim sudu kosong: 1.92g

Purata / g

Rajah 13: Jisim sebatang pensel


Rajah 12: Jisim satu sudu teh pasir
dengan menggunakan neraca tuas.
dengan menggunakan neraca tuas.

Rajah 15: Jisim satu sudu teh pasir


Rajah 14: Jisim sebatang pensel
dengan menggunakan neraca dengan menggunakan neraca
elektronik.
elektronik.

4.71
10.00
11.99

Perbincangan :
1. Kejituan nilai yang diukur merujuk kepada sejauh mana hampirnya kepada nilai
sebenar.
2. Kepersisan tidak sama dengan kejituan. Jam tangan digital murah yang
mencatatkan masa 9:34:45 pagi boleh dikatakan sangat persis (masa saat
ditunjukkan) tetapi jika perjalanan jam ini lewat beberapa minit maka nilai ini tidak
jitu.
3. Jam bandul mungkin sangat jitu (iaitu ia memaparkan masa yang betul) tetapi jika
jam ini tidak mempunyai tangan kedua, ia tidak persis.
4. Diameter rambut tidak sesuai diukur dengan menggunakan pembaris meter dan
angkup Vernier manakala boleh diukur dengan menggunakan tolok skru mikrometer.
Hal ini keranan tolok skru mikrometer lebih jitu berbanding dengan alat pengukur
lain.
5. Bidal pada tolok skru mikrometer hendaklah dirapatkan sehingga bunyi klik
pertama dihasilkan.
6. Garis penglihatan semasa mengambil bacaan hendaklah berserenjang dengan
skala untuk mengelakkan ralat paralaks.
7. Sebelum menggunakan angkup vernier dan tolok skru mikrometer, rahangnya
perlu dirapatkan terlebih dahulu untuk mencatatkan ralat sifar.
8. Bacaan diambil dengan beberapa bacaan ulangan dan mengira purata bacaan.
9. Pastikan tidak ada ralat paralaks dan ralat sifar.
Kesimpulan :
Tolok skru mikrometer merupakan alatan yang paling sesuai dalam mengukur
panjang sesuatu objek kerana mempunyai kejituan dan kepersisian yang lebih tinggi
berbanding dengan pembaris meter dan angkup vernier.
Neraca elektronik merupakan alatan yang paling sesuai dalam menyukat jisim
sesuatu objek kerana mempunyai kejituan dan kepersisian yang lebih tinggi
berbanding dengan neraca tuas.
Soalan :
Aktiviti 1 :

1. Daripada ketiga-tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur


panjang,

yang

manakah

paling

persis?

Yang

paling

jitu?

Pembaris meter merupakan alat pengukur yang paling persis manakala tolok
skru mikrometer merupakan alatan pengukur yang paling jitu. Pembaris meter
dikatakan lebih persis kerana bacaan yang diambil dengan menggunakannya
lebih konsisten setiap kali ukuran dibuat. Tolok skru mikrometer pula
dikatakan

lebih

jitu

kerana

ukuran

bacaan

yang

diambil

dengan

menggunakannya lebih menghampiri nilai sebenar bagi objek yang telah


diukur.
2. Seorang pelajar mengukur ketebalam sesuatu objek menggunakan
pembaris meter dikatakan tidak realistik untuk mencatatkan bacaan
sebagai 4.32cm. Jelaskan.
Bacaan sebanyak 4.32cm dikatakan tidak realistik kerana kepekaan atau nilai
skala terkecil bagi pembaris meter ialah 0.1cm atau 1mm sahaja. Jadi,
bacaan sebanyak 4.32cm tidak realistik kerana ukuran pembaris meter tidak
akan dapat mengambil bacaan 0.02cm. Bacaannya hanya setakat 2 angka
bererti sahaja iaitu 4.3cm.
3. Apakan instrument yang paling sesuai untuk digunakan mengukur
ketebalan sehelai kertas? Terangkan.
Tolok skru mikrometer merupakan instrument yang paling sesuai untuk
digunakan mengukur ketebalan sehelai kertas kerana ia mempunyai
kepekaan atau nilai skala terkecil iaitu 0.01mm. Kepekaan yang tinggi ini
menyebabkan bacaan lebih mudah diambil dan lebih tepat berbanding
dengan alatan pengukur yang lain.
Aktiviti 2 :
1. Daripada kedua-dua alatan pengukur yang digunakan untuk mengukur
jisim, yang manakah paling persis? Yang paling jitu? Terangkan.
Neraca elektronik merupakan alatan yang paling persis antara kedua-dua
alatan pengukur. Hal ini kerana ukuran bacaan yang diambil dengan
menggunakan neraca elektronik adalah lebih konsisten berbanding dengan
neraca tuas. Neraca elektronik juga merupakan alatan yang paling jitu kerana
nilai

ukuran

yang

diambil

dengan

menggunakannya

adalah

lebih

menghampiri nilai piawai objek.


2. Nama lain bagi neraca yang boleh digunakan untuk mengukur jisim
dalam kehidupan seharian.
Neraca jarum berskala dan neraca lengan gantung.

3. Apakah yang telah anda belajar daripada kedua-dua aktiviti di atas?


Melalui kedua-dua aktiviti di atas, saya mempelajari kaedah yang
betul dalam mengambil ukuran bacaan iaitu Garis penglihatan semasa
mengambil

bacaan

hendaklah

berserenjang

dengan

skala

untuk

mengelakkan ralat paralaks. Selain itu, saya mempelajari bahawa apabila


menggunakan satu alat pengukur, beberapa bacaan akan diambil untuk
mendapatkan suatu anggaran yang jitu. Bacaan perlu diambil beberapa kali
untuk menggelakan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan
juga disebabkan ketidaksempurnaan benda yang diukur.
Saya turut mempelajari bahawa terdapat tiga ciri yang perlu
diperhatikan semasa mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek iaitu
kepersisian, kejituan dan kepekaan alat pengukur. Satu alat pengukur adalah
lebih jitu jika nilai pengukurannya sama atau menghampiri nilai sebenar atau
nilai piawai. Manakala satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai
bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil. Selain itu, saya
mempelajari

bagaimana mengendalikan

alatan pengukuran sekiranya

terdapat ralat sifar pada alatan tersebut dan mengelakkan ralat paralaks
semasa mengukur atau menyukat.

Lampiran

Rajah 16: Penyediaan alat dan radas.

Rajah 17 : Panjang dawai kuprum diukur dengan menggunakan


pembaris meter.

Rajah 18:Jisim sudu teh diukur dengan menggunakan neraca tuas.

Bibliografi
Yew Cheng Teik. (1998). Fizik SPM . Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Chong Foon Choong. (2002). STPM Fizik Jilid 1. Selangor: Pearson Malaysia
Sdn.Bhd.
http://cikgukhiza.mkbs74.com/index.php/en/panduan/84-smk/belajarfizik/75pengenalan-kepada-fizik
https://www.scribd.com/doc/97341846/1-3-Ketepatan-Dan-Kejituan
http://fizikbm2012.blogspot.com/

You might also like