You are on page 1of 2

Penghargaan

Dalam proses menyiapkan tugasan Pengalaman Beasaskan Sekolah (PBS) ini,


terdapat banyak pihak ataupun individu telah memberikan

bantuan dan tunjuk ajar

saya. Dengan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada individu ataupun
pihak tersebut.
Pertama sekali, jutaan terima kasih ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya.
Mereka telah banyak memberi dorongan dan sokongan tidak kira dari segi kewangan
ataupun semangat sehingga tugasan portfolio ini berjaya disempurnakan. Tidak lupa
juga jutaan terima kasih kepada pensyarah bimbingan iaitu Puan Ng Phaik Hoon atas
tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Antara pihak yang banyak memberi kerjasama dan bantuan ialah Institut
Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan. Pihak institut terutamanya unit praktikum telah
menyediakan segala kemudahan bagi memudahkan lagi proses PBS ini. Unit Praktikum
telah mengadakan satu taklimat tentang PBS kepada kami. Taklimat tersebut telah
banyak menyalurkan maklumat kepada saya.
Seterusnya, Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tai Thung,
Puan Teo Soon Cheng, guru-guru, staf-staf dan murid-murid telah memberi kerjasama
sepanjang saya menjalani PBS. Sememangnya banyak pengalaman yang diperolehi
sepanjang berada di sekolah ini. Tambahan pula saya dilayan seperti sebahagian
daripada warga di sini. Murid-murid juga amat menghormati saya selaku guru pelatih di
sini.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
menjalani PBS bersama dengan saya. Kami telah berkolaborasi antara satu sama lain,
dan saling menukar maklumat yang diperolehi. Secara tidak langsungnya, kami bukan
sahaja menyiapkantugasan PBS, malah telah memahami kepentingan bekerjasama
antara satu sama lain.
Kesimpulannya, terima kasih yang tidak terhingga ingin diucapkan kepada
semua pihak yang telah menyumbang.

Tanpa mereka yang dinyatakan atas, tidak

mungkinlah kerja kursus ini dapat dihasilkan.

You might also like