You are on page 1of 5

5/14/2016

eky yusoff: PENGENALAN KEPADA MIKROMETER


More

Next Blog

Create Blog

Sign In

eky yusoff
Wednesday, 11 Decem ber 2013

Blog Archive

PENGENALAN KEPADA MIKROMETER

2013 (1)
December (1)
PENGENALAN KEPADA MIKROMETER

TUJUAN :
Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai mikrometer dalam bengkel supaya
dapat membentuk tabiat kerja yang sempurna serta mengikut etika kerja yang betul. Bagi
komponen- komponen yang memerlukan ketepatan yang tinggi / jitu, kerja- kerja pemeriksaan dan
pengukuran memerlukan alat yang lebih sesuai seperti mikrometer dimana ia mempunyai
ketepatan yang lebih tinggi berbanding angkup vernier.Penerangan ini menerangkan dengan lebih
lanjut prinsip penggunaan mikrometer

About Me

eky yusoff
Follow

13

View my complete profile

1.0 Pengenalan mikrometer


Mikrometer dikelaskan kepada tiga jenis berdasarkan penggunaan yang berbeza
seperti :
1.

Mikrometer Luar (External micrometer)- digunakan untuk


mengukur bahagian luar benda kerja contohnya diameter luar dan
ketebalan.

2.

Mikrometer Tolok Dalam (Depth gauge micrometer)- digunakan untuk


mengukur kedalaman serta ketinggian benda kerja.

3.

Mikrometer Dalam (Internal micrometer)- digunakan untuk mengukur


bahagian dalam benda kerja contohnya diameter dalam.

2.0 BAHAGIAN- BAHAGIAN MIKROMETER

Gambarajah 2.0 bahagian mikrometer


i.

Frame (Bingkai)

Berbentuk separuh bulatan. Dipasang bersama spindal di sebelah kanan anvil di sebelah kiri.

ii.

Anvil (Andas)

Berfungsi sebagai satu titik rujukan pengukuran. Ia dipasang dengan tip


tungsten karbida yang dikimpal loyangkan pada bahagian mukanya supaya
tidak haus
iii.

Spindal (Spindle)

Terdapat bebenang yang boleh berputar dengan bantuan nut yang dilekatkan pada jidal
Apabila jidal diputar, spindal juga turut bergerak. Terdapat tip tungsten karbida yang dikimpal
loyangkan pada permukaan ukurannya dan ia rata serta bersudut tepat dengan paksi
mikrometer.
iv.

Thimble (Jidal)

Muka lilitan pada jidal senggatkan kepada 50bahagian yang sama.Setiap bahagian bersamaan den
gan 0.01mm. pergerakan jidal dikawal oleh bebenang skru yang tedapat dalam binaa

http://ekyyusoff.blogspot.my/2013/12/pengenalan-kepada-mikrometer_11.html

1/5

5/14/2016

eky yusoff: PENGENALAN KEPADA MIKROMETER


mikrometer.Satu pusingan bebenang skru adalah bersamaan dengan 0.5mm
v.
Rachet stop ( Penganjak halus)
Terletak pada bahagian hujung jidal. Fungsinya ialah untuk memastikan
ketepatan ukuran yang diperolehi dimana ia dapat mengawal dan
mengelakkan jidal daripada diputar keterlaluan.
vi.

Lock nut (nat pengunci)

Berfungsi untuk mengunci pergerakan pada bebenang mikrometer. Ini


bermakna spindal, jida dan penganjak halus tidak akan bergerak apabila
dikunci.Ini bertujuan untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

3.0 EXTERNAL MICROMETER


Terdapat beberapa jenis External micrometer iaitu:

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Mikrometer bebenang
Mikrometer meja
Mikrometer tiub
Mikrometer hujung tajam
Mikrometer bentuk v
Mikrometer tolok dalam
Mikrometer dalam
Mikrometer jenis angkup

3.1 MIKROMETER BEBENANG

Gambarajah 3.1 mikrometer bebenang


Ia digunakan untuk mengukur atau menguji diameter pic secara terus pada bebenang luar atau ulir
skru. Bahagian anvil dibuat berbentuk V dan bahagian spindal dibuat berbentuk hujung tajam.
Bacaan yang diambil adalah jarak diantara garisan- garisan pic. Biasanya micrometer jenis ini
dibekalkan bersama dengan satu set anvil yang boleh ditukar- tukar bergantung kepada saiz pic
bebenang yang diukur.
3.2 MIKROMETER MEJA

Gambarajah 3.2 mikrometer meja

Ia digunakan untuk membuat pemeriksaan komponen- komponen pengeluaran yang banyak (mass
production) dalam julat tekanan yang sesuai dimana ia bergantung pada jenis bahan yang
diperiksa. Mikrometer ini mempunyai julat pengukuran dalam tekanan yang paling minima yang
mampu mengukur saiz bahan benda kerja yang lembut seperti kertas, plastic dan sebagainya.
3.3 MIKROMETER TIUB

http://ekyyusoff.blogspot.my/2013/12/pengenalan-kepada-mikrometer_11.html

2/5

5/14/2016

eky yusoff: PENGENALAN KEPADA MIKROMETER

Gambarajah 3.3 mikrometer tiub


Mikrometer jenis ini sangat sesuai untuk mengukur ketebalan tiub.
3.4 MIKROMETER HUJUNG TAJAM

Gambarajah 3.4 mikrometer tajam


Ia digunakan untuk mengambil ukuran pada bahagian yang sempit dimana permukaan
ukuran pada spindal dan anvil terlalu besar saiznya berbanding permukaan ukuran pada
benda kerja yang diukur.

