You are on page 1of 2

Pengenalan

Penggunaan mata alat dan cara memegang benda kerja pada mesin pengisar adalah berbeza berbanding
dengan mesin-mesin yang lain. Jenis mata alat yang digunakan pada mata pengisar ialah mata alat tunggal
dan mata alat berbilang. Benda kerja dipasak kepada meja mesin dan dipegang oleh pelbagai jenis
pemegang.benda kerja disusupkan dengan menghantar meja keapda mata alat yang sedang berputar
manakala kedalaman pemotongan dibuat dengan menggunakan meja mesin. Mesin ini boleh melakukan
pelbagai bentuk kerja kerana ia dilengkapi dengan pelbagai alat memegang benda kerja, pemegang mata
alat, aksesori dan alatan tambahan.

Banyak kerja yang dapat dilakukan oleh mesin pengisar termasuklah mengisar permukaan rasa iaitu
mengisar permukaan mengufuk, tegak dan permukaan yang bersudut iaitu condong. Mesin pengisar juga
boleh digunakan untuk memotong pelbagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan tanggam bajang. Selain
itu, kerja-kerja membuat lubang juga boleh digunakan dengan menggunakan mesin pengisar. Kerja-kerja
ini bergantung kepada jenis mesin yang digunakan, mata alat dan alat tambahan atau aksesori yang
dibekalkan.

Terdapat pelbagai jenis mesin kisar yang digunakan yang mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.
Mesin kisar jenis pengeluaran berfungsi untuk menghasilkan komponen-komponen atau bahagian-
bahagian yang banyak. Bagi melakukan kerja-kerja tertentu dalam kuantiti yang banyak dan mempunyai
bentuk yang sama, mesin kisar khas dan CNC akan digunakan. Mesin penghoban gear menggunakan alat
pemotong yang dinamakan hob bagi kerja memotong. Mesin kisar CNC pula adalah berbeza dengan
mesin kisar yang lain kerana ia dilengkapi dengan computer bagi mengawal segala pergerakan mesin.
Ianya digunakan secara meluas di dalam industri pembuatan. Mesin kisar turus dan berlutut pula dapat
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mesin kisar ufuk, mesin kisar tegak dan mesin kisar turret. Terdapat
dua jenis mesin kisar ufuk iaitu mesin kisar ufuk biasa dan msein kisar ufuk universal. Kedua-dua mesin
mempunyai bentuk yang serupa dan hanya berbeza dari segi mejanya sahaja. Meja mesin kisar Universal
boleh dikilas 45° manakala meja mesin kisar jenis biasa berkedudukan tetap. Ini membolehkan operasi
pengisaran lanjutan seperti memotong gear, lurah heliks dan sebagainya.

Mesin kisar tegak mempunyai spindal yang berkedudukan tegak. Mesin jenis ini biasanya menggunakan
jenis matalat pengisar hujung karbida yang dapat melakukan kerja dengan pantas. Selain daripada itu,
kerja membuat lubang dapat dilakukan dengan mudah dan lancar. Kelebihan mesin, ia dapat melakukan
kerja melubang dengan lebih jitu terutama dalam menepatkan jarak pusat lubang. Mesin kisar turret pula
mempunyai bentuk yang serupa dengan mesin kisar tegak tetapi kepalanya boleh dikilas dan
dijongketkan. Ini membolehkan operasi mengisar sudut danmembuat lubang condong dilakukan dengan
mudah. Walaubagaimanapun mesin ini tidak dapat melakukan operasi yang besar dan berat seperti mesin
kisar tegak.

Peraturan keselamatan perlukan diikuti oleh pengguna supaya kemalangan dapat dicegah daripada
berlaku semasa menggunakan mesin kisar. Mata alat dan benda kerja haruslah diikat dengan ketat
sebelum memulakan kerja. Pengendali mesin perlulah memakai pakaian yang sesuai untuk bekerja kerana
semasa menggunakan mesin, tatal akan berterbangan dan cecair penyejuk akan terpercik. Barang-barang
kemas seperti jam tangan, cincin, rantai, gelang dan sebagainya hendaklah ditanggalkan. Kasut
keselamatan hendaklah sentiasa dipakat kerana ini akan melindungi kaki apabila sebarang komponen atau
peralatan terjatuh keatas kaki. Pakaian kerja yang kotor atau basah yang terkena cecair penyejuk
hendaklah ditukar. Gunakan krim kulit yang sesuai jika kulit gatal setelah terkena cecair penyejuk. Jangan
gunakan udara mampat untuk membersihkan tatal dan gunakan berus kecil apabila mesin telah berhenti.
Jangan keluarkan tatal ketika mesin sedang beroperasi. Seterusnya, gunakan pelindung mata yang baik
supaya tatal tidak termasuk mata dan cuci pelindung mata selalu dengan sabun dan air supaya sentiasa
bersih. Pilih peralatan yang sesuai untuk setiap mesin. Selepas menggunakannya, simpan pada tempat
yang dikhaskan untuknya bagi memudahkan proses penggunaannya pada masa akan datang. Sebelum
menggunakan mata pemotong, pastikan saiz dan jenisnya sesuai untuk sesuatu operasi yang tertentu.
Pastikan juga tepi mata pemotong sentiasa tajam sebelum menggunakannya. Gunakan sarung tangan yang
sesuai untuk memegang mata pemotong semasa membuka atau menanggalkannya. Mata pemotong yang
terjatuh akan retak atau merosakkan permukaan bendakerja

You might also like