3.5 MIKROMETER BENTUK- V

Gambarajah 3.5 mikrometer bentuk v


Sesuai untuk membuat pemeriksaan pada tap. Terdapat dalam dua sudut anvil iaitu 60
dan 108. Sudut anvil 60 digunakan untuk tap yang mempunyai 3 flute dan sudut anvil
108 digunakan untuk tap yang mempunyai 5 flute.
3.6 MIKROMETER TOLOK DALAM

Gambarajah 3.6 mikrometer tolok dalam


Ia digunakan untuk mengukur kedalaman lubang atau lurah pada benda kerja dan juga

http://ekyyusoff.blogspot.my/2013/12/pengenalan-kepada-mikrometer_11.html

3/5

5/14/2016

eky yusoff: PENGENALAN KEPADA MIKROMETER


boleh digunakan untuk mengukur ketinggian. Jarak pengukuran dikira dari permukaan
rata kepada satu titik yang dikehendaki pada permukaan dalam benda kerja.
3.7 MIKROMETER DALAM
Digunakan untuk mengukur bahagian dalam pada benda kerja seperti diameter dalam
lubang, lebar lurah dan sebagainya. Terdapat dalam tiga jenis iaitu;
a.
b.

Mikrometer dalam (inside micrometer)


Mikrometer dalam jenis angkup (caliper type inside micrometer)

c.

Holtest

Gambarajah 3.7 mikrometer dalam

Mikrometer jenis ini mempunyai rod yang berbeza saiz. Penggunaan rod yang berbagai
saiz ini bergantung kepada saiz diameter dalam lubang yang perlu diukur.
Pada permukaanbahagian hujung rod terdapat tip karbida untuk mengelakkan daripada kehausan

3.8 MIKROMETER DALAM JENIS ANGKUP

Gambarajah 3.8 mikrometer dalam jenis angkup

Ia mempunyai angkup pada kedua - dua bahagian anvil dan spindal.mikrometer ini sangat
sesuai mengukur lurah yang kecil
4.0 CONTOH BACAAN MIKROMETER

Gambarajah 4.0 bacaan mikrometer

Contoh 1

Baca pada thimble = 15 x 0.01 mm


= 0.15 mm
Jumlah bacaan
= 8.00 mm + 0 + 0.15 mm
= 8.15 mm

Contoh 2

Bacaan pada sleeve = 26.00 mm x 0.01mm

http://ekyyusoff.blogspot.my/2013/12/pengenalan-kepada-mikrometer_11.html

4/5

5/14/2016

eky yusoff: PENGENALAN KEPADA MIKROMETER


-

Bacaan pada thimble = 0.26 mm


Jumlah bacaan 5.76 mm

5.0 PENJAGAAN MIKROMETER


Penjagaan mikrometer sangat penting supaya ketepatannya tidak berkurang dari
semasa ke semasa dan tidak cepat rosak. Langkah- langkah penjagaan mikrometer
adalah seperti berikut;
1. Pastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih. Simpan di tempat yang selamat dan
bersihkan sebelum dan selepas menggunakannya.
2. Elakkan daripada memutar terlalu kuat pada penganjak halus semasa membuat
pengukuran. Ini untuk mengelakkan keroskan pada penganjak halus tersebut dan juga
permukaan spindal dan anvil.
3. Bersihkan permukaan spindal dan anvil sebelum dan selepas menggunakannya dengan
cara menggosok kain lembut atau kertas nipis diantara permukaan spindal dan anvil yang
hampir rapat.
4. Periksa ketepatan skala pada mikrometer dengan merapatkan spindal kepada anvil secara
perlahan- lahan dan pastikan garisan 0 pada jidal sejajar dengan garisan rujukan pada
laras. Ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan gauge block yang bersaiz tertentu
contohnya 10mm dan pastikan bacaan pada mikrometer juga 10mm.
5. Sebelum menyimpan mikrometer, pastikan spindal dan anvil dijarakkan sedikit untuk
mengelakkan kerosakan pada kedua- dua permukaan akibat daripada pengembangan haba.
6. Sebelum meletakkan spindal dan anvil, pada permukaan benda kerja yang hendak di
ukur,biarkan spindal dibuka lebih sedikit daripada ukuran sebenar pada benda kerja.
Kaedah ini dilakukan dengan cara memusingkan jidal menggunakan tapak tangan dan
BUKAN dengan cara memusingkan penganjak halus mikrometer tersebut.
7. Jangan pusing bingkai mikrometer dengan cara memegang jidal kerana akan merosakkan
bebenang.
Posted by eky yusoff at 20:38

+3 Recommend this on Google

No comments:
Post a Comment
Enter your comment...

Comment as:

Publish

Google Account

Preview

Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Simple template. Powered by Blogger.

http://ekyyusoff.blogspot.my/2013/12/pengenalan-kepada-mikrometer_11.html

5/5

You might also